Disebabkan pandemik COVID-19 banyak syarikat penerbangan mengalami kerugian teruk sehingga terpaksa membuang sebahagian daripada para pekerja dan kru kapal.
Thai Airways antara yang terkesan dan mengambil langkah pengstrukturan semula.
Disebabkan tiada penerbangan boleh dilakukan dalam usaha membendung penularan virus COVID-19, syarikat penerbangan ini mengambil pendekatan unik dengan membuka restoran bersuasana dalam kabin di ibu pejabatnya.
Ads
Restoran sementara ini dibuka di kafeteria syarikat tersebut. Sebelum ini, ia hanya berfungsi sebagai tempat makan untuk staf sahaja.
Ads
Menariknya, sebaik sahaja tiba di restoran tersebut, tetamu akan disambut dengan pramugari lengkap dengan uniform penerbangan tersebut dan akan diberikan cenderamata seperti pas penerbangan
Restoran itu dihiasi dengan bahagian-bahagian kapal terbang seperti tempat duduk ekonomi dan juga tempat duduk kelas bisnes lantas memberikan lagi suasana di dalam kapal terbang.
***P/S – Rindu nak makan Nasi Lemak Pak Nasir seperti dalam kapal terbang.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Jenama pengeluar mainan Mattel Inc baru sahaja melancarkan koleksi patung Barbie ‘Role Model’ sebagai tanda sokongan dengan mengiktiraf petugas barisan hadapan yang berjuang melawan pandemik COVID-19.
Patung barbie edisi frontliners ini menampilkan individu disebalik penemuan vaksin koronavirus Britain, Sarah Gilbert yang juga merupakan seorang profesor berusia 59 tahun dari Universiti Oxford. Beliau merupakan pembangun bersama vaksin Oxford/AstraZeneca yang kini diberi pernghormatan sebaris dengan bintang terkenal Beyonce, Marilyn Monroe dan Eleanor Rooservelt yang juga pernah menjadi wajah bagi patung Barbie.
Foto: BBC
Selain Gilbert, turut ditampilkan dalam koleksi ini adalah jururawat bilik kecemasan Amy O’Sullivan yang merawat pesakit COVID-19 pertama di Wycoff Hospital di Brooklyn, New York dan Audrey Crus, seorang doktor barisan hadapan di Las Vegas yang menentang diskriminasi.
Antara anak patung lain yang dihasilkan dengan wajah frontliners termasuklah Chika Stacy Oriuwa, seorang pakar psikiatri Kanada di University of Toronto yang menentang perkauman sistemik dalam penjagaan kesihatan dan penyelidik bioperubatan Brazil, Jaqueline Goes de Jesus, yang memimpin penjujukan genom varian Covid-19 di Brazil.
Patung tersebut dihasilkan dengan penampilan yang menyerupai para doktor yang dipilih, ada yang berkaca mata, ada yang memakai pelitup muka dan ada juga menyarung pakaian bedah.
Sebelum ini, ratu gimnastik negara, Farah Ann juga pernah menjadi model Barbie pertama di Malaysia apabila Mattel mengeluarkan edisi khas patung Barbie yang menyerupai dirinya.
Bagaikan sudah jatuh ditimpa tangga, itulah yang boleh digambarkan apabila pekerja kedai serbaneka ditumbuk oleh dua lelaki tempatan yang kemudian memaksanya untuk turut berswafoto bersama mereka.
Salah seorang suspek (kanan) sempat berswafoto bersama pekerja kedai yang ditumbuk olehnya.
Kini, pihak polis sedang giat menjalankan operasi pencarian dua suspek tersebut bagi tujuan siasatan lebih lanjut.
Menurut Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hasan, kejadian berlaku kira-kira jam 5 pagi, apabila mangsa yang bekerja di kedai serbaneka 24 jam didatangi dua lelaki tempatan tidak dikenali yang ingin membeli arak.
Pengadu berusia 18 tahun tersebut dilaporkan menegur lelaki itu selepas dia mengambil tiga batang payung dan meninggalkan kawasan itu tanpa membayarnya.
“Berlaku pertengkaran mulut antara pengadu dan suspek sebelum suspek kembali ke kawasan itu dan menumbuk muka mangsa beberapa kali,” katanya dalam kenyataan itu.
Sebelum membuat laporan polis, mangsa menjalani rawatan di hospital, sambungnya lagi.
Menurut Mohd Zaid, usaha mencari kedua-dua suspek sedang dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan yang memperkatakan samun yang mengakibatkan kecederaan.
Bagi membantu siasatan, polis menggalakkan sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu untuk tampil ke hadapan.
Pegawai penyiasat, Inspektor Nur Fatihah Awang, boleh dihubungi di talian 011-25703695, IPD Kajang di talian 03-89114222, atau mana-mana balai polis berhampiran.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER FOTO: Kosmo, Berita Harian
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kecoh di Amerika Utara dan Eropah sedang berdepan dengan satu jangkitan virus monkeypox atau lebih dikenali sebagai cacar monyet sejak awal Mei ini. Hal ini menambahkan ‘bencana’ sedia ada di bumi.
GAMBAR yang dirakam pada 1996 di Congo memaparkan tangan pesakit cacar monyet. FOTO REUTERS
Belum reda lagi dengan wabak Covid-19, situasi ini telah mendatangkan rasa risau kepada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) kerana cacar monyet kini dianggap endemik di Afrika.
Kanada adalah negara terbaharu melaporkan penyakit ini dan sedang menyiasat puluhan kes disyaki cacar monyet selepas Sepanyol dan Portugas mengesan lebih 40 kes ini.
Portugal dan Sepanyol sebelum ini tidak mempunyai sejarah kes cacar monyet.
Apa itu Monkeypox
Monkeypox adalah wabak yang pertama kali ditemui pada monyet pada tahun 1958. Virus ini kemudiannya merebak dari haiwan ke manusia sehingga ia menyebabkan gejala demam dan ruam berisi cecair pada kulit dengan kadar kematian 1-10 peratus.
Seseorang boleh dijangkiti apabila terdedah kepada air liur, cecair dalam nodul kulit, atau objek yang telah tercemar. Ia membabitkan gejala termasuk demam, sakit kepala dan ruam kulit bermula pada muka dan merebak ke seluruh badan.
Namun, penyakit ini akan pulih dalam tempoh beberapa minggu dan jarang menyebabkan kematian.
Ianya telah menjangkiti orang ramai di Afrika Tengah dan Barat sejak beberapa tahun kebelakangan ini, namun jarang berlaku di Amerika Utara dan Eropah.
Pakar kesihatan awam Profesor Jimmy Whitworth dari London School of Hygiene and Tropical Medicine, menjelaskan bahawa terdapat satu teori popular yang nampak berkait dengan kes ini.
“Disebabkan tiada lagi sekatan terhadap pandemik COVID-19. Orang ramai mula melakukan aktiviti seperti biasa sehingga kemudiannya dijangkiti penyakit yang sebelum ini dianggap endemik.
Teori yang saya kaji mungkin terdapat banyak penyakit ini di Afrika Barat atau Tengah, kemudian perjalanan ke luar negara dibenarkan, akhirnya kes muncul di mana-mana,” kata Profesor Jimmy.
“Penyakit ini tidak akan menyebabkan wabak besar seperti COVID, tetapi ia masih merupakan wabak penyakit yang serius jadi ia perlu diberi perhatian sepenuhnya,” akhirinya.
Sementara itu, Kementerian Kesihatan Perancis mengesahkan, kes pertama cacar monyet di negara itu dikesan di wilayah Ile-de-France. Selain itu, The Guardian melaporkan, kemungkinan kes cacar monyet dikesan pada seorang lelaki berusia 40-an dari New South Wales, Australia yang baru pulang dari Eropah.
Allahu, moga saudara kita di sana dilindungi dan dijauhkan dari ancaman Virus Cacar Monyet ini.
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Penyanyi yang juga juara Big Stage 2023, Nadeera Zaini, meluahkan rasa syukur apabila penampilannya sering menerima pujian daripada peminat yang menyifatkan dirinya kini kelihatan...