Bukan mudah untuk melayakkan diri ke Universiti Oxford yang merupakan universiti terbaik di Eropah dan yang kedua di dunia. Individu yang diterimanya mestilah memiliki kelebihan dan juga karisma dalam pendidikan yang mampu menyumbang semula kepada masyarakat.
Foto Kredit : Via Astro Awani
Dimana ada kemahuan disitu ada jalan. Tahniah Remaja ucapkan kepada pelajar cemerlang kelahiran Baram, Sarawak, Chris Deng Vinsien melakar sejarah apabila ditawarkan ke Universiti Oxford di United Kingdom (UK).
Ads
Ads
Ads
Untuk pengetahuan anda, selain sentiasa merekodkan keputusan cemerlang dalam bidang akademik, Chris juga aktif dalam aktiviti kokurikulum seperti debat dan muzik.
“Berkenaan dengan persediaan menuju ke universiti tersebut, saya telah melakukan kajian berkaitan undang-undang menerusi UCAS Lab, yang mana saya membantu memberi panduan buat pelajar dalam proses permohonan mereka ke universiti di serata UK,” katanya
Seperti yang dilaporkan sumber, Chris melanjutkan pelajaran di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Mukah dan menamatkan pengajian A-Level di Kolej Yayasan UEM, Lembah Beringin, Selangor.
“Saya telah memasang impian untuk membantu orang-orang Sarawak. Saya percaya pencapaian ini didorong oleh orang-orang tua saya.
“Saya ingin memberi inspirasi kepada pelajar terutamanya di Sarawak bahawa latar belakang bukan batu penghalang untuk kita mencapai kejayaan di peringkat antarabangsa. Semuanya boleh direalisasikan jika anda melakukan sesuatu sepenuh hati,” ceritanya lagi.
Ujarnya lagi, dia berdepan dengan cabaran menangani situasi pandemik COVID-19 yang menjejaskan pembelajarannya dan sebelum ini, berdepan dengan kekurangan pendedahan untuk menyambung pengajian di luar negara.
“Saya pernah berdepan dengan cabaran seperti kurangnya pendedahan terhadap biasiswa pengajian di luar negara dan pencapaian cemerlang dalam akademik adalah bukan sesuatu perkara yang lazim dalam komuniti saya.
“Jadi saya berfikir untuk pergi ke luar negara itu adalah sesuatu yang mustahil,” katanya.
Namun, pemikiran itu ditepis dengan usaha keras yang ternyata berbaloi buat dirinya dan keluarga.
Selain diterima ke Universiti Oxford, kongsi Chris, dia turut ditawarkan tempat di London School of Economics (LSE) dan King’s College di London.
Moga lebih ramai anak muda Malaysia yang menjadikan kejayaan Chris Deng Vinsien ini sebagai inspirasi buat mereka lebih berjaya mengejar cita-cita.
Sumber : Astro Awani
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Jika sebelum ini kerajaan negara kita telah pun mengumumkan bahawa akan mengkreditkan RM50 ke dalam akaun e-dompet pengguna melalui Program e-Penjana, kini masa yang ditunggu-tunggu telah pun tiba. Kerajaan akan mengkreditkan RM50 ke dalam akaun e-wallet pengguna mulai bulan ini.
Menurut Berita Harian, Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata butiran termasuk mekanisme pengkreditan ke e-wallet pengguna akan diumumkan nanti.
Jelasnya, pihak kerajaan akan mengkreditkan jumlah wang tersebut dalam bulan ini atau sehingga hujung bulan.
Sebelum ini, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan inisiatif yang akan dilaksanakan menerusi program e-Penjana bernilai RM750 juta bermula bulan ini. Inisiatif ini dijangka memberi manfaat kepada kira-kira 15 juta rakyat bagi menggalakkan penggunaan perkhidmatan bayaran tanpa sentuh.
Bagi korang yang belum mendaftara aplikasi MySejahtera, bolehlah lakukan sekarang kerana bimbang trafik akan menjadi sesak disebabkan ramai yang masih belum mendaftar bagi mendapatkan kredit RM50 ini. Hiks!
Insiden yang melibatkan tiga pekerja warganegara China maut di tapak pembinaan Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi – Ulu Kelang (SUKE) di Alam Damai, pagi tadi telah mendapat perhatian serius Menteri Kanan Kerja Raya.
Kata Datuk Seri Fadillah Yusof semasa ditemui media di sebuah majlis pada pagi tadi, beliau merasa kesal dengan insiden tersebut dan berkata Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB), Lembaga Lebuhraya (LLM), DOSH & PBT perlu melakukan audit menyeluruh terhadap kes membabitkan keselamatan awam.
“Kalau kita terpaksa tutup (lebuh raya), tutup dahulu dan siasat sepenuhnya. Ambil tindakan sewajarnya. Kadang-kadang geram juga dengan insiden sebegini walaupun peringatan telah diberikan masih juga tidak ‘deliver’,” katanya semasa diminta mengulas mengenai kejadian tersebut.
Bergegas ke lokasi kejadian kren launcher terjatuh di tapak bina SUKE di Persiaran Alam Damai. Saya telah mengarahkan kerja pembinaan dihentikan, cari jalan alternatif utk penduduk & kontraktor juga perlu beri cadangan, langkah & tindakan keselamatan utk teruskan projek pic.twitter.com/mTTDvG4KtL
Katanya, sekiranya ada struktur berat yang perlu dialihkan semasa melaksanakan projek pembinaan jalan raya atau lebih raya, jalan atau laluan berkenaan perlulah ditutup agar kejadian tidak diingin tidak akan melibatkan pengguna jalan raya seperti yang berlaku pagi tadi.
“Misalnya nak alihkan gantry launcher, jalan perlu ditutup. Jika jalan dah selamat, struktur itu pun dah selamat, maka barulah buka semula laluan tersebut.
“Bagi pihak kita, kalau kita dapati kecuaian datang dari pihak kontraktor, kita akan senarai hitamkan kontraktor itu dan membatalkan lesen. Sekurang-kurangnya, dua tahun digantung dan tidak diambil untuk apa-apa tender sama ada sektor awam atau swasta,” kata beliau lagi.
Sementara itu, warganet merasa kesal kerana insiden kedua berlaku di lokasi yang sama pada bulan ini. Mereka merasa hairan mengapa tindakan sewajarnya tidak diambil ke atas pihak bertanggungjawab setelah insiden pertama.
Sejak beberapa tahun yang lepas, banyak jenama-jenama besar yang telah membuat keputusan untuk menutup beberapa butik mereka dek kerana mengalami kerugian yang besar.
Antaranya seperti Guess, Crocs dan Gap. Namun begitu, sebuah lagi jenama fesyen remaja Forever 21 mula memfailkan notis perlindungan daripada muflis kerana peningkatan kadar sewa dan persaingan hebat.
Forever 21 dikhabarkan mahu menutup hampir kesemua cawangan mereka di Asia dan Eropah, malah dijangka akan mengecilkan operasi di seluruh dunia dan hanya akan beroperasi di Mexico, Amerika Latin dan Amerika Syarikat.
Sudah tentu ia merupakan satu berita yang mengejutkan buat pengikut jenama fesyen ini, terutamanya mereka yang membesar dengan pakaian-pakaian daripada butik mereka.
Jom kita kenali serba sedikit mengenai asal usul jenama Forever 21 ini.
Diasaskan oleh pasangan suami isteri dari Korea
Pada mulanya, jenama fesyen terkenal dari Amerika Syarikat ini dikenali dengan nama Fashion 21 dan hanya memulakan perniagaannya di sebuah kedai yang berkeluasan 900 kaki persegi saja di Los Angeles.
Diasaskan oleh sepasang suami isteri, Do Won (Don Chang) dan Jin Sook yang berpindah ke LA dari Korea Selatan pada tahun 1981, mereka ingin mengubah hidup di negara barat itu. Walaupun tidak mempunyai sumber kewangan yang kukuh dan tidak mempunyai kelulusan akademik yang tinggi, serta tidak pula pandai bertutur dalam bahasa Inggeris, mereka nekad untuk mengubah kehidupan dalam industri kopi yang diusahakan.
Don dan isterinya, Jin Sook
Namun begitu, perniagaan tersebut tidak membuahkan hasil.
Selama tiga tahun, Don bekerja keras untuk menyara kehidupan mereka dengan bekerja sebagai tukang pam minyak, pembancuh kopi dan pengawal keselamatan bangunan, namun semua itu tidak menghalang cita-citanya untuk berjaya di bumi Amerika.
Satu hari dia terfikir bahawa orang yang membawa kereta mewah adalah daripada industry pakaian atau fesyen. Jadi, Don dan isterinya telah membuka sebuah kedai pakaian di LA pada tahun 1984 yang dinamakan sebagai Fashion 21.
Diuruskan oleh keluarga
Fashion 21 mencatat jualan sebanyak $700,000USD untuk tahun pertama. Dengan keuntungan yang diterima, pasangan suami isteri ini telah membuka beberapa buah cawangan setiap enam bulan. Mereka juga telah menukar nama Fashion 21 kepada Forever 21.
Hingga kini, jenama fesyen ini diuruskan oleh keluarga Don sendiri. Dua orang anak perempuan mereka turut memegang jawatan penting dalam syarikat dan menguruskan bahagian marketing serta branding syarikat mereka.
Forever 21 mempunyai 815 butik di 57 negara seluruh dunia.
Walau bagaimanapun, jenama fesyen ini telah ditutup cawangannya di Jepun dan keseluruhan 14 butik menjelang Oktober ini.
Ramai juga yang turut bersedih kerana Forever 21 merupakan antara jenama fesyen favorite mereka dan kini khabarnya bakal ditutup.
Ada juga yang bertanya, adakah jenama ini bakal membuat sale besar-besaran untuk menghabiskan stok?