Kes sekumpulan remaja yang membakar sekolah Tahfiz baru-baru ini membuka mata masyarakat kepada bahaya pengaruh dadah dan masalah sosial di negara ini. Sedang isu ini hangat diperkatakan, polis Butterworth pula telah menyerbu sebuah parti dadah private dan menahan 26 individu yang hampir kesemuanya remaja berusia 15-19 tahun.
High Ketika Parti Diserbu
Ketika serbuan jam 11 pagi itu dilakukan, semua pengunjung parti kelihatan masih dalam keadaan khayal. Kesemua yang ditahan turut positif ujian ketamine, dan sesetengahnya turut positif methamphetamine. Mereka dikatakan telah membeli ‘pek parti’ yang berisi pil Erimin 5 dan Ketamine untuk pesta satu malam di sebuah unit homestay itu.
Kebanyakan remaja yang ditahan merupakan pelajar sekolah menengah berhampiran, dua ialah pelajar kolej vokasional, manakala yang lain-lain majoritinya tidak bekerja.
Ads
Penganjur Remaja 21 Tahun, Guna Sosial Media
Ketua Polis Seberang Perai Tengah, ACP Nik Ros Azhan Abdul Hamid berkata, polis telah merampas 0.81g pil Erimin 5, 1.5g ketamine, dan 0.39g dadah yang tidak dikenalpasti berserta penyedut minuman dan alatan lain di lokasi berkenaan.
Menurutnya lagi, penganjur parti dadah tersebut merupakan seorang lelaki berusia 21 tahun yang berkolaborasi dengan seorang mekanik berusia 20 tahun. Mekanik tersebut telah bertemu dengan pengedar dadah bergelar ‘Boss’ di Juru Auto City untuk membeli dadah beberapa jam sebelum parti.
Ads
Parti rahsia itu dianjurkan dengan mudah melalui media sosial, dan kumpulan yang menggelar diri mereka Group Goyang Yuk itu dikatakan sudah beberapa kali mengadakan parti serupa.
Ads
Kesemua 26 yang ditahan direman selama 4 hari dan disiasat atas kesalahan memiliki dadah terlarang di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952.
Sejak jenama aksesori popular, Pandora memperkenalkan koleksi kolaborasi khas bersama MARVEL dua tahun lalu, ramai peminat MARVEL Cinematic Universe (MCU) yang tidak melepaskan peluang untuk mendapatkan aksesori terbaru yang ditawarkan di bawah koleksi ini.
Menariknya, ia bukan sekadar ‘fan merchandise’ yang dikumpul oleh peminat. Malah, barisan karakter yang dijadikan sebagai charm, rantai, gelang tangan, cincin dan sebagainya ini merupakan simbol kepada personaliti yang ada dalam diri sang pemakai. Be your own superhero!
Pada tahun 2023, Pandora sekali lagi memberikan hadiah istimewa buat peminat MCU dengan aksesori ikonik lagi unik untuk korang miliki.
Captain Marvel
Kehebatan karakter Captain Marvel dalam MCU tidak boleh disangkal lagi. Jikalau diminta untuk meletakkan tiga watak paling kuat dan signifikan dalam dunia fantasi itu, pastinya Captain Marvel akan tercalon di antara mereka. #GirlPower!
Dengan cogan kata ‘Higher Futher Faster’, Captain Marvel diangkat sebagai salah satu karakter terbaru bagi koleksi MARVEL X Pandora ini dalam bentuk Insignia charm dan rantai Octogram Star Two-tone.
Seperti karakternya dalam buku komik dan filem tersebut, kedua-dua aksesori Captain Marvel ini merupakan lambang kekuatan dan tidak gentar untuk mencuba sesuatu yang korang inginkan walaupun ia merupakan percubaan di luar kotak.
Scarlet Witch
Diilhamkan oleh karakter ‘Mistress of Magic’ ini, charm berupa Scarlet Witch ini merupakan lambang kepada keperibadian yang mysterious. Dari luaran, pemakainya mungkin kelihatan tenang namun apabila dikaji, dirinya mempunyai personaliti yang cukup unik, tidak mudah mengalah serta mempunyai tarikan tersendiri sebagaimana karakter Wanda Maximoff sendiri.
Pandora menawarkan MARVEL Scarlet Witch Charm dan MARVEL Scarlet Witch Ring; terpulang kepada jenis aksesori yang korang sukai.
Loki
Siapa lagi yang lebih ‘nakal’ dan sentiasa mempunyai strategi melainkan Loki! Sebagai God of Mischief, Loki terkenal dengan taktik yang tidak putus-putus serta merupakan seseorang yang menggemari peluang terbaik dalam menggenggam impiannya. Biarpun pada mula Loki digambarkan sebagai karakter antagonis, namun apabila didalami jalan ceritanya, Loki juga mempunyai sifat-sifat positif yang ada dalam diri korang.
Selain tiga karakter MARVEL Cinematic Universe ini, Pandora juga menawarkan charm baharu bagi melambangkan karakter Doctor Strange!
Jadi, di antara keempat-empat karakter tersebut, yang mana satu akan korang dapatkan?
Update terkinitentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Berdasarkan laporan perniagaan terbaru yang dikeluarkan oleh laman web Statista, negara Jepun menduduki carta pertama gemar membeli belah menggunakan telefon bimbit selain tablet.
Dalam laporan perniagaan terbaru bernilai 130 bilion, yang dicatatkan oleh 3000 peniaga atas talian, dalam banyak-banyak negara Asia, Jepun menduduki carta teratas iaitu sebanyak 49 peratus.
Rakyat Jepun lebih gemar membeli belah menggunakan telefon bimbit – kajian dari Statista
Ini bermakna, kesibukan dengan kerja di mana sesiapa yang balik awal dikatakan sebagai pemalas mungkin menjadi trend mengapa penduduknya lebih gemar membeli belah menggunakan telefon bimbit.
Bukan saja sibuk dengan kerja, malah kajian terbaru mendapati, kebanyakan perempuannya tidak ghairah melakukan hubungan kelamin kerana terlalu obses dengan kerja sehingga kadar bersalin di negara itu menjadi begitu rendah.
Laporan terbaru yang dikeluarkan oleh syarikat pengiklanan digital Criteo, 30% transaksi e-dagang di seluruh dunia banyak berlaku menggunakan peranti mudah alih. Tahap pembeli juga jauh berbeza. Sementara pembeli dari negara Asia menggunakan hampir separuh daripada pembelian mereka menggunakan telefon bimbit.
Barang permainan dan hobi antara pembelian tertinggi dalam online shoping
Ini jauh berbeza dengan negara maju seperti Amerika Syarikat yang hanya melibatkan27 peratus sahaja. Brazil menjadi negara paling rendah menggunakan telefon bimbit dalam kira-kira satu dari empat transaksi dalam talian.
Menariknya, pembelian mudah alih sebegini, penduduk Asia dijangka akan terus menarik minat rakyat untuk membeli telefon pintar yang sudah menjadi keutamaan mereka di masa akan datang.
Jika dahulu, membeli belah hanya di kedai runcit dan pasar raya tetapi kini trend jauh berubah. Dahulu orang tidak mempercayai telefon bimbit sebagai alat membeli barangan tetapi selepas iPhone keluaran pertama dengan skrin yang lebih besar berbanding telefon lain, selain cara pembelian yang lebih dipermudahkan, sekarang membeli secara atasa lain adalah perkara biasa.
Mungkin satu masa akan datang pusat membeli belah hanya akan dikunjungi kerana mahukan rasa sejuk dari penghawa dinginnya, bukan sebagai tempat membeli belah lagi
Menurut angka ComScore, pembelian produk juga bergantung pada bagaimana produk itu menarik perhatian mereka. Ternyata barangan peribadi dan permainan mencatat jumlah paling tinggi permintaannya.
Rakyat Malaysia di mana?
Disaat kita berbicara soal ekonomi yang kurang stabil, pengganguran yang semakin bertambah, rakyat Malaysia pula sebenarnya telah membelanjakan RM100 juta dalam tempoh sehari pada 11.11.2017 yang lalu.
Dipetik kenyataan dari akhbar Sinar Harian, Pengarah Ekonomi, Perdagangan dan Integrasi Serantau di Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa Malaysia (ISIS), Firdaos Rosli berkata, Malaysia adalah pasaran permainan dalam talian terbesar di Asia Tenggara di mana kira-kira RM2.45 bilion dibelanjakan dalam tempoh 10 bulan lalu,” katanya dalam satu kenyataan.
Setiap kali ada sales, jualan menjadi rancak
Beliau juga mempersoalkan sama ada penyusutan ringgit benar-benar menjadi satu isu, bagaimana rakyat Malaysia mahu menjelaskan yang dalam sembilan bulan pertama 2017, Malaysia mengimport kira-kira dua kali ganda nilai telefon mudah alih (RM6.85 bilion) berbanding kereta berenjin 1.5 hingga tiga liter (RM3.47 bilion)?
“Malah nilai import telefon mudah alih adalah lebih tinggi daripada import makanan utama kita seperti beras, susu dan krim, kopi, bawang, kelapa, kacang soya, jagung, susu tepung dan krim digabungkan! Selain itu, harga runcit produk terbabit selalunya jauh lebih tinggi,” tambahnya.
Menurutnya, pengukuhan dolar US berbanding ringgit sejak September 2014 tidak menghalang rakyat Malaysia daripada berbelanja ketika berada di seberang laut.
“Merujuk kepada data Bank Negara terbaru, pada 10 bulan pertama 2017, nilai transaksi kad kredit rakyat Malaysia di seberang laut telah meningkat daripada RM10.9 bilion pada 2015 kepada RM12.3 bilion pada 2016 dan RM13.2 bilion pada 2017. Malah, nilai pendahuluan tunai oleh kad kredit Malaysia di luar negara meningkat 68.9 peratus pada 2017 berbanding tempoh yang sama pada 2015
Rakyat Malaysia belanjakan RM100 juta sehari semasa 11/11/2017 yang lalu
Firdaos berkata, bilangan urus niaga dan pembelian dalam negeri mencatatkan aliran menaik serta data menunjukkan bahawa rakyat Malaysia terus berbelanja di luar negara walaupun hidup dalam era dolar yang kukuh sejak akhir 2014.
Mungkin belum menyamai negara Jepun tetapi keghairahan rakyat Malaysia membeli belah juga mungkin akan meningkat pada masa akan datang.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Korang pernah dengar mySalam? Jarang-jarang atau tak nak ambil tahu sebab tak ada kaitan.
Hokay, kalau ada pemikiran begitu, buka minda dan hati besar-besar ya sebab mySalam ini merupakan sebuah inisiatif skim takaful PERLINDUNGAN KESIHATAN PERCUMA terutama yang memberikan perlindungan takaful kepada individu di dalam kumpulan berpendapatan rendah B40 melalui Tabung Amanah mySalam. Ia boleh dimanfaatkan oleh seramai 3.68 juta penerima berusia dari 18-55 tahun serta pasangan mereka.
Mulai 1 Januari lalu, mana-mana mereka yang tersenarai dalam B40 dan jika terkena 36 jenis penyakit kritikal ini, bolehlah datang menuntut RM8000 dengan syarat rawatan penyakit itu dilakukan di hospital kerajaan ya. Ia dikendalikan oleh syarikat insuran Great Eastern Takaful Berhad dan disahkan patuh Syariah.
Bukan saja dapat wang tunai yang akan dikreditkan ke akaun penerima secara terus tapi penerima juga akan mendapat manfaat pendapatan harian sebanyak RM50 sehari (maksimum 14 hari) sekiranya sedang menjalani rawatan di hospital.
Bagaimana nak buat tuntutan?
Senang saja. Tapi lebih senang kalau anak-anak yang tolong mak ayah mohon jika mak ayah kita ada penerima Bantuan Sara Hidup B40.
Cara pertama perlu buat adalah :-
Layari portal rasmi mysalam.com.my dan login menggunakan nombor kad pengenalan dan kata laluan yang dihantar melalui SMS
Klik “Download Form” dan muat turun borang “Critical Illness – Doctor’s Statement form”
Serahkan borang tersebut kepada doktor untuk diisi dengan lengkap
Kemudian login semula ke portal mySalam dan pilih Claims > Claims Submission > CI Claims
Isi maklumat yang diperlukan dan muat naik beberapa dokumen diperlukan seperti surat pengesahan doktor dan kad pengenalan
Klik “Submit” untuk hantar tuntutan.
Sekiranya berjaya, wang akan dikreditkan terus ke akaun penerima seperti yang didaftarkan di bawah skim BSH 2019.
Apa 36 jenis penyakit kritikal tu?
Penyakit Alzheimer/Gangguan Kemerosotan Otak Organik Tidak Boleh Pulih
Angioplasti dan Rawatan Pembedahan Lain Untuk Penyakit Arteri Koronari Utama
Meningitis Bakteria
Tumor Otak Benigna
Buta/Hilang Penglihatan Sepenuhnya
Pembedahan Otak
Kanser
Kardiomiopati Teruk
Anemia Aplasia Kronik
Koma
Pembedahan Pintasan bagi Penyakit Arteri Koronari
Kepekakan/Hilang Pendengaran Menyeluruh dan Tidak Boleh Pulih
Ensefalitis/encephalitis
Kegagalan Hati Tahap Akhir
Penyakit Paru-Paru
AIDS Peringkat Teruk
Hepatitis Virus Fulminan
Serangan Jantung
Pembedahan Injap Jantung
HIV Akibat Transfusi Darah
Kegagalan Buah Pinggang – Dialisis atau pemindahan buah pinggang
Kehilangan Upaya Hidup Sendiri (Berdikari)
Hilang Pertuturan
Trauma Kepala Utama
Pemindahan Organ Utama/ Sum
Penyakit Neuron Motor
Sklerosis Berbilang
Distrofi Otot
Kelumpuhan / Paraplegia
Penyakit Parkinson
Hipertensi Arteri Pulmonari Primer
Penyakit Arteri Koronari Lain Yang Serius
Strok
Pembedahan Aorta
Lupus Eritematosus Sistemik dengan Lupus Nefritis (SLE)
Pelecuran Tahap Ketiga
Untuk senarai hospital di bawah skim ini, anda boleh rujuk https://www.mysalam.com.my/b40/info/.
Manakala untuk maklumat lanjut tentang Skim Perlindungan Nasional B40 ini, anda boleh menghubungi careline mySalam di 1-300-888-938 atau emel ke mysalam@greateasterntakaful.com.
So kalau mak-mak ayah kita diuji dengan 36 jenis penyakit ini dan mereka penerima BSH bawah 40, jangan lupa mohon ya. At least duit tub oleh juga guna untuk keperluan lain yang mendesak.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!