Hobi & Minat

Resepi DONUT BALL Guna Dua Bahan & Tak Perlu Uli. Hasilnya Lembut, Gebu Dan Sedap!

Share

Antara kudapan minum petang kegemaran orang Malaysia sudah tentunya donut. Makan panas-panas memang sedap.

Simple sangat untuk dibuat, hanya guna dua bahan dan tak perlu uli pun. Tapi hasilnya gebu sangat. Cara membuatnya ini dikongsi oleh Reha Rahmah.

ARTIKEL BERKAITAN : Resepi Cinnamon Roll Viral, Ekspres Betul Guna Paratha Dan Air-Fryer Je

Donut ball 2 bahan

Donut ball 2 bahan untuk kudapan anak-anak dan mak mereka sekali.

Bahan-bahan

  • 1 cup (130g) – Yogurt perisa asli
  • ¾ cawan tepung naik sendiri
    Gandakan sukatan jika nak masak lebih.

Cara membuat:

  1. Campurkan dua bahan tadi.

2.Macam ini tekstur adunan ya.

3.Masukkan dalam piping bag, kalau tiada piping bag boleh guna plastik bungkus makanan.

4.Gunting hujung piping bag agak-agak saiz comel-comel gitu. Masukkan seketul-seketul dalam minyak yang telah panas, goreng dengan api sederhana.

5.Angkat bila dah bertukar warna keperangan. Api jangan kuat sangat ya, donut ini cepat masak.

6.Hasilnya…Golek dengan gula kastor masa donut tengah panas lagi. Guna gula aising pun boleh.

Kelembutan dan kegebuannya memang puas hati.

Boleh cuba resepi ni hujung minggu nanti. Selamat mencuba.

Artikel ini diambil dan diolah dari VK.

Sumber: Reha Rahmah.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

IKLAN