Remaja 14 tahun maut terjatuh dari tingkat 21 pangsapuri di Paya Terubong, Ayer Itam, sekali gus menggemparkan penduduk sekitar dengan tragedi yang menyayat hati itu.

Menurut laporan Sinar Harian, dalam kejadian kira-kira jam 8.06 malam Ahad lalu, mangsa yang merupakan warga tempatan ditemui orang awam dalam keadaan tidak sedarkan diri di lantai bawah bangunan. Insiden tersebut kemudian dilaporkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Abdul Rozak Muhammad berkata, siasatan awal di lokasi bersama Pasukan Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang mendapati tiada sebarang unsur jenayah dikesan.

Remaja 14 Tahun Maut Terjatuh Dari Tingkat 21 Pangsapuri

Ads

“Mayat mangsa dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Pulau Pinang untuk proses bedah siasat yang dijangka dijalankan pada hari Isnin. Kes ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR) dan laporan telah dibuka bagi menyiasat punca kematian daripada pelbagai sudut,” katanya dalam satu kenyataan.

Polis juga menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian yang boleh menjejaskan proses siasatan.

Tragedi ini nyata mengundang rasa simpati ramai, terutama dalam kalangan masyarakat setempat dan warganet yang menzahirkan ucapan takziah serta doa buat keluarga mangsa. Dalam masa yang sama, ia turut menjadi peringatan kepada anak muda yang tinggal di kediaman bertingkat tinggi supaya sentiasa mengutamakan keselamatan, khususnya ketika berada berhampiran tingkap atau balkoni.

Ads

Bagi remaja yang tinggal di pangsapuri dan kondominium, aspek keselamatan seperti penggunaan jeriji tingkap, kunci pintu balkoni serta pengawasan ibu bapa amat penting bagi mengelakkan sebarang risiko.

Kehilangan ini pastinya memberi kesan besar buat keluarga mangsa. Semoga roh arwah dicucuri rahmat dan keluarganya tabah menghadapi dugaan ini.

Ads

BACA LAGI : RM2.28 Juta Pampasan! Remaja Alami Kerosakan Otak Kekal Akibat Kecuaian Doktor Semasa Dilahirkan

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?

Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di
Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads