Sanggupkah kita berjalan kaki sejauh 5 jam setiap hari ke sekolah? Menahan panas dan hujan demi mencari ilmu.
Bila sampai ke sekolah, itu pun dicelah-celah rumah kedai dan sesekali perlu duduk bersila di atas lantai buluh. Dinding pun dari material yang sama. Tak ada kipas pun, hanya angin bertiup sepoi-sepoi. Percayalah, kalau kisah ini diketahui di Malaysia, sudah tentu ia menjadi berita viral dan hangat diperkatakan.
Tetapi berbeza situasi ini di Kemboja khususnya di Wilayah Kratie. Gambaran pendidikannya seolah-olah Malaysia kembali ke zaman 70-an dahulu. Terlalu banyak kekurangan tetapi Malaysia nyata memacu jauh pendidikannya demi memberi pendidikan sempurna kepada rakyatnya.
Tetapi di Kemboja, anak-anak kecilnya khususnya di bawah usia 12 bukan saja perlu berpanas, berhujan malah perlu berjalan sejauh itu setiap hari, semata-mata mahu mendapatkan pendidikan. Tapi itu pun terlalu sukar kerana kurangnya kemudahan tersedia.
Sesekali akan belajar di sini, malah aspek pendidikan dan kemajuan sudah jauh berbeza dengan Malaysia
Pelajar ini akan belajar di rumah kedai. Tak perlu kasut pun, cuma selipar saja je sekolah
Wajah-wajah ceria pelajar yang menantikan dana wakaf dan sumbangan kewangan dari rakyat Malaysia yang prihatin
Sikap kuku besi dan membunuh cendiakawan semasa pemerintahan Pol Pot dari tahun 1976-1979 menjadikan Kemboja mundur dari segi pendidikan. Peperangan dengan negara jiran Vietnam pada tahun yang sama memburukkan lagi institusi pendidikan di negara ini.
Terpanggil membantu khususnya dalam aspek pendidikan islam, pengajian bahasa, pengajian sains dan teknologi, sejarah dan alam sekitar serta geografi mendorong 33 orang pelajar dari Universiti Malaya melancarkan Projek Sukarelawan Antarabangsa (Volunteer Internasional Project )Kemboja pada 10-24 Julai 2018 ke negara berkenaan.
Menurut Pengarah Projek Sukarelawan Antarabangsa atau disebut VIP, Nur Fazila Fazil, 22 berkata, projek ini merupakan anjuran JKP Kebajikan dan Kemasyarakatan Kolej Kediaman Kinabalu, Universiti Malaya demi membantu golongan kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah demi mendapatkan pendidikan sempurna.
Ads
“Kami memilih tema Learn Today Lead Tomorrow dengan niat untuk memberikan pendidikan sempurna kepada anak-anak tidak berkemampuan ini kerana dengan pendidikan sahajalah mampu mengubah masa depan mereka di masa akan datang. Seperti mana yang kita ketahui, pendidikan sempurna dituntut oleh semua negara di dunia dan kanak-kanak ini berhak mendapatnya,” katanya ketika ditemui di Universiti Malaya.
Fazila mengetuai projek sukarelawan VIP ini dan terpanggil untuk membantu kanak-kanak di Kemboja mendapat pendidikan terbaik
Inilah barisan AJK tertinggi bagi projek kemanusiaan ke Kemboja
Inilah projek sukarelawan yang memerlukan dana wakaf dan sumbangan kewangan bagi menjayakan pendidikan kepada kanak-kanak di Wilayah Kratie, Kemboja
Kanak-kanak di Kemboja ini memerlukan sumbangan dana wakat dan kewangan demi pendidikan mereka
“Kami memilih Kampung Preksadal, Mukim Preksamann Daerah Chlong, Wilayah Kratie, Kemboja untuk projek pertama ini. Ada kira-kira 1000 orang kanak-kanak miskin yang akan dipilih dalam program ini.
Ads
“Tidak hanya dari aspek pendidikan, projek VIP ini juga menyasarkan tentang peri pentingnya menjaga kesihatan, kemahiran dan kebudayaan,” katanya memaklumkan sukarelawan menyasarkan tempoh dua minggu berada di negara terbabit,” kata pelajar tahun dua Akademi Pengajian Melayu, UM ini.
Dalam pada itu, Fazila menjelaskan, kedaifan dan kesukaran dalam mendapat pendidikan sempurna khususnya pada usia 12 tahun ke bawah mendorong mereka menjayakan program ini.
“Mereka bukan saja daif tetapi ramai yang tidak bersekolah. Pihak kerajaan hanya menampung pendidikan pada usia 13 tahun ke atas (bagi sekolah menengah sahaja) tetapi jarak terlalu jauh membuatkan ramai yang memilih tidak bersekolah. Begitu juga bagi kanak-kanak di bawah usia 12 tahun, terlalu sukar mendapatkan pendidikan di sini.
“Bagi menjayakan program ini, pihak kami menyasarkan wang wakaf atau dana dari mana-mana syarikat dan individu yang mahu menyalurkan dana bantuan. Pihak kami memerlukan sekurang-kurangnya RM40,000 bagi membeli barang keperluan seperti buku, pakaian dan sebagainya,” katanya sambil menambah, buat masa ini mereka sedang gigih mengumpul dana dan wang wakaf terbabit.
Beginilah gambaran kampung di Kemboja yang majoritinya penganutnya beragama Islam
Tak jumpa pun sekolah begini di Malaysia lagikan tetapi di Kemboja adalah perkara biasa…
Bagi yang nak tahu tentang projek ini boleh layari laman web seperti tertera
Jelas Fazila lagi, buat masa ini sumbangan khususnya pakaian sudah mula diberi oleh orang ramai yang mahu menjayakan projek amal ini.
“Pihak kami merancang mengadakan garage sales malah boleh dikatakan setiap petang ada jualan nasi kerabu di mana setiap RM0.50 dari keuntungan perniagaan itu dimasukkan ke tabung ini.
“Buat masa ini, kami baru dapat mengumpulkan dana sebanyak RM2,500 satu jumlah yang masih kecil untuk menjayakan program berkenaan yang memerlukan sekurangnya, RM40,000 bagi 1000 keperluan pelajar dan orang kampung di wilayah berkenaan.
Bagi orang ramai, syarikat persendirian yang mahu menyalurkan wang wakaf dan dana pendidikan bagi Projek Sukarelawan Antarabangsa Kemboja ini, boleh salurkan sebarang sumbangan ke akaun CIMB BANK 8001279998 atas nama BENDAHARI UNIVERSITI MALAYA.
Dalam pada itu, Fazila menjelaskan program ini akan menjalin kerjasama dengan Majlis Perwakilan Pelajar UM, Yayasan SALAM Malaysia, Prof Madya Dr Mariani Md Nor. Malah pelajar tahun dua ini turut mengalu-alukan sumbangan dana wakaf dan dana kewangan bagi menjayakan program yang bakal berlangsung selepas hari raya aidilfitri tahun ini.
Bagi yang ingin mengetahui projek kesukarelawan ini dengan lebih lanjut boleh layari facebook : Volunteer’s Internasional Project, Instagram :@vipkinabalu, twitter: @vipkinabalu.
Mana tahu dana wakaf dan sumbangan ini mampu membantu pelajar ini untuk masa depan mereka yang lebih baik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Juri tetap program Gegar Vaganza 11 (GV11), Datuk Syafinaz Selamat, menjelaskan bahawa komen yang diberikan kepada peserta bukan bertujuan untuk memalukan mereka.
Sebaliknya, menurut Syafinaz, setiap komen yang disampaikan adalah untuk memperbaiki mutu persembahan dan memberi input yang berguna untuk peningkatan mereka.
“Saya tak tahulah kalau ada yang anggap juri memalukan, tetapi kalau anda tengok komen saya selama ini, untuk setiap komen negatif yang saya beri.
“Pasti ada positifnya untuk mereka perbaiki,” ujar Syafinaz ketika ditemui selepas konsert kelima GV11.
Selain itu, dia turut menegaskan bahawa komen yang diberikan oleh juri adalah untuk membantu peserta memperbaiki diri, dan setiap individu berhak memilih untuk menerima atau menolak komen tersebut.
Tambahnya lagi, niat mereka bukan untuk memalukan peserta, tetapi adalah sebahagian daripada tugas mereka sebagai juri dalam program tersebut. Syafinaz juga mengingatkan bahawa setiap individu berhak meluahkan pendapat masing-masing, namun ia tidak seharusnya disertai dengan penghinaan terhadap orang lain.
“Kita hanya menilai persembahan dan memberi input kepada mereka. Terpulanglah kalau anda lebih suka terima komen netizen daripada kami yang duduk di kerusi juri.”
“Manusia ini macam-macam, kita tak boleh control cara pemikiran mereka. Mungkin dia ada sebab lain yang di sebaliknya kita tidak tahu,” katanya.
Dalam pada itu, Syafinaz percaya bahawa para peserta Gegar Vaganza sendiri mampu menilai kebaikan dan keburukan komen yang diterima.
“Artis-artis pun begitu ramai yang sudah bertanding dalam GV, saya rasa mereka sendiri pun boleh berfikir baik dan buruknya,” tambahnya lagi.
Syafinaz menegaskan bahawa penilaian yang diberikan adalah berdasarkan objektif untuk membantu meningkatkan persembahan para peserta.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Anak perempuan kepada usahawan terkenal, Datuk Seri Vida, Cik B kini terbuka hati dan memberi lampu hijau buat ibu tercintanya untuk mencari calon suami.
Menurut Cik B, dia semakin memahami situasi wanita tanpa lelaki di sisi namun berharap penyanyi lagu popular I Am Me itu berhati-hati dalam memilih peneman hidupnya.
“Mama nak ke suami baharu? Kalau mama nak, ikut mama lah. Saya tak kisah, sebab saya pun faham perasaan sendu (sunyi). Memang dahulu saya tak bagi (kahwin) sebab masa kecil saya tak faham lagi.
“Tapi mama jangan buta kerana cinta, mama carilah orang yang bagus,” katanya menerusi siaran langsung dalam Tiktok menjawab pertanyaan ibunya mengenai soal jodoh.
Ruangan komen mendapati, rata-rata warganet memuji Cik B yang semakin dewasa dan mahu ibunya bahagia di samping bakal pasangan.
“Cik B terlalu sayang mama dia. Sebab tu dia nak hanya yang betul-betul ikhlas sayang mama dia.
“Bukan sebab harta. Dia tidak mahu ibunya terus disakiti dek cinta,” tulis seorang pengguna TikTok itu.
“Terharu pula tengok Cik B cakap macam itu, dia faham DSV sunyi dan perlukan teman sekatil,” demikian komen netizen itu.
Sebelum ini, DSV pernah mendirikan rumah tangga beberapa kali namun tidak berpanjangan.
Sekitar tahun 2021, bertebaran spekulasi mendakwa DSV bakal mendirikan rumah tangga bersama bekas pengurusnya, Ahmad Iqbal Zulkefli.
Update terkinitentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Pelakon Korea Kang Dong Won didakwa menjalinkan hubungan dengan Rose BLACKPINK. Dakwaan itu bermula dengan tersebarnya foto Kang Dong Won dan Rose BLACKPINK sedang melepak bersama rakan-rakan mereka.
Ekoran khabar angin hangat, agensi Rose BLACKPINK akhirnya menjawab khabar angin artisnya berpacaran dengan Kang Dong Won. Bagaimanapun, YG Entertainment tidak menafikan atau mewajarkannya.
Kemudian netizen Korea turut menyerlahkan keakraban Kang Dong Won dengan Rose BLACKPINK. Kedua-duanya diketahui mempunyai ramai kenalan yang sama sehingga didakwa memakai barangan couple setiap hari.
Berikut adalah 4 fakta tentang Kang Dong Won yang didakwa kekasih Rose BLACKPINK:
1. Baru berhubungan
Rose BLACKPINK dan Kang Dong Won sudah lama tidak bertemu. Kedua-duanya diketahui pernah mengunjungi kediaman pereka fesyen dan usahawan Eva Chow.
Ini dapat dilihat dari muat naik foto Riccardo Tisci, bekas Ketua Pegawai Kreatif Burberry pada Selasa (11/4/2023). Pelakon itu dilihat duduk di sebelah Rose BLACKPINK.
2. Dikaitkan dengan pengaruh dadah
Tanpa disangka, muat naik gambar Riccardo Tisci menimbulkan spekulasi di kalangan peminat. Pemilik akaun Twitter @GIRL0VESICK berkata Rose BLACKPINK, Kang Dong Won, dan rakan-rakan mereka seolah-olah berada di bawah pengaruh dadah.
Akibatnya, Riccardo Tisci segera memadamkan muat naik fotonya daripada Instagram. YG Entertainment juga menafikan sekeras-kerasnya bahawa Rose BLACKPINK dan rakan-rakannya mengambil dadah terlarang.
3. Dilihat Menggunakan Item Yang Sama
Desas-desus tentang hubungan cinta antara Kang Dong Won dan Rose BLACKPINK tersebar pada Ahad (16/4/2023). Siaran viral tanpa nama mengenai komuniti Korea bertajuk “Mendedahkan bukti bahawa Kang Dong Won dan Rose BLACKPINK sedang berpacaran.”
Dalam catatan ini, akaun tanpa nama menyebut persamaan antara Rose BLACKPINK dan Kang Dong Won yang dianggap sebagai ‘bukti’. Kedua-duanya dilihat memakai rantai leher kerjasama John Elliott dan M.A.R.S yang sama.
Ahli BLACKPINK itu juga dituduh mengenali Eva Chow daripada Kang Dong Won. Kedua-dua Rose dan Kang Dong Won juga mengenali antara satu sama lain Youn Yuh Jung, V BTS, dan pemuzik Jepun Yoshiki Hayashi.
Ketibaan Rose BLACKPINK di tayangan perdana filem Broker, lakonan Kang Dong Won, turut menjadi perhatian. Di bawah ruangan komen, seorang netizen Korea mendakwa pernah melihat mereka berdua berkencan.
4. YG Entertainment Bersuara
Hari ini, Isnin (17/4/2023), YG Entertainment mengeluarkan kenyataan rasmi menjawab khabar angin hubungan Rose BLACKPINK dan Kang Dong Won.
YG Entertainment tidak menafikan mahupun mengesahkan bahawa mereka berdua sedang berpacaran. Kerana agensi menganggap ini termasuk alam peribadi artis.
“Tiada apa yang perlu disahkan kerana ini adalah alam peribadi artis,” tegas agensi Rose BLACKPINK seperti dilaporkan Koreaboo.
Kalau betul pun mereka ada hubungan, apa salahnya kan?
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!