Remaja Perempuan 14 Tahun Ditangkap Khalwat, Tipu Ibu Bapa Kononnya Bermalam Di Rumah Kawan

61110
Kredit gambar: Harian Metro

Baru berusia 14 tahun, seorang remaja perempuan sanggup menipu ibu bapa kononnya bermalam di rumah rakan, sebaliknya menyewa bilik motel dengan teman lelaki.

Pasangan ini ditahan oleh Jabatan Agama Islam Kedah (JAIK) dalam serbuan pada pukul 3 pagi di sebuah motel.

Kejadian yang berlaku di Kedah ini melibatkan seorang remaja perempuan bersama pasangannya yang berusia 17 tahun berdua-duaan dalam bilik motel berkenaan.

IKLAN
Gambar hiasan

Menurut Harian Metro, Ketika disoal siasat, remaja perempuan itu memberitahu dia menunggang motosikal untuk bertemu pasangannya di bandar Sungai Petani dan menipu keluarga kononnya menumpang tidur di rumah kawan.

Berikutan itu mereka ditahan kerana disyaki berkhalawat dan anggota JAIK telah menghantarnya pulang ke rumah 4.30 pagi selepas keterangan diambil.

Orang ramai dinasihatkan mengawasi anak masing-masing bagi mengelakkan mereka terjebak dengan kegiatan tidak bermoral Ketika Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat dilaksanakan.

Dalam situasi pandemik seperti ini, harapnya masing-masing dapat menjaga diri sendiri, lebih-lebih lagi bagi mereka yang masih bersekolah. Janganlah buat mak dan ayah susah hati di rumah.

Diharap agar kisah ini dapat memberi teladan buat semua.

Sumber: Harian Metro