“Alahai, bila la PKP ni akan berakhir sebabnya craving sangat dengan keropok lekor yang dekat pasar malam tu. Kena tunggu habis PKP ni la jawabnya…”
Keropok lekor adalah snek kegemaran rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa dan usia. Berbeza dengan keropok biasa, keropok lekor mempunyai sedikit isi ala-ala fish stick. Luarannya yang rangup dan dalamannya lembut menjadikan keropok lekor begitu enak dinikmati.
Nak tahu caranya? Jom ikuti perkongsian beliau di bawah ini selengkapnya.
Ads
Bahan-bahan
8 Ekor ikan kembung
Garam
Ajinamoto
Tepung ubi atau tepung sagu
Ads
Cara membuat keropok lekor rangup!
Hiris ikan, ambil bahagian isi sahaja.
Kisar isi ikan guna mesin pengisar kering dan kisar sampai lumat dan hancur.
Kemudian masukkan isi ikan dalam mangkuk dan campurkan garam serta ajinamoto.
Gaul rata semua bahan-bahan sehingga sebati.
Selepas itu, masukkan tepung ubi atau tepung sagu, gaul sehingga menjadi doh yang lembut.
Tabur tepung di atas pencanai uli, keluarkan doh keropok lekor kemudian bentukkan adunan menjadi panjang.
Setelah siap bentukkan adunan keropok lekor menjadi panjang, panaskan air beserta sedikit garam dan rebus adunan keropok lekor sampai masak.
Keropok lekor yang dah siap masak, tapis dan buang air rebusan. Sejukkan keropok lekor, kemudian keropok lekor dah boleh di goreng!
Senang je sebenarnya nak buat keropok lekor sendiri, yang penting tahu cara dan bahan-bahannya. Jadi jom hari ini jadikan keropok lekor menu untuk minum petang!
Ads
Moga resepi ini bermanfaat kepada semua, selamat mencuba.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tular di media sosial tentang seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun yang terjatuh ke dalam lubang perigi sedalam 32 meter di Maghribi, sejak beberapa hari lalu.
Kisah ini telah mendapat liputan di negara-negara seluruh Afrika Utara dan Eropah. Buat masa ini, difahamkan bahawa misi menyelamat masih lagi diteruskan.
Tak dapat kita bayangkan bagaimana agaknya keadaan kanak-kanak bernama Rayan itu apabila terperangkap di bawah permukaan tanah sedalamnya 32 meter. Mungkin ramai yang ingin tahu situasi sebenar bagaimana kanak-kanak tersebut boleh terjatuh ke dalam lubang tersebut.
Menurut MalDef, pada 1 Februari 2022l, Rayan mengikuti bapanya untuk membaik pulih sebuah perigi kering berdekatan rumah mereka. Pada ketika bapanya sedang sibuk, Rayan berkemungkinan bermain di sekitar kawasan perigi tersebut. Hanya setelah beberapa ketika bapanya mula sedar, anaknya itu sudah hilang.
Puas mencari, beliau baru tersedar yang anaknya telah terjatuh ke dalam perigi kering dan terus meminta penduduk kampung datang membantu. Masalah yang mereka hadapi sekarang adalah dia terjatuh pada kedalaman lebih 30 meter dan lubang perigi itu hanya berukur lilit 25 sentimeter lebar sahaja.
Tidak cukup dengan itu, lubang tersebut bertukar menjadi semakin sempit mengikut jarak. Segala maklumat ini telah dicerap oleh pasukan bantuan pelbagai agensi yang datang untuk membantu mengeluarkan Rayan.
Setakat hari ini, pihak penyelamat telah mengesahkan bahawa Rayan masih hidup di bawah sana. Corong oksigen, lampu, air minuman dan makanan serta kamera telah dihulurkan ke bawah bagi tujuan mengawasi keadaan Rayan.
Sumber: MalDef
Pihak penyelamat juga telah melontarkan pelbagai cadangan bantuan bagi kes ini. Salah satunya adalah untuk menghantar seseorang membawa Rayan naik ke atas menggunakan tali. Namun atas sebab kelebaran lubang perigi yang semakin mengecil di bawah, cadangan tersebut dianggap mustahil.
Kini, mereka sedang mengusahakan cadangan menggali keseluruhan tanah untuk sampai di kedalaman di mana Rayan sedang berada.
Mereka dilaporkan sedang menggali bertan-tan tanah sedalam 30 meter lebih daripada sisi. Jika hendak diikutkan, cara ini agak berisiko memandangkan situasi tanah runtuh boleh berlaku apabila mereka mendekati lokasi Rayan. Setakat waktu artikel ini ditulis, hanya beberapa meter sahaja tinggal dalam misi penggalian dari sisi ini sebelum mereka tiba pada Rayan.
Marilah kita sama-sama berdoa agar segala urusan pihak berkuasa di sana dipermudahkan. Semoga adik Rayan dapat diselamatkan dengan segera.
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Pegawai polis di India telah mendapat perhatian di media sosial apabila menggunakan pendekatan yang unik bagi meminta masyarakat duduk di rumah sepanjang tempoh kawalan pergerakan akibat wabak COVID-19.
Anggota polis yang dikenali sebagai Rajesh Babu mengambil inisiatif untuk memakai topi keledar untuk menakut-nakutkan orang ketika dia menjalankan rondaan di atas jalan raya. Tindakan ini diambil untuk mengingatkan kepada orang ramai tentang pentingnya duduk di rumah.
Menurut Asian News International, Rajesh berkata usaha ini sebagai salah satu langkah yang diambil untuk memastikan masyarakat disekeliling peka tentang situasi pandemik yang berlaku di dunia hari ini. Jelasnya lagi, kanak-kanak begitu takut dan terus ingin pulang setelah melihatnya memakai topi keledar tersebut.
“Kami telah mengambil pelbagai langkah tetapi masih ada orang yang keluar di jalanan. Oleh itu, topi keledar korona ini adalah salah satu usaha yang diambil bagi memastikan orang ramai mengetahui tahap keseriusan polis. Apabila saya memakai topi keledar ini, secara tidak langsung orang ramai akan berfikir tentang virus tersebut, terutamanya kanak-kanak yang terus takut dan ingin pulang,” jelas Rajesh.
Serius kreatif la abam polis ni. Hiks!
Agak-agak kalau buat dekat Malaysia jalan tak? Hehe..
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kematian enam anggota bomba dari Unit Pasukan Penyelamatan Di Air (PPDA) Selangor serentak dalam satu operasi menyelamat seorang pelajar lemas di lombong Putra Perdana, Puchong dua hari lalu membuat Malaysia berduka. Dikhabarkan semua balai bomba seluruh Malaysia sudah mendapat keizinan dari Tun Dr Mahathir selaku Perdana Menteri Malaysia untuk menurunkan separuh tiang sebagai tanda berkabung selama tiga hari bermula hari ini sehingga Ahad.
Semalam, jenazah lima anggota bomba iaitu Mohd Fatah Hashim, Izatul Akma Wan Ibrahim, Adnan Othman, Muhammad Hifdzul Malik bin Saari dan Mazlan Omarbaki sudah selamat dikebumikan di kampung halaman masing-masing.
Mohd Fatah dikebumikan di Kampung Baru Beserah, Kuantan, Izatul Akma di Kampung Lubok Stol, Rantau Panjang, Kelantan, Mazlan di Taman Ria, Tawau, Adnan di Lukut Port Dickson dan Muhammad Hifdzul dibawa balik ke Kampung Kubang Terap, Pasir Mas, Kelantan.
Tangisan pilu dari ahli keluarga allahyarham Adnan sebaik acara solat jenazah selesai semalamJenazah allahyarham Mazlan selamat dikebumikan di kampung halamannya di Tawau, Sabah. Jenazah selamat dikebumikan sebelah malamKeluarga allahyarham Yahya menabur bunga di pusaranya.
Sumber Bomba memaklumkan, pagi ini, jenazah seorang lagi anggota bomba yang berasal dari Kampung Tian, Matu, Mukah iaitu Yahya bin Ali yang masih bujang (ketika berita ini ditulis) masih dalam perjalanan menuju ke kampung halamannya.
Ini kerana penerbangan membawa jenazahnya hanya ada pagi ini iaitu jam 8.30 pagi tadi. Difahamkan, selepas tiba di lapangan terbang, van yang membawa jenazahnya perlu menempuh perjalanan darat sejauh dua jam lagi sebelum perlu dibawa menaiki feri kerana lokasinya agak pendalaman.
Berita kematian serentak ini merupakan satu tragedi sejak penubuhan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.
Di sebalik ramai yang hiba, ada juga pelbagai versi timbul termasuk ada yang bertanya mengapa semasa operasi menyelamat ini kesemua anggota tidak memakai tangki oksigen?.
Ketua Pengarah Bomba Malaysia, Mohammad Adnan memberikan penjelasan tentang selam skuba tanpa tangki oksigen
Bagi menjelaskan isu ini, Ketua Pengarah Bomba Malaysia, Mohammad Hamdan bin Haji Wahid berkata, berdasarkan siasatan awal bomba kesemua anggota ini sudah mematuhi sop yang digunakan pakai.
“Mereka tidak memakai tangki oksigen seperti selam skuba kerana ketika kejadian, anggota baru hendak melakukan teknik surface (tinjauan dari permukaan sahaja). Kedalaman air dianggarkan paras dada sahaja.
“Tak timbul cakap-cakap kenapa tak pakai topeng oksigen kerana kesemua baru hendak melakukan teknik selam di permukaan. Tapi saya difahamkan, seorang dari anggota tergelincir ketika memijak batu dan tertarik rakan yang lain. Usaha menyelamat cuba dilakukan tetapi gagal kerana anggota sudah terbelit antara satu sama lain kerana terdapat pusaran air di bawah empangan tersebut.
“Sebab itulah timbul video yang viral ini melihat sebahagian anggota bomba terkapai-kapai di dalam air,” katanya ketika ditemui.
Dalam pada itu Mohammad Hamdan turut menjelaskan isu menyelam di waktu malam kerana menurutnya anggota kebiasaannya akan mengikut peraturan ditetapkan.
“Kita tak pernah tetapkan waktu malam sebagai tidak boleh menyelamatkan. Jika kita merasakan perlu dilakukan, kita akan lakukan. Tapi dengan kejadian sebegini, kita akan menambahbaik peraturan demi keselamatan anggota bertugas.
Jadi pada para netizen yang bertanya kenapa tak pakai tangki oksigen, mungkin dah fahamkan kenapa hal ini berlaku. Doalah yang baik-baik dan cakap yang baik-baik kerana berdasarkan hadis, orang yang lemas adalah mati syahid. Semoga Allah mengampuni dosa dan menempatkan mereka di kalangan orang beriman dan beramal soleh.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!