Suara yang merdu, sisik yang menawan dan rambut merah menyala semestinya sering disinonimkan dengan sifat watak utama dalam cerita dongeng Disney, The Little Mermaid.
Masih segar lagi di ingatan, betapa cantiknya puteri duyung filem animasi Disney tersebut apabila ianya mula ditayangkan di kaca televisyen pada tahun 1989. Maka, alangkah bahagianya apabila team Remaja kali ini dijemput untuk menyaksikan tayangan eksklusif filem adaptasi aksi langsung ini minggu lepas.
Filem arahan Bob Marshall ini berkisarkan Ariel, seekor ikan duyung muda yang cantik dan dahagakan pengembaraan. Anak bongsu kepada anak perempuan Raja Triton ini juga mempunyai keinginan yang membuak-buak untuk mengetahui lebih lanjut tentang dunia di seberang laut.
Ads
Satu insiden ketika ribut taufan telah membawanya berjumpa dengan Putera Eric dan akhirnya jatuh cinta dengan sifat manusia tersebut. Namun, demi mengejar cinta tersebut, dia harus membuat perjanjian dengan ahli sihir laut jahat, Ursula, yang memberinya peluang untuk mengalami kehidupan di atas tanah tetapi akhirnya meletakkan nyawanya dan mahkota bapanya dalam bahaya.
Haaaa… anda nak tahu pengakhiran kepada cerita ini? Pastikan anda menonton The Little Mermaid di pawagam terdekat mulai 25 Mei ini tau!
Secara jujurnya, pemilihan bintang Halle Bailey untuk memegang watak Ariel adalah keputusan yang tepat. Lakonannya yang ekspresif, bertenaga dan sangat natural harus dipuji terutama sekali.
Ads
Tambahan lagi, lunak suaranya dan gaya nyanyiannya amat bersesuaian sekali, sehinggakan penonton terasa seperti mereka juga berada di dunia bawah laut. Baik dari segi fizikal dan emosi, dia semestinya layak menjadi bintang utama.
Walaupun ada sesetengah adegan yang sedikit meleret, namun kehadiran tiga watak “BFF” kepada Ariel berjaya menarik balik perhatian penonton. Watak ikan tropika Flounder (disuarakan oleh Jacob Tremblay), ketam laut Sebastian (Daveed Diggs) dan burung camar Scuttle (Awkwafina) berjaya membuatkan penonton tidak kering gusi dan terhibur sepanjang filem tersebut berjalan.
Ads
Secara konklusinya, filem berdurasi 2 jam 25 minit ini pasti tidak akan menghampakan mereka yang menonton. Tidak kira tua atau muda, setiap lapisan generasi pasti akan terhibur dan seronok. Happy watching!
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bila tiba hujung minggu, kebiasaannya kita mengambil peluang untuk menyediakan juadah makanan yang boleh dinikmati ketika hari cuti. Selain daripada makanan utama, kami pasti ramai yang sering tercari-cari makanan ringan yang boleh dijadikan snek sewaktu menonton drama/filem di masa lapang.
Biasalah, bila hari cuti ramai yang nak berehat dan kalau boleh, nak habiskan masa untuk marathon drama kan?
Jadi, sambil menonton tu mesti rasa nak mengunyah. Apa kata korang cuba resipi simple buat waffle sendiri di rumah. Mesin waffle boleh beli secara online dan harganya pun tidaklah mahal sangat, yang penting berbaloi.
Kalau beli di luar, kadang-kadang tekstur waffle tu jadi lembik dan kurang menarik. Ini kami nak berikan resipi waffle rangup yang telah dikongsi oleh Nor Asiah di grup Facebook Masak Apa Hari Ni?
Bahan-bahan:
– 3 cawan tepung gandum
– 1 cawan susu full cream
– 1 ½ cawan air
– ¾ cawan minyak masak/butter cair
– 2 biji telur
– Sedikit esen vanilla
– 2 sudu besar susu tepung
– 3 sudu gula castor
– ½ sudu kecil garam
– 1 sudu besar baking powder
– ¼ sudu kecil baking soda
Cara menyediakan:
Masukkan kesemua bahan dalam mangkuk. Kemudian, kacau hingga sebati. Biarkan adunan dalam 10 ke 15 minit. Seterusnya, boleh terus dimasak dalam bekas waffle.
Siap!
Selepas itu, bolehlah letakkan jem di atas waffle tersebut
Namun, nampaknya tidak lagi di negeri Terengganu. Hal ini selepas peraturan kerajaan negeri Terengganu pimpinan PAS yang melarang mana-mana pengusaha salun menjalankan operasi percampuran pelanggan antara lelaki dan perempuan.
Foto Via Pexels
Didenda RM500 dan RM1,000
Menurut Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Alias Razak — peraturan bagi pengasingan jantina itu bukan peraturan baru yang digubal kerajaan negeri, sebaliknya merupakan syarat lesen sedia ada dan jika didapati melanggar syarat lesen boleh didenda antara RM500 dan RM1,000.
“Salun rambut atau kedai gunting rambut, sama ada diusahakan oleh orang Islam atau bukan Islam tidak dibenarkan menyediakan perkhidmatan gunting rambut untuk lelaki dan wanita pada masa yang sama,” katanya dipetik Sin Chew Daily.
Menurutnya, pengusaha salun mesti mematuhi syarat lesen atau mereka akan didenda atau lesen mereka akan dibatalkan.
Baru-baru ini Adun Wanita, Zuraida Md Noor menggesa syarat pelesenan kedai gunting rambut dilaksanakan bagi memastikan kedai gunting rambut dan spa di negeri itu mematuhi syarak dengan mengasingkan jantina.
“Persoalannya, sejauh mana syarat-syarat ini dipatuhi? Saya mendapat aduan daripada masyarakat yang menyuarakan kebimbangan apabila terdapat percampuran lelaki dan perempuan dalam perkhidmatan gunting rambut ini.
“Hal yang sama juga berlaku di premis spa dan salon kecantikan diri. Saya hairan bagaimana penggiat industri dandanan rambut dan salon kecantikan, boleh terlepas pandang perkara besar ini,” katanya dalam sesi perbahasan di Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu, 29 Nov lalu.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi mengumumkan usaha kerajaan negeri dengan kerjasama Kerajaan Persekutuan untuk merealisasikan kadar gaji minimum yang lebih kompetitif, termasuklah menyasarkan RM4,000 sebulan untuk graduan baharu.
Menerusi hantaran di Facebook pada 9 Julai lalu, beliau berkata perkaa itu sedang diperhalusi melalui Majlis Pembangunan Bakat Johor (JTDC) sebagai salah satu inisiatif strategik kerajaan negeri bagi menarik pelabur dan syaikat di Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ).
Apabila semakin ramai graduan berbakat dan berkualiti yang berkhidmat di zon Johor tersebut, maka semakin berkembanglah potensi bagi menarik lebih ramai pelabur ke sana.
Menteri Besar Johor, Dato’ Onn Hafiz bin Dato’ Ghazi.
“Langkah ini penting bagi memastikan kesejahteraan pekerja tempatan terus terbela, selain menarik minat bakat-bakat berkualiti untuk bersama-sama menyumbang kepada pembangunan ekonomi negeri Johor.
“Semoga segala usaha ini dipermudahkan oleh Allah SWT dan segala aspirasi besar di bawah Agenda Maju Johor 2030 dapat direalisasikan demi kemajuan negeri yang seimbang, mampan dan inklusif, insya-Allah,” catatnya.
Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ).
Dalam pada itu, antara perancangan jangka masa panjang lain oleh kerajaan negeri Johor termasuklah bekalan air bersih dan penambahan kapasiti agihan air terawat terutamananya di kawasan strategik seperti JS-SEZ apabila pelbagai projek infrastruktur baharu diluluskan oleh Kerajaan Persekutuan.
Terdahulu, REMAJA pernah melaporkan mengenai isu gaji pokok rendah yang ditawarkan oleh syarikat-syarikat di Malaysia terutama apabila dibandingkan dengan negara-negara serantau.
Pada Februari tahun ini pula, Kementerian Sumber Manusia menetapkan perintah gaji minimum baharu yang dikuat kuasakan di seluruh negara pada kadar RM1,7000 sebulan kepada majikan yang menggajikan lima orang pekerja atau lebih dan majikan yang menjalankan aktiviti profesional tanpa mengambil kira bilangan pekerja yang digajikan majikan tersebut.
Bermula 1 Ogos 2025 pula, KESUMA menetapkan agar kuat kuasa perintah gaji minimum berkenaan dikenakan ke atas majikan yang menggajikan kurang daripada lima orang pekerja.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!