Jika sebelum ini media massa dan cetak melaporkan perubahan cuaca pelik di Texas, Amerika Syarikat sehingga mengalami ribut salji dan mengorbankan sekurang-kurangnya nyawa selain jutaan terputus bekalan elektrik.
Perkongsian di media sosial pula menunjukkan cuaca luar biasa yang melanda di sebahagian besar AS itu juga turut menyebabkan kesejukan melampau selain mencetuskan puting beliung di tenggara negara terbabit dan barangan dan persekitaran di sekeliling pun menjadi beku.
Namun, baru-baru ini beberapa pengguna media sosial menyebarkan dakwaan bahawa salji itu merupakan salji palsu yang telah dicipta oleh kerajaan.
Menurut laporan Insider, video-video mengenai dakwaan itu bukan sahaja berlaku di Texas malahan dari United Kingdom.
Salah satunya adalah video di aplikasi TikTok yang menunjukkan seorang wanita cuba membakar bola salji namun ia tidak cair. Hal ini menyebabkan mereka mendakwa bahawa salji itu tidak normal.
Tapi sebenarnya tidak benar, semua salji akan bertindak balas dengan cara itu, melalui proses yang disebut pemejalwapan iaitu salji yang padat akan berubah menjadi gas.
Para saintis mengatakan pemanasan global khususnya pemanasan di Kutub Utara berkemungkinan punca perubahan iklim dan cuaca pelik yang melampau di Texas.
Maklumat yang tidak tepat dilaporkan terus berleluasa sejak ribut melanda Texas minggu lalu. Ingat dekat Malaysia je orang suka buat berita palsu rupanya dekat mana-mana pun sama je kan. Bagaimanapun, maklumat tidak tepat sebegini boleh menjejaskan banyak pihak.
Hah, dengar tu, jangan sesekali tular berita tidak tepat ya.
Malam tadi ada disiarkan cerekarama terbitan TV3 berjudul Insan Terpilih lakonan pelakon Syazwan Zulkifly, Fathil Dani, Zara Zya dan ramai pelakon hebat lain arahan pengarah Nazir Jamaluddin. Ia mengisahkan “Firdaus Gila” lakonan Syazwan Zulkifli yang menampilkan lakonan cukup mantap.
Di sebalik kisah dipaparkan, ternyata kisah ini diadaptasi dari kisah Husein Gila. Dalam perkongsian Hasnah Shamsuddin di fbnya, dirinya berkongsi sebuah kisah benar mengenai individu bernama Husein Gila yang dikongsikan oleh jemaah sebuah surau di Klang, Selangor.
Drama Insan Terpilih lakonan Syazwan Zulkifli yang disiarkan di TV3 semalam yang mana diadaptasi dari kisah benar Husein Gila
Jika selama ini kita sering takut dengan orang gila kerana kita merasakan tindakan gilanya mungkin mampu mencederakan kita tetapi sebenarnya kisah Husein Gila ini patut kita jadikan inspirasi dalam mengejar syurga Allah. Gila pada pandangan manusia mungkin tidak sama “gila” pada pandangan Allah taala kerana diri mereka nyata lebih mulia di sisi Allah taala kerana terhindar dari dosa dunia.
Baca perkongsian tulisan ini yang mampu membuat fikiran kita berubah mengenai persepsi mengenai orang gila yang selama ini kita sangat takut untuk berhadapan dengan mereka.
Inilah Husien Gila yang membuatkan jemaah menangis bila kematiannya. Jika dulu tubuhnya hitam berkilat namun ketika kematiannya, mukanya berseri-seri dan jenazahnya berbau harum
Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Drama TV3 Insan Terpilih based on kisah benar “Si Husein Gila”👇👇
Perkongsian ini diceritakan oleh salah seorang Jemaah sebuah surau di Klang, Selangor Darul Ehsan. Telatah Husien Si Orang Gila ini selalu buat jemaah surau terkejut sehingga kematiannya dirasai.
Patutlah dah lama tak nampak Hussein, rupanya dia dah pergi meniggalkan dunia yg fana ini. Dia di gelar Husein gila sebab dari zahirnya kita lihat dia tak seperti orang biasa atau normal.
Dia selalu ada di surau-surau. Kerja dia mengutip benda-benda kotor di karpet surau dan dimasukkan ke dalam poketnya. Pernah jemaah surau bagi dia penyapu tapi dia tak nak. Katanya, rugilah kalau aku pakai penyapu kalau satu aku kutip guna tangan 10 ganda ALLAH SWT bagi aku. Jadi jemaah tak bleh nak kata apa-apa.
Kadang-kadang dia cuci bilik air surau, dia berus lantai dinding-dinding semua. Kalau satu bilik air dia berus smpai satu hari pun tak siap. Sebab apa? orang bagi berus dia tak nak. Dia nak gunakan berus gigi nya.
Pelik perangai Husein ni. Kadang-kadang dia kutip-kutip nasi satukan semua lepas tu letak kat lantai. Bila ditanya dia jawab ‘semut pun makhluk ALLAH SWT, kalau kucing boleh bagi makan macam ni kenapa semut tak boleh?
Bila di tanya, katanya rugilah kalau pakai berus lantai, sekejap dah siap, tak sampai sejam dah siap. Kalau pakai berus gigi malam baru siap. Setiap kali aku berus waktu berlalu ALLAH SWT bagi aku hadiah nanti, jadi dapat banyak.
Astaghfirullah Al Azim. Orang bagi duit tak nak. Dia kata ‘aku ada tangan, ada kaki boleh jalan-jalan cari makanan yang orang buang, membazir berdosa. Aku tak perlukan duit. Aku makan untuk hidup nak bersihkan surau’. Subhanallah!
Pelik perangai Husein ni. Kadang-kadang dia kutip-kutip nasi satukan semua lepas tu letak kat lantai. Bila ditanya dia jawab ‘semut pun makhluk ALLAH SWT, kalau kucing boleh bagi makan macam ni kenapa semut tak boleh?’.
Last-last jemaah imam biarkan sahaja apa dia buat. Orang solat dia tak solat. Pernah jemaah tanya, ‘Hussein marilah solat sama?’ Dia tempik nya jemaah tu. ‘Kan ALLAH SWT kata orang gila tak wajib solat, tak wajib lah, kau solat la! SubhanALLAH.
Siapa Husein ni sebenarnya? Yang tahu kisah asal, dia ni pelajar pondok. Dulu mak tirinya suka dera, pukul dia. Bapak dia pun sama, sampailah dia tekanan, merayau-rayau tak tentu arah.
Paling terkejut skali Husein bebel2. ‘Mana muazzin ni tak azan ke dah nak Maghrib ni, aku jelah Azan kan’. Jemaah tahan dia tapi imam surau suruh biarkan sahaja.
Subhanallah saat dia Azan, menitik air mata imam jemaah mendengarnya. Lebih sempurna daripada kita yang ada. Kata imam surau tu, bila ditanya Husein ‘Pandai kau Azan ye?’ Jawabnya, ‘memanglah pandai dah hari-hari aku kat sini, aku solat je tak wajib. Aku solat tapi cara aku la. ALLAH SWT tak wajibkan aku. Korang pun tak suka aku, semua duduk jauh-jauh’. Lepas tu dia gelak.
Saat jenazah Husien sampai.. ketika dimandikan. Tiga orang tukang mandi jenazah bertukar-tukar kerana tak sanggup. Menggigil, menangis, sebak melihat jenazah Husein. Mukanya berseri-seri, dulu hitam berdaki, gigi yang berkarat jadi putih bersinar, bau busuk hilang begitu sahaja. Wanginya jenazah Husein sehingga kalah bau haruman atar jemaah yang pakai.
ALLAHU AKBAR. Kalian nak tahu, dari zahirnya kita nampak dia gila.. tapi hakikatnya dia bijak, kita lihat dia berdaki, kotor, busuk. Zahirnya bila dimandikan kelihatan sifat asal sebenar arwah.
Seminggu Surau sunyi sepi. Sebulan silih berganti imam bertukar-tukar sebab nak mendoakan Husein. Jenazah imam pun tak sampai macam tu orang doakan. Bayangkann 30 hari setiap kali lepas solat, mesti mendoakan kesejahtraan Husein sampai menitis air mata imam dan jemaah rindukan Husein gila.
Kita ni terhijab zahir sehingga tak nampak dalamannya.
Semoga menjadi iktibar buat kita smua yang masih hidup dan mencari-cari kesempurnaan di dunia persinggahan ini.
ALLAH SWT pandang nawaitu kita, hati kita, ketulusan dan keikhlasan serta keimanan, ketaqwaan, keislaman, ketaatan dan kesetiaan kita. Bukan pada rupa, warna kulit, status, harta, pangkat, darjat, kepuraan zahir batin.
Muhasabah diri sendri dan utk saudara seislamku untuk sedar daripada khayalan yang samar dan kembali kepada janji kita yang nyata kpd ALLAH SWT YANG HAQ.
Kredit : Sebuah Surau ALLAH SWT di kampungan Klang Selangor.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Orang kata, kalau dah jodoh pasti akan bertemu kan?
Baru-baru ini, media melaporkan mengenai perkahwinan antara pemuda dari Perlis dan juga wanita dari Osaka, Jepun yang mendapat perhatian netizen.
Pasangan tersebut, Norfaizad Farhan Nor Hashimi, 28 tahun dan Anna Farhana Tanaka, 25 selamat diijabkabulkan di dalam sebuah majlis ringkas di Perlis hujung minggu lalu.
Memetik Utusan, perkenalan daripada laman Facebook itu membawa kepada bibit-bibit cinta seterusnya membawa ke alam perkahwinan walaupun dipisahkan beribu batu.
Oleh kerana cara perkenalan mereka yang unik itu membuatkan pasangan ini menjadi viral di laman Twitter.
saya kahwin dengan orang perlis alhamdulillah…tak sangka media2 social tulis tentang kami😅suamiku sangat malu dah pic.twitter.com/1F2ZDVEv7i
Kebanyakan netizen juga turut mengucapkan tahniah kepada pasangan tersebut malah mendoakan agar kebahagiaan mereka berpanjangan. Malah, ada juga yang sempat bertanya jika ada sanak-saudara boleh dijadikan bakal suri hati untuk diri mereka sendiri.
Penyanyi kontroversial Singapura, Aliff Aziz nampaknya masih tidak terlepas daripada berita panas. Selepas sah bercerai daripada bekas isterinya, Bella Astillah pada awal Ramadan tahun ini, nama Aliff kembali hangat setelah gambar ‘terbaring’ di rumput dan dada yang diinaikan mirip tatu badan tersebar di media sosial.
TERBARU menurut portal Berita Harian Singapura, Aliff telah didakwa di Makhamah Singapura pada hari ini atas pertuduhan mencuri.
Menurut portal tersebut, dia didakwa mencuri wang sejumlah S$300 (RM909) dan Rupiah 1 juta (RM296) daripada seorang pelakon Indonesia bernama Raya Yunika Perdhana Putri. Insiden itu dilaporkan berlaku pada 7 Jun lalu di sebuah bilik hotel di Nanson Road dari jam 12 tengah malam hingga 3 pagi.
Aliff turut berdepan dengan tuduhan mencuri sekotak rokok dan pemetik api bernilai S$15.60 (RM47.29) milik seorang lelaki bernama Gurwinder Singh di kafe Starbucks di Plaza Singapura.
Penyanyi berusia 28 tahun itu bagaimanapun telah dibebaskan dengan ikat jamis S$5000 (RM15,000). WHOA.
Perbicaraan Aliff akan disambung pada 1 Oktober ini.
Niat REMAJA bukanlah untuk mengaibkan Aliff tetapi agar kita dapat belajar daripada kesilapan yang dilakukan olehnya, terutama jika berada di Singapura. Di sana, undang-undang mereka amat ketat dan tindakan mencuri sekotak rokok sekalipun boleh didakwa di mahkamah.
Sumber: Astro AWANI
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!