Resipi Mudah Kunafa, Dessert Arab Terlajak Sedap Yang Korang Boleh Buat Sendiri

Share

Sewaktu bulan Ramadan lalu, nasi Arab Chef Amar di bazar Stadium Shah Alam menjadi ‘rebutan’ ramai gara-gara kuasa viral di media sosial. Kini, satu lagi juadah dari negara Timur Tengah menjadi kegilaan sehingga ramai yang sanggup beratur berjam lamanya semata-mata untuk mendapatkan kunafa.

Kunafa merupakan hidangan tradisional Timur Tengah yang dibuat dengan pastri seperti mi nipis atau adunan semolina halus berasaskan gula serta dilapis dengan keju. Ia sedap dimakan sewaktu masih panas.

Kalau rasa beli di luar harganya lebih mahal, apa kata korang cuba buat sendiri di rumah dengan menggunakan resipi yang telah dikongsi oleh seorang pengguna Facebook yang dikenali sebagai Nurul Jannah.

Foto: Nurul Jannah

Jom kita lihat resipi mudah kunafa ini.

Bahan-bahan:

  • 300g doh kataifi
  • ½ cawan metrik minyak sapi
  • 300g mozarella cheese block
  • Kacang pistachio

Bahan-bahan sirap ros:

  • 2 cawan air
  • 1 cawan gula pasir
  • ¼ cawan madu
  • 1 sudu besar perahan lemon
  • 1-2 sudu besar air mawar

Cara menyediakan:

1. Buat sirap ros terlebih dahulu, masak semua bahan-bahan bertanda * sehingga likat, kemudian sejukkan

2. Untuk kunafa, carik-carik doh kataifi, masukkan minyak sapi dan sebatikan

3. Lapisan pertama masuk dalam loyang spring form separuh doh kataifi dan lapisan kedua susun mozarella cheese block dan lapisan ketiga tutup dengan baki doh kataifi padat-padat

4. Kemudian, bakar pada suhu 150° selama 35 minit, rak kedua dari bawah dan siap tuang sirap ros yang sudah disejukkan tadi. Sedia untuk dihidang panas-panas

Foto: Nurul Jannah

Nak lebih mudah boleh rujuk video di bawah:

Ha, mudah sahaja kan? Selamat mencuba!

Sumber: (1)

**

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

IKLAN