Nasi goreng memang menjadi makanan favourite rakyat Malaysia. Selain menjadi ‘menu penyelamat’ dari membazir nasi dan lauk lebih, ia begitu mudah diolah mengikut citarasa.
Caranya mudah memang selalu menjadi pilihan anak muda dan remaja, kali REMAJA kongsikan nasi goreng yang paling simple dan cepat dimasak. Tak perlu tumis bawang, sesuai utk orang bujang yang inginkan kepantasan dan kesedapan ditahap maksima.
Tak perlu tumbuk cili atau bawang. Hanya perlu potong dan tumis saja. Tak perlu pedih tanya dan tak banyak cuci barang lepas masak. Tapi hasilnya sedap…
Cara buat nasi goreng chili flakes, cepat siap dan sedap
Bangun pagi hujung minggu ni, nak sediakan sarapan paling cepat tapi sedap? Masak nasi goreng resepi saya ni. Tak ada menumbuk, tak ada pedih, tak ada banyak nak kena cuci.
Bahan-bahan: (2 orang makan)
2 hidangan nasi sejuk
1 kiub ikan bilis / ayam
2-3 sudu besar empingan cili (chili flakes)
2 butir telur
1 biji bawang merah besar
Gula secukup rasa
Cara membuat:
Ads
1. Potong bawang, guna penyagat pun boleh. Kemudian tumis.
2. Bila bawang dah mula keemasan, masukkan empingan cili. Kalau tiada empingan cili, gunakan cili kering yang ditumbuk atau dikisar kasar pun boleh. Kalau ada lebihan dari Domino’s, boleh juga guna.
3. Tumis bawang dan empingan cili sampai warnanya meriah macam ni. Bau dia memang menggiurkan. Gunakan api sederhana, empingan cili mudah hangus kalau gunakan api besar.
4. Dah boleh masukkan nasi. Gaul hingga sebati.
Ads
5.Sekarang perasakan dengan kiub ikan bilis atau ayam. Kadang kala saya gantikan dengan kicap cair. Kemudian kena letak gula sikit. Saya letak 1 sudu kecil. Ia mengharmonikan pedas dan masin.
6. Akhir sekali saya letak telur. Ada orang suka letak awal.Terpulang pada cara masing-masing.Pastikan telur betul-betul masak.
Ads
Siap! Nasi goreng cili kering versi mudah. Kalau nak letak bawang putih, ayam atau apa sahaja, silakan.
Nasi Goreng Cili Kering ni pedas, masin, dan sedikit manis. Manis dari bawang terkaramel dan secubit gula yang kita yang masukkan tadi. Umami dari perasa ikan bilis menjadikan ia gurih.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Anggota kumpulan Kpop popular BTS iaitu V muncul sebagai orang Asia pertama melepasi lebih 19 juta ‘like’ di laman Instagram. Bukan pernah disenaraikan selebriti lelaki Korea paling kacak tetapi V juga kini boleh dilabelkan sebagai ‘raja media sosial’.
Namun untuk pengetahuan korang, entri V mengenai anjing peliharaan kesayangannya dan juga terkenal dalam kalangan ARMY iaitu Yeontan, kini merupakan siaran pertama dan satu-satunya oleh orang Asia yang melepasi 19 juta sukaan di Instagram.
Kim Taehyung (V BTS) juga menjadi selebriti Asia pertama yang mempunyai empat entri di Instagramnya yang mempunyai lebih daripada 17 juta ‘like’. Apa yang menjadikan ini lebih menarik ialah V BTS (dan enam rakan kumpulannya) menyertai Instagram pada Disember lalu, manakala selebriti lain telah berada di platform selama bertahun-tahun.
V mengatasi ramai selebriti Asia yang mempunyai lebih 60 juta pengikut tetapi mempunyai penglibatan yang lebih rendah. V juga merupakan orang ke-10 secara keseluruhan di dunia yang mempunyai rekod ini seperti selebriti terkenal seperti Ariana Grande, Billie Eilish dan Kylie Jenner.
Foto Via: World Music Awards/Twitter
Deabak V!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Pejam celik, kehadiran Sukan Komanwell yang dilangsungkan setiap empat tahun sekali semakin dapat dirasakan oleh peminat dunia sukan. Hanya tingga kira-kira enam bulan saja tinggal sebelum Sukan Komanwell 2022 bakal membuka tirai di Birmingham UK dari 28 Julai hingga 8 Ogos nanti.
Sebagai tradisi wajib, acara The Queen’s Baton Relay atau acara Larian Baton Obor Sukan Komanwel sedang rancak dilangsungkan di beberapa lokasi seluruh negara sejak ia tiba pada 20 Januari 2022. Setelah singgah sebentar di Perak dan Taylor’s University, kini Kuala Lumpur menjadi destinasi semasa keberadaan obor ikonik tersebut.
Welson Sim bersama-sama Alvin Chong sewaktu hari larian obor Sukan Komanwel di sekitar KLCC.
Bertempat di Menara Berkembar Petronas (KLCC), acara yang dipersembahkan oleh jenama jam tangan premium, Longines selaku rakan penjaga masa rasmi Sukan Komanwel 2022 Birmingham itu disambut oleh duta Longines Malaysia, Alvin Chong bersama-sama perenang kebangsaan Welson Sim.
Turut hadir adalah rakan atlet lain seperti Jeremiah Loo (gimnastik) dan Wendy Ng (terjun).
Pada kesempatan ini, Welson Sim diberikan penghormatan untuk turut serta dalam acara larian obor ini. Menariknya, obor tersebut turut membawa mesej istimewa daripada Ratu Elizabeth II buat para atlet demi memberikan mereka dorongan serta semangat sewaktu musim persediaan sekarang.
“Saya amat-amat teruja di atas peluang ini. Sepanjang tempoh 15 tahun karier saya sebagai seorang atlet, ini merupakan peluang pertama saya terlibat dalam acara sebegini. Saya pun tidak sangka bakal terpilih kerana Malaysia mempunyai ramai lagi atlet hebat.
“Apapun, saya berterima kasih untuk pengalaman ini dan berharap ia merupakan petanda untuk kejayaan saya sepanjang tahun 2022,” kata Welson Sim.
Tambah menarik apabila Longines turut menjadikan Kuala Lumpur sebagai destinasi pilihannya bagi melancarkan koleksi jam tangan eksklusif ‘HydroConquest XXII Commonwealth Games’. Hanya sebanyak 2022 utas jam tangan saja yang ditawarkan untuk direbut oleh para pembeli serta pengumpul di seluruh dunia.
Setiap utas tersebut turut dilengkapi dengan ukiran nombor siri jam tangan bagi menggambarkan pemiliknya memiliki jam tangan keberapa daripada 2022 utas.
REMAJA ingin mengajak korang untuk tidak melepaskan peluang untuk mengunjungi ruang pameran HydroConquest XXII Commonwealth Games yang kini dibuka kepada orang ramai di Suria KLCC. Ia akan berakhir esok pada 28 Januari 2022 ya dan seterusnya akan menjelajah ke Brunei Darussalam pula.
Oleh itu, jika korang ingin menyaksikan obor istimewa itu sebelum ia dibawa ke berpuluh-puluh negara lain, inilah waktunya!
Untuk pengetahuan, acara Queen’s Baton Relay ini melibatkan penyertaan 72 negara dan Malaysia merupakan destinasi persinggahan yang ke-29 sebelum ia tiba di acara pembukaan Sukan Komanwel 2022 Birmingham pada 28 Julai kelak.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Cucu kepada juara tinju antarabangsa dan lagenda dunia, Muhammad Ali telah menyahut cabaran untuk meneruskan legasi datuknya menerusi perlawanan debut profesionalnya semalam.
Nico Ali Walsh yang baru berusia 21 tahun membuktikan darah legasi Muhammad Ali ada di dalam dirinya setelah meraih kemenangan pertama dengan menumpaskan lawannya, Jordan Weeks dalam masa hanya 70 saat sahaja!
Semasa perlawanan kelas pertengahan itu, Ali Walsh dilihat mengenakan seluar tinju putih hasil pemberian datuknya. Tentulah, tekanan dan bebanan hebat dirasai oleh Nico memandangkan dia bukan saja bertarung untuk dirinya. Malah dia membawa nama baik keluarga setiap kali melangkah ke gelanggang.
Dalam temuramah selepas perlawanan semalam, Nico berkata, “Untuk kebanyakan orang, (Muhammad Ali) adalah peninju terhebat dunia dan seorang personaliti paling berpengaruh di dunia. Akan tetapi bagi saya, beliau ialah datuk saya, datuk yang paling hebat.”
Foto Kredit : Via Twitter Rasheda
Untuk pengetahuan korang, Nico Ali Walsh merupakan anak lelaki kepada Rasheda Ali iaitu anak kedua Muhammad Ali. Remaja yang sedang mengikuti pengajiannya dalam bidang perniagaan di peringkat ijazah ini kehilangan datuknya itu setelah beliau meninggal dunia pada 2016 kerana masalah komplikasi pernafasan.
Selepas 32 tahun ‘berlawan’ dengan penyakit Parkinson, Muhammad Ali meninggal dunia pada usia 74 tahun. Sepanjang kariernya sebelum bersara dari dunia tinju pada tahun 1981, Muhammad Ali memegang rekod 56 kemenangan profesional dan hanya lima kekalahan.
Disebabkan kehebatannya mengharumkan nama Amerika Syarikat di peringkat dunia itu, beliau telah diberi penghormatan sebagai pelari obor di Sukan Olimpik Atlanta 1996.
Good luck Ali Walsh, semoga terus sukses dan menjadi lagenda hebat seperti datuk awak.
redONE Mobile terus menyokong bakat muda melalui penglibatan dalam Dewi Remaja 2025, memberikan inspirasi, peluang dan dorongan kepada finalis untuk terus menyerlah dalam industri hiburan.