Jika sebelum ini, kira-kira 10 pemain bola sepak dari Malaysia pernah berpeluang untuk menyertai akademi bola sepak antarabangsa.
Antaranya termasuklah Aqil Arazi Aziz di AS Cannes, Perancis; Allee Putra Azril (Akademi Malaga City FC di Sepanyol) dan Omar Raiyan Kama Azlan (kelab Red Star Belgrade di Serbia).
Peluang sedemikian tentunya telah memberikan lebih imbuhan pengalaman kepada pemain-pemain bola sepak remaja tempatan yang mempunyai potensi untuk melakar kejayaan lantas membantu skuad Harimau Malaysia di peringkat antarabangsa pada masa hadapan.
Kini, tiba pula giliran pemain bola sepak 17 tahun dari Terengganu, Muhammad Soleh Ahmad Shukri yang telah berangkat ke Sepanyol, malam tadi.
Kehadiran Soleh ke sana adalah bagi menyertai Akademi Malaga City FC selama setahun bermula Januari 2023.
Ads
Bagi sebulan pertama di sana, ayahnya Datuk Dr Ahmad Shukri Md Salleh yang juga merupakan Pakar Perunding Perubatan di KPJ Damansara akan menemani Soleh untuk memberi sokongan kepada anak bongsu daripada empat adik beradik itu.
Soleh ketika ditemui rakan pemberita baru-baru ini mengakui perasaan gembira lebih mengaburi perasaan cemas apabila menerima tawaran menyertai akademi berprestih itu.
Tawaran tersebut tiba pada bulan lalu dan kini tiba masanya untuk terus mengejar impian dalam sukan bola sepak yang sudah diminati sejak usia 7 tahun.
“Saya sangat gembira untuk ke Akademi Malaga bagi memperbaiki pengetahuan berkenaan bidang bola sepak walaupun agak sedih kerana ini merupakan pengalaman kali pertama saya berpisah dengan keluarga.
Ads
“Saya berjanji akan menguasai teknik permainan bola sepak sepanjang berada di Sepanyol. Saya yakin saya mampu membuat ahli keluarga bangga dengan pencapaian saya nanti. Saya juga berharap mampu berkongsi ilmu bola sepak bersama yang lain apabila sudah habis menyertai akademi itu nanti, katanya.
Terdahulu, Muhammad Soleh mulai serius untuk berkecimpung dalam sukan bola sepak negara sejak tiga tahun lalu dengan menjadi pemain sayap kanan bagi kelab FC 1Goal.
Di acara tersebut juga, Muhammad Soleh telah menerima sumbangan barangan kesihatan bernilai RM2,000 daripada Hospital Pakar KPJ Damansara.
Ads
Tidak mustahil, pemain remaja ini akan menjadi pelapis sukan bola sepak negara sebaris skuad Harimau Malaya sekarang, kan!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
b
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kolej Tunku Kurshiah (TKC) berjaya mengharumkan nama negara di peringkat antarabangsa dengan pencapaian cemerlang dalam Pertandingan Sumo Robot Seluruh Jepun (All Japan Robot Sumo Tournament) 2024.
Pasukan TKC yang dikenali sebagai Team Ensis Kogeki TKC, terdiri daripada dua pelajar, berdepan dengan wakil dari kolej terkemuka di Jepun, Ooita Technical Kagetsu, dalam kategori robot seberat tiga kilogram.
Dalam perlawanan yang penuh debaran itu, pasukan TKC berjaya mencatat kemenangan 2-1, sekaligus melayakkan mereka ke pusingan seterusnya.
Kejayaan tersebut juga mencuri perhatian ramai apabila robot sumo milik TKC menunjukkan kepantasan luar biasa sehingga mampu menumpaskan lawan hanya dalam beberapa saat.
Momen kejayaan itu dirakam dan dimuat naik oleh Ikedo Kogeki Malaysia Robot Sumo Team di Facebook, di mana video tersebut mendapat perhatian luar biasa daripada netizen.
Namun, dalam pusingan seterusnya, pasukan TKC terpaksa akur dengan kekalahan apabila bertemu dengan wakil dari Perancis, Team Cecil Maxon.
Pencapaian membanggakan ini mendapat pujian daripada netizen, yang mengharapkan agar lebih banyak pendedahan dan perhatian diberikan terhadap industri robotik di negara ini, yang masih kurang mendapat perhatian.
Selain itu, ramai juga yang berharap agar tenaga pengajar lebih peka terhadap perkembangan bidang berkenaan dan menyediakan pendedahan lebih luas kepada pelajar, khususnya di institusi sekolah.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: FB Ikedo Kogeki Malaysia
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Ibu mana yang tidak sedih apabila perlu berpisah dengan anaknya. Namun demi masa depan perkara tersebut harus dihadapi. Selebriti terkenal, Ozlynn telah berkongsi di laman Instagram mengenai permintaan anak sulungnya, Ahmad Ariq yang mahu menikmati juadah nasi ayam air tangannya sebelum pulang ke universiti setelah lama bercuti.
“Menu terakhir untuk anakku hari ini. Dia request anak makan nasi ayam mama sebelum fly balik. Banyak dia makan, mama masak dgn sepenuh hati kasih dan sayang sambil berdoa semoga mendapat keberkatan dan kejayaan buat anakku. Haish, touching pula nak taip ni.
Juadah nasi ayam yang disediakan Ozlynn.
“Allah sahaja tahu perasaan seorang ibu. Dewasa macam mana pun seorang anak, tetap di anggap anak kecil oleh seorang ibu. Marah macam mana pun tetap kasih tak berubah. Semoga pulang membawa kejayaan yang besar anakku,happy study!
“Just enjoy apa sahaja yang you buat as long pandai bawak diri di negara orang. Jaga maruah diri, jangan tinggal solat dan mengaji. Papa, mama dan asik-adik sayang you,” kongsi Ozlynn dalam hantaran di instagramnya beserta dengan gambar nasi ayam yang dimasak khas untuk anak sulungnya itu.
Dapat dilihat dalam gambar yang dimuat naik oleh ibunya, Ariq kelihatan gembira menikmati juadah yang disediakan ibunya.
Bukan calang-calang orangnya, Ariq merupakan seorang pelajar yang cemerlang. Dia kini sedang mengikuti pengajian dalam bidang perubatan di sebuah universiti di Dublin, Ireland dan telah berada di sana sejak tahun 2021. Hebat Ozlynn dan Johan dalam mendidik anak-anaknya, pelajaran menjadi satu keutamaan.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pasukan Debat Bahasa Inggeris Universiti Teknologi MARA (UiTM) membuktikan bahawa mereka merupakan pasukan yang berdaya saing dengan daya intelek tinggi apabila menjuarai pertandingan The Australasian Intervarsity Debating Championships (Australs) 2023.
Diadakan pada 2 sehingga 9 Julai 2023 bertempat di Krabi, Thailand. Pasukan debat Bahasa Inggeris UiTM Diwakili oleh Wan Amirul Syakir bin Wan Ahmad Rafidi, Sarah Yasmin Aston binti Sofian dan Haikal Daniel bin Mohamad Hasli yang merupakan pelajar Fakulti Undang-Undang UiTM Shah Alam.
Dalam pertandingan tersebut, mereka telah berjaya mengalahkan pasukan dari Indira Gandhi National Open University dalam kategori Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua (ESL). Terdahulu, pada peringkat separuh akhir, pasukan Debat Bahasa Inggeris UiTM telah berjaya menewaskan pasukan debat senegara dari Universiti Malaya.
Membuatkan kemenangan mereka lebih manis, pendebat dari UiTM, Haikel Daniel turut diiktiraf sebagai pendebat terbaik pada pusingan akhir. Tajuk yang diperdebatkan pada pusingan akhir berbunyi, That we prefer religious teachings that emphasise the belief that human beings are born good instead of born evil.
Bertemu Naib Canselor UiTM sebaik pulang ke Malaysia.
Pertandingan ini disertai oleh 46 buah universiti luar negara termasuk Australia, New Zealand, Singapore, Indonesia, Thailand, Japan, Korea Selatan, Bangladesh, India, Pakistan, Hong kong dan China.
Antara universiti yang mengambil bahagian termasuklah Universiti Sydney Australia, Universiti Beihang China, Universiti Otago New Zealand, Universiti Kebangsaan Seoul Korea Selatan, Universiti Kebangsaan Singapura dan Universiti Melbourne Australia.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Nurhidayah Damanhoori mencipta sejarah sebagai wanita pertama menjadi Pegawai Pemerintah Unit Berkuda PDRM. Kenali perjalanan dan inspirasi kejayaannya.