
Pelakon popular tanah air, Rita Rudaini terus membuktikan dirinya bukan sekadar wajah glamor dunia hiburan, malah seorang wanita berprinsip yang memberi sumbangan besar dalam bidang seni dan masyarakat.
Terbaru, Rita telahpun menerima Pingat Jasa Baik (PJB) sempena ulang tahun ke-82 Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail, dalam sebuah majlis penuh adat dan istiadat di Istana Arau, Perlis.
Dua Dekad Kekal Berprinsip
Bukan mudah untuk kekal relevan lebih 20 tahun dalam industri hiburan yang sentiasa berubah.
Namun, Rita yang juga merupakan finalis Pencarian Dewi Remaja 1998/99 seiring rakan seangkatan seperti Juliana Banos telah membuktikan bahawa disiplin, konsistensi dan prinsip teguh adalah kunci untuk dirinya terus bertahan serta dihormati.

Rita dikenali sebagai antara pelakon wanita yang sentiasa menjaga imej bersih, berkualiti dalam lakonan dan tidak mudah tunduk dengan kontroversi murahan.
Memetik ulasan kepada MStar tentang pengiktirafan itu, Rita berkata, ia adalah satu penghormatan bukan sahaja kepada dirinya, tetapi buat semua insan yang setia bersamanya sejak awal.
“Saya amat bersyukur kepada Allah SWT dan berterima kasih kepada Raja Perlis atas penganugerahan ini.
“Ia adalah satu penghormatan besar dan saya anggap sebagai rezeki, bukan hanya untuk diri saya tetapi juga buat anak-anak serta semua yang sentiasa menyokong perjalanan seni saya,” ujar Rita.
Anugerah Baharu Tanggungjawab Baharu
Menganggap anugerah ini sebagai pemangkin semangat, Rita tidak melihatnya sekadar simbol kejayaan, tetapi juga sebagai satu amanah untuk terus menyumbang kepada masyarakat dan industri seni.
“Ini juga menjadi peringatan bahawa setiap usaha yang ikhlas dan jujur akan ada nilainya, lambat atau cepat.
“Saya berharap agar pengiktirafan ini turut menjadi inspirasi kepada anak seni lain supaya terus berkarya dengan penuh dedikasi dan menjaga maruah profesion sebagai insan seni,” katanya.
Rita turut merakamkan penghargaan kepada kerajaan negeri Perlis serta semua pihak yang sentiasa menghargai usaha dan disiplin seninya, termasuk penerbit, pengarah, rakan pelakon dan media.

“Terima kasih kepada Exco kerajaan negeri yang terbabit atas pengiktirafan ini. Insya-Allah, akan ada banyak aktiviti bersama mereka nanti. Tidak dilupakan kepada semua rakan media dan peminat yang tanpa henti memberi sokongan daripada dulu sampai sekarang.”
Untuk pengetahuan korang, Anugerah Pingat Jasa Baik bukan sekadar suatu anugerah penghargaan peribadi tetapi ia juga dikurniakan sebagai suntikan motivasi kepada seluruh anak muda Malaysia agar berani mengejar impian dan menyumbang kepada masyarakat dengan cara tersendiri.
Tahniah Rita Rudaini!
Semoga terus menjadi ikon wanita yang memberi inspirasi kepada semua.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!










