Setelah empat tahun kempunan menyaksikan kelibatan band popular dari Indonesia, Nidji di Malaysia dek kekangan musim pandemik, mereka kini bakal menggegarkan Zepp Kuala Lumpur pada 19 Mac ini menerusi konsert Dream Collaboration.
Khabarnya, Nidji bakal hadir dengan suatu kejutan istimewa yang belum pernah disaksikan di mana-mana konsert Nidji di sini sebelum ini.
Bercakap kepada REMAJA dalam sebuah sidang media, Nidji yang dianggotai oleh enam orang ahli kumpulan sememangnya terkenal dengan lagu-lagu hit bergenre rock moden seperti Hapus Aku, Laskar Pelangi, Bila Aku Jatuh Cinta, Disco Lazy Time dan banyak lagi.
Begitupun bagi konsert Dream Collaboration di Kuala Lumpur yang menjadi sebahagian daripada siri Dream Festival yang cukup terkenal di Indonesia, Nidji tidak akan hadir keseorangan apabila ia akan ditemani dengan rakan penghibur solo, Budi Doremi.
21 Tahun, Banyak Perubahan
Nidji bukan lagi sebuah band yang memerlukan pengenalan dalam kalangan pendengar muzik di Malaysia. 21 tahun ruang masa yang dipenuhkan Nidji tersebut dengan pengalaman dan eksperimentasi muzikal sekaligus menjadi sumber kekuatan dan kematangan muzik mereka.
Nidji
Kali terakhir Nidji bertandang ke Malaysia adalah pada tahun 2019 dan sejak itu, mereka telahpun meluncurkan beberapa lagu baharu seperti Wadoow, Abu-Abu dan Segitiga Cinta serta lagu Bila Aku Jatuh Cinta dengan susunan saxaphone.
Kali ini, khabar Ubay, mereka amat teruja bagi menghiburkan peminat di Malaysia yang juga merupakan lokasi di luar Indonesia pertama yang menjadi pilihan Nidji bagi melakukan persembahan selepas fasa pandemik.
Ads
“Oleh kerana konsert ini menggabungkan genre rock moden Nidji dengan pop reggae oleh Budi Doremi, akan jadi sesuatu yang menarik di atas panggung nanti untuk didengarkan.
“Bahasa muzik itu universal. Walaupun Nidji dan Budi berbeza, mudah-mudahan kami mampu membuat persembahan yang menyatukan kedua-dua dunia.”
Nidji semasa persembahan Dream Festival di Indonesia.
“Sekian lama tidak datang ke Malaysia, tentunya kami teruja apabila diundang semula. Senang banget, apatah lagi bila mengimbas semula kenangan konsert di MITEC pada tahun 2019. Tahun ini juga menandakan ulang tahun ke-21 Nidji. Walaupun ahlinya bersilih ganti dan muzik Nidji juga semakin berevolusi, kami pasti peminat di Malaysia tetap setia menantikan kehadiran kami,” katanya.
Tambahnya lagi, satu lagi punca keterujaan mereka tentulah untuk menikmati semula makanan-makanan yang ada disajikan di Malaysia. “Pengen Nasi Kandar!” bilang mereka.
Nama Budi Doremi mungkin masih asing dalam kalangan masyarakat Malaysia. Begitupun, nafas baharu yang dibawakannya dalam muzik yang diperkenalkan amatlah menyenangkan dan menenangkan.
Budi Doremi.
“Untuk konsert ini, persiapan saya lebih ke arah persiapkan fizikal agar sihat dan mempergiatkan latihan. Mudah-mudahan semuanya lancar.
“Sebenarnya sejak saya berusia lima tahun lagi, saya ingin berkolaborasi dengan Nidji. Dan itu sudahpun terjadi sekarang, syukur,” luahnya.
Tiket konsert Dream Collaboration: Nidji X Budi Doremi sudah boleh didapati di platform Ticket2U. Harga tiket bergantung kepada kategori yang ditawarkan, terdiri daripada; Festival (Early Bird – Free Standing), RM214; CAT1 (Upper Deck), RM474 dan CAT 2 (Upper Deck) RM364.
Manakala, kategori Royal Box yang boleh menampung sehingga 8 orang penonton pula dijual pada harga RM4,694 setiap satu.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Ramai yang suka bercutikan. Bercuti dikatakan dapat menghilangkan stress bekerja selain reward untuk diri sendiri. Jika kita menyangka pergi ke luar negara itu boleh nampak pemandangan indah tapi sebenarnya dalam Malaysia pun banyak tempat cantik dan menarik, tak jauh bezanya pun dengan apa yang ada dalam negara kita.
Seperti dikongsikan oleh seorang pengguna fb, Shida Daut, tempat percutian ini bukan di Hawaii tapi cuma di Sungai Ruan dalam daerah Raub. Tak sangkakan dalam daerah Raub ada tempat cantik macam nie. Lokasinya agak tersorok, dalam kebun getah tapi nampaknya Rock Mountain bakal menjadi destinasi pilihan untuk orang pergi bercuti kerana tempatnya memang cantik dan menarik. Hokay, nama pun Rock Mountain, dah dekat-dekat sama dengan nama Rocky Mountain yang sangat terkenal di Selatan Amerika tu.
Ini pintu masuknya, Rock Mountain
Tak sangkakan di sebalik kebun getah, ada tempat cantik macam nie
Kalau baring2 di sini dah rasa macam di pantai Hawaii pulak
Kalau korang nak pergi sini, Google Map tak petakan lagi lokasinya ya. Jadi awas sikit. Menurut Shida, pengguna yang nak ke sini perlu masuk simpang di Bukit Tinggi, jalan nak ke Sungai Klau dari Sungai Ruan (untuk orang tempatan yang tahu, bukan Bukit Tinggi Bentong tu ye)
Masuk nak jalan-jalan dan mandi manda di kolam renang luas itu harganya RM10 tapi kalau nak menginap harga lain sikit. Carian REMAJA di booking.com mendapati harga semalam lebih kurang RM238 di hujung minggu bagi tarikh hujung minggu ini.
Budak2 pasti suka mandi manda, korang yang remaja pun boleh terjun tiruk di sini, hehehe. Masuk kalau nak mandi RM10 ajer
Ini sebahagian dari pemandangan di Rock Mountain, cantik
Bila tengok gambar-gambarnya terasa macam di tepi pantai Hawaii pulakkan. Lepas tu ada patung mainan sama macam di Disneyland tu. Hah, lagi jimat dah tak perlu ke Disneyland dah dapat pemandangan cantik macam tu. Di sini juga ada suana dan macam-macam kemudahan lain lagi yang cukup lengkap untuk korang nikmati.
Wow, ada Snow White dan tujuh orang kerdilnya, ala2 macam di DisneylandPlayground untuk kanak2 pun ada, elok jer bersih tempatnya
Inilah bilik tidurnya, ada siapa2 nak pergi bulan madu kat sini tak?
Jadi cuti-cuti nie, korang jangan lupa datang ke Raub ya.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Mustahil bagi yang tidak mengenali aktor kacak seorang ini. Kita acap kali dipersembahkan oleh pelakon berbakat besar ini dengan watak romantik dalam sebuah naskhah tempatan.
Sudah lebih sedekad membanting tulang di persada seni, pastinya ada satu tanda aras buat si pemilik nama Aiman Hakim Ridza ini sebagai anak seni.
Ketika Remaja berkesempatan bertemu empat mata bersama suami kepada aktres jelita Zahirah Macwilson ini, dia seorang pelakon yang agak teliti dan selekitif dalam pemilihan tawaran lakonan yang akan diterimanya.
Kata Aiman Hakim, dirinya akan cuba mengelak daripada memainkan watak yang berakhir dengan kematian dan juga sebagai orang kurang upaya.
“Tidak kiralah watak itu Superman atau apa sekali pun, jika watak itu itu mati baik tak perlu.
“Selain itu memainkan karakter orang kurang upaya pun saya tidak suka juga,” katanya kepada Remaja.
Pelakon karya hit Air Force The Movie: Selagi Bernyawa itu bagaimanapun memaklumkan itu hanyalah pendapatnya sebagai aktor yang sama sekali berbeza dengan pelakon di luar sana.
“Ya, dua watak itulah yang saya akan cuba elakkan. Kerana kalau kita ulang banyak kali seperti membawa watak mati, bagi saya ia bukan satu perkara yang bagus.
“Namun bagi pelakon lain berbeza pula kan,” ujarnya lagi ketika ditemu bual.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Malang memang tidak berbau, siapa sangka aktiviti fun run ini boleh mengakibatkan tiga peserta acara larian ini cedera selepas dilanggar sebuah kereta yang dikatakan merempuh penghadang keselamatan didirikan di Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2) baru-baru ini.
Walaupun nampak seperti fun (yelah, nama pun fun run), namun korang perlu la berhati-hati dan jangan fikir seronok je nak tamatkan larian.
Dalam satu kenyataan di laman Facebook acara itu, penganjur maraton itu berkata, ia memberi bantuan kepada peserta terjejas akibat kemalangan itu dan mereka sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa, serta berjanji memberi lebih banyak maklumat apabila memperolehinya.
“Sebelum ini, pada acara larian Kuala Lumpur Standard Chartered Marathon, terdapat kemalangan yang membabitkan sebuah kereta yang merempuh hadangan keselamatan kami.
“Pelari yang terjejas sedang menerima rawatan perubatan. Kesejahteraan peserta larian kami kekal menjadi keutamaan kami dan kami menawarkan bantuan kepada mereka yang terjejas dalam kejadian ini.
Earlier today, at the Kuala Lumpur Standard Chartered Marathon, there was an accident involving a car that plowed…
Menurut seorang penguna Facebook iaitu saudara Onizuka Rizuan, seorang daripada mangsa itu ialah rakan sekerjanya di PruBSN yang mengalami keretakan di pinggul dan pelvis, serta cedera di kepala dan tangan.
Onizuka merayu saksi kemalangan yang dikatakan langgar lari itu supaya tampil membantu siasatan polis.
Mangsa yang berusia 44 tahun itu dipercayai dalam keadaan stabil dan dijangka menjalani pembedahan. Dia dipercayai ialah pembantu kawasan Parlimen bagi bekas menteri belia dan sukan, Khairy Jamaluddin yang merupakan ahli Parlimen Rembau.
Sekeping gambar yang dimuat naik ke Facebook Onizuka menunjukkan KJ berada di tepi katil mangsa itu.
Jurucakap polis berkata, saksi melaporkan kemalangan yang berlaku di MRR2 itu menghala ke arah Gombak.
Tetapi, katanya, tidak jelas jika pemandu merempuh penghalang kerana kawasan itu dalam pembinaan dan peserta mungkin keliru.
Sementara itu Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Abdul Rahman, dalam satu kenyataan di Twitter pula berkata, beliau telah dimaklumkan mengenai insiden tersebut.
Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Abdul Rahman
“Saya berharap pihak berkuasa akan mengambil tindakan segera dalam mencari pihak yang melakukan kesalahan melanggar hadangan keselamatan itu dan kepada penganjur untuk membantu mangsa yang cedera dalam apa jua cara yang mungkin.
“Kami memberi keutamaan kepada keselamatan rakyat,” katanya dalam satu kenyataan.
Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menggesa pihak berkuasa “mengambil tindakan segera untuk mencari individu yang melanggar penghadang keselamatan itu” serta membantu mangsa cedera.
I was informed that some runners in the Kuala Lumpur Standard Chartered Marathon suffered injuries due to a hit and run incident. My thoughts and prayers are with those injured & their families. #klscm2019
Untuk info Standard Chartered KL Marathon merupakan larian tahunan yang diadakan sejak 1989. Lebih 30,000 peserta mengambil bahagian tahun ini bersama kira-kira 1,900 peserta antarabangsa dari 73 negara.
So, kepada korang yang nak join aktiviti larian lain fun run ni penulis harap korang lebih berhati-hati ya. Ingat tau malang tak barbau ye gais…!
Akhirnya terjawab! Umat Islam di Malaysia akan menyambut Hari Raya Aidilfitri pada Sabtu, 21 Mac 2026bersamaan 1 Syawal 1447H.
Pengumuman rasmi itu dibuat oleh Penyimpan...