Tular di media sosial baru-baru ini, apabila tersebar beberapa keping foto yang menunjukkan penyanyi popular antarabangsa, Lana Del Rey sedang bekerja di sebuah restoran makanan ringan, wafel.
Dalam foto tersebut, kelihatan pelantun lagu popular Radio itu mengenakan sepasang seragam berwarna biru dan tertera tanda nama ‘Lana’ pada uniformnya.
Difahamkan, restoran tempat penyanyi berusia 38 tahun itu bekerja terletak di Florence, Alabama, Amerika Syarikat.
Ads
Beberapa pengunjung yang pernah ke restoran tersebut turut mengakui bahawa pelayan yang bekerja di situ adalah sememangnya penyanyi lagu West Coast berkenaan, walaupun bentuk tubuhnya kelihatan lebih berisi berbanding sebelum ini.
Bagaimanapun, sejak foto tersebut tersebar pada 20 Julai lalu, Lana Del Rey tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan dan dilihat masih bekerja di restoran sama.
Update terkinitentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
“Saya amat bangga segala usaha tidak mengkhianati hasil kami”
Itulah ungkapan terindah yang dilontarkan penyanyi dan juga pelakon berkaliber, Naim Daniel apabila melihat naskhah hit Projek: High Council (PHC), telah menjadi fenomena dan dapat diterima ramai.
Di samping itu, Naim yang membawa watak sebagai Ayam akui karakter tersebut sedikit sebanyak memberi impak yang cukup besar sepanjang kerjaya seninya.
Selain itu, penyanyi lagu Sumpah itu menyifatkan dirinya cukup bangga kerana dapat turut terlibat bagi menjayakan naskhah arahan Anwari Ashraf yang cukup hebat pada masa ini.
“Watak Ayam ini serba sedikit memberi impak dalam kerjaya saya selama 19 tahun dalam industri dan ini menjadikan satu naskhah yang boleh dikatakan cukup membanggakan buat diri saya. Saya bangga berada dalam Projek: High Council ini. Alhamdulillah.
“Bukan mudah untuk menjayakan naskhah ini. Masing-masing memberikan seratus peratus usaha yang kita tahu perkara ini bukan senang, namun bila bercerita tentang semangat anak muda untuk menjadikan sebagai naskhah yang baik,” tuturnya kepada Remaja.
Berkata mengenai pengajaran mahupun sudut positif yang dapat diambil dalam PHC, Naim menyifatkan drama berkenaan serba sedikit dapat membuka mata masyarakat agar tidak memandang ringan tentang kejadian yang berlaku di dalam sekolah terutama selepas di luar bilik darjah.
“Saya percaya apa yang ditampilkan dalam naskhah ini adalah satu bentuk kehidupan yang jarang didengarkan oleh masyarakat iaitu bulu, keganasan, penindasan para pelajar dan gangguan seksual.
“Jika kita ambil dari sudut positif di mana kita dapat lihat perkara ini tidak lagi asing dari norma masyarakat untuk kita bincangkan di skala besar.
“Selain itu, jika dapat lihat dari sudut perspektif yang luas di mana kita cuba membangkitkan isu-isu yang serba sedikit dapat membuka mata masyarakat untuk tidak memandang enteng tentang apa yang berlaku di dalam sekolah,” ujarnya lagi.
Sekadar informasi, selain Mierul, High Council turut membariskan para pelakon baharu yang berbakat serta berpengalaman daripada pelbagai latar termasuk Nadhir Nasar, Amir Ahnaf, Naim Daniel, Yusof Hashim, Daiyan Trisha, Sazzy Falak, Ben Tan, Sathisvaran M Magesvaran, Kahoe Hon, Fadhli Masoot, Fazziq Muqris, Ameer Asyraf, Muzayyin Mahyuddin, Hazeeq Dean, Aida Aris, Azhar Sulaiman dan Edika Yusof.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Pelakon terkenal, Nora Danish dan bekas suami, Nedim Nazri bersetuju untuk bercerai talak satu secara baik kira-kira jam 8.40 malam tadi, menerusi prosiding yang berjalan di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Jalan Duta, Kuala Lumpur.
Nora turut memohon agar semua pihak tidak membuat sebarang spekulasi atau andaian mengenai keputusan mereka untuk berpisah kerana mahu anak-anaknya hidup dalam keadaan tenang dan positif.
“Saya harap semua boleh hormati jawapan yang saya boleh kongsikan iaitu saya dan bekas suami saya, telah dapat persetujuan bersama untuk mengakhiri hubungan kami setelah tujuh tahun telah berakhir di sini”
“Paling penting, tujuan kami, hanya mahu bersama-sama membesarkan anak-anak dengan kasih sayang dan positif. Harap sangat pada anda semua mendoakan baik-baik buat kami sekeluarga”
“Saya harap anda semua dapat menghormati perpisahan kami dan tidak timbulkan sebarang teori. Ini kerana saya sangat mementingkan keharmonian kedua-dua keluarga”
Nedim melafazkan talak satu di hadapan Hakim Syarie, Abdul Fattah Datuk Kamarudin pada pukul 8.34 malam tadi.
Sekadar info, Nora dan Nedim berkahwin pada 30 Mac 2017 dan dikurniakan cahaya mata lelaki, Mohamed Neqayl berusia enam tahun.
Sebelumnya, Nora pernah berkahwin dengan Datuk Rizal Ashram Ramli atau Jejai pada 20 Jun 2006 dan dikurniakan cahaya mata lelaki, Putra Rayqal, 15, sebelum bercerai pada 2008.
Sementara itu, Nedim pula pernah mendirikan rumah tangga dengan Nabilah Khan pada 2011 dan bercerai dua tahun kemudian. Menerusi perkahwinan itu, mereka dikurniakan cahaya mata, Mohamed Nedrin, 12.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Aksi pengacara dan usahawan terkenal, Noor Neelofa kerap memegang perut ketika di sebuah acara sekali lagi meraih perhatian warganet sehingga mencetuskan andaian yang dia kini hamil cahaya mata kedua.
Menerusi video yang dikongsikan seorang pengguna akaun TikTok, Neelofa dilihat memegang perutnya ketika memberi ucapan sempena ulang tahun kelahiran putera sulungnya, Muhammad Bilal yang pertama, semalam.
Lebih menguatkan andaian lagi, pemilik video tersebut turut mencoretkan kapsyen mengatakan Bilal bakal bergelar abang.
Menjengah di ruangan komen, meskipun tiada pengesahan daripada bekas pengacara program MeleTop itu mengenai perkara berkenaan, namun rata-rata warganet menzahirkan ucapan tahniah buat Neelofa.
“Alhamdulillah tahniah Neelofa dan keluarga. Seronoknya dapat hamil lagi” komen seorang pengguna.
“Memang dia mengandung sebab wanita hamil akan automatik selalu pegang perut,” kata pengguna lain.
“Alhamdulillah kalau hamil. Tahniah Neelofa, Haris Ismail dan Bilal kerana bakal dapat ahli keluarga baharu,” tulis seorang lagi pengguna TikTok.
Untuk rekod, Neelofa dan Haris mendirikan rumah tangga pada tanggal 27 Mac 2021 di sebuah hotel terkemuka di ibu negara. Hasil perkahwinan, pasangan merpati dua sejoli itu dikurniakan Bilal pada 29 Januari tahun lalu.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.