Bagi yang pernah menikmati sajian Ikan Bakar Kuala Perlis, pasti teringat-ingat akan keenakan sajian ini. Cukup rasa rempah lemak, masin dan manisnya. Ditambah pula dengan bau arang, lagi menambah nikmat dan membuka selera.
Rozmaliza Omar berkongsi resipi di laman Facebooknya. Jadi, tak perlulah setiap kali teringin nak makan je perlu jejakkan kaki ke sana! Buat sahaja sendiri, memang puas hati. Siapa yang pertama kali nak rasa tu, jom cuba!
Bahan-bahan
1 ekor ikan siakap/ apa-apa ikan yang suka
3 sudu besar marjerin/ butter
4 sudu besar susu pekat manis
1/2 cawan santan pekat (saya guna kara)
Sedikit serbuk kunyit
Garam
Cara-caranya
1. Masak semua bahan di atas kecuali ikan dengan api perlahan hingga agak pekat sedikit.
Ads
2. Rasakan manis-manis lemaknya. Setelah nampak sedikit mendidih dan elok pekatnya boleh tutup api. Ketepikan.
3. Ikan dicuci bersih dan gaulkan dengan serbuk kunyit dan garam.
4. Bakar ikan dengan api sederhana. Setelah siap bakar, sapukan kuahnya atas ikan sambil dibakar lagi. Bila sudah nampk bersalut elok boleh diangkat.
Ads
5 Hidangkan dengan sambal kicap atau air asam kerisik. Siap!
Lepas ni tiada alasan la nak makan ikan bakar ni je kena pergi Kuala Perlis!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
REMAJA percaya kesemua institusi pengajian termasuklah kolej dan universiti di seluruh negara telahpun mengambil langkah berjaga-jaga dalam mencegah wabak Covid-19 daripada terus merebak.
Namun, hanya dengan arahan penutupan institusi sahaja tidak memadai untuk mengelak daripada dijangkiti.
Buktinya, pihak Universiti Teknologi MARA telahpun meminda kalendar akademiknya bagi memudahkan kakitangan dan pelajar menjalani pengajian semester semasa.
Pindaan itu dibuat selaras dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi membendung penularan wabak Koronavirus (Covid-19).
Antara yang dipinda adalah peperiksaan akhir semester digantikan dengan penilaian berterusan sepanjang semester bagi sesi II 2019/2020.
Pindaan tersebut melibatkan semua peringkat pengajian dari Pra Diploma sehingga Doktor Falsafah.
UiTM dalam pengumuman menerusi Facebook rasminya menjelaskan, pindaan tersebut dilulusan Mesyuarat Senat ke 256 (Khas) pada 3 April lalu.
Turut dipinda adalah aktiviti kuliah yang ditukarkan kepada mode dalam talian (online) menggunakan kaedah ‘Open and Distance Learning (ODL).
“Kuliah 2 ODL 13 April hingga 24 Mei 2020 (lima minggu), cuti khas perayaan 25 Mei hingga 3 Jun 2020 (10 hari) dan kuliah 3a ODL 4 Jun hingga 1 Julai 2020.
“Minggu ulang kaji 2 hingga 4 Julai 2020 (3 hari), tarikh akhir penilaian berterusan 21 Julai 2020, cuti semester 22 Julai hingga 11 Oktober 2020.
“Kuliah 3b bagi kursus amali seperti studi, bengkel, makmal dan yang berkaitan sahaja 4 Jun hingga 9 Ogos 2020 (10 minggu). Tarikh akhir penilaiannya pada 23 Ogos 2020,” katanya.
Dalam pada itu, UiTM meminta pelajar dan pensyarah untuk berkongsi maklumat keperluan pembelajaran serta cabaran dilalui ketika pembelajaran secara ODL.
KPM dalam satu kenyataan menjelaskan pengajian bagi semester berkenaan ditamatkan serta merta dan peperiksaan akhir digantikan dengan penilaian berterusan.
Moga masa yang terluang ini, kita manfaatkan untuk kebaikan. InsyaAllah, semua kan kembali seperti sedia kala.
Zaihani M Zain bukanlah nama asing dan baru dalam industri fesyen negara.
Namun, insiden status berbunyi,
“Kalau berat badan melebihi 60kg, tak payah lah datang (fashion show), sebabnya peha awak tu melimpah dekat kerusi sebelah kiri dan kanan. It is so awkward and uncomortable for the persons seated next to you!!!“
yang dimuat naik oleh pengulas fesyen tersebut pada hari ini dilihat sebagai kecaman dan ancaman kepada dunia fesyen negara.
Status Zaihani M. Zain di Facebook.
Mengapa kecaman dan ancaman?
Kecaman kerana kini, ramai fesyenista negara telah bersuara di media sosial masing-masing dan rata-rata tidak bersetuju dengan status yang dimuat naik oleh Zaihani M Zain yang lebih dikenali sebagai Kak Zai.
Ancaman pula kerana, hanya disebabkan satu status berbaur body shaming yang dimuat naik oleh seorang individu yang cukup disegani dalam industri fesyen negara masa ini, ia menggambarkan betapa kritikalnya situasi dunia fesyen di Malaysia.
Tidak cukupkah kepayahan yang dihadapi golongan “berbadan lebih 60kg” untuk mendapatkan pakaian impian mereka dalam saiz yang bersesuaian di Malaysia? Mengapa mereka perlu berdepan pula dengan kritikan terang-terangan yang bagi kami, cukup tidak masuk akal.
We are not feeling this sentiment alone.
Seperti yang diberitahu tadi, golongan fesyenista negara turut meluahkan rasa kecewa mereka terhadap kritikan tersebut.
Status Calvin Thoo di Facebook.
Awal hari ini, pereka fesyen Calvin Thoo memberi respon di Facebook berkata, Kak Zai tidak mempunyai hak untuk menghalang mereka yang berbadan besar daripada menghadiri acara pertunjukan fesyen.
Pereka fesyen dari Sarawak, Datuk Tom Abang Saufi kemudian turut memuat naik 2 posting di Instagram.
Posting pertama di Instagram.
Dalam posting pertama, ia merupakan foto penggiat fesyen terdahulu yang mempunyai pelbagai saiz badan seperti Andre Leon Talley (bekas ketua editor majalah Vogue), Suzy Menkes (pengkritik fesyen Britain) dan Anna Wintour (editor majalah Vogue).
Tulis beliau di dalam ruangan caption, “Front row HEAVY WEIGHTS…fashion royalty…sizes and weight…NO ISSUE…”
Sementara itu dalam posting kedua beliau pula, foto tersebu memaparkan pengalaman beliau menghadiri banyak pertunjukan fesyen di Paris dan berat badan beliau yang telah berubah langsung tidak memberi kesan kepada cinta beliau terhadap fesyen.
Posting kedua di Instagram.
Pereka fesyen batik dan songket, Adila Long juga tidak teragak-agak untuk memuat naik foto di atas berserta caption, “I don’t understand why people still kiss ur @ss and think you are a guru.”
Ouch.
Model, Alicia Amin juga mempertahankan diversiti dalam industri fesyen dengan berkata sudah tiba masanya isu body shaming dalam industri kita yang kecil ini dihentikan.
Alicia juga mengharapkan agar personaliti fesyen tanah air baru yang lebih “bertimbang rasa” dicungkil ke hadapan.
Kami bukannya ingin mengecam semborono terhadap seorang individu saja apabila timbul isu sedemikian.
Namun kami ingin mengajak agar kita tidak sewenang-wenangnya memperkecilkan kredibitili, personaliti dan bakat yang ada pada mana-mana individu hanya disebabkan saiz badan dan rupa fizikal.
Come on, we are better than that.
Kami berharap agar Kak Zai memperbetulkan kenyataan beliau itu. Semua orang melakukan kesalahan guys. Namun cara memperbaiki kesalahan tersebut adalah lebih penting dan signifikan.
Terutamanya daripada seorang yang digelar ‘pengkritik fesyen’ yang tampil di dalam program realiti Gen F bersama generasi muda yang ingin menjadi pereka fesyen.
Takkanlah itu yang ingin disampaikan kepada mereka?
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Semoga Allah terus memurahkan rezeki Ustaz Ebit Lew.
Menerusi fbnya sebentar tadi, Ustaaz Ebit Lew berkongsi food bank yang boleh diambil siapa saja tanpa mengira agama atau bangsa.
Malah katanya, ia juga niat utamanya ketika membuka Elewsmart yang kini sudah bercambah kepada beberapa cawangan.
Menariknya, setiap hari Food Bank ini akan menyediakan beberapa barangan asas yang boleh diambil siapa sahaja yang kurang berkemampuan. Malah bagi mereka yang berkemampuan dan ingin berkongsi rezeki, boleh juga menyumbang ke food bank ini.
Baca catatannya.
Doakan ya. FoodBank di semua cawangan
Elewsmart ini menjadi asbab seramai mungkin orang dapat dibantu.
Inilah antara niat saya mula-mula dulu buka Elewsmart. Ingin cawangan Elewsmart di setiap tempat. Di setiap elewsmart ada FoodBank. Mereka yang benar perlu boleh ambil sahaja. Free je. Tanpa mengira bangsa dan agama. Buat mereka ingin memberi juga boleh. Setiap hari Elewsmart akan letak semua barang asas di rak ini.
Saya ingat dulu selalu tiada duit nak makan. Semua gaji niat beri dekat mak ayah di kampung. Sebab masa tu keluarga susah. Pernah sekali masa kerja orang selit rm2 dalam poket. Gembira sangat rasa. Sebab boleh makan nasi.
Kami juga akan terus cari mereka yang memerlukan untuk dibantu. Semoga Allah permudahkan semuanya.
Saudaraku, disebalik ujian ada rahmat
FoodBank Take What You Need Give What You Can
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!