Mee Kolok adalah hidangan yang terkenal di Sarawak dan semakin mendapat tempat di hati pencinta makanan di seluruh Malaysia.
Mee ini terkenal dengan tekstur mee yang kenyal dan kuah yang ringan tetapi penuh dengan rasa. Jika anda ingin mencuba membuat Mee Kolok sendiri di rumah, berikut resepi cara Fatyn Nur Syahira.
Bahan untuk mee
Mee kolok (sebungkus boleh makan 4 orang)
Kicap manis
Kicap pekat ABC
Minyak masak
Bawang merah
Ads
Bahan untuk sup dan hiasan
Sup bunjut
Daging
Tauge
Daun sup
Cili merah besar
Bahan untuk cili kicap:
Cili padi
Bawang putih
Cara membuat
1. Hiris bawang merah dan goreng hingga garing. Ketepikan.
2. Celur mee sampai lembut. Angkat dan toskan. Bila dah kering air letak dalam mangkuk besar. Tuangkan kicap kipas udang, kicap mudim dan bawang goreng tadi ke dalam mee kolok. Kauntiti kicap hanya untuk mee nampak hitam saja. Gaul sebati.Ketepikan dulu!
Ads
kicap mee kolok
3. Rebus daging dengan sup bunjut sampai empuk. Perasakan garam dengan serbuk cukup rasa. Siap untuk sup.
4. Tos daging dan potong.
5. Kisar cili padi 10 biji dan bawang putih 5 biji. Panaskan periuk, letak minyak dalam 3 sudu kemudian tumis sampai masak. Tuang kicap dalam 7 sudu sampai agak gelap . Perasakan garam dengan gula secukup rasa. Saya suka lebihkan gula baru kick. Siap untuk cili kicap!
6. Akhir sekali masukkan mee yang dah siap celur tadi dalam mangkuk. Letak hirisan daging, daun sup, tauge celur, cili besar dengan cili kicap . Siap untuk dihidang.
Katanya resepi mee kolok ini diambil dari peniaga di Pasar Satok, InshaAllah, sedap puas hati. Selamat mencuba!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Saat ‘datang bulan’ memang membuatkan kita rasa tidak selesa. Bukan itu sahaja, adakalanya ia agak menyakiti kerana kadang kala terasa cramp di kawasan perut.
Keadaan ini terjadi kerana adanya kontraksi otot di bahagian rahim. Namun, setiap orang mempunyai rasa sakit yang berbeza. Ada yang terlampau sakit dan ada juga yang langsung tidak terkesan dengan situasi begitu.
Jangan risau, sebenarnya ia normal. Pekara seperti ini memang biasa terjadi pada para gadis tetapi tak menjadi masalah, ada pelbagai cara yang boleh anda lakukan untuk atasi sakit senggugut itu.
Jom kita sama-sama ikuti beberapa tip mudah ini.
1. Gerakan
Bersenam atau berolahraga mampu membantu tubuh untuk melepaskan hormon endorphins dalam tubuh yang dapat mengurangkan gejala krem perut. Gerakan seperti yoga, jalan kaki serta jogging boleh membuatkan gerakan otot di bahagian otot. Jadi ia akan mengurangkan masalah krem yang teruk.
2. Minum air suam
Kita kehilangan banyak kandungan air dalam badan saat ‘datang bulan’, kekurangan air juga boleh menyebabkan perut kejang dan kembung. Oleh itu, banyakkan minum air sekurang-kurangnya 2 hingga 3 liter sehari. Lebih baik jika minuman itu suam dan bukannya sejuk.
3. Aroma terapi
Pilihan wangian seperti lavender dan sweet marjoram yang mempunyai efek menenangkan mampu membuatkan minda kamu lebih tenang dan relak. Cara ini dapat mengalihkan perhatian pemikiran kamu yang asyik tertumpu pada kesakitan.
4. Hindari kopi dan minum bergas
Kopi dapat meningkatkan kadar tekanan darah. Malah kafien yang ada dalam kopi juga mampu menjadi punca krem di bahagian perut. Begitu juga dengan minuman yang mengandungi gas. Ia akan mengeruhkan lagi keadaan kerana minuman seperti ini sangat tajam dan takut usus perut anda semakin menipis.
5. Makan dark chocolate
Mungkin ramai yang tidak tahu, dark chocolate mampu membuat otot-otot di tubuh terutamanya di bahagian perut lebih relak. Jadi, pilihlah coklat yang mengandungi 70% koko ya!
6. Salmon
Ikan salmon adalah salah satu makanan protien yang mampu mengurangkan masalah krem perut. Kandungan omega3 yang tinggi boleh membantu mengurangkan rasa panas dalam perut. Jadi rajinkan diri makan isi salmon ketika sedang ‘datang bulan’.
Selamat mencuba.
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
“Bos dari syurga!”—itulah antara reaksi netizen selepas melihat tindakan usahawan terkenal, Christy Ng, yang sanggup berbelanja hampir RM40,000 untuk restock pantri pejabatnya untuk pekerja.
Dalam video yang dimuat naik di TikTok (@christyemilylove), Christy dilihat menyusun satu per satu pelbagai jenis makanan, minuman, dan keperluan harian buat stafnya.
Pantri Penuh dengan Pelbagai Pilihan
Menerusi perkongsian di TikTok, pemilik nama Christina Ng itu memaparkanya dirinya melakukan pengisian semula (restock) dengan pelbagai jenis makanan di ruangan pantri.
Antara barangan yang disediakan termasuk buah-buahan, air bergas, keropok, makanan ringan dan segera, manisan seperti coklat, jelly dan banyak lagi.
Produk Penjagaan Diri untuk Keselesaan Pekerja
Tidak hanya makanan, pada pengisian semula di pantri pada kali ini, Christy juga menyediakan barangan mandi seperti sabun badan, hair mist dan barangan yang diperlukan wanita seperti pad.
Sementara itu, Christy sempat berseloroh berharap para pekerja tidak akan ‘mengular’ selepas dia melakukan pengisian semula makanan di pantri terbabit.
Reaksi Positif dari Netizen
Tindakan Christy Ng ini mendapat pelbagai reaksi positif dari netizen.Ramai yang memuji keprihatinan beliau sebagai majikan yang mengambil berat terhadap kebajikan pekerja.Ada yang berseloroh ingin bekerja di syarikat beliau kerana kemudahan yang disediakan.Malah, ada juga yang mendoakan kejayaan berterusan untuk Christy Ng atas sikap mulia beliau.
Sebelum ini, tular usahawan ini menyediakan dan membina sebuah surau yang besar dan selesa untuk pekerja Muslimnya.Surau berkonsepkan ‘modern jungle’ itu juga dilengkapi dengan barangan solat berjenama tempatan seperti telekung, sejadah, dan jubah.Langkah ini menunjukkan penghormatan beliau terhadap amalan agama pekerja serta usaha untuk menyediakan persekitaran kerja yang inklusif dan harmoni.
Syabas Christy Ng.Semoga lebih ramai majikan di luar sana terinspirasi untuk melakukan perkara yang sama.
Isu graduan UiTM suruh Permaisuri pandang kamera mencetuskan perdebatan hangat di media sosial selepas seorang graduan didakwa mengarahkan Tengku Permaisuri Norashikin untuk “pandang kamera” ketika majlis penganugerahan skrol berlangsung. Klip yang dimuat naik di Threads itu segera menarik perhatian netizen yang rata-rata terkejut dengan keberanian graduan berkenaan mengeluarkan permintaan tersebut kepada Permaisuri Selangor.
Kejadian itu, yang berlaku ketika istiadat rasmi konvokesyen, dianggap tidak beradab dan bertentangan dengan protokol majlis. Ramai pengguna media sosial, termasuk alumni universiti itu sendiri, meluahkan rasa malu apabila melihat tindakan graduan terbabit yang disifatkan tidak sensitif terhadap adat dan tertib ketika berada di hadapan kerabat diraja.
View on Threads
Bagaimana Insiden Ini Berlaku?
Menurut pengguna Threads yang memuat naik video berkenaan, graduan itu didakwa secara terang-terangan meminta Permaisuri untuk menoleh ke arah kamera demi gambar peribadinya. Tindakan tersebut dianggap luar biasa dan tidak pernah berlaku dalam majlis konvokesyen yang melibatkan istiadat diraja, apatah lagi ketika berada di hadapan Tengku Permaisuri Selangor.
“Sebagai alumni, sangat malu bila tengok video graduan UiTM suruh Permaisuri Sultan Selangor pandang kamera time bagi scroll. Adab dan protokol mana?” tulis pengguna itu. Kenyataan tersebut menggambarkan betapa seriusnya reaksi alumni dan masyarakat terhadap isu adab ketika berdepan kerabat diraja.
Kritikan Netizen Terhadap Graduan Terlibat
Netizen lain turut mengkritik tindakan itu sebagai “tidak menghormati majlis” dan “memalukan institusi”. Ada juga yang menegaskan bahawa Permaisuri hadir sebagai tetamu diraja yang menjalankan tanggungjawab rasmi, bukannya jurufoto yang ditugaskan memenuhi permintaan gambar peribadi seseorang graduan.
Bagi ramai pengguna media sosial, tingkah laku tersebut bukan sahaja dilihat mencemarkan imej individu terbabit, tetapi turut memberi kesan buruk terhadap reputasi UiTM sebagai institusi pendidikan. Ada yang berharap universiti dapat mengambil pendekatan memberikan kesedaran tentang protokol istiadat diraja kepada pelajar sebelum konvokesyen.
Perbincangan Tentang Adab & Protokol Istiadat
Klip tersebut kini terus mencetuskan perbincangan mengenai kepentingan memahami adab dan protokol ketika menghadiri majlis formal, khususnya majlis yang melibatkan institusi diraja. Ramai menekankan bahawa graduasi bukan sekadar acara akademik, tetapi sebuah istiadat rasmi yang memerlukan disiplin, adab dan penghormatan sesuai dengan kehadiran tetamu diraja.
Rentetan dari itu, UiTM dalam satu kenyataan berkata, tindakan itu sama sekali bertentangan dengan adab dan etika istiadat.
“UiTM memberi penekanan kepada etika dan adab yang tinggi dalam kalangan graduan dan insiden seumpama itu tidak sepatutnya berlaku.
Menurut kenyataan itu lagi, UiTM memberi penekanan yang tinggi kepada etika dan adab dalam istiadat sebagai cerminan perjalanan ilmu yang dilalui oleh para graduan bersama pihak universiti.
“Oleh itu, UiTM berharap semua pelajar yang akan hadir untuk Istiadat Konvokesyen UiTM mematuhi etika dan peraturan universiti,” katanya.
Sumber Foto Hiasan : Business Today
Pengajaran Buat Graduan & Generasi Kini
Ramai berharap insiden ini menjadi pengajaran tentang keperluan menjaga tingkah laku, rasa hormat dan etika ketika berada dalam istiadat penting lebih-lebih lagi pada hari bermakna seperti majlis graduasi. Graduan bukan sahaja diraikan kerana pencapaian akademik, tetapi juga dinilai melalui adab dan cara mereka membawa diri di hadapan tetamu kenamaan.
Perdebatan yang tercetus daripada isu graduan UiTM suruh Permaisuri pandang kamera ini membuktikan bahawa masyarakat masih sangat menitikberatkan nilai budi bahasa dan protokol, terutama apabila melibatkan institusi diraja yang menjadi simbol warisan dan maruah negeri.