
Sempena sambutan Hari Raya Aidiladha esok, pasti banyak juadah enak yang akan terhidang untuk korang seisi keluarga kan?
Maklumlah, ramai di antara kita yang tak berkesempatan pulang beraya semasa perayaan Aidilfitri kerana langkah berjaga-jaga disebabkan merebaknya wabak Covid-19.
So hari ini, REMAJA ingin kongsikan resepi bahulu mudah hasil perkongsian Puan Azirah Mukhtar untuk korang cuba pada hujung minggu panjang ini.

Bahulu merupakan antara juadah kuih tradisional yang sangat popular khususnya pada musim perayaan. Malah, ia juga sering dijadikan santapan minum petang seisi keluarga di rumah.
Kalau nak diikutkan, prosedur tradisional pembuatan bahulu agak rumit kerana perlu dibakar menggunakan oven.
Zaman sudah berubah dan kita guna je apa yang ada di rumah. Yang penting, prosesnya cepat, mudah dan sedap!
BAHAN-BAHAN

-1 cawan tepung gandum
-1 cawan gula (boleh kurangkan jika tak mahu ia terlalu manis)
-3 biji telur
CARA-CARA
1. Blend telur dan gula sampai gebu. Kemudian, barulah masukkan tepung.
2. Panaskan sandwich maker, sapu minyak dan masukkan adunan tadi.
3. Bahan-bahan di atas dapat menyiapkan sekitar 12 biji bahulu.




Mudahkan! Selamat mencuba gaiss..
Bagi yang teringin untuk mencuba resepi yang lebih ‘heavy’ seperti Asam Pedas, haa ini caranya.
Teringin Asam Laksa Padu Di Aeon Tu Tapi Malas Nak Beratur? Jom Buat Sendiri, Ini Resepinya!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
“Walaupun Ada Cuba Meniru, Keaslian Bawal Scarf Masih Milik Saya..” Norjuma Habib Muncul Semula!

Sekian lama mengundurkan diri daripada tontonan khalayak baik di kaca televisyen mahupun di media massa, Datin Che Puan Norjuma Habib Mohamed semalam telahpun meluangkan masa bersama rakan media di sebuah majlis yang diaturkan oleh pihaknya.
Tentu sekali, setelah lama tidak bersua muka dengan bekas pemenang Pencarian Pengacara Jemputan Nona 2022 ini, pelbagai persoalan timbul bagi mengetahui perkembahan terkini kehidupannya.

Norjuma berseloroh apabila ditanyakan mengenai keberadaannya selama ini dan berkata, “Kuarantin kot,” sambil tertawa kecil.
“Memang saya perlukan masa sendiri. Memang saya ambil masa 2 hingga 3 tahun ini untuk berehat dan berfikir. Pada masa yang sama, (saya) menumpukan perhatian kepada keluarga. Kepada insan-insan yang saya cintai.
“Jadi sekarang saya terfikir, mari ‘ingatkan’ semua orang (bahawa) rekaan-rekaan (hijab) yang berada di pasaran (sekarang) kebanyakannya adalah idea saya. Itu sahaja,” katanya.

Aidijuma Akan Kembali?
Bagi korang yang tidak begitu mengenali keperibadian Datin Che Puan Norjuma Habib Mohamed, tentunya korang familiar dengan jenama fesyen hijab bawal, Aidjuma yang pernah dibina oleh beliau sebelum ini.
Empayar Bawal Scarf dan Aidijuma begitu sinonim dengan hijabi muda di Malaysia, malah rekaan tudungnya masih relevan dan terus digayakan oleh ramai hijabi hingga ke hari ini.

“Sepanjang 13 tahun dalam bidang ini dan membangunkan jenama Bawal Scarf, saya dan semua (ahli pasukannya) sudah bekerja keras dan sebab itu, walaupun ada yang cuba meniru, namun keaslian Bawal Scarf itu masih milik saya,” komennya.
Ouh, siapa yang dimaksudkan oleh Norjuma itu?
Tambah beliau, empayar itu terbina bukan sahaja di atas usaha keras beliau tetapi juga pasukan yang berada bersamanya. Merekalah yang tampil membantu di saat beliau sibuk menentukan hala tuju rekaan dan melakukan kajian mengenai perniagaan hijab itu.
“Kerja adalah kerja. Kami jual jenama dan bukannya diri sendiri. Saya memilih cara sendiri dan bukannya untuk mencari glamor atau rapatkan diri dengan mana-mana pihak,” ulas anak kelahiran Pulau Pinang itu lagi.
Mengenai keinginan peminat jenama Bawal Scarf untuk melihat ‘comeback’ dan koleksi baharu dikeluarkan olehnya, Norjuma memaklumkan beliau kini bersedia untuk ‘menghadiahkan’ sesuatu yang baru kepada pelanggan setianya.
Beliau ingin menghasilkan koleksi rekaan terbaru hasil ciptaannya sendiri dengan nada yang lebih segar. Tak sabar!
All the best Datin Che Puan Norjuma Habib Mohamed.
ARTIKEL BERKAITAN: Dahulu Mereka Juara Pertandingan Ratu Cantik Antarabangsa, Kini Manis Berhijab – REMAJA
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Peguam Dedah Individu Boleh Kena Penjara 2 Tahun & Denda RM2000 Jika Tipu Maklumat Berkaitan COVID-19

Baru-baru ini tular di media sosial, sebuah hospital terpaksa ditutup di Kedah kerana seorang pesakit menyembunyikan dirinya ada kontak rapat dengan individu sudah dijangkiti COVID-19. Keseluruhan hospital terpaksa ditutup dua hari selepas kes ini dimaklumkan termasuk staff perlu menjalani kuarantin.
Jika korang merasakan tindakan menyembunyikan maklumat sebab malu diketahui orang ramai bersedialah untuk di penjara dan didenda.
Menurut Presiden Badan Peguam Malaysia Salim Bashir perbuatan sengaja menyembunyikan maklumat penting berkenaan Covid-19 sehingga menimbulkan risiko terhadap kakitangan hospital serta fasiliti perubatan akibat sentuhan, adalah suatu kesalahan jenayah mengikut Seksyen 22 (d) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.
Tindakan individu yang mengetahui beliau dijangkiti wabak ini tetapi berada di tempat awam, juga adalah satu kesalahan mengikut akta itu.
Bagi membendung kejadian sama daripada terus berleluasa dan memberi pengajaran kepada masyarakat, laporan polis boleh dibuat terhadap mereka ini, kata pengamal undang-undang.
Berkongsi pendapat mengenai perkara ini, Presiden Badan Peguam Malaysia Salim Bashir berkata, seseorang yang menyembunyikan maklumat penting, jika sabit kesalahan boleh dihukum mengikut Seksyen 24 akta sama, yang memperuntukkan hukuman denda atau penjara sehingga dua tahun atau kedua-duanya sekali.
“Baru-baru ini, kita dikejutkan dengan berita bahawa ada sesetengah pihak yang cuba menyembunyikan maklumat penting dengan niat salah daripada pengetahuan pihak hospital ketika pemeriksaan dijalankan terhadap mereka.
“Ada beberapa pihak yang enggan menyatakan maklumat yang boleh membantu pihak hospital dan pihak berkuasa dalam menangani wabak COVID-19 ini daripada penyebaran secara meluas.
“Maklumat penting seperti sejarah perjalanan luar negara, lebih-lebih lagi ke negara yang terjejas teruk dengan wabak Covid-19 dan juga maklumat perhubungan, sentuhan serta berada dalam kelompok orang yang telah disahkan positif COVID-19, ini sangat berguna dan mampu menyelamatkan seseorang pesakit itu dengan kadar rawatan yang segera dan bersesuaian.
“Selain itu, maklumat sebegitu dapat membendung penularan wabak COVID-19 terhadap orang awam secara amnya,” katanya kepada Bernama.
Dalam pada itu, Salim berkata, jika ada keadaan apabila seseorang itu mempercayai bahawa dia telah dijangkiti, maka dia tidak seharusnya bergaul, atau berada di dalam kumpulan sosial di kawasan awam.
Menurut beliau, jika perkara ini berlaku, maka individu terbabit dianggap melanggar Seksyen 12 akta sama.
Turut senada dengan Salim ialah peguam MK Thas yang juga menasihati kakitangan hospital supaya membuat laporan polis sekiranya mereka berdepan dengan individu berkenaan.
“Doktor, jururawat dan kakitangan hospital selaku petugas barisan hadapan terdedah kepada risiko jangkitan wabak ini, justeru mereka harus melaporkan kepada polis sekiranya terdapat individu yang didapati menyembunyikan maklumat mengenai sejarah hubungan dengan individu yang dijangkiti Covid-19.
“Kita tidak mahu kes seperti yang berlaku di sebuah hospital di Kedah baru-baru ini berulang apabila tindakan seorang pesakit yang tidak memberitahu pihak hospital bahawa dia pernah ada kontak rapat dengan individu positif Covid-19 menyebabkan hospital itu terpaksa ditutup dan petugas hospital yang merawatnya terpaksa dikuarantin serta perlu mengambil ujian Covid-19,” katanya.
Tambah Thas, tindakan membuat laporan polis adalah perlu sebagai peringatan keras kepada mana-mana pihak supaya tidak sewenang-wenangnya menyembunyikan sebarang maklumat penting yang boleh membantu pihak Kementerian Kesihatan mengekang penularan wabak itu.
“Pada masa ini, doktor dan jururawat kita sedang bertungkus-lumus merawat dan menyelamatkan pesakit Covid-19, janganlah kita pentingkan diri sendiri kerana perbuatan kita itu boleh mengancam nyawa pasukan perubatan ini,” katanya.
Media sebelum ini melaporkan sebuah hospital swasta di Sungai Petani, Kedah, terpaksa menutup operasi selama dua hari bagi proses pembersihan dan pembasmian kuman berikutan seorang pesakitnya dikenal pasti mempunyai kontak rapat dengan pesakit yang disahkan dijangkiti Covid-19.
Menurut kenyataan dikeluarkan oleh hospital itu, pesakit wanita berkenaan tidak memberikan pendedahan penuh ketika proses pemeriksaan di hospital dan dirawat di wad biasa, menyebabkan kesemua kakitangan yang bersentuhan dengan pesakit itu dikuarantin bagaimanapun diuji negatif bagi Covid-19. Sumber : HARIAN METRO
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
BTS ‘Idol’ Pecah Rekod YouTube View Paling Banyak Dalam 24 Jam Menewaskan Taylor Swift

Tidak lama dulu REMAJA pernah dengar banyak suara sumbang mengatakan yang K-pop sudah layu dan bakal ‘mati’ dalam masa terdekat.
Nampaknya suara-suara sumbang itu membuat satu ramalan yang bukan sahaja meleset tetapi mengarut. Kita semua sudah maklum bahawa BTS kini menjadi salah sebuah grup K-pop yang paling terkenal di dunia terutamanya dengan mereka mengukuhkan kedudukan di benua Eropah dan Amerika Utara.
Terbaru BTS memperkenalkan lagu baru mereka bertajuk ‘Idol’ dan pada dua hari lepas mereka telah memuat naik muzik video rasmi lagu tersebut.
Ramai pemerhati dan penggemar K-pop menjangkakan yang ‘Idol’ akan berjaya memecahkan rekod. And yes, they did it!
BTS telah berjaya mencipta rekod dunia yang baru menerusi muzik video ‘Idol’ di YouTube dengan menewaskan pemegang rekod sebelum ini iaitu Taylor Swift dengan ‘Look What You Made Me Do’.

Taylor Swift sebelum ini memegang rekod dengan jumlah view 43.2 juta manakala rekod baharu yang dicatatkan oleh BTS pula ialah lebih 45 juta view dalam masa 24 jam!
Muzik video ‘Idol’ yang menampilkan konsep tradisi Korea dicampur dengan elemen moden telah dikeluarkan pada Jumaat lalu dan sehingga artikel ini ditulis jumlah view yang diperolehi ‘Idol’ telah hampir mencecah 88 juta view.
BTS Army are really something, aren’t they!
Congrats BTS!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

