Pernah tak anda buka media sosial dengan niat nak scroll lima minit, sekali terjumpa pula video orang membebel pasal drama yang sedang trending?
Mula-mula tengok komen orang lain je. Lepas ternampak; klip satu dua babak, mulalah timbul rasa ingin tahu.
Akhirnya tanpa sedar, anda sudah menghabiskan beberapa episod dalam satu malam!
Kalau situasi ini kedengaran familiar, bukan anda seorang je yang rasakan sebegitu.
Ini kerana pada tahun ini, ramai penonton Malaysia sedang tergoda dengan pelbagai siri popular yang menjadi bualan ramai di Astro dan boleh distrim menerusi sooka.
sooka Jadi Punca!
Daripada drama penuh konflik keluarga, kisah cinta yang menyakitkan hati hinggalah watak-watak yang membuatkan penonton geram tetapi tidak boleh berhenti menonton. Semuanya ada!
Antara yang paling hangat diperkatakan sekarang ialah drama apa lagi kalau bukan Dendam Seorang Mentua.
Kalau anda aktif di TikTok atau Facebook, memang susah nak terlepas daripada melihat perbincangan netizen mengenainya. Jalan ceritanya yang penuh konflik, emosi yang sentiasa berada pada tahap maksimum dan babak-babak yang membuatkan penonton menjerit di hadapan skrin menjadikan Dendam Seorang Mentua antara topik perbualan paling hangat ketika ini.
Memang ada penonton yang mengaku jalan ceritanya kadang-kadang membuatkan mereka geram. Tambahan pula dengan adanya adegan jerit-menjerit selain ‘questionable decisions’ yang dilakukan oleh watak utamanya pula mengundang rasa marah. Namun, itulah yang membuatkan mereka terus menonton episod seterusnya.
Dan ya! Tidak kurang juga ramai yang mengaku watak Dato’ dalam drama tersebut berjaya mencuri perhatian penonton. Sweet, kacak dan sentiasa menjadi topik perbincangan dalam kalangan peminat drama tempatan.
Kalau masih belum mula menonton, inilah masanya untuk mengetahui sendiri kenapa ramai yang tidak boleh berhenti bercakap mengenainya.
Ada Banyak Lagi Drama di sooka
Dendam Seorang Mentua bukanlah satu-satunya drama yang membuatkan penonton melekat di hadapan skrin.
Peminat drama tempatan pastinya cukup mengenali fenomena Isteri Rahsia Ungku Jaabar yang pernah mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan penonton. Drama bersiri ini terus menjadi antara judul yang sering dicari kerana jalan ceritanya yang penuh misteri, konflik dan hubungan yang rumit.
Begitu juga dengan Andai Tiada Dia yang berjaya mencuri hati ramai penonton menerusi kisah cinta dan emosi yang dekat dengan kehidupan sebenar. Setiap episod membuatkan penonton tertanya-tanya apa yang akan berlaku seterusnya sehingga sukar nak turn off gajet!
Jika anda sukakan drama yang lebih berat dengan konflik rumah tangga dan emosi yang menguji kesabaran, Dia Bukan Syurga pula antara pilihan yang wajib berada dalam senarai tontonan anda. Siri ini berjaya mencetuskan pelbagai perdebatan dalam kalangan penonton dan menjadi antara drama yang paling banyak dibincangkan ketika ditayangkan.
Tidak ketinggalan, Dia Imamku mempunyai kelompok peminat tersendiri dan terus menjadi pilihan ramai pencinta drama romantik tempatan. Gabungan kisah cinta, pengorbanan dan cabaran kehidupan menjadikan siri ini antara tontonan yang cukup dekat di hati penonton Malaysia.
Inilah antara kelebihan sooka. Apabila sesuatu drama mula trending dan menjadi bualan ramai, anda tidak perlu lagi rasa tertinggal daripada perbualan tersebut.
Takkan Drama Melayu Je? Wait For It…
Kalau drama-drama viral tadi buat anda susah nak berhenti menonton, peminat sukan pula sedang memasuki antara tempoh paling menarik dalam kalendar sukan antarabangsa.
Sepanjang tahun ini, peminat boleh mengikuti pelbagai aksi sukan yang sentiasa menjadi perhatian ramai menerusi sooka. Daripada perlawanan bola sepak mendebarkan, kejohanan badminton bertaraf dunia, perlumbaan Formula 1 dan MotoGP yang mendebarkan; sehinggalah ke aksi di gelanggang tenis, UFC dan AFC yang sentiasa menjanjikan kejutan.
Lebih seronok, setiap minggu pasti ada sahaja perlawanan atau perlumbaan besar yang menjadi bualan peminat di media sosial. Baru buka TikTok atau X, sudah nampak orang berkongsi reaksi gol kemenangan saat akhir, rally perlawanan yang mengujakan atau drama di litar perlumbaan yang membuatkan peminat tidak senang duduk.
There is SO MUCH MORE
Selain drama-drama tempatan dan aksi sukan secara langsung yang mencetuskan fenomena, sooka turut menawarkan pelbagai pilihan rancangan realiti, filem, anime dan K-Drama.
Untuk yang ketagih dengan siri K-Drama, haa… nah! Kami berikan sebab mengapa sooka harus menjadi pilihan anda.
Vibe K-drama yang ada di sooka sememangnya menjurus kepada emotional trap yang tiada kesudahan. Sekali tengok, susah nak berhenti! Bukan sahaja penonton akan merasakan naik turun emosi persis berada di atas roller coaster!
Malah, jalan cerita K-drama yang penuh intense akan mampu membuatkan anda merasa geram, menangis, ketawa atau terus menekan butang “Next Episode”.
Cuma jangan salahkan REMAJA kalau anda bercadang menonton satu episod sahaja tetapi akhirnya menghabiskan satu musim dalam masa sehari. It is not for the faint-hearted.
Oleh itu, tak kiralah anda kaki drama, kaki bola, kaki menangis, kaki gelakkan orang atau apa sahaja jenis “kaki-kaki” yang ada, sooka ada semuanya untuk menghiburkan hari-hari anda. Langgani pakej terbaru sooka hari ini juga!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Penyanyi dan ahli kumpulan terkenal K-Pop, Jeongyeon TWICE baru-baru ini mengejutkan para peminat apabila mengambil keputusan meninggalkan agensi, JYP Entertainment yang menaunginya selama 11 tahun, untuk memulakan fasa baru dalam kerjayanya.
Menerusi sebuah mesej yang dikongsikan di media sosial, Jeongyeon atau nama sebenarnya Yoo Jeong-yeon (30) berkata, keputusan untuk meninggalkan persekitaran yang sudah lama diteliti bukan sesuatu yang mudah, namun beliau mendapat kekuatan daripada ahli TWICE dan peminat, ONCE.
Difahamkan, selepas meninggalkan JYP Entertainment, Jeongyeon kini secara rasmi menyertai Varo Entertainment menerusi kontrak eksklusif bersama agensi berkenaan yang turut menaungi kakaknya yang juga seorang pelakon iaitu Gong Seung-yeon.
Perkembangan tersebut sekaligus membuka peluang buat Jeongyeon untuk meneroka bidang lakonan dengan lebih serius, selain terus aktif sebagai anggota TWICE yang merupakan antara kumpulan wanita paling berpengaruh dalam industri K-Pop.
Sementara itu, Varo Entertainment dalam kenyataannya menyambut baik kehadiran Jeongyeon dan menyifatkan penyanyi itu sebagai individu yang mempunyai pelbagai daya tarikan serta potensi besar untuk dikembangkan dalam industri hiburan.
Berkongsi mengenai langkah baharunya itu, Jeongyeon memberi jaminan bahawa perubahan agensi tidak akan menjejaskan komitmennya terhadap TWICE yang sudah menjadi sebahagian penting dalam perjalanan hidup dan kerjayanya.
“Walaupun saya berpindah ke rumah baru dan memulakan cabaran baru, saya akan terus melindungi TWICE, yang merupakan sebahagian paling penting dalam diri saya,” katanya.
Jeongyeon turut menegaskan bahawa TWICE akan kekal sebagai keutamaan utamanya dan beliau akan terus menjalankan tanggungjawab bersama kumpulan tersebut, sambil pada masa sama memulakan perjalanan baharu untuk mengembangkan kerjaya lakonan di bawah Varo Entertainment.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Baru-baru ini, tiga anak kepada pasangan selebriti Datin Almy Nadia (40) dan Datuk Fizz Fairuz (46) mencuri tumpuan pengguna di media sosial apabila masing-masing berjaya menerima Anugerah Bintang Akademik, sekaligus mengukuhkan reputasi keluarga itu dalam aspek pendidikan.
Kisah manis tersebut dikongsikan Datin Almy sendiri menerusi Instagram, lengkap dengan foto dan video yang memaparkan momen anak-anaknya Nur Afrina Arianna (10), Nur Afrina Aurora (9), dan Nur Afrina Ayra (7) melangkah yakin ke pentas untuk menerima sijil serta trofi penghargaan atas pencapaian akademik sepanjang tahun ini.
Dalam perkongsian sama, beliau turut meluahkan rasa syukur atas rezeki dan kejayaan yang diterima anak-anaknya. Selain itu, Datin Almy menyifatkan pencapaian itu sebagai hadiah penghujung tahun yang menambah kebahagiaan buat keluarga mereka.
“Alhamdulillah tahun ini 3 ketul ini dapat anugerah akademik syukur… Tahun depan usaha lagi okay anak-anak,” tulisnya.
Pada masa yang sama, beliau turut berpesan agar ketiga-tiga puteri kesayangannya terus berusaha dan tidak mudah berputus asa dalam mengejar impian, lebih-lebih lagi ketika usia mereka masih muda dan penuh potensi.
Dalam pada itu, kejayaan anak-anak gadis pasangan pelakon berkenaan pantas menarik perhatian warga internet yang membanjiri ruangan komen dengan ucapan tahniah dan doa agar mereka terus konsisten meraih kecemerlangan dalam pelajaran pada masa akan datang.
Lebih menarik lagi, pencapaian ini hadir selepas Datuk Fizz Fairuz sendiri menerima pengiktirafan pada Majlis Konvokesyen Kelapan Akademi Kreatif Meatech menerusi Program Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT), menjadikan tahun ini antara detik paling bermakna buat keluarga tersebut.
Sementara itu, keseluruhan kejayaan ini sekali lagi menonjolkan komitmen pasangan selebriti itu dalam menitikberatkan pendidikan sebagai asas penting dalam membentuk masa depan anak-anak mereka. Tahniah kami ucapkan!
Sumber: Instagram Datin Almy Nadia
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sempena perlumbaan Formula One Malaysian Grand Prix yang baru berakhir Ahad lepas, team REMAJA telah diberikan penghormatan untuk buat julung kalinya memasuki kawasan larangan bagi mana-mana pasukan F1;
The Garage.
Ya, setiap pasukan F1 akan diberikan garaj khas setiap kali berkunjung ke trek baru di mana-mana lokasi perlumbaan. Di hadapan garaj inilah, setiap pelumba ( mungkin ) akan membuat satu atau dua pit stop bagi menukar bahagian kereta yang rosak atau haus, untuk mengisi minyak dan sebagainya sepanjang tempoh perlumbaan.
#MYF1NALE : Jentera Daniel Ricciardo.
#MYF1NALE : Jentera Max Verstappen.
Without saying, garaj adalah tempat yang amat penting dalam dunia F1. Sekitar tiga hari sebelum kelayakan ujian masa dilakukan, garaj yang kosong akan dipenuhkan dengan control corner, penstoran gajet dan alatan, tempat simpanan tayar dan macam-macam lagi.
Setiap garaj dibahagikan kepada dua cabang – one for each driver. Dan setiap pelumba pula dianggotai enam orang jurutera jentera yang memastikan jentera mereka lengkap dan bersedia untuk berlumba!
Do-Or-Die Spot
Penulis bersama beberapa rakan media lain memasuki kawasan garaj pasukan Red Bull Racing untuk mendengar penjelasan jurutera senior mereka, Blake mengenai jentera Red Bull.
#MYF1NALE : Garaj dan pit stop pasukan Red Bull Racing.
Menurut Blake, hanya mereka yang terpilih saja boleh berada di dalam kawasan garaj pada satu-satu masa. Penulis juga hanya diberikan peluang untuk berdiri di belakang garisan yang ditetapkan. Ini demi memastikan kerja-kerja penyelenggaraan jentera berjalan lancar tanpa sebarang gangguan orang ramai, flash daripada kamera dan bunyi bising.
Melihat kepada kecekapan jurutera pasukan Daniel Ricciardo dan Max Verstappen, penulis dapat katakan mereka amat berdedikasi untuk memenangi perlumbaan di Litar Sepang. Walaupun berhadapan dengan rakan media, mereka langsung tak terganggu dengan kehadiran kami.
Fokus seperti ini amatlah penting terutamanya ketika perlumbaan akhir sedang berlangsung. Penulis teringat perlumbaan Monaco Grand Prix pada tahun lalu di mana pasukan Red Bull Racing mengalami masalah ketika jentera Daniel Ricciardo memasuki kawasan pit stop.
Jelas Blake, “Pada waktu itu, Ricciardo perlu menukar soft tyre (kuning) kepada supersoft tyre. And guess what, tayar supersoft terletak di belakang kawasan garaj. Pasukan mengalami masalah miscommunication dan Ricciardo kehilangan 10 saat di situ. Sebab itulah, kawasan dalam dan sekitar garaj tidak sesekali dibuka kepada orang ramai kerana masalah kehilangan atau salah letak peralatan adalah masalah yang serius untuk kami.”
Penulis turut diberikan peluang untuk memegang replika steering wheel milik Max Verstappen. Dan nilai steering wheel sebenar mencecah….
40,000 POUND bersamaan dengan RM225,000!
Tak hairanlah tiada siapa yang dibenarkan masuk. Satu bahagian jentera saja sudah sama nilainya dengan motorsikal berkuasa tinggi!
#MYF1NALE : Bahagian hadapan steering wheel.#MYF1NALE : Bahagian belakang steering wheel yang boleh dicabut daripada jentera.
Ricciardo Masih Mengintai Podium
Walaupun Daniel Ricciardo kini berada 104 poin di belakang Lewis Hamilton dari pasukan Mercedes Petronas, namun musim 2017 masih berbaki 5 lagi perlumbaan. Let’s be honest, peluang untuk memenangi tangga teratas pelumba itu mungkin kelihatan samar untuknya. Namun Ricciardo masih mampu mengejar beberapa tangga di atasnya.
#MYF1NALE : Max Verstappen merupakan pelumba terakhir memenangi perlumbaan di Litar Antarabangsa Sepang. 18 tahun lalu, lagenda F1, Michael Schumacher juga berdiri di podium yang sama.
Tuah nyata berpihak kepada dua orang pelumba Red Bull Racing apabila Verstappen dan Ricciardo masing-masing menduduki tangga pertama dan ketiga di Litar Antarabangsa Sepang. Pastinya, nama mereka berdua akan kekal dalam sejarah sebagai pelumba terakhir yang menaiki podium di litar ini!
#MYF1NALE : (Dari Kiri) Hamilton, Verstappen dan Ricciardo.
Bagi korang yang belum sempat menyaksikan telatah dua orang pelumba Red Bull Racing ini di Malaysia, klik https://www.facebook.com/redbull/videos/10159623798715352/ untuk menyaksikan video mereka meneka buah-buahan tempatan.
Klik juga video di bawah untuk melihat betapa hebatnya makmal dan kawasan garaj milik pasukan Red Bull Racing.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!