
Kalau sebut pasal barbeku (BBQ) steamboat, pasti anda sudah terbayang makan panas-panas dan berasap serta bau daging yang menyelerakan betul tak?
ARTIKEL BERKAITAN : Resepi Ayam Bakar Ala Thai Siap Dengan Sos Pedas, Memang Sedap!
Lagi sedap cicah dengan sos ‘favourite’ dia…Fuhhhh
Tapi, rupanya nak buat sos sukiya ni semudah ABC saja. Yang penting kena ada Kewpie Roasted Sesame Dressing baru jadi.

Bahan-bahan:
-2 sudu bawang putih
-2 sudu daun ketumbar
-2 sudu daun bawang
-2 sudu cili padi
-Kewpie Roasted Sesame
Cara-caranya:
1.Cincang kesemua bahan ini secara halus-halus.
2.Gabungkan bawang putih, daun ketumbar, daun bawang dan cili padi yang sudah ditumbuk hancur.
3.Akhir sekali, tuang sos Kewpie Roasted Sesame dan pastikan bahan-bahan cincang tadi dah bersalut.

4.Kalau anda nak tambah minyak bijan pun boleh kerana akan memberikan aroma. Malah, ada juga yang tambah chili oil di atas sos ini.
5.Siap! Boleh dijadikan pencicah kepada makanan steamboat seperti hirisan daging dan kambing.
Boleh la menikmati BBQ steamboat bersama keluarga atau kawan-kawan, lagi seronok nak makan tanpa henti pun boleh sebab dekat rumah sendiri kan. Say yes to buffet!
BACA LAGI : Model Transgender “Paling Cantik” Dilarang Masuk Dubai Kerana Pasport Lelaki, Ini Fotonya!
Sumber: MasakwithMeen
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pelajar Kolej Dituduh Mandu Mabuk & Langgar Maut Warga Emas

Seorang pelajar kolej berusia 24 tahun telah mengaku tidak bersalah atas tuduhan memandu di bawah pengaruh alkohol sehingga menyebabkan kematian seorang warga emas pada 12 Mac 2022.
Lo Yen Hue membuat pengakuan itu di Mahkamah Majistreet Kuala Lumpur pada hari Jumaat selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan di hadapan Majistreet Amanina Mohamad Anuar.
Mengikut pertuduhan, Yen Hue didakwa memandu kenderaan model Toyota Sienta semasa berada di bawah pengaruh alkohol dengan memiliki 184 miligram dalam 100 mililiter darah dalam badan sewaktu insiden. Had yang dibenarkan adalah 50 miligram alkohol dalam 100 mililiter darah.
Dia didakwa gagal mengawal kenderaan sehingga melanggar seorang pekerja Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) berusia 74 tahun di Jalan Kuching menghala Batu Caves pada jam 3.15 pagi.
Pada waktu itu, mangsa difahamkan sedang memotong pokok di pembahagi jalan sebelum maut dilangggar.

Justeru, Yen Hue didakwa mengikut Seksyen 44 (1)(b) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Pindaan 2020) yang memperuntukkan hukuman penjara antara 10 hingga 15 tahun serta denda antara RM50,000 hingga RM100,000 dan hilang kelayakan memandu untuk tempoh tidak kurang 10 tahun dari tarikh disabitkan kesalahan.
Semasa prosiding, Timbalan Pendakwa Raya, Siti Nursyuhada Abd. Rauf mencadangkan tertuduh diberi ikat jamin sebanyak RM15,000 dengan seorang penjamin.
Bagaimanapun, tertuduh yang diwakili peguam, K.A Ramu memohon agar kadar ikat jamin dikurangkan dengan alasan anak guamnya memberi kerjasama yang baik kepada pihak berkuasa sepanjang siasatan dijalankan.
Majistret Amanina kemudiannya membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM12,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 27 Mei nanti untuk serahan dokumen.
Ini bukanlah kali pertama remaja tempatan didakwa dengan kesalahan memandu dalam keadaan mabuk.
BACA LAGI : Remaja 22 Tahun Jadi Suspek Pertama Didakwa Dengan Akta Baharu Pemandu Mabuk – REMAJA
Sumber : (1)
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Dapatkan Diskaun Sehingga 50% Bil Elektrik Tapi Ada Syaratnya, Ini Panduan Dari TNB

Selama tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini, apa yang paling dikuatirkan orang ramai selain keputusan bekalan makanan, tiada topeng muka, sanitizer mudah terbakar (lol) adalah bil elektrik rumah yang semestinya akan lebih mahal dari bulan – bulan sebelumnya.

Yelah dah terkurung dalam rumah 24 jam, sudah tentu semua peralatan rumah yang mengunakan elektrik juga akan berfungsi selama 24 jam. Adui pening la nak bayar bil elektrik nanti kan. . Tetapi anda tidak perlu risau, dengan adanya Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat, korang boleh menarik nafas lega sebabnya boleh mendapatkan diskaun untuk bil bulanan anda.
DISKAUN BIL ELEKTRIK JUGA TERSENARAI DALAM PAKEJ RANGSANGAN EKONOMI

Korang boleh dapatkan potongan diskaun untuk bil elektrik bulanan melalui Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat telah umumkan bahawa diskaun bil elelektrik termasuk dibawah pakej itu. Lebih baik lagi, diskaun yang ditawarkan sehingga 50%. Tetapi ada syarat yang anda kena tahu. Semua perlu berusaha untuk hadkan penggunaan elektrik dirumah ini kerana lagi sikit penggunaan, lagi banyak diskaun yang korang dapat.

Kadar diskaun itu sendiri dikira berdasarkan jumlah penggunaan elektrik di rumah anda sendiri. Untuk tahu kadar diskaun yang akan diperoleh oleh pengguna domestik atau kediaman anda, boleh baca di jadual bawah yang telah ditetapkan TNB.
PENGGUNA DOMESTIK TIDAK PERLU MEMOHON

Berdasarkan kenyataan TNB sendiri, Pengguna domestik tidak perlu membuat apa-apa permohonan untuk diskaun ini kerana ianya diberikan secara automatik kepada semua pengguna yang berdaftar dengan TNB ataupun mana-mana pembekal elektrik berdasarkan jumlah penggunaan elektrik untuk tempoh penggunaan mulai 1 April hingga 3 September.
Kaedah pengiraan diskaun boleh dilihat didalam paparan yang disediakan berdasarkan laman web TNB.



Alhamdulillah, bersyukurlah kita yang duduk di Malaysia ni kan. Banyak bantuan yang disalurkan oleh kerajaan dalam masa kritikal akibat Covid-19 ini.
Sumber : Tenaga Nasional Berhad
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
[Recap 2018] Buang Air Besar Lebih 20 Kali, Anak Kongsi Detik Akhir Ibu Selepas Makan Laksa
![[Recap 2018] Buang Air Besar Lebih 20 Kali, Anak Kongsi Detik Akhir Ibu Selepas Makan Laksa 24 [Recap 2018] Buang Air Besar Lebih 20 Kali, Anak Kongsi Detik Akhir Ibu Selepas Makan Laksa](https://cdn.remaja.my/2018/10/guna-2.jpg)
Gempar bila kedai makan laksa popular di Kedah dikatakan menjadi punca kepada dua kematian akibat keracunan makanan.
Menurut salah seorang anak mangsa, ibunya mula cirit-birit dan muntah-muntah tanpa henti selepas makan laksa.
Peristiwa ini berlaku kira-kira pada awal Oktober lalu..
![[Recap 2018] Buang Air Besar Lebih 20 Kali, Anak Kongsi Detik Akhir Ibu Selepas Makan Laksa 25 [Recap 2018] Buang Air Besar Lebih 20 Kali, Anak Kongsi Detik Akhir Ibu Selepas Makan Laksa](https://cdn.remaja.my/2018/12/2018.jpg)
Kes keracunan makan laksa popular yang didakwa dari Kampung Seri Landak, Kupang Kedah yang mengakibatkan dua mati sementara 10 lagi masih mendapatkan rawatan sememangnya satu berita mengejut dan masa yang sama amat menyedihkan.
Ekoran kejadian ini, Kementerian Kesihatan Malaysia sudah mengeluarkan notis arahan tutup sementara gerai laksa berkenaan selepas banyak mangsa mengalami cirit birit teruk selepas menikmati laksa yang amat popular ini kerana di katakan kuahnya berbau wangi dan rasanya amat sedap.
![[Recap 2018] Buang Air Besar Lebih 20 Kali, Anak Kongsi Detik Akhir Ibu Selepas Makan Laksa 26 [Recap 2018] Buang Air Besar Lebih 20 Kali, Anak Kongsi Detik Akhir Ibu Selepas Makan Laksa](https://cdn.remaja.my/2018/10/43360902_1083538425157200_7879572706620866560_n.jpg)
![[Recap 2018] Buang Air Besar Lebih 20 Kali, Anak Kongsi Detik Akhir Ibu Selepas Makan Laksa 27 [Recap 2018] Buang Air Besar Lebih 20 Kali, Anak Kongsi Detik Akhir Ibu Selepas Makan Laksa](https://cdn.remaja.my/2018/10/43419321_1083538485157194_7882384540105179136_n.jpg)
![[Recap 2018] Buang Air Besar Lebih 20 Kali, Anak Kongsi Detik Akhir Ibu Selepas Makan Laksa 28 [Recap 2018] Buang Air Besar Lebih 20 Kali, Anak Kongsi Detik Akhir Ibu Selepas Makan Laksa](https://cdn.remaja.my/2018/10/43487643_1083538448490531_284199175682260992_n.jpg)
Menurut anak salah seorang mangsa yang meninggal selepas memakan laksa ini, arwah ibunya, Raseah Ali Musa, 70 tahun mulai cirit birit dan muntah-muntah tanpa henti bermula jam 1 pagi Sabtu selepas makan laksa itu bersamanya, petang Jumaat.
Jelas Norliza Shaari, 46 tahun dari Kampung Kerunai di sini, dia sama sekali tidak menduga keterujaan pertama kali mencuba laksa terkenal dari Kupang, Baling itu membawa kepada kematian ibunya.
“Bayangkan bermula jam 1 pagi (Sabtu malam), saya dan aarwah emak mula sakit perut diselangi cirit-birit dan muntah-muntah berterusan sehingga tak bermaya. Emak sendiri membuang air besar lebih dari 20 kali, terlihat azab dilaluinya kerana kesakitan melampau.
“Bila melihat keadaan semakin teruk, kami ke Hospital Gerik. Emak menerima rawatan manakala saya pula turut dirawat kemudian, sekitar jam 10 pagi,” katanya.
Bagaimanapun, menurutnya, keadaan kesihatan warga emas itu semakin buruk dan dipindahkan ke Hospital Raja Pemaisuri Bainun, Ipoh untuk rawatan susulan.
“Allahyarham emak tidak dapat diselamatkan dan meninggal dunia di Ipoh pada jam 9 malam Jenazah emak dibawa balik ke kampung halaman dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Padang Stang pada jam 11.30 pagi,” katanya.
Selain warga emas, seorang kelainan upaya, Abdul Rahim Abdul Manan, 28 turut meninggal dunia selepas didakwa menikmati laksa dari kawasan lokasi yang sama.
Menurut ayahnya, dia sama sekali tidak menyangka laksa kegemaran ahli keluarga menjadi punca kematian anak keduanya Sabtu lalu.
![[Recap 2018] Buang Air Besar Lebih 20 Kali, Anak Kongsi Detik Akhir Ibu Selepas Makan Laksa 29 [Recap 2018] Buang Air Besar Lebih 20 Kali, Anak Kongsi Detik Akhir Ibu Selepas Makan Laksa](https://cdn.remaja.my/2018/10/laksa.jpg)
Abdul Manan Abdul Hamid, 58, berkata, anaknya Abdul Rahim Abdul Manan, 28, yang juga orang kurang upaya (OKU) sangat meminati hidangan laksa dibeli di sebuah kedai di Kampung Seri Landak, Kupang, Kedah.
“Petang Jumaat lepas saya beli tiga bungkus laksa di kedai itu untuk dinikmati lima ahli keluarga di rumah termasuk Allahyarham tapi pada sebelah malam, sekurang-kurangnya empat ahli keluarga kami termasuk Allahyarham dan saya sendiri mengalami sakit cirit-birit luar biasa.
“Kami pergi ke Hospital Gerik keesokan hari dan diberi ubat cirit-birit tapi keadaan kesihatan kami semakin buruk menyebabkan tiga ahli keluarga termasuk Allahyarham dimasukkan ke hospital pada sebelah malam,” katanya.
ARTIKEL BERKAITAN : Dah 15 Tahun Niaga Laksa, Kalau Beracun Kami Mati Dulu, Pemilik Laksa Kebok Jawap Tohmahan
Abdul Rahim dari Kampung Gerik di sini, berkata demikian selepas menerima kunjungan Ahli Majlis Daerah Gerik, Fadzil Aziz dan Dr Ahmad Safwan di sini, hari ini.
Menurutnya, keadaan menjadi lebih malang apabila keadaan Abdul Rahim semakin serius dan dia akhirnya meninggal dunia pada jam 8.15 malam Sabtu lalu.
“Allahyarham dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Gerik, semalam tapi pemergiannya amat mengejutkan kerana keadaan fizikalnya sihat sebelum ini. Saya memang selalu beli laksa di kedai itu (Kampung Seri Landak, Kupang) sebab memang kegemaran Allahyarham.
“Sekarang hanya saya masih dirawat di hospital, seorang lagi anak saya sudah dibenarkan balik ke rumah. Kami sekeluarga juga reda dengan ketentuan Ilahi,” katanya.
![[Recap 2018] Buang Air Besar Lebih 20 Kali, Anak Kongsi Detik Akhir Ibu Selepas Makan Laksa 30 [Recap 2018] Buang Air Besar Lebih 20 Kali, Anak Kongsi Detik Akhir Ibu Selepas Makan Laksa](https://cdn.remaja.my/2018/10/image-3.jpg)
Seorang lagi mangsa keracunan makanan, Mohammad Musa Zahedin, 21, dari Kampung Gerik, di sini mengakui fobia untuk menikmati laksa selepas mengalami masalah keracunan makanan terburuk dalam hidupnya.
“Selepas balik kerja Jumaat lepas saya nampak kakak ada beli laksa, jadi saya terus makan sebab lapar. Malam hari yang sama, saya sakit perut luar biasa hingga terpaksa buang air besar lebih 20 kali sebelum akhirnya dimasukkan ke hospital.
“Kakak maklumkan pada saya yang laksa itu dibeli di Kupang, Baling. Lepas ini, memang saya serik hendak makan laksa lagi,” katanya.
Dalam pada itu, Sinar Harian difahamkan dua mangsa maut akibat keracunan makanan, manakala lebih sepuluh pesakit terpaksa menerima rawatan di Hospital Gerik.
Pengarah Kesihatan Kedah, Datuk Dr Norhizan Ismail dalam satu kenyataan media berkata, siasatan sedang dijalankan berhubung kes melibatkan kematian dipercayai akibat makan laksa di Kampung Seri Landak, Kupang Kedah, minggu lalu.
Semalam, kecoh di laman sosial apabila seorang pengguna Facebook memuat naik status memaklumkan dua individu meninggal dunia akibat keracunan dipercayai selepas makan laksa dijual di gerai di Kampung Landak, Kupang.
*****
Walau bagaimanapun, pemilik gerai laksa tersebut turut membuat kenyataan bahawa perniagaannya telah dibina sejak 15 tahun lalu dan tiada sebarang bahan tambahan dimasukkan dalam laksa tersebut.
Harapnya kes ini dapat memberi pembelaan kepada kedua-dua pihak.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

