Jujurnya, budaya mengikis harta seorang lelaki ataupun Sugar Daddy bukanlah satu budaya kotor baharu yang menular di Malaysia.

 

Sejak tahun 80-an lagi, Majalah Remaja sewaktu itu sudah banyak memperkatakan mengenai trend anak muda yang memilih jalan menjadi sugar baby kepada hartawan ini demi kelangsungan hidup dan pelajaran.

Siapa je yang tidak mahu hidup mewah, dibelikan apa saja yang diingini dan tidak perlu khuatir akan soal wang tunai. Apa si dia hendaki, akan dituruti. Asalkan, mereka menemani sugar daddy terbabit apabila diminta.

Tahun lalu, REMAJA pernah melaporkan mengenai gaya hidup seorang sugar baby yang berasal dari Malaysia namun kini menetap di Singapura. Biarpun bergelar sugar baby, dirinya masih mempunyai pekerjaan tetap dan menjalani hidup seperti orang biasa.

IKLAN

ARTIKEL BERKAITAN :  “Cara Dating Lama Bazir Masa..” – Sugar Baby Malaysia Mampu Peroleh RM40k Sebulan – REMAJA

Budaya ‘Sugar Baby’ Semakin Tular Di IPT Malaysia, Keluar Senarai TOP 10
Foto Hiasan : Pexels

Nampaknya, semakin ramai remaja perempuan yang memilih gaya hidup tersebut,.

Semalam, REMAJA telah melaporkan statistik satu laman bertemu jodoh bernama SeekingArrangment. Kata mereka, Malaysia kini menjadi sarang sugar daddy apabila terdapat kira-kira 42,500 sugar daddy di negara kita. Ia sekaligus menjadikan Malaysia sebagai negara Asia ketiga tertinggi selepas India (338,000) dan Indonesia (60,250)

Manakala satu lagi laman bertemu jodoh khusus untuk aktiviti Sugar Daddy Asia iaitu Sugarbook telah melaporkan lebih 14,000 orang sugar baby di Malaysia kini terdiri daripada pelajar universiti dan IPT! Jumlah itu kata mereka diambil setelah berlaku peningkatan sehingga 40 peratus sugar baby di kalangan pelajar sejak Januari 2021.

IKLAN

Ini mungkin sekali berkait rapat dengan keperluan kewangan pelajar yang terdesak dan mengambil pendekatan menjadi sugar baby.

Tidak cukup dengan itu, Sugarbook telah menyenaraikan IPT mana yang memiliki paling ramai sugar baby di Malaysia. Mereka memperolehi senarai tersebut dengan meneliti nama IPT yang didaftarkan oleh ahli mereka setiap kali mengunjungi laman tersebut.

Kind of dodgy if you ask us, memandangkan ada saja ahlinya yang mendaftar disebabkan oleh giveaway Sugarbook dii universiti dan itu tidak bermakna mereka merupakan seorang sugar baby.

IKLAN

Apapun, jumlah tersebut masih mengejutkan. IPT yang berada di tangga teratas dengan sejumlah 3105 orang sugar baby ialah Sunway Universiti. Ia diikuti rapat oleh INTI International University (2624) dan Taylor’s Universiti (1696).

Budaya ‘Sugar Baby’ Semakin Tular Di IPT Malaysia, Keluar Senarai TOP 10

Amat mendukacitakan apabila bukan hanya IPT swasta yang tergolong dalam senarai top 10 ini. Universiti Malaya didakwa merupakan IPT dengan jumlah sugar baby kelima paling ramai dengan 1280 ahli manakala UiTM berada di kedudukan kesepuluh (704).

Sekali lagi kami ingin menegaskan bahawa statistik ini tidak semestinya benar kerana ia hanya berlandaskan borang keahlian yang diisi oleh pelajar.

SUMBER: (1) (2)

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI