Lama rasanya tidak mendengar khabar daripada si cantik manis, Anzalna Nasir.

Setelah menyambut cahaya mata kedua, Mohamad Emirhan Mohamad Hanif yang bermaksud Princely Ruler pada 20 Mei tahun lalu, Anzalna lebih memilih untuk meluangkan masa bersama keluarga tercinta. Apatah lagi tanpa kelibat pembantu peribadi untuk mengelolakan dua orang ‘putera’ yang kian membesar, keputusan untuk mendiamkan diri buat sementara waktu dari dunia seni hiburan baginya adalah keputusan yang perlu dilakukan.

Justeru, pertemuan REMAJA dengan finalis Dewi Remaja 2009/10 ini di acara pengenalan dirinya selaku duta kempen Flora Nostalgia Raya oleh Isetan Kuala Lumpur baru-baru ini seakan menjadi pengubat rindu.

Rezeki Bertambah-Tambah Selepas Anak Kedua, Anzalna Nasir Dah Bersedia Beraya Serba Elegan Dengan Isetan

Kempen yang menghimpunkan koleksi Aidilfitri oleh jenama fesyen terkenal Malaysia ini diinspirasikan daripada corak bunga-bungaan tekstil Melayu tradisional dengan sentuhan moden pada reka bentuknya.

Seramai 25 jenama berbeza menyertai kempen Isetan Kuala Lumpur ini terdiri daripada Tom Abang Saufi, Mimpikita, Rico Rinaldi, Variante dan ramai lagi. Tentunya, REMAJA bertanyakan koleksi manakah yang menjadi pilihan Anzalna Nasir?

IKLAN

Rezeki Bertambah-Tambah Selepas Anak Kedua, Anzalna Nasir Dah Bersedia Beraya Serba Elegan Dengan Isetan

Jawab ikon fesyen ini, sukar untuknya memilih hanya satu memandangkan kesemuanya mempunyai kelebihan masing-masing bagi penggayaan di acara berbeza.

“Hendak ikutkan, saya sudah tidak sabar untuk beraya serba elegan sebenarnya dan memakai semua helaian raya dalam koleksi Flora Nostalgia Raya ini. Baju setiap hari sudah tersedia. Cuma tunggu Hari Raya saja untuk saya gayakannya.

“Saya merasa terharu dan gembira menjadi wajah Isetan pada tahun ini sebab Isetan sentiasa menjadi tempat di mana Anzalna dan keluarga membeli-belah. Bukan setakat pakaian Raya tetapi semua ada di sini. Orang kata, one-stop-centre.

IKLAN

“Buat masa ini, Anzalna hanya menjadi duta bagi kempen Raya sahaja. Tetapi tadi, bosnya sempat jugalah membuka peluang lain untuk Anzalna. InsyaAllah, jika ada rezeki mengapa tidak? Senang sangat untuk bekerjasama dengan mereka. Sewaktu penggambaran selama enam jam tu pun, saya tidak merasa penat malah gembira melakukannya,” kongsinya.

Jom lihat di antara rekaan baju raya yang sempat digayakan oleh Anzalna menerusi kempen Flora Nostalgia Raya ini.

Rezeki Bertambah-Tambah Selepas Anak Kedua, Anzalna Nasir Dah Bersedia Beraya Serba Elegan Dengan IsetanRezeki Bertambah-Tambah Selepas Anak Kedua, Anzalna Nasir Dah Bersedia Beraya Serba Elegan Dengan IsetanRezeki Bertambah-Tambah Selepas Anak Kedua, Anzalna Nasir Dah Bersedia Beraya Serba Elegan Dengan IsetanRezeki Bertambah-Tambah Selepas Anak Kedua, Anzalna Nasir Dah Bersedia Beraya Serba Elegan Dengan IsetanRezeki Bertambah-Tambah Selepas Anak Kedua, Anzalna Nasir Dah Bersedia Beraya Serba Elegan Dengan IsetanRezeki Bertambah-Tambah Selepas Anak Kedua, Anzalna Nasir Dah Bersedia Beraya Serba Elegan Dengan Isetan

IKLAN

Dalam pada itu, korang juga berpeluang untuk menyertai peraduan berbuka puasa bersama Anzalna dan memiliki mangkuk tingkat edidi khas secara percuma apabila membeli koleksi ini di Isetan Kuala Lumpur untuk masa terhad. Gunakan sahaja kod promo koleksi ‘muse’. Terus menang!

Selain dijual di stor fizikal Isetan Kuala Lumpur, koleksi Flora Nostalgia Raya juga boleh didapati di Isetan KL Online Store dan Lazada untuk rekaan baju tertentu.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI