Islamophobia atau ketakutan terhadap Islam merupakan satu gejala yang telah lama bernanah pada masyarakat dunia terutamanya negara US.

Jika remaja di negara kita bebas untuk menutup aurat ketika pergi ke sekolah atau melakukan apa saja aktiviti tapi berbeza pula buat saudara kita yang berada di US dan negara-negara Eropah.

Remaja 12 Tahun Kena Tindakan Disiplin Hanya Sebab Pakai Skirt Labuh Ke Sekolah

Viral dan menjadi kontroversi baru-baru ini apabila diskriminasi terhadap remaja Muslim. Gara-gara seorang remaja berusia 12 tahun memakai skirt labuh ke sekolah beliau dihantar pulang ke rumah setiap hari. Dengan alasan kerana melanggar protokol pemakaian sekolah.

Hal ini mencetuskan kontroversi di England kerana sebelum ini masalah seperti ini tidak pernah timbul selama. Menurut laporan Vogue, ibu bapa Siham menyatakan anak perempuan mereka telah bertahun-tahun memakai skirt labuh paras bawah buku lali di sekolah.

IKLAN

Tetapi tahun lepas pada bulan Disember 2020, guru sekolah mula mengutarakan isu pakaian pada Siham dan sejak itu Siham dihantar pulang ke rumah setiap hari oleh pihak sekolah.

Manakala ibu bapa Siham pula diugut oleh pihak sekolah dengan menyatakan mereka akan mengambil tindakan undang-udang jika masalah yang sama (pemakaian skirt labuh) berlaku lagi.

IKLAN

Remaja 12 Tahun Kena Tindakan Disiplin Hanya Sebab Pakai Skirt Labuh Ke Sekolah

Hikmah Pandemik

IKLAN

Hikmah disebalik pandemik Covid-19, sekolah Siham kini mengadakan kelas secara dalam talian dan ini sedikit sebanyak meringankan rasa tekanan dan beban yang dialami oleh Siham yang masih berusia 12 tahun ini.

Sebenarnya bukan sekolah Siham saja yang secara tiba-tiba ‘menyerang’ pelajar Muslim dengan alasan melanggar etika pemakaian sekolah.  Bagi ibu bapa Siham mereka berpendapat pihak sekolah mendiskriminasi ke atas anak perempuan mereka, dan ibu bapa Siham akan mengambil tindakan undang-undang ke atas pihak sekolah.

Sebelum ini, mahkamah perlembagaan Austria telah membatalkan undang-undang yang tidak membenarkan pemakaian hijab kepada pelajar yang berada di sekolah rendah berikutan ia disifatkan sebagai diskriminasi dan melanggar perlembagaan.

Sumber : Vogue

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI