Sudah menjadi kewajipan apabila setiap yang dilakukan oleh selebriti terkenal dunia pastinya mendapat perhatian masyarakat. Sama ada perkara baik atau buruk, selebriti terpaksa akur menerima kritikan yang diberikan peminat.
Penampilan selebriti sering menjadi perhatian orang ramai, lebih-lebih lagi peminat mahu melihat apa yang dipakai atau digayakan oleh bintang pujaan mereka. Oleh yang demikian, para selebriti haruslah sentiasa kelihatan cantik dan segak kerana ingin menjaga imej di mata peminat.
Namun begitu, bukan semua penampilan selebriti kelihatan cantik, kadang kala mereka juga pernah menjadi ‘mangsa fesyen’. Tidak hanya pada busana, tetapi selebriti juga pernah mempunyai gaya rambut terburuk.
Tak percaya? Jom lihat gambar-gambar dibawah yang berjaya kami kumpulkan.
Jenniffer Lopez
JLo juga pernah menggayakan rambut ini di karpet merah Oscars pada tahun 2002.
Kelly Osbourne
Gaya rambut edgy begini hanya sesuai bagi mereka yang memiliki wajah ‘bersegi’.
Scarlett Johansson
Siapa sangka the famous Black Widow pernah berjalan di atas karpet merah menggayakan rambut mullet seperti ini?
Ads
Shia LaBeouf
Tidak pasti apakah gaya rambut sebenarnya yang diinginkan oleh selebriti ini tetapi pastinya ia tidak sesuai digayakan olehnya.
Justin Bieber
Penyanyi lelaki popular ini juga sering menukar gaya rambutnya, tetapi rasanya potongan ini seolah tidak kena dengan Justin Bieber.
Chris Hemsworth
Bagaimana seorang bintang kacak boleh menggayakan rambut seperti ini?
Ads
Kesha
kemunculannya dengan rambut ‘cacak’ yang seakan terkena renjatan elektrik membuatkan ramai yang terlopong.
Robert Pattinson
Gaya seperti rambut tak siap digunting. Kenapa dia tak potong bagi sampai habis je?
Lady gaga
Dengan potongan tanpa rambut berbentuk ‘V’ terbalik, Lady Gaga pernah menggayakan potongan ini sebagai tribute kepada kawan rapatnya, Terry Richardson yang kematian ibu.
Mewarnakan rambut supaya kelihatan seperti cetakan haiwan adalah sangat tidak kena. Korang nampak rambut si Nicki ni macam apa ya? Hehe!
Pelik ke tidak? Hiks!
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Persembahan minggu ketiga Big Stage Alpha (BSA) menyaksikan detik penuh emosi apabila Ariel Fesol diumumkan sebagai salah seorang peserta yang berada dalam kelompok tiga terbawah bersama Allan Andersn dan Afiq Sky.
Namun, lebih memilukan apabila Ariel menjadi peserta yang tersingkir, sekali gus menamatkan perjuangannya dalam pertandingan tersebut.
Bagaimanapun, dia diselamatkan oleh juri tetap, iaitu Datuk Syafinaz Selamat.
Menurut Ariel, dia tidak dapat menahan rasa kecewa memandangkan tujuannya menyertai BSA adalah untuk mengejar kembali impian yang pernah ditinggalkan sebelum ini.
“Sudah semestinya saya kecewa, macam saya cakap saya datang ke Big Stage ini dengan membawa impian yang besar.
“Lebih kecewa sebab minggu ini buat pertama kali ayah saya datang untuk lihat persembahan saya. Dia selalu kata yang dia rindu nak tengok saya perform,” luahnya sebak.
Ariel turut menambah bahawa ibu bapanya merupakan individu yang mula-mula menyedari bakatnya dalam bidang seni.
“Parents saya adalah orang yang melihat bakat saya waktu saya kecil jadi bila mereka datang dan lihat saya di bottom three serta diumumkan sebagai perserta yang tersingkir, sudah semestinya saya sedih. Saya dah cuba kawal tapi gagal, sebab itulah saya tak pandang atas.
“Tapi syukur Alhamdulillah, saya terima ini merupakan salah satu rahsia Tuhan yang saya tidak tahu selama ini tetapi harini telah terjawab soalan di minggu ini.
“Mungkin saya terleka dan menganggap ini sebagai satu tamparan yang hebat untuk saya menjadi seorang penghibur yang baik pada masa akan datang,” katanya lagi.
Untuk info, Ariel membawakan lagu Titian Perjalanan nyanyian asal XPDC namun hanya berjaya meraih markah sebanyak 64.10 peratus daripada barisan juri tetap dan jemputan iaitu Datuk Syafinaz Selamat, Hael Husaini, Jaclyn Victor dan Ajai.
Big Stage Alpha yang dihoskan oleh Elly Mazlein dan Rina Nose kini bersiaran secara langsung dari Shah Alam Royal Theater selama lapan minggu.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Rasanya rakyat Malaysia boleh dah ‘move on’ dengan kereta terbang, kan? Almaklumlah, dah masuk tahun 2020 dan sejak Wawasan 2020 mula disebut oleh Tun M dulu lagi kita dah terbayang tahun ini mesti negara kita dah maju sampai tahap kereta pun boleh terbang.
Kalau korang nak tahu, negara Finland dah pun melancarkan ujian percubaan sejak Mac tahun lalu dan turut berhasrat memperkenal bas tanpa pemandu yang dikenali sebagai “Gacha” di Asia Tenggara tahun ini.
Dan paling menariknya, salah seorang orang kuat yang dipertanggungjawab mencipta teknologi ini merupakan pemuda dan jurutera kelahiran Malaysia. Bangga tak uolls…?
Memetik sumber Malay Mail, Umar Zakir merupakan jurutera utama pasukan perancangan dan kawalan pembangunan algoritma bersama syarikat teknologi tanpa pemandu di sana iaitu Sensible 4 yang turut bekerjasama dengan Muji Japan.
“Pasukan kami bertanggungjawab membangunkan algoritma yang membantu kenderaan autonomi (AV) bergerak dan merancang semula destinasi dalam insiden yang tidak diingini,” katanya.
Sedikit perkongsian tentang Umar, beliau merupakan graduan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dalam panduan, sistem navigasi dan kawalan AV. Semasa pengajian doktor falsafah (PHD), Umar adalah ahli pasukan ‘Intelligent Drive’ pusat pengajian tinggi tersebut yang berjaya mempamerkan prototaip kenderaan tanpa pemandu di Pusat Inovasi & Kreativiti Global Malaysia (MaGIC) di Cyberjaya pada 2018.
Beliau mempunyai enam tahun pengalaman dalam bidang AV dengan menyertai lebih 10 projek di Malaysia, Singapura dan Jepun.
Wah hebat anak Malaysia di mata dunia, Hal ini membuktikan graduan universiti tempatan pun tak kurang hebatnya. Betul tak?
Sumber: Malay Mail
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Biasa kita dengar cerita remaja hamil di luar nikah. Pergaulan bebas dan percayakan kekasih antara punca kehamilan terjadi. Namun perkongsian dari pengasas rumah perlindungan berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat iaitu Baitul Fiqh, Haliza Abdul Halim boleh dijadikan pengajaran buat remaja semua.
Sejak dulu lagi, Haliza atau mesra disapa Kak Liza berkata, dia biasa menerima kes-kes remaja hamil anak luar nikah. Namun satu kes ini benar-benar diingatinya kerana ia bukan melibatkan remaja sebaliknya ibu anak lima. Ibu ini dihantar ke Baitul Fiqh oleh anak sulungnya berusia 19 tahun yang mahu ibunya benar-benar bertaubat dan tidak mengulangi perbuatan lalu.
“Dalam pertemuan itu, di hadapan saya, anak ini meminta ibunya bertaubat bersungguh-sungguh dengan Allah kerana sebagai anak dia malu dengan perbuatan ibunya. Dia juga minta ibunya agar jangan mengulangi kesilapan lalu. Belajar bersolat dan sebagainya,” katanya Kak Liza ketika dihubungi.
Kongsinya lagi, hasil temubual dengan remaja ini dan ibunya yang berusia 37 tahun itu, ibunya menjalin hubungan terlarang dengan seorang lelaki bujang yang muda sedikit dari usia ibunya.
“Kedua ibu bapanya sudah bercerai. Dia anak sulung dan belajar di salah sebuah UiTM. Adik keduanya akan duduki SPM manakala yang ketiga ada autisme. Yang ke empat dan kelima, masih sekolah rendah dan menengah. Bapa sudah lama menghilang. Semasa emaknya duduk dua minggu di Baitul Fiqh ini, adik yang nak ambil SPM inilah yang jagakan adik-adik termasuk yang autisme ini. Dua minggu maknya di sini sebelum melahirkan seorang bayi lelaki.
“Dalam pertemuan itu, remaja ini mahu maknya bertaubat di hadapan Allah. Taubat sungguh-sungguh. Dia memang malu dengan perbuatan ibunya. Lebih kurang dua minggu emaknya duduk berpantang di sini sebelum kembali ke pangkuan keluarga,”katanya sambil menambah, emak remaja ini seorang yang tidak bekerja.
Kak Liza antara individu yang sering membantu pelbagai golongan khususnya yang dalam kesusahan
Banyak kehamilan luar nikah terjadi akibat pergaulan bebas. Gambar hiasan
Jelas Kak Liza lagi, selepas kena cerai, mak dia ada kenal-kenal orang di facebook.
“Dari situ emaknya mula berkenalan dengan lelaki ini. Masa yang sama, emaknya memang pandai buat kuih. Kemudian emaknya mula bekerja kilang. Dari sini emaknya semakin ligat dating dan sebagainya. Tahu-tahu sudah sarat mengandung,” kata Kak Liza sambil menambah, apa yang mengejutkan pendedahan dari remaja ini, ibunya dan seluruh ahli keluarga ibunya tidak pernah bersolat biarpun masing-masing memakai tudung dan antaranya labuh.
“Dia beritahu saya, seluruh ahli keluarga ibunya tak pernah solat. Pakai tudung saja. Dia sendiri solat ketika duduk di asrama di UiTM. Dari situ dia mula belajar tentang solat dan dia ajarkan adik-adiknya solat. Sebab itulah dia amat malu bila emaknya mengandung dan mahu maknya bertaubat. Saya dapat tahu, buat masa ini emaknya menjaga bayi dilahirkannya dan terkini khabarnya emaknya mahu berkahwin dengan lelaki bujang tersebut,’ katanya yang sudah sekian lama terlibat dengan kerja kemanusiaan iaitu membuka rumah perlindungan Baitul Fiqh yang menempatkan ramai remaja mengandung termasuk yang terlalu sosial.
Menceritakan pengalamannya, kata Kak Liza, ada antara remaja yang pernah dibantunya dan kini berada di bumi Scotland melanjut pengajian dalam bidang perakaunan.“Ada dua orang di Scotland. Seorang dah balik dan sudah berkahwin, sementara seorang lagi masih di sana,”katanya menjelaskan hubungannya dan keluarga mereka yang pernah tinggal di rumah perlindungan ini amat baik dan saling menghubungi.
Dalam pada itu, Kak Liza menjelaskan, dalam sehari dia menerima 7-8 panggilan dari mereka yang mengandung dan mahu masuk ke rumah perlindungan ini.
“Jumlah ini terlalu tinggi. Dalam seminggu juga lebih kurang 10 keluarga akan dipanggil untuk sesi kaunseling,” katanya yang banyak menolak permohonan khususnya dari bukan warganegara yang menghubunginya. “Dari 7-8 panggilan setiap hari itu, ia banyak melibatkan warga asing. Orang Pakistan, India dan beberapa negara lain. Tapi dalam kes ini saya suruh rujuk ke Kedutaan masing-masing.
“Lagipun anak mereka ini kalau diambil sebagai anak angkat prosesnya amat rumit kerana Malaysia tidak memberikan taraf warganegara. Jadi susah untuk sekolah dan urusan-urusan lain,’ katanya memaklumkan remaja paling muda pernah dia menjaganya berusia 13 tahun yang mengandung kerana menjalin hubungan dengan kekasih. Kini di Baitul Fiqh hanya ada lima orang sahaja. Bukan kes mengandung tetapi kes sosial lain seperti lesbian, terlalu liar dan sebagainya,’ katanya yang mendoakan remaja-remaja yang terjebak dengan salah laku ini tidak mengulangi lagi kesilapan lalu.
“Buat masa ini belum pernah ada yang mengulang kes. Cuma saya pernah uruskan seorang remaja yang mengandung dua kali hasil hubungan haram. Mengandung kali kedua ini dia duduk dengan saya. Sejarahnya terbongkar bila doktor yang buat pemeriksaan perut memaklumkan ada kesan pembedahan di perutnya,” katanya berkongsi kisah.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!