Pemanis mulut sering menjadi pilihan kerana masyarakat kita sudah terbiasa menikmati hidangan manis selepas makan. Tambah pula jika ia adalah pemanis mulut yang menyejukkan, tatkala cuaca panas membahang, memang confirm laris dijual. Hiks!
Kali ini, Remaja nak berkongsi satu lagi hidangan pemanis mulut yang enak dimakan sewaktu cuaca panas. Buko pandan adalah pemanis mulut sejuk yang berasal dari Filipina, disajikan dengan rasa lemak berkrim, dipenuhi rasa pandan. Ia diperbuat dengan pelbagai bahan seperti isi kelapa yang lembut dan manis, susu pekat manis, dan jeli pandan.
– Isi kelapa dihiris halus (2 biji)
– 1 mangkuk sago dicuci dan direbus
– 1 mangkuk agar-agar perisa kelapa pandan buatan sendiri dan dipotong dadu
– 1 tin nata de coco perisa asli atau laici
– Cheddar cheese
Ads
Bahan-bahan kuah (B)
– Air kelapa daripada 2 biji kelapa
– 500 gram atau separuh kotah fresh cream
– 2 kotak susu full cream
– 3 tin susu cair
– 2 tin susu pekat
– Air daripada nata de coco pun boleh masukkan sekali, jangan dibuang
– Perisa kelapa pandan
– Pewarna hijau
Cara membuat:
1. Campurkan semua bahan A dan parutkan cheese di bahagian atas sajian
Ads
2. Campurkan semua bahan B, ikut selera masing-masing. Buat manis sikit sebab nanti bila dicampurkan dengan semua bahan, ia akan menjadi kurang manis
3. Kemudian, sejukkan di dalam peti ais.
4. Kalau nak makan terus, boleh campurkan dengan kiub ais. Siap!
Ads
Sedikit tip yang dikongsikan, Amber tidak campur air biasa dan gula pasir dalam bahan kuah. Semua kemanisan datang daripada susu pekat dan fresh cream. Jadi, kalau korang nak buat dalam kuantiti yang banyak, tambah sahaja susu full cream banyak sikit, adjust kemanisan menggunakan susu pekat.
Kalau tak suka cheese, tak letak pun memang dah rasa sedap. Makan sejuk-sejuk baru sedap tau. Selamat mencuba!
Pernah tersenarai sebagai antara 10 individu paling kaya di dunia, kini pengasas Facebook atau sekarang dikenali sebagai Meta tidak lagi berada di kedudukan itu.
Sejak awal bulan Februari 2022, perusahaan milik Mark Zuckerberg dikatakan terkesan dari segi nilai syarikat dan hal ini menyebabkan sahamnya jatuh mendadak selepas Facebook mencatatkan penurunan hanya 1 juta pengguna aktif harian.
Terdapat pelbagai spekulasi yang dibuat, ia mungkin kerana penambahan perbelanjaan Meta dalam kajian dan pembangunan metamesta yang agak tinggi, sekali gus menyebabkan harga saham jatuh dari hari demi hari. Hal ini membawa kepada nilai kekayaan Zuckerberg turut menurun.
Mark Zuckerberg mempunyai pegangan sebanyak 14.2 peratus pada syarikat Meta dan sebelum ini dia menduduki 10 tangga teatas manusia paling kaya di dunia. Namun begitu, disebabkan hal ini nilai kekayaan Mark Zuckerberg turut menurun dan kini hanya menduduki tangga ke-12 dengan nilai kekayaan sebanyak $83.1 bilion.
Menurut Forbes, Zuckerberg mengalami kerugian hampir $30 bilion disebabkan oleh penurunan mendadak dalam saham Meta. Saham Meta kehilangan lebih daripada satu perempat daripada nilainya apabila pelabur menimbang koleksi angka kewangan yang meresahkan yang diperincikan oleh syarikat itu dalam laporan pendapatan suku tahunan. Penjualan itu menghapuskan $230 bilion dalam nilai pasaran Meta.
Inilah yang dikatakan kekayaan itu ada turun naiknya. Tapi walau bagaimanapun dia tetap menjadi antara individu yang terkaya di dunia kan. Hiks!
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Bukan calang-calang orang yang dijemput untuk memasuki rumah yang beralamat no.10, Downing Street. Alamat ini sangat popular dan banyak digambarkan dalam filem mahupun drama. Dalam budaya sinema dan skrin, ia paling popular menerusi siri The Crown yang mana 10 Downing Street digambarkan memiliki hubungan erat dengan Queen Elizabeth II.
Merupakan kediaman dan pejabat rasmi Perdana Meteri United Kingdom, 10 Downing Street yang terletak di Jalan Downing dalam Bandar Westminster berusia lebih 300 tahun dan memiliki 100 bilik.
Dr Amalina Che Bakri telah diundang ke sini untuk memberi kesedaran dan menjawab persoalan secara atas talian mengenai Covid-19. Kehadirannya ke sana telah diciap oleh twitter rasmi Organisasi Kerajaan United Kingdom @10downingstreet.
Sedia menjawab soalan di 10 Downing Street.
Dalam tinjauan Remaja ke Instagram Dr. Amalina, wanita anggun yang baru bergelar isteri Mac lalu ini berkata, “Ketika meningkat dewasa, saya banyak melihat 10 Downing Street @ 10downingstreet di berita dan filem-filem (Love Actually adalah kegemaran saya!). Semestinya saya tidak melepaskan peluang untuk mengambil gambar di hadapan pintu ikonik ini.
“Semalam, saya telah diberi kesempatan dalam satu jemputan istimewa untuk melakukan sesi soal jawab mengenai vaksin Covid-19. Terima kasih kepada pasukan No.10, anda sangat hebat! Terima kasih atas semua pertanyaan anda. Saya akan segera kembali ke sana lagi untuk sesi lain di Instagram mereka!”
Bersama suami tercinta pada Hari Raya yang lalu.
Bangga melihat kejayaan anak Malaysia seperti Dr. Amalina. Dia yang cemerlang dalam pendidikan dan kerjaya menjadi lambang kegigihan dan juga ikon kepada anak muda negara ini. Dalam perkembangan lain, baru-baru ini dia disenarai pendek untuk menerima anugerah Women of Future South East Asia 2021
Kaedah kosmetik ini dilakukan untuk menegangkan, mencerahkan dan meremajakan kulit dalam mencantikkan diri telah mendapat perhatian ramai tak kiralah dari selebriti hingga ke orang awam. Untuk nampak cantik dan sempurna, terutamanya golongan wanita sanggup melakukan apa sahaja.
Foto Hiasan – @amelinaamirsharipuddin (IG)
Dengar macam satu proses yang simple dan tak memudaratkan. Namun, apa hukumnya dalam Islam?
Kaedah tanam benang atau thread lift dengan menggunakan benang yang dimasukkan ke dalam kulit bertujuan untuk menegangkan, mencerahkan dan meremajakan kulit hukumnya adalah haram, kerana termasuk dalam kategori mungubah ciptaan Allah SWT s.w.t.
Ini berdasarkan riwayat hadis dari Abdullah bin Masud, sabda Rasulullah SAW. yang bermaksud:
Allah SWT melaknat wanita-wanita yang mencabut bulu kening atau bulu muka (al-Namisah) atau meminta orang lain mencukur atau mencabut bulu kening (al-Mutanammisah), wanita yang mengasah gigi supaya kelihatan cantik. Perbuatan itu telah mengubah ciptaan Allah SWT. (Riwayat al- Bukhari).
Berdasarkan kepada hadith di atas majoriti fuqaha berpendapat, perbuatan mengubah struktur tubuh bagi tujuan kecantikan adalah diharamkan ini kerana perbuatan tersebut termasuk dalam istilah mengubah ciptaan Allah SWT. Maka penggunaan thread lift dalam mencantikkan diri termasuk dalam kategori ini.
So, masih ingin meneruskan? Tepuk dada tanya selera. Keputusan terletak dalam tangan korang.
Sumber: Jabatan Mufti Selangor
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Khairul Aming Ramadan sekali lagi mencuri perhatian apabila sanggup merakam video 30 hari 30 resipi selama hampir 14 jam walaupun sibuk mengurus restoran Rembayung.