Kemenangan akhirnya berpihak kepada dua orang individu untuk mendapatkan kerakyatan Malaysia.
Panel tiga hakim Mahkamah Persekutuan semalam telah menolak permohonan kerajaan untuk kebenaan meneruskan rayuannya bagi menghalang dua individu terbabit daripada mendapat kerakyatan Malaysia.
Mereka terdiri daripada seorang pemuda dari Sabah berusia 27 yang dikenali sebagai Wong Kueng Hui dan seorang remaja perempuan berusia 16 tahun dari Perak.
Dalam kes remaja perempuan berkenaan yang diwakili oleh peguam Annou Xavier; dia dilahirkan di Sungai Siput, Perak kepada bapa warganegara Malaysia dan ibu yang berasal dari Filipina. Permohonan remaja itu untuk mendapatkan kerakyatan Malaysia sebelum ini ditolak selepas dia dianggap tidak sah taraf memandangkan perkahwinan ibu bapanya hanya didaftarkan selepas kelahirannya.
Bapanya kemudian memperolehi pengisytiharan kesahihan daripada Mahkamah Tinggi pada tahun 2018 dan remaja tersebut diisytiharkan sebagai anak sah taraf kepadanya dan isterinya.
Bagaimanapun, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara dan kerajaan Malaysia meneruskan rayuan kes.
Kejayaan akhirnya berpihak kepada remaja perempuan tersebut setelah Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan semalam membuat keputusan berpihak kepadanya dalam permohonan pengisytiharan sebagai warganegara Malaysia dan menerima MyKad.
Ads
*
Sementara itu, dalam kes Wong Kueng Hui yang diwakili peguam Haijan Omar pula, dia dilahirkan di Hospital Keningau, Sabah pada tahun 1995 di mana bapanya merupakan rakyat negeri Sarawak manakala ibunya pula berasal dari Indonesia.
Bapa Kueng Hui meninggal dunia sewaktu dia berusia 10 tahun. Tujuh tahun kemudian, giliran ibunya pula menghembuskan nafas terakhir.
Kueng Hui katanya tidak mempunyai dokumen pengenalan diri ibunya sebagai seorang warganegara Indonesia asing walaupun dia cuba mendapatkan maklumat terbabit dari kedutaan Indonesia di Kuala Lumpur. Di kedutaan Filipina juga, tiada rekod menyatakan ibunya mempunyai kerakyatan negara itu.
Ads
Lalu pada tahun 2019, Mahkamah Tinggi memutuskan Kueng Hui tidak mempunyai kewarganegaraan dan memberi arahan kepada Jabatan Pendaftaran Negara untuk menyerahkan MyKad kepadanya. Keputusan ini mendorong Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara dan kerajaan Malaysia menfailkan kebenaran untuk rayuan.
Permohonan itu bagaimanapun didapati tidak memenuhi syarat ambang di bawah Seksyen 96 Akta Mahkamah Kehakiman 1964. Oleh itu, panel hakim yang diketuai Hakim Besar Sabah & Sarawak, Tan Sri Abang iskandar Abang Hashim bersama-sama hakim Mahkamah Persekutuan bersidang dan memutuskan peluang untuk permohonan berkenaan berjaya adalah sukar berdasarkan merit sekiranya kebenaran diberikan.
Oleh itu, Mahkamah Persekutuan semalam menolak permohonan kerajaan untuk kebenaran meneruskan rayuannya bagi menghalang Kueng Hui daripada mendapat kerakyatan Malaysia.
Ads
Terdahulu, ramai individu tampil di platform media sosial bagi berkongsi kisah kesukaran untuk memperolehi kerakyatan Malaysia walaupun mereka atau anak mereka dilahirkan di sini.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Remaja lelaki tersebut dilihat mengeluarkan kata-kata kesat sejurus selepas menduduki peperiksaan SPM. Terlarut dengan emosi, pelajar tersebut bertindak menghina pembuat kertas soalan Sejarah selain turut mengeluarkan kenyataan sensitif mengenai Singapura.
Sedar akan kesilapannya, remaja lelaki tersebut bersama rakannya iaitu perakam video tampil membuat permohonan maaf menyesali tindakannya itu.
Ditahan Polis
Rentetan daripada itu, Polis Diraja Malaysia mengesahkan tindakan mereka menahan dua pelajar yang tidak berpuas hati dengan soalan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia adalah mengikut peruntukan undang-undang.
Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Superintenden Suffian Abdullah berkata kedua-dua pelajar berusia 18 tahun itu direman selama dua hari bagi menjalankan siasatan mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1995 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
“Tahanan reman selama dua hari terhadap dua pelajar ini dibuat bagi merakam keterangan dengan lebih teliti dan menyemak fakta daripada pihak berkaitan termasuk isi kandungan telefon bimbit serta mendapatkan laporan disiplin daripada pihak sekolah.
“Walaupun mendapat perintah tahanan reman selama dua hari namun setelah berpuas hati dengan siasatan yang dibuat, kedua-dua pelajar dibebaskan hari ini pada 11 pagi dengan jaminan polis,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.
Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya…huhu
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Nama Pa’din sememangnya tidak perlu lagi diperkenalkan terutama buat pengikut skateboarding Malaysia dan juga di Asia. Sudah beberapa generasi cukup masak dengan nama Pa’din tidak kiralah sama ada daripada pengikut tegar sukan ekstrem ini atau juga penggemar aktiviti underground sama ada muzik atau gaya hidup.
Mengambil inisiatif untuk mendokumenkan kish legenda ini, Vans Malaysia telah menerbitkan sebuah dokumentari bertaju ‘Demi; A Pa’din Musa Dokumentary’. Ia telah pun dilancarkan dan ditayangkan di ibu negara baru-baru ini dan kini turut dimuat naik ke akauan YouTube antarabangsa rasmi Vans.
Pa’din Musa, pemenang dua pengat emas X-Games Asia merupakan figura skateboarding yang cukup penting bukan sahaja di Malaysia malah di seluruh Asia. Kejayaannya membawa nama negara telah memberikan impak yang cukup besar dalam dunia skateboarding tanah air. Dengan pengalaman selama 28 tahun, tidak hairanlah Pa’din mempunyai reputasi cukup besar.
Menerusi dokumentari berdurasi selama 25 minit ini, Pa’din menceritakan tentang perjalanannya sejak kecil; bagaimana dia mula berjinak-jinak dengan skateboard yang dianggapnya bukan sahaja hobi tetapi sebagai gaya hidup sambil menjelajah Semenanjung Malaysia bersama Vans Skate Team pada bulan Ogos 2017 yang lalu.
Pada munggu lalu juga Vans mengumumkan tentang siri kasut eksklusif Pa’din Signature – sekaligus menjadi rakyat Malaysia pertama diberi penghormatan ini. Dua kasut sighnature Pa’din, Vans Authentic Pro dan Old Skoll Pro boleh didapati di semua Vans Store di Malaysia (keciali Vans Paradigm, Vans Quill dan Vans Farenheit 88).
Jangan lupa untuk menonton dokumentari menarik tentang our own skateboard legend, Pa’din Musa!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Anugerah Juara Lagu Ke-34 (AJL34) telah pun melabuhkan tirainya malam tadi dan tidak terlambat untuk pihak Remaja mengucapkan tahniah buat Naim Daniel yang berjaya menggondol juara AJL34 tahun ini.
Berlangsung di Axiata Arena Bukit Jalil, AJL34 menampilkan 12 barisan finalis yang mempertaruhkan lagu mereka untuk diadili oleh 10 orang juri profesional.
Dengan tema Colours of Voices, jom kita lihat antara corat-coret yang berlaku sepanjang AJL34 berlangsung semalam.
1. Majlis pembukaan meriah dengan persembahan daripada beberapa penyanyi yang pernah memenangi kategori vokal terbaik antaranya adalah seperti Liza Hanim (Gelisah Mimpi), Misha Omar (Bunga-Bunga Cinta, Pulangkan, Sampai Bila), Hazami (Kata), Adibah Noor (Terlalu Istimewa), Jacyln Victor (Ikut Rentakku) & Lah Ahmad (Ceritera Cinta) dan Black (Aku Rindu Sayang Kamu).
2. 12 orang penyanyi membuat persembahan pembukaan, 12 buah lagu dalam masa 17 minit 7 saat dan melibatkan secara keseluruhan 27 penyanyi termasuk penyanyi iringan.
A post shared by Dato A.Aida (@a_aidaproduction) on
10. Ramai yang mengusik penyanyi Ameng Spring yang membuat persembahan prelude juga ‘terkejut’ dengan penampilan Datuk A.Aida memandangkan mereka berdua pernah berkahwin dari tahun 1994-2003.
Apa-apa pun, syabas kami ucapkan kepada Aman Ra yang berjaya menempatkan diri di tempat kedua dengan lagu Bangun dan Bob Yusof yang menyanyikan lagu Anta Permana daripada Dato’ Siti Nurhaliza.
Kepada finalis-finalis yang lain juga, goob job guys! Korang dah lakukan yang terbaik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kisah menyentuh hati Leong Kun Xuan yang berusia 10 tahun sanggup menderma sel stem demi menyelamatkan bapanya yang menghidap leukemia, sehingga meraih perhatian dan sokongan masyarakat.