Jika sebelum ini, ramai yang fobia dan memadam aplikasi yang tular mengenai kononnya pihak ketenteraan Amerika Syarikat telah membeli data pengguna sebuah aplikasi mobile Islamik, iaitu Muslim Pro.
Rentetan daripada itu, Noor Neelofa seorang pengacara, usahawan terkenal dan juga Dewi Remaja tahun 2009/10 sebelum ini telah memberikan petanda yang mana beliau bakal hadir dengan sebuah aplikasi tersendiri, dinamakan TheNoor. Kini, lanjutan daripadanya, Neelofa turut memperlihatkan ciri-ciri yang bakal dibawakan melalui aplikasi tersebut.
Daripada demo ringkas yang dikongsikan di laman instagram miliknya, ia menunjukkan yang mana aplikasi TheNoor akan menyertakan pemain al-Quran untuk anda mendengar bacaan al-Quran dan turut mengakses kepada terjemahan. Menariknya, pengguna turut boleh menghubungkan ia kepada sistem inforia pada kenderaan, dan mendengar ketika memandu.
Disamping itu, pengguna turut boleh mengakses kepada bahagian waktu solat untuk melihat waktu solat semasa, disamping mengakses melihat arah kiblat dan melihat senarai tempat solat berhampiran.
Ads
Sumber : Instagram Neelofa
Aplikasi TheNoor ini dijangka ditawarkan secara percuma, dan bebas daripada iklan – sekaligus ingin menjadi aplikasi gaya hidup muslim.
Ads
Buat masa ini, tarikh pelancaran rasminya masih tidak diketahui lagi. Dengan perkongsian pelbagai informasi berkenaan dengannya, kita boleh menjangkakan aplikasi ini dilancarkan tidak lama lagi.
Pelakon dan hos televisyen popular, Shaza Bae antara bintang yang diberi kepercayaan sebagai ‘muse’ untuk pertunjukan fesyen jenama lokal terkenal, neonate x svg Race Day yang berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang.
Tampil ‘mega’ sewaktu ‘runaway‘ dihadapan ribuan penonton, Shaza menzahirkan rasa teruja dan bersyukur kerana diberi peluang sebagai salah seorang model untuk memperkenal rekaan terbaharu daripada jenama tersebut.
“Saya sebenarnya amat teruja, bangga dan bersyukur kerana dapat berada di sini kerana saya sudah tidak ‘catwalk’ lebih daripada lima tahun. Jadi, dah lama sangat tinggalkan pentas peragaan ini.
“Jadi, kembali semula dan sebagai ‘muse’ adalah perasaan yang sangat teruja bersama dengan model yang top dan cantik-cantik belaka,” katanya kepada Remaja.
Selain itu, juara Dewi Remaja 2019/20 berkenaan turut menerima pujian sebagai seorang model yang cepat mengingati dan mempelajari sesuatu perkara, terutama ketika di pentas peragaan.
Menitipkan keterujaan, Shaza memberitahu hasil bakat yang ada pada dirinya itu adalah pinjaman Ilahi buatnya.
“Alhamdulillah, ini semua daripada pinjaman tuhan. Bagi saya, rasanya saya sangat teruja untuk lakukan ini dan membuatkan saya cepat ingat.
“Bila anda suka untuk melakukan sesuatu perkara, lagi cepat anda belajar perkara itu,” tuturnya lagi.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Di hari pertama Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dijalankan di seluruh negara nampaknya menjadikan ibu negara kembali sunyi seperti PKP 1.0 tahun lalu.
Menerusi perkongsian BERNAMA, suasana sekitar kawasan yang kebiasaannya sesak dengan orang ramai menjadi kosong kerana kebanyakan premis ditutup di Jalan Tuanku Abdul Rahman berikutan kerajaan melaksanakan sekatan pergerakan penuh atau ‘total lockdown’ fasa pertama hari ini.
Seorang pengguna Facebook yang dikenali sebagai Zeck Khayrie juga turut berkongsi gambar di sekitara KLCC, Jalan Tuanku Abdul Razak, Jalan Sg.Besi depan TBS, MRR2, Federal Highway dan jalan di hadapan The Mines yang kebiasaannya sesak teruk.
Zeck sempat merakam gambar tersebut ketika dalam perjalanan pergi dan balik untuk menerima suntikan vaksin.
Walau bagaimanapun, ada juga netizen yang meninggalkan komen supaya mengambil gambar di kawasan-kawasan kilang dan seakan tidak bersetuju kerana ada juga sektor yang dibenarkan beroperasi dalam tempoh ‘lockdown’ ini.
Apa-apa pun diharap agar rakyat Malaysia terus berdoa agar penularan COVID-19 ini berjaya dihentikan.
Perkhabaran yang menggemparkan dua pertandingan ratu cantik terbesar dunia, Miss Universe dan Miss World baru-baru ini melibatkan jelitawan dari Thailand, Opal Suchata Chuangsri nyata membuka mata ramai pemerhati serta pencinta dunia ratu cantik.
Ini susulan keputusan Opal, 21 untuk melepaskan kedudukan dan gelaran pemenang tempat keempat Miss Universe 2024 yang diraihnya tahun lalu demi mengejar impian di pentas Miss World 2025.
Gadis berketinggian 180cm ini sekaligus dinamakan secara rasmi sebagai wakil negara Thailand untuk bertanding di pentas Miss World yang bakal dilangsungkan di Telangana, India pada 31 Mei nanti.
Keputusan Kontroversi
Pengumuman Opal yang dilakukan oleh pemilik organisasi Miss World Thailand, TPN Global semalam di Bangkok sedikit sebanyak menggoyahkan status dan kedudukan yang dimiliki Miss Universe.
Dahulunya dijulang sebagai pertandingan ratu cantik paling berprestij dan dinanti-nantikan saban tahun, Miss Universe bagaimanapun seakan hilang taring dan sinarnya semakin malap berikutan kontroversi yang dicetuskan sendiri oleh pihak organisasinya diketuai oleh pemilik transgender, Anne Jakrajutatip, Presiden Miss Universe Raul Rocha dan Pengarah Eksekutif Miss Universe yang baru dilantik hari ini, Nawat Itsaragrisil.
Nawat sebelum ini lebih sinonim sebagai pengasas dan pemilik organisasi Miss Grand International sebelum beliau membeli hak pemilikan organisasi Miss Universe Thailand dan seterusnya dilantik sebagai Pengarah Eksekutif Miss Universe.
Dek beberapa keputusan memusykilkan yang dibuat oleh Miss Universe sejak kebelakangan ini, pandangan orang ramai termasuklah wakil Thailand, Opal Suchata terhadap Miss Universe mulai menyerong. Opal sebagai contoh tidak ditugaskan untuk terlibat dalam sebarang aktiviti yang dianjurkan Miss Universe biarpun dia beraksi cemerlang sehingga menempah kedudukan dalam posisi Top 5 Miss Universe 2024.
Opal juga dilaporkan tidak dibenarkan untuk memahkotakan juara Miss Universe Thailand 2025 berikutan pertaliannya bersama pemilik lesen Miss Universe Thailand sebelum ini iaitu TPN Global.
Oleh itu, biarpun tindakan Opal untuk meninggalkan pentas Miss Universe demi beraksi di pentas Miss World tidak lama lagi mencetuskan sensasi dalam dunia ratu cantik; ia bukanlah keputusan yang ‘aneh’.
Sebagai gadis muda yang jelita, berwawasan tinggi dan bersedia untuk berkhidmat bagi kebaikan masyarakat menerusi kempen kesedarannya terhadap barah payudara, Opal mempunyai hak untuk menentukan hala tuju yang boleh membantunya ketengahkan keinginannya itu.
Apapun, ini bukanlah kali pertama seorang bekas peserta pertandingan Miss Universe beralih ke pertandingan Miss World. Malah untuk pengetahuan korang, seramai lapan orang ratu cantik pernah berbuat sedemikian dan MENJUARAI gelaran Miss World!
Jom kita lihat siapakah jelitawan berani, bijak dan berwawasan ini.
Suzana Duijm (Venezuela)
Top 15 Miss Universe 1955 – Juara Miss World 1955
Corine Rottschafer (Netherlands)
Top 15 Miss Universe 1958 – Juara Miss World 1959
Rosemarie Frankland (Wales/United Kingdom)
Naib Juara Misss Universe 1961 – Juara Miss World 1961
Madeleine Hartog-Bel (Peru)
Top 15 Miss Universe 1966 – Juara Miss World 1967
Eva Rueber-Staier (Austria)
Top 15 Miss Universe 1969 – Juara Miss World 1969
Helen Morgan (Wales/United Kingdom)
Naib Juara Miss Universe 1974 – Juara Miss World 1974
(Menyerahkan semula gelaran selepas empat hari dimahkotakan selepas didapati sudahpun mempunyai cahaya mata berusia 18 bulan.)
Gina Swainson (Bermuda)
Naib Juara Miss Universe 1979 – Juara Miss World 1979
Agbani Darego (Nigeria)
Top 10 Miss Universe 2001 – Juara Miss World 2001
*
Adakah Opal Suchata dari Thailand akan mengikuti jejak langkah lapan orang jelitawan ini dan bergelar juara Miss World edisi ke-72 pada bulan Mei ini? Sama-sama kita nantikan!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!