Gara-gara menawarkan bayaran RM 7 ringgit untuk satu jam bagi peragaan pakaian, sebuah jenama fesyen tempatan telah meraih perhatian warganet.
Menerusi satu hantaran di platform Facebook, pihak tersebut sedang mencari pekerja sambilan bagi mereka yang berminat untuk berkecimpung dalam dunia permodelan dengan bayaran sedemikian dan perlu bekerja untuk lima hingga enam jam.
Lantaran itu, perkongsian tersebut mula dibanjiri jabatan netizen yang rata-ratanya menzahirkan rasa tidak setuju dengan bayaran tersebut selain menyindir jenama fesyen itu.
“Aiyo, RM 7? Ingat bayar jajan ke? Sedihlah,” komen seorang pengguna.
“Biar betul RM 7 sejam… abang rider Grab satu kali hantar makanan pun sudah lima ke enam ringgit. Biar betul, ke typo RM 70 sejam?” persoal pengguna lain.
“Noh, gaji saya sejam pun lebih lagi dari ini. Model ni paling lekeh (kurang) sejam RM 150 atas pengalaman juga. Dah makeup pon sendiri… aiyoooo. Dulu saya dapat sejam pun RM 150 hingga 300. Amboi, biasa ni,” komen pengguna lain.
Ads
Selain itu, ada juga segelintir yang menyifatkan jumlah yang dibayar oleh butik pakaian berkenaan adalah tidak wajar dan sudah lapuk bagi membayar kerja profesional tersebut pada tahun 2023.
Ads
“Saya jadi model untuk kawan saya enam tahun lepas pun RM 100 sejam… Ini sudah 2023, ada lagi nohRM 7… Kalau tiada duit nak hire baik cari anak beranak sahajalah senang… Kesian dekat orang,” komen seorang warganet.
“Job 2023, tetapi bayaran tahun 1980 punya harga,”tulis juga warganet lain.
“Dulu saya pergi shoot baju raya dua jam pun dapat bayaran RM 120 tau. Siap sediakan makan dan minum lagi,” komen seorang pengguna lagi.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Universiti UCSI telah diiktiraf sebagai universiti swasta yang terbaik di Malaysia di dalam penilaian QS World University Rankings 2019 menempatkannya di dalam 2% yang terbaik daripada semua universiti di dunia.
Berada di kedudukan 481, UCSI adalah satu-satunya universiti swasta di Malaysia yang berada di kedudukan tangga 500 teratas. UCSI juga merupakan satu daripada hanya enam universiti tempatan dengan pencapaian membanggakan ini, bersama dengan lima universiti penyelidikan tempatan yang lain.
Ini adalah kali pertama UCSI disertakan di dalam penilaian QS World University Rankings – satu penilaian tahunan yang memberi pengiktirafan pada universiti-universiti terbaik di seluruh dunia.
Tahun ini merupakan tahun yang memberi impak kepada UCSI kerana telah diiktiraf oleh QS University Rankings: Asia 2018 sebagai universiti yang paling pantas meningkat naik di Asia dan berada di kedudukan 100 teratas untuk reputasinya sebagai universiti seni persembahan di penilaian QS World University Rankings by Subject 2018.
UCSI diiktiraf universiti swasta terbaik di Malaysia
Naib canselor dan presiden UCSI, Profesor Kanan Dato’ Dr Khalid Yusoff mengatakan bahawa kemampuan universiti ini untuk terus meningkat naik di peringkat global adalah kerana gabungan hebat yang menunjukkan kegigihan daya usaha universiti yang sentiasa ingin mencapai kecemerlangan dan prestasi terbaik dengan strategi tertentu untuk capaian secara dalaman juga luaran. Kejayaan ini juga disebabkan oleh komitmen untuk meningkatkan nilai kerjasama bagai kepentingan masa depan pelajar dan pekerja serta dedikasi dan daya usaha pelajar dan pekerjanya dalam mencapai aspirasi ini.
“Kami menerima kejayaan ini memandangkan ia menuju ke arah yang betul,”katanya.
“Kami semua di UCSI berusaha keras untuk terus memperbaiki prestasi kami dan saya ingin mengucapkan terima kasih di atas usaha semua pekerja dan pelajar UCSI. Alhamdulillah.”
“Fokus kami adalah untuk memajukan dan meningkatkan lagi prestasi UCSI. Kami juga sedang berusaha untuk membina kekuatan universiti. Pendidikan berkualiti adalah keutamaan kami dan kami ingin menjadi perintis dan pelopor yang mendahului pelbagai aspek pendidikan,” katanya.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Yeay, berita baik untuk anak-anak yang rindukan ibu bapa.
Sebentar tadi individu yang paling dinantikan oleh seluruh rakyat Malaysia, Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam perutusan mengenai sama ada tempoh kawalan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat dilanjutkan atau tidak, telah mengumumkan berita gembira buat seluruh rakyat Malaysia apabila mengumumkan PKPB digantikan dengan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang membenarkan orang ramai melakukan rentas negeri untuk bertemu ibu bapa yang sudah hampir tiga bulan tidak dijengah.
Bukan saja membenarkan rentas negeri dilakukan tetapi semua aktiviti di rumah ibadat iaitu bersolat lima waktu, solat Jumaat sudah dibenarkan termasuk perniagaan pasar malam dan lain lagi dibenarkan dibuka kembali untuk rakyat Malaysia. Masa yang sama, Tan Sri Muhyiddin Yassin turut mengumumkan bahawa rakyat Malaysia boleh menyambut aidiladha di kampung selepas tidak dibenarkan rentas negeri pada sambutan aidilfitri yang masih berbaki beberapa hari ini.
Alhamdulillah. Kata orang terlepas aidilfitri tak mengapa, asal dapat balik raya hajikan. Orang Pantai Timur pasti antara yang paling gembira mendengar berita ini kerana sambutan aidiladha di sana sangat meriah.
So korang, mulai 10 Jun ini, nak ke sana atau ke sini, pergilah termasuk pergi bercuti di dalam Malaysia seperti dibenarkan oleh pihak kerajaan sebentar tadi. Yang tak boleh terbang ke luar negara sahaja.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Siapa yang tidak kenal dengan penyanyi antarabangsa Justin Timberlake dan Missy Eliot yang masing-masing mempunyai pengikut dan pengaruh kuat dalam industri hiburan dunia.
Baru-baru ini, Berklee College of Music telah menganugerahkan ijazah doktor kehormat kepada mereka berdua atas pencapaian dan pengaruh dalam muzik, serta impak global yang diberikan.
Menurut Justin di laman instagramnya, tidak ada mimpi yang tidak boleh dicapai dan dia menasihatkan peminatnya agar sentiasa mengejar impian kerana kini, dia sudah pun bergelar seorang DOCTOR.
A post shared by Missy Elliott (@missymisdemeanorelliott) on
Sebelum ini juga, Berklee College of Music telah menganugerahkan ijazah doktor kehormat kepada Aretha Franklin, A.R Rahman, Lionel Richie dan Julio Iglesias.
Tahniah kami ucapkan kepada dua lagenda muzik antarabangsa ini dan diharap agar ramai lagi anak muda terus berusaha serta bersemangat dalam mengejar impian mereka.
Tidak ada yang mustahil selagi kita tidak berhenti mengalah.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!