Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengumumkan satu berita baik buat lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 apabila semua calon cemerlang bakal ditawarkan tempat ke Program Matrikulasi.
Menerusi kenyataan rasmi yang dikeluarkan hari ini, seramai 6,717 calon yang memperoleh keputusan 10A ke atas akan ditawarkan kemasukan secara automatik ke Program Matrikulasi bagi sesi 2026/2027.
Ads
Menurut KPM, tawaran ini diberikan kepada semua calon yang membuat permohonan tanpa mengira kaum atau latar belakang sebagai tanda pengiktirafan terhadap pencapaian akademik mereka.
“Pada masa sama, kuota kemasukan 90 peratus bumiputera ke program Matrikulasi kekal dan tidak terjejas,” menurut kenyataan itu.
Terdahulu, media melaporkan seramai 13,779 calon SPM 2025 atau bersamaan 3.55 peratus berjaya meraih keputusan cemerlang dengan memperoleh gred A+, A dan A- dalam semua mata pelajaran.
Ads
Dalam perkembangan sama, Ketua Pengarah Pendidikan, Datuk Dr Mohd Azam Ahmad dipetik berkata, seramai 376 calon berjaya memperoleh gred A+ bagi semua mata pelajaran, sekali gus menunjukkan peningkatan berbanding tahun 2024.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Dua graduan cemerlang yang berasal dari Sarawak baru-baru ini telah menerima Anugerah Pelajaran Di-Raja di atas kecemerlangan akademik dan dedikasi mereka di Majlis Konvokesyen Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) ke-28, pada 4 November, semalam.
Menurut salah seorang penerima, Annie Lau Siew Ming dari Sibu, beliau berjaya menamatkan pengajian Ijazah Sarjana Muda Perakaunan dengan Kepujian dari Fakulti Ekonomi dan Perniagaan dengan CGPA cemerlang iaitu 3.93.
Antara kunci kejayaan yang sempat dikongsinya adalah untuk sentiasa menekankan kepentingan pengurusan masa sebagai pelajar. Selain itu, kerja keras juga menjadi rahsia utama jika seorang pelajar ingin berjaya.
Kredit: FB UNIMAS
“Pertama adalah kerja keras, sebab tiada siapa yang boleh berjaya tanpa usaha. Kedua adalah pengurusan masa. Selain itu, mengimbangi pelajaran dan aktiviti kokurikulum memerlukan saya menguruskan masa dengan baik”
Dalam pada itu, Annie juga merancang dan bercita-cita untuk mengambil peperiksaan Persatuan Akauntan Bertauliah (ACCA) bagi mendalami kepakarannya dalam bidang perakaunan.
Kredit: FB UNIMAS
Sementara itu, bagi seorang lagi penerima, Dayang Nurina Nazihah yang merupakan graduan dari Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia. Beliau telah menamatkan pengajian dalam bidang kaunseling dengan CGPA 3.85.
“Pendekatan saya amat mudah kerana saya hanya melakukannya sehabis baik. Saya juga bersemangat untuk meneroka potensi diri dan mendorong diri melepasi zon selesa saya,” katanya.
Menurut Dayang, beliau telah hadir temu duga bagi mendapatkan lesen kaunselor berdaftar dan berharap boleh bermula sebagai kaunselor bebas sambil meneroka peluang kerjaya lain.
Kredit: FB UNIMAS
Tambahnya, beliau juga akan memulakan program pengajian Sarjana di UNIMAS pada Januari tahun hadapan.
Sekadar info, Majlis Konvokesyen itu dirasmikan oleh Yang di-Pertua Negeri Sarawak merangkap Canselor UNIMAS, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar serta isteri, Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi.
Sumber: Facebook Universiti Malaysia Sarawak
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Setelah memuat naik permohonan maaf di atas kekhilafan menjalin kerjasama dengan satu jenama pro-Israel pada hari Khamis, jenama kopi tempatan Zus Coffee tampil melakukan permohonaan maaf susulan pada hari Jumaat.
Ia setelah jenama tersebut menerima pelbagai bentuk kecaman terutamanya dalam kalangan pelanggan setia mereka yang meluahkan kekecewaan dek kolaborasi tersebut.
Foto Hiasan.
Menerusi hantaran terbaru di platform media sosial, Zus Coffee mengakui kenyataan pertama yang mereka keluarkan semalam gagal menjelaskan pendirian mereka terhadap isu pembunuhan rakyat Palestin beramai-ramai yang sedang berlaku di negara mereka sendiri.
Justeru, Zus Coffee ingin menegaskan bahawa mereka teguh menentang sebarang kezaliman yang berlaku di bumi Palestin dan menyokong perjuangan untuk mendapatkan semula kebebasan Palestin.
“Kami berjanji untuk lebih berwaspada dalam membuat keputusan di masa hadapan, memastikan ia sentiasa mencerminkan nilai-nilai kami sebagai jenama tempatan Malaysia,” catatnya.
Tinjauan REMAJA di ruanga komen mendapati majoriti netizen berterima kasih terhadap usaha Zus Coffee yang menetapkan pendirian dalam isu konflik yang sedang berlaku sekarang.
Mereka turut berharap ia tidak terjadi lagi di masa hadapan memandangkan Zus Coffee begitu digemari oleh pelanggan Malaysia dek kesedapan minuman yang ditawarkan.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Dr. Amirul Arif Mohd Yunos, seorang pakar psikiatri kanak-kanak yang berasal dari Malaysia dan berkhidmat di Dublin, Ireland didapati bersalah kerana melakukan penderaan dan pengantunan seksual (sexual grooming) terhadap seorang remaja perempuan berusia 17 tahun di Ireland.
Difahamkan, mangsa mengenali Dr. Amirul Arif di pusat Child and Adolescent Mental Health Services (CAMHS). Ibu bapa mangsa diperkenalkan kepada doktor berkenaan kerana mangsa mengalami kegelisahan selepas COVID-19. Lalu, beliau menawarkan rawatan terapi bagi membantu mangsa.
Dr. Amirul Arif Mohd Yunos.
Untuk tempoh lebih setahun selepas itu, Dr. Amirul Arif didakwa merogol mangsa, menggunakan penutup mata, mencekik dan menekan leher mangsa dan menghalang jeritannya.
Perbuatan pengantunan seksual itu diklasifikasikan doktor itu sebagai ‘pelajaran biologi’ manakala bahan pornografi yang dihantarkannya kepada mangsa pula adalah ‘bahan pelajaran’ untuk pertemuan mereka yang seterusnya. Sesi-sesi selepas pertemuan pertama dengan ibu bapa mangsa tadi dilakukan Dr. Amirul Arif secara senyap-senyap di belakang ibu bapa mangsa.
Selepas mendapat tahu mengenai perlakuan doktor itu, ibu mangsa bertambah terkejut selepas anaknya memberitahu segala perbuatan terkutuk yang diperlakukan ke atasnya itu adalah ‘bayaran’ perkhidmatan terapi oleh doktor berkenaan.
*
Khamis lalu, Mahkamah Jenayah Daerah Dublin mendapati doktor di pejabat Perkhidmatan Kesihatan Mental Kanak-Kanak dan Remaja (CAMHS), Dublin itu bersalah lalu menjatuhkan hukuman penjara lapan setengah tahun ke atas lapan tuduhan mendera dan melakukan pengantunan seksual terhadap mangsa sejak dia berusia 14 tahun.
Perkhabaran tersebut pantas meraih perhatian rakyat Malaysia yang mengutuk keras kesalahan yang dilakukan oleh Dr. Amirul Arif yang berdasarkan pengalaman dan kelayakan harus tahu betapa terkutuknya perbuatannya itu. Rata-rata bersetuju agar Dr. Amirul Arif dijatuhkan hukuman yang setimpal dengan kesalahannya di sana.
*
Memetik kenyataan laporan The Irish Independent baru-baru ini, pasukan peguam Dr. Amirul Arif Mohd Yunos difahamkan cuba menawar pampasan bernilai €2000 atau kira-kira RM9,320.40 kepada mangsa. Tawaran itu ditolak ibu bapa mangsa yang menganggapnya sebagai satu bentuk ‘penghinaan besar’.
Tambah ibu mangsa lagi, beliau terkejut apabila mendengar keterangan keluarga Dr. Amirul Arif di Ireland dan Malaysia yang memberi sokongan kepada pelaku ketika perbicaraan berlangsung di mahkamah.
Keterangan menyokong itu, lapor The Irish Independent, dibuat oleh isteri pelaku, kakak, bapa dan mentuanya di Malaysia. Turut ada untuk memberi sokongan di Ireland ialah seorang saudara perempuan pelaku yang berkhidmat sebagai seorang doktor kanak-kanak di Ireland, suaminya dan ibu pelaku yang datang dari Malaysia.
“Dia berasal daripada keluarga berpengaruh di Malaysia. Kami merasa jijik terhadap keluarganya dan orang lain yang memberikan keterangan mengenai wataknya yang baik.
“Sangat menakutkan bila memikirkan sejauh mana toleransi mereka (keluarga pelaku) terhadap jenayah seperti ini melibatkan seorang kanak-kanak,” kata ibu mangsa kepada akhbar The Irish Independent.
Difahamkan buat masa ini, ibu bapa mangsa sedang memberi tumpuan untuk membantu anak mereka pulih daripada trauma yang dialami.
Mereka juga sedang membantu mangsa untuk tidak lagi mempunyai niat membunuh diri akibat tekanan dan memperbaiki rutin makannya selepas ini.