Episod ketiga Dewi Remaja 2019 berlalu lagi pada minggu ini dan seperti biasa, seorang lagi peserta perlu meninggalkan pencarian.

 

Model dan graduan Psikologi, Nina Amin menjadi finalis kedua yang tersingkir selepas Yusmyra Natasya pada minggu lalu.

“Semua Boleh Berlakon, Tapi..” Nina Amin Tersingkir Episod 3 Dewi Remaja 2019

Dalam episod yang bersiaran semalam di saluran Astro Ria & Ria HD, 11 orang finalis diberikan cabaran lakonan bersama mentor mereka yang mempunyai pengalaman luas dalam bidang ini iaitu ‘Ibu’ Fauziah Nawi.

Untuk cabaran pertama, Nina dan ahli kumpulan, Syamira Izzati berjaya untuk menyakinkan Ibu dengan lakonannya sebagai ‘Dukun & Pontianak’ (meskipun tidak ditunjuk dalam episod semalam).

“Semua Boleh Berlakon, Tapi..” Nina Amin Tersingkir Episod 3 Dewi Remaja 2019

IKLAN

Nina dipilih sebagai pemenang cabaran tersebut dan memilih skrip teater ‘Tentang Bulan’ bersama ahli grup seperti Syamira, Azra, Shaza Bae, Sharlina Gilbert dan Dian Fernandez.

Namun menurut juri yang menilai, lakonan Nina sedikit dibayangi oleh finalis lain yang lebih menyerlah di pentas Istana Budaya tersebut. Walaupun Nina berjaya membawakan watak Rindu itu, namun ia tidak memadai untuk menyelamatkannya ke episod keempat.

Bak kata Ibu Fauziah Nawi, “Anda semua telah melakukan tugasan yang mustahil; iaitu untuk berlakon di pentas teater dengan persediaan beberapa hari saja.

”Semuanya boleh berlakon bagi Ibu, tetapi mungkin kerana finalis lain melakukan tugasan dengan lebih baik, seseorang harus berada di bawah.”

IKLAN

”Secara keseluruhan Nina berpuas hati dengan pencapaian dan pengalaman dalam Dewi Remaja 2019. Cuma of course, Nina sedikit kecewa dengan keputusan di episod ketiga ini.

”Apapun, Nina ingin berterima kasih kepada semua kru dan produksi yang memilih Nina sebagai salah seorang finalis kali ini. Dan kepada 11 orang finalis dan kawan Nina di dalam Dewi Remaja 2019, terima kasih kerana selalu berada bersama Nina.

”Terima kasih kepada supporters terutamanya kepada keluarga Nina sendiri yang sentiasa push Nina ke hadapan dan percaya dengan potensi Nina.

“Semua Boleh Berlakon, Tapi..” Nina Amin Tersingkir Episod 3 Dewi Remaja 2019

IKLAN

”Jika ada rezeki tak ke mana. Doakan Nina selepas ini,” katanya yang juga mempunyai bakat besar dalam bidang peragaan.

*

Bagi korang yang terlepas untuk menonton episod ketiga Dewi Remaja 2019, korang boleh menyaksikannya di aplikasi Astro Go. Ataupun menonton siaran ulangan pada hari Selasa, jam 1.30 petang di Astro Ria (104) dan Ria HD (123)

 

 

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI