Pertama kali mendengar konsep filem ‘Searching’, REMAJA menganggapnya sebagai salah satu lagi gimik teknik perfileman yang dilakukan untuk menarik penonton terutamanya di kalangan pengguna media sosial.
Mengapa REMAJA berkata demikian? Ini kerana 100% filem yang diarahkan oleh Aneesh Chaganty ini dipaparkan kepada audiens menerusi skrin komputer, rakaman kamera digital dan juga telefon pintar daripada karakter utamanya yang ditunjangi oleh John Cho.
Namun ternyata telahan kami silap. Malah tidak keterlaluan untuk REMAJA katakan bahawa ‘Searching’ merupakan antara filem thriller terbaik untuk tahun 2018. Menerusi filem ini kita dihidangkan dengan pelbagai kegunaan aplikasi komputer dan telefon pintar yang digunakan secara harian seperti iMessage, Facetime, Instagram, Tumblr, Google Maps, Venmo, Reddit serta aplikasi komputer Mac dan juga Windows.
Secara tidak langsung ia cukup familiar kepada kita yang dalam kehidupan seharian berhadapan dengan semua aplikasi dan perisian yang dipaparkan. Bagaimana dengan jalan ceritanya?
Plotnya mengisahkan bagaimana David seorang ayah yang mendapati anaknya, Margot yang berusia 16 tahun telah hilang secara tiba-tiba. Dengan hubungannya dengan Margot yang semakin renggang akibat tragedi menimpa keluarganya, David berada di dalam keadaan terdesak ingin mencari di manakah Margot berada.
Ads
Ia bertambah sulit kerana Davod tidak mengenali seorang pun rakan-rakan Margot. Dan dalam keadaan terdesak itu dia menggunakan segala maklumat yang terdapat di dalam komputer milik Margot menerusi pelbagai platform seperti laman media sosial, e-mail, perbankan online dan bermacam lagi.
Menariknya, kita sebagai audiens dapat merasai kekalutan, ketegangan dan memahami betapa terdesaknya David, seorang ayah yang ingin mencari anaknya hilang hanya dengan melihat usahanya mencari menerusi skrin komputer peribadinya. Selesai menonton filem ini, REMAJA perasan filem ini ada sedikit sebanyak mempunyai elemen seperti filem ‘Gone Girl’. Cuma bezanya pada plot utama dan teknik filem ini dihasilkan.
Ads
Apa yang pasti ia membuat REMAJA terpaku di kerusi dan mata tidak lekang daripada layar kerana ingin mengetahui apakah yang akan dilakukan seterusnya oleh David untuk menyelamatkan Margot. Plot twist pada penghujung filem ini juga cukup membuat kita berasa berpuas hati. Mungkin korang bakal menangkapnya lebih awal atau mungkin berasa terkejut dengan pendedahan akhirnya.
Jangan lupa untuk sertai contest Tayang Premier REMAJA x SEARCHING. Cara menyertai peraduan boleh dirujuk menerusi posting Instagram REMAJA di bawah!
Dunia laman media sosial kini bukan lagi digunakan oleh kita untuk berkongsi momen-momen bersifat peribadi sahaja. Keupayaan lama media sosial seperti Instagram mencapai jumlah reach yang banyak menjadikan ia sebagai salah satu platform pilihan oleh pembikin pelbagai content untuk mereka berkongsi karya masing-masing.
Dan antara kategori pembikin content yang paling Remaja suka tengok ialah mereka yang kreatfi tampil menghasilkan video lakonan, video voice dubbing, lakaran komik dan juga sketsa yang bukan sahaja mencuit hati tetapi mempunyai mesej tersendiri. Dan untuk 10 akaun Instagram yang Remaja senaraikan di bawah Remaja nak ucapkan keep up the good work!
Bukan mudah untuk sentiasa cari idea menghasilkan karya yang sentiasa relevan, funny dan sentiasa peka dengan isu semasa. Kudos!
Jom kita tengok 10 Instagram kalakar pilihan Remaja!
*susunan adalah random & tidak mengikut ranking
1. @kyopropaganda
Follower: 108k
Antara pembikin video di Instagram dan YouTube yang sangat berpengaruh. Content yang dihasilkannya bukan sahaja kelakar tetapi sangat relevan dengan keadaan semasa. Kadang-kadang mengetengahkan karya social critique yang hebat!
Nama apa sahaja karakter kartun yang dikenali, pasti dia mampu tiru suara dengan baik sekali. SpongeBob, Patrick, Doraemon dan Nobita merupakan karakter biasa dalam video MadLipz yang dihasilkannya. Malah,pernah menjadi jemputan di program Astro, Motif Viral.
Zainorazwan Zainal yang memperkenalkan Komik Ronyok pengkarya yang bercerita menerusi komik. Siapa yang mudah terasa dan kaki sentap, Remaja nasihatkan tak payahlah nak sibuk-sibuk layan komik ni. Takut nanti meroyan pula sebab terasa. LOL
Jangan ingat orang handsome tak pandai bikin video kelakar ya! Antara video Syafiq Ahmad yang paling Remaja gemari ialah Planet Binatang. Go watch it now! (Errr tengok di bawah ni je).
‘Bakal Menantu Pakhang’. Itu yang tertulis di bio Instagram @farhankapoor. Kalau tengok feed Instagram, pelbagai jenis watak dia boleh pegang. Juga sering berkolaborasi dengan Instafamous lain seperti Chazynash.
Kalau kami peminat pun comic strips, inilah akaun Instagram yang harus kamu follow. Sesiapa yang kaki Twitter pasti akan selalu nampak orang retweet karya-karya @hxsmlahh. Bila baca komik dia, Remaja selalu kata dalam hati, “i see what you did there” 😀
Pemenang Anugerah Instafamous 2017 kategori Paling LOL ini sentiasa muncul dengan video lip dub daripada filem dan drama terkenal tempatan. Yang paling Remaja suka bila dia lip dub sinetron Indonesia. Komentarnya baik bangat!
Vikneswaran Veerasundar merupakan pembikin content video di Instagram dan YouTube yang kian mendapat perhatian. Baru-baru ini dia turut melakukan parodi lagu Big Shaq – Mans Not Hot yang bertajuk Pak Itam’s Laki Tak Panas. Epik!
Seorang lagi pelukis komik yang karya lucunya sering dicedok dan dikongsi secara meluas di Facebook. Kadangkala tanpa kredit (not cool guys, not cool at all). Tapi komiknya kadang-kadang agak tidak sesuai dengan budak bawah umur. Read at your own risk ya. Hehe
Sering dilihat berkolaborasi bersama Syafiq Ahmad dan team ASA Production di Instagram dan juga YouTube. Talented dan bakat muda yang punya masa depan cukup cerah.
Sanggupkah kita berjalan kaki sejauh 5 jam setiap hari ke sekolah? Menahan panas dan hujan demi mencari ilmu.
Bila sampai ke sekolah, itu pun dicelah-celah rumah kedai dan sesekali perlu duduk bersila di atas lantai buluh. Dinding pun dari material yang sama. Tak ada kipas pun, hanya angin bertiup sepoi-sepoi. Percayalah, kalau kisah ini diketahui di Malaysia, sudah tentu ia menjadi berita viral dan hangat diperkatakan.
Tetapi berbeza situasi ini di Kemboja khususnya di Wilayah Kratie. Gambaran pendidikannya seolah-olah Malaysia kembali ke zaman 70-an dahulu. Terlalu banyak kekurangan tetapi Malaysia nyata memacu jauh pendidikannya demi memberi pendidikan sempurna kepada rakyatnya.
Tetapi di Kemboja, anak-anak kecilnya khususnya di bawah usia 12 bukan saja perlu berpanas, berhujan malah perlu berjalan sejauh itu setiap hari, semata-mata mahu mendapatkan pendidikan. Tapi itu pun terlalu sukar kerana kurangnya kemudahan tersedia.
Sesekali akan belajar di sini, malah aspek pendidikan dan kemajuan sudah jauh berbeza dengan Malaysia
Pelajar ini akan belajar di rumah kedai. Tak perlu kasut pun, cuma selipar saja je sekolah
Wajah-wajah ceria pelajar yang menantikan dana wakaf dan sumbangan kewangan dari rakyat Malaysia yang prihatin
Sikap kuku besi dan membunuh cendiakawan semasa pemerintahan Pol Pot dari tahun 1976-1979 menjadikan Kemboja mundur dari segi pendidikan. Peperangan dengan negara jiran Vietnam pada tahun yang sama memburukkan lagi institusi pendidikan di negara ini.
Terpanggil membantu khususnya dalam aspek pendidikan islam, pengajian bahasa, pengajian sains dan teknologi, sejarah dan alam sekitar serta geografi mendorong 33 orang pelajar dari Universiti Malaya melancarkan Projek Sukarelawan Antarabangsa (Volunteer Internasional Project )Kemboja pada 10-24 Julai 2018 ke negara berkenaan.
Menurut Pengarah Projek Sukarelawan Antarabangsa atau disebut VIP, Nur Fazila Fazil, 22 berkata, projek ini merupakan anjuran JKP Kebajikan dan Kemasyarakatan Kolej Kediaman Kinabalu, Universiti Malaya demi membantu golongan kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah demi mendapatkan pendidikan sempurna.
“Kami memilih tema Learn Today Lead Tomorrow dengan niat untuk memberikan pendidikan sempurna kepada anak-anak tidak berkemampuan ini kerana dengan pendidikan sahajalah mampu mengubah masa depan mereka di masa akan datang. Seperti mana yang kita ketahui, pendidikan sempurna dituntut oleh semua negara di dunia dan kanak-kanak ini berhak mendapatnya,” katanya ketika ditemui di Universiti Malaya.
Fazila mengetuai projek sukarelawan VIP ini dan terpanggil untuk membantu kanak-kanak di Kemboja mendapat pendidikan terbaik
Inilah barisan AJK tertinggi bagi projek kemanusiaan ke Kemboja
Inilah projek sukarelawan yang memerlukan dana wakaf dan sumbangan kewangan bagi menjayakan pendidikan kepada kanak-kanak di Wilayah Kratie, Kemboja
Kanak-kanak di Kemboja ini memerlukan sumbangan dana wakat dan kewangan demi pendidikan mereka
“Kami memilih Kampung Preksadal, Mukim Preksamann Daerah Chlong, Wilayah Kratie, Kemboja untuk projek pertama ini. Ada kira-kira 1000 orang kanak-kanak miskin yang akan dipilih dalam program ini.
“Tidak hanya dari aspek pendidikan, projek VIP ini juga menyasarkan tentang peri pentingnya menjaga kesihatan, kemahiran dan kebudayaan,” katanya memaklumkan sukarelawan menyasarkan tempoh dua minggu berada di negara terbabit,” kata pelajar tahun dua Akademi Pengajian Melayu, UM ini.
Dalam pada itu, Fazila menjelaskan, kedaifan dan kesukaran dalam mendapat pendidikan sempurna khususnya pada usia 12 tahun ke bawah mendorong mereka menjayakan program ini.
“Mereka bukan saja daif tetapi ramai yang tidak bersekolah. Pihak kerajaan hanya menampung pendidikan pada usia 13 tahun ke atas (bagi sekolah menengah sahaja) tetapi jarak terlalu jauh membuatkan ramai yang memilih tidak bersekolah. Begitu juga bagi kanak-kanak di bawah usia 12 tahun, terlalu sukar mendapatkan pendidikan di sini.
“Bagi menjayakan program ini, pihak kami menyasarkan wang wakaf atau dana dari mana-mana syarikat dan individu yang mahu menyalurkan dana bantuan. Pihak kami memerlukan sekurang-kurangnya RM40,000 bagi membeli barang keperluan seperti buku, pakaian dan sebagainya,” katanya sambil menambah, buat masa ini mereka sedang gigih mengumpul dana dan wang wakaf terbabit.
Beginilah gambaran kampung di Kemboja yang majoritinya penganutnya beragama Islam
Tak jumpa pun sekolah begini di Malaysia lagikan tetapi di Kemboja adalah perkara biasa…
Bagi yang nak tahu tentang projek ini boleh layari laman web seperti tertera
Jelas Fazila lagi, buat masa ini sumbangan khususnya pakaian sudah mula diberi oleh orang ramai yang mahu menjayakan projek amal ini.
“Pihak kami merancang mengadakan garage sales malah boleh dikatakan setiap petang ada jualan nasi kerabu di mana setiap RM0.50 dari keuntungan perniagaan itu dimasukkan ke tabung ini.
“Buat masa ini, kami baru dapat mengumpulkan dana sebanyak RM2,500 satu jumlah yang masih kecil untuk menjayakan program berkenaan yang memerlukan sekurangnya, RM40,000 bagi 1000 keperluan pelajar dan orang kampung di wilayah berkenaan.
Bagi orang ramai, syarikat persendirian yang mahu menyalurkan wang wakaf dan dana pendidikan bagi Projek Sukarelawan Antarabangsa Kemboja ini, boleh salurkan sebarang sumbangan ke akaun CIMB BANK 8001279998 atas nama BENDAHARI UNIVERSITI MALAYA.
Dalam pada itu, Fazila menjelaskan program ini akan menjalin kerjasama dengan Majlis Perwakilan Pelajar UM, Yayasan SALAM Malaysia, Prof Madya Dr Mariani Md Nor. Malah pelajar tahun dua ini turut mengalu-alukan sumbangan dana wakaf dan dana kewangan bagi menjayakan program yang bakal berlangsung selepas hari raya aidilfitri tahun ini.
Bagi yang ingin mengetahui projek kesukarelawan ini dengan lebih lanjut boleh layari facebook : Volunteer’s Internasional Project, Instagram :@vipkinabalu, twitter: @vipkinabalu.
Mana tahu dana wakaf dan sumbangan ini mampu membantu pelajar ini untuk masa depan mereka yang lebih baik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pelakon dan pengarah terkenal, Liyana Jasmay, akhirnya memutuskan untuk mengutamakan penjagaan kecantikan wajah selepas sering menjadi tumpuan netizen yang mengkritik penampilannya.
Menurut Liyana, komen-komen yang mengatakan wajahnya kelihatan letih, mata kuyu dan tidak segarmenjadi pendorong utama dia mengambil langkah melakukan perubahan demi meningkatkan keyakinan diri.
“Nak cantik memang kena buat rawatan muka. Kalau tak orang asyik cakap mata kuyu, muka tak segar, nampak penat, kulit kusam dan gelap.
“Jadi tahun 2026, kita buat saja muka kita!” katanya melalui InstaStory.
Dalam masa yang sama, pelakon filem popular Histeria itu turut berkongsi rancangan untuk melakukan beberapa rawatan estetik bagi memperbaiki penampilan wajah.
“Nak mancungkan hidung, buang ‘lines’ (garisan) dekat leher, buat ‘jawline’ (garis rahang).
“Saya nak jadi ‘wowzer’ tahun 2026. Nantikan wajah saya selepas transformasi,” jelasnya lagi.
Sebelum ini, Liyana pernah menerima kecaman selepas memuat naik video tanpa solekan, sehingga ada pihak yang menyamakan penampilannya dengan pembantu rumah.
Malah, segelintir netizen turut mengkritik matanya yang kelihatan redup, sehingga menimbulkan tanggapan tidak berasas termasuk dakwaan kononnya dia mengambil bahan terlarang dan terlalu letih.
Namun, Liyana nampaknya lebih memilih untuk fokus kepada penjagaan diri dan keyakinan daripada memikirkan komen negatif. Tahun 2026, nampaknya bakal menyaksikan transformasi penampilan pelakon berbakat ini!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Dunia hiburan tanah air dikejutkan dengan berita pemergian pelakon veteran, Jalil Hamid yang dilaporkan meninggal dunia ketika sedang tidur.
Menurut makluman ahli keluarga terdekat, Allahyarham...