
Beberapa tahun lalu, timbul ura-ura bahawa Apple bakal mengeluarkan kereta ciptaan mereka sendiri yang dijangka akan dilancarkan pada tahun 2024.
BACA: Apple Bakal Lancar Kereta Keluaran Kereta Pertama Pada Tahun 2024
Namun, khabarnya disebabkan pembuatan baterinya yang rumit, maka ia mungkin dikeluarkan dalam 6 ke 7 tahun lagi.
Mungkin ramai yang tertanya-tanya bagaimanakah agaknya ‘wajah’ kereta keluaran Apple bukan?
Hal ini telah dikongsi oleh Vanarama yang telah membina model 3D interaktif berdasarkan paten yang telah didaftar oleh Apple.

Mereka mengambil inspirasi daripada mesh Mac untuk jeriji bahagian depan. Logo Apple di rim mungkin tidak akan menjadi realiti kerana Apple terkenal dengan peletakan logo yang minimal.
Apa yang menariknya, tempat duduk boleh dipusingkan dan cermin tingkap tanpa bingkai menampilkan ciri-ciri moden.

Selain itu, turut dipaparkan stereng dan tombol gear dengan elemen futuristik bersama paparan digital sepenuhnya untuk meter dan kawalan lain.

Namun begitu, ini hanyalah rekaan berdasarkan paten dan bukanlah pendedahan prototaip. Pastinya model sebenar akan berbeza, namun konsepnya mungkin agak selari dengan reka bentuk produk Apple sedia ada.
Hm, ada yang dah tertarik ke? Hiks!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
7 Petanda Telefon Pintar Android Korang Terkena Serangan Virus

Telefon pintar pada hari ini bukanlah menjadi peranti untuk berhubung atau menjadi alat komunikasi sahaja. Ia kini sudah menjadi sebagai salah satu gaya hidup yang tak dapat dipisahkan daripada kehidupan seharian kita.
Boleh dikatakan semua perkara seharian yang kita lakukan seharian berkait rapat dengan penggunaan telefon pintar. Mahu mendapatkan teksi atau Grab Car? Mahu memesan makanan? Atau mahu membeli tiket perlawanan bola sepak pasukan Harimau Malaya yang bakal berentap Sabtu ini dengan Myanmar? Dengan menggunakan telefon pintar sahaja ia dapat direalisasikan dengan mudah.
Semakin banyak telefon pintar maka semkain banyak jugalah cabaran perisian yang harus kita sebagai pengguna hadapi. Antara ancaman utama kepada pengguna telefon pintar menggunakan sistem operasi Android ialah serangan virus. Malah dari hari ke hari semakin banyak kes serangan malware terhadap telefon pintar berlaku tanpa disedari oleh penggunanya.
Ketahuilah bahawa serangan malware sangat ganas dan boleh menyerang pelbagai masalah serta rangkaian data peribadi. Dalam kes yang lebih parah data peribadi juga boleh dicuri. Bagaimana nak kesan sama ada telefon pintar terkena jangkitan virus? Jom lihat 8 petanda ini!
POP UPS

Jika menyedari telefon pintar kerap muncul iklan pop ups secara tiba-tiba sedangkan korang tidak menggunakannya. Ini merupakan petanda awal ia dijangkiti malware atau adware. Iklan merapu ini biasanya akan melakukan muat turun atau install aplikasi dengan adware. Ingat, jangan sesekali korang klik iklannya. Cuba ingat apalah apps terakhir yang korang install dan segeralah uninstall secepat mungkin.
DATA MENDADAK

Salah satu petanda lain ialah penggunaan data yang secara tiba-tiba naik mendadak. Ia menggunakan data korang untuk menampilkan iklan atau mengirim maklumat keluar daripada telefon Android korang. Jika berlaku abnormaliti ini segeralah periksa penggunaan data di telefon. Jika ia kelihatan meragukan besar kemungkinan ia dijangkiti malware. Perhatikan aplikasi yang manakah menggunakan Internet paling tinggi dan meragukan.
NILAI KREDIT BERKURANG

Terdapat virus yang lebih bahaya di mana ia menggunkan nilai pra bayar di telefon untuk membuat panggilan dan mengirim teks ke nombor premium. Jika perasan nilai kredit menurun dengan pelik periksa segera bahagian SMS untuk mencari penyebabkan. Kes langganan tanpa diketahui ini yang ‘memakan’ kredit telah lama berlaku dan ia boleh dihentikan dengan menghubungi syarikat penyedia telekomunikasi.
BACA: Cara Mengetahui Kabel iPhone Korang Ori Atau Tak
BATERI CEPAT HABIS

Entah mengapa secara tiba-tiba telefon Android korang cepat sangat kehabisan bateri. Ini merupakan salah satu petanda berlakunya serangan virus. Sil ke bahagian setting periksa aplikasi yang manakah menggunakan bateri paling banyak.
PANGGILAN & SMS ANEH

Salah satu petanda infeksi virus pada Android ialah penerimaan panggilan telefon dan juga SMS yang aneh dan tidak dapat dipastikan di manakah panggilan tersebut berasal. Selain itu panggilan daripada nombor telefon korang ke telefon rakan-rakan atau senarai contact juga merupakan petanda bahawa serangan virus berlaku.
TELEFON CEPAT PANAS

Jika telefon pintar Android terkena malware seperti virus, worm atau adware besar kemungkinan telefon pintar korang akan menjadi cepat panas. Cara terbaik untuk hindari masalah ini ialah dengan melakukan install antivirus terkini.
APLIKASI ASING

Antara ruang utama malware menyerang telefon pintar ialah menerusi aplikasi yang di muat turun ke dalam telefon pintar. Selepas ia berjaya menceroboh ke telefon pintar, malware ini biasanya akan melakukan duplikasi dan menyerang sistem operasi. Salah satu petanda awal wujudnya aplikasi di telefon pintar korang walaupun ia tidak pernah di muat turun. Silah delete aplikasi aneh itu dengan segera.
Sebenarnya perkara paling penting untuk mengelak serangan seperti ini ialah jangan mengetik mana-mana link yang mencurigakan atau jauhi daripada memasuki laman web pelik-pelik. Jika kamu memasuki laman web yang mempunyai jumlah pop up yang banyak, hindarilah dengan seberapa segera. Dan yang paling penting lakukan pemeriksaan terhadap telefon pintar Android korang dari semasa ke semasa.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Apple Perkenal iPhone 11, iPhone Pro & iPhone 11 Pro Max Pada Harga Bermula RM3,399

Masa yang ditunggu-tunggu telah pun tiba. Apple sudah pun melancarkan tiga model terbaru iaitu iPhone 11, iPhone 11 Pro dan iPhone 11 Pro Max.
Mesti korang nak tahu apa yang menariknya edisi iPhone kali ini kan?
Ketiga-tiganya bakal dikuasakan dengan cip pemprosesan Bionic A13, yang menurut Apple adalah cip pemproses paling berkuasa pernah digunakan oleh sebuah smartphone.
Jom kita lihat satu persatu spesifikasi yang ada pada keluaran terbaru Apple ini.
iPhone 11

Dilancarkan sebagai model pengganti kepada iPhone XR dan merupakan peranti pertama Apple yang dilengkapi sistem dwi-kamera yang menggabungkan lensa sudut lebar dan lensa sudut ultra lebar.
iPhone 11 mempunyai dua lensa kamera pada bahagian belakang yang terdiri daripada 12MP f/1.8 (wide) + 12MP f/2.4 (ultra wide) dengan 2x zoom optikal.

Night mode diperkenalkan pada kamera utama dan katanya mampu bersaing dengan model smartphone yang lain. Selain itu juga, kamera hadapan iPhone 11 juga menyokong rakaman 4K 60FPS dan mod Slofies, mengambil swavideo gerak perlahan.
Paling best, bateri iPhone 11 dikatakan satu jam lebih lama berbanding iPhone XR dan ia juga mempunyai pensijilan IP68.
iPhone 11 Pro dan iPhone 11 Pro Max

Kedua-duanya menawarkan spesifikasi yang lebih kurang sama, tapi dengan penambahbaikan pada bahagian kamera dan penawaran memfokuskan pengguna professional.
Menawarkan empat pilihan warna, Midnight Green, Space Grey, Silver dan Gold, rekaannya lebih kurang seperti iPhone XS, dengan penambahan satu lensa pada bahagian belakang.
Menggunakan paparan OLED, ia 15% lebih cekap tenaga, kecerahan sehingga 1200 nits dan digelar oleh Apple sebagai Super Retina XDR dengan masing-masing tampil bersama skrin bersaiz 5.8 inci (11 Pro) serta 6.5 inci (11 Pro Max).

Tiga lensa kamera terletak pada bucu kiri panel belakang merupakan kombinasi lensa 12MP f/1.8 (wide)+12MP f/2.0 (telefoto)+12MP f/2.4 (ultra wide). Penambahan lensa ultra wide ini membolehkan pengguna mendapatkan rakaman lebih menarik pada sudut berbeza.
Apple juga mengatakan bahawa iPhone 11 Pro menawarkan masa penggunaan lebih 4 jam berbanding iPhone XS sebelum ini. Manakala, iPhone 11 Pro Max pula menjanjikan lebihan penggunaan selama 5 jam berbanding XS Max.
Harga jualan di Malaysia
iPhone 11
64GB – RM3399
128GB – RM3599
256GB – RM4099
iPhone 11 Pro
64GB – RM4899
256GB – RM5599
256GB – RM6499
iPhone 11 Pro Max
64GB – RM5299
256GB – RM5999
512GB – RM6899
Apple Watch Series 3

Selain model terbaru iPhone, Apple juga melancarkan Apple Watch Series 3 dengan penawaran asas, termasuk sokongan GPS, kalis air untuk kegunaan sewaktu berenang dan sejumlah ciri-ciri lain untuk pemantauan dan melihat notifikasi melaluinya.
Di Malaysia, harga jualan Apple Watch Series 3 ini telah dikemaskini dan boleh didapati pada harga bermula RM849.
Okay, korang dah ada plan ke nak beli yang mana satu? Hiks!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pengguna Boleh Guna Aplikasi Signal Sebagai Menggantikan WhatsApp

Sebelum ini kami pernah menyiarkan artikel tentang pengguna telefon bimbit lama nampaknya tidak lagi boleh menggunakan aplikasi WhatsApp bermula 1 Januari 2021 kerana aplikasi tersebut akan memberhentikan operasi kepada peranti lama.
BACA: Aplikasi WhatsApp Bakal Dihentikan Pada 1 Januari 2021 Bagi Pengguna Telefon Lama
Bukan itu sahaja, WhatsApp juga telah mula mengemaskini polisi dan kepenggunaan baru untuk aplikasi mereka dengan memnta izin berkongsi data pengguna kepada Facebook. Jika korang tidak bersetuju data dikongsi oleh Facebook korang terpaksa berhenti menggunakan WhatsApp sepenuhnya.
Polisi baru ini akan dilaksanakan secara efektif bermula 8 Februari 2021 dan selepas tarikh tersebut, pengguna perlu bersetuju jika ingin terus menggunakan aplikasi itu.

Ekoran daripada situasi ini, Elon Musk yang merupakan pengasas Tesla telah memuat naik ciapan di Twitter dengan menyaran pengguna menggunakan aplikasi Signal sebagai pilihan. Walaupun Musk tidak menyebut Facebook atau WhatsApp secara terang-terangan namun ia memberi gambaran bahawa dia mengesyorkan pengguna untuk beralih kepada Signal susulan daripada kes polisi baru WhatsApp.

Ha, lepas ni korang bolehlah cuba untuk download aplikasi Signal ini kalau tak mahu data korang dikongsi di Facebook. Mungkin fungsinya seakan WhatsApp so why not kan?
Sumber: The Verge
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

