
Remaja On Road yang dibawakan khas oleh REMAJA kembali untuk ‘terjah’ kampus-kampus tempatan dan kali ini, kami bersama-sama jenama masakan popular, Kewpie memeriahkan suasana Universiti Putra Malaysia (UPM) pada 16 April, semalam.
REMAJA bertandingan ke Fakulti Komunikasi & Bahasa Moden, UPM Serdang sebagai lokasi pilihan untuk menjayakan siri inspirasi buat para pelajar universiti ini dengan mengembalikan dua segmen utamanya iaitu Remaja Youth Talk dan Self-Love Camp.
Pengisian utama di Remaja Youth Talk kali ini bertemakan ‘Refresh & Reflect: To Stay Fit & Healthy In My Busy Schedule’ bersama kehadiran barisan panelis yang merupakan pemain industri dalam bidang masing-masing. Mereka terdiri daripada cef selebriti, Chef Zam Akmal; pempengaruh dan pelakon, Safwan Nazri serta pengacara televisyen, Irfan Syahmi.
Bercakap mengenai cara mereka menyeimbangkan masa dan tenaga biarpun diasak dengan kesibukan rutin harian, Safwan mengakui dirinya tidaklah terlalu menjaga gaya hidup sihat sepanjang masa disebabkan kekangan masa. Bagaimanapun, itu tidak sesekali dijadikan alasan untuk kekal sihat dengan mengikuti aktiviti bersama keluarga dan rakan-rakan ketika dirinya terluang.
“Jujur saya cakap, bagi siapa yang mengenali saya, saya adalah seorang yang kuat makan. Kalau cakap nak stay healthy itu mungkin kurang tapi disebabkan jadual saya. Saya anggap itu yang buatkan saya sangat ‘fit’,” kata Safwan.
“Saya aktif dalam sukan seperti pergi gym, main pickleball, badminton. Jadi sifat fit itu macam dah tolong cover sikit kekurangan dalam gaya hidup sihat saya. Kalau nak ikutkan, cara saya makan memang kurang sihat sebab saya sekarang sudah bulat sangat,” seloroh Safwan yang terkenal sebagai hos podcast Sembang Seram.
“Tetapi jika korang ikuti cara saya dalam memastikan diri selalu bergerak, insyaAllah korang boleh lihat perubahan dalam diri sendiri,” katanya.
Dalam pada itu, semasa sesi soal jawab bersama pelajar dilangsungkan, Safwan teruja dengan pertanyaan salah seorang pelajar yang khuatir mengenai berat badan dan stamina terkini.
Menurut Safwan, setiap pelajar perlu ada pemikiran untuk sentiasa tampil sihat dan bersemangat pada setiap masa kerana ia bukan sahaja baik untuk kesihatan tetapi juga akan mempengaruhi kerjaya pada masa akan datang.
“Muda lagi tapi dah fikir tentang berat badan. Bagus! Sebab tidak semua orang ada mentaliti macam ini.
“Kalau awak pointer bagus, belajar cemerlang. Kekalkan! Tapi kalau bina kerjaya nanti, kadang-kadang ada bos mahu pekerja yang kelihatan lebih sihat. Jadi tak salah kalau korang tampil dengan badan tidak berisi,” ujar Safwan.
Seterusnya, segmen paling ditunggu-tunggu iaitu Self-Love Camp bersama Chef Zam Kamal. Dalam sesi ini, cef menunjukkan demonstrasi penyediaan menu sihat dan mudah disediakan iaitu ‘Mayo Chick Lemon Wrap’ menggunakan produk jenama terkenal daripada Jepun, Kewpie.
Paling menyeronokkan, seramai lima orang pelajar bertuah diberi peluang untuk terlibat naik ke pentas dan turut serta menyediakan hidangan bersama beliau.
“Bagi saya produk Kewpie ini memang bagus dan sesuai untuk para pelajar sebab produk ini tidak mengandungi bahan tambahan MSG,” kata Chef Zam semasa sesi demonstrasi penyediaan makanan sihat.
“Makanan yang kita sediakan kali ini memang cukup khasiat sebab ia mempunyai fiber, protein dan karbohidrat yang mencukupi. Cukup sihat untuk semua orang makan tetapi saya ingin ingatkan, pastikan ia disediakan mengikut kuatiti bersesuaian,” nasihatnya.
Sempat mengingatkan para pelajar, Chef Zam yang juga pempengaruh media sosial turut berkongsi fakta bahawa golongan perempuan khususnya perlu mementingkan pengambilan sayur dengan lebih banyak kerana ia sesuai keseimbangan kesihatan tubuh badan.
Nah! REMAJA kongsi dengan korang bahan dan cara penyediaan menu yang disediakan oleh Chef Zam:
Kesemuanya dibakar menggunakan air fryer selama 8 ke 10 minit pada suhu 160 Celsius.
Sekadar info, Remaja On Road merupakan program yang diinisiatifkan oleh Remaja dan Nu Ideaktiv bagi mendekati pelajar sekolah menengah dan institusi pengajian tinggi.
Ia mengetengahkan aktiviti-aktiviti menarik seperti Youth Talk, Beauty Camp dan Remaja Talent Casting dalam suasana yang santai, penuh ilmu dan inspirasi.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.