
Cuaca yang tidak menentu sekarang, sekejap panas dan petang hujan pasti menyebabkan ramai yang mengalami demam dan selesema.
Jika korang mula mengalami simptom demam dan selesema, boleh amalkan petua orang dulu-dulu ini secara semulajadi. Hanya dengan menggunakan bahan masakan yang ada di dalam dapur. Perkongsian dari Puan Noor Haffiza Mohd Rashid ini.

STEP 1 :
Bahan-bahan (bawang putih. Minyak zaitun. Atau mana- mana baby oil)
STEP 2 :
Cucuk bawang putih dgn garfu .. bakar sampai bau wangi & kehitaman kulit dia.
JANGAN BUANG KULIT MASA NAK BAKAR

STEP 3 :
Siap bakar tadi.. Tumbuk bagi hancur sedikit
Asingkan kulit . Ok
STEP 4 :
Masuk dalam bekas . Sis guna bekas yang sama. Simpan. Guna minyak bawang putih. Tahan lama. Buat lah.. untuk anak tersayang.
CARA GUNA = Hanya sapu pada betis , perut , dada , belakang badan anak , tekak & sedikit di hidung .
TAK PERLU UBAT MAHAL. BUAT SENDIRI .
KAHAK HINGUS TIADA LAGI. InsyaALLah
Sumber : Noor Haffiza Mohd Rashid
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
David Beckham Khabarnya Di Kuala Lumpur Februari Ini Bersama adidas Malaysia

Bruno Mars mengenepikan Kuala Lumpur sebagai destinasi konsertnya pada awal tahun ini? Never mind, REMAJA ada perkhabaran yang lebih mengujakan untuk korang!
adidas Malaysia menerusi kelompok eksklusif peminat jenama tersebut, adiClub pada minggu lalu telahpun mengumumkan bahawa ia sedang bersiap-sedia menyambut kehadiran bekas pemain bola sensasi England, David Beckham di Kuala Lumpur!

Menurut notifikasi yang diterima oleh ahli adiClub (termasuklah kami, hehe) itu, Beckham dijangka turun padang sempena pameran World of Predator pada 1 Februari 2024 (Selasa) dari jam 1 tengah hari hingga 3 petang di The Exchange TRX.
Biarpun adidas masih belum membuat sebarang pengumuman rasmi setakat ini, peminat jenama itu sudahpun sakan berkongsi berita gembira itu menerusi media sosial.

Rata-rata daripada mereka tidak teragak-agak menyertai peraduan mudah menerusi pembelian minimum bernilai RM999 dalam resit tunggal untuk merebut peluang bertemu Beckham sendiri.
Pembelian itu perlulah terdiri daripada sekurang-kurangnya satu persalinan bola sepak atau sepasang kasut adidas.
Iyalah, bila lagi kita boleh hadir ke sesi meet & greet istimewa bersama ikon sukan itu, bukan?

ARTIKEL BERKAITAN: Lebih Ringan, Lebih ‘Impactful’! adidas Ultraboost Light Kasut Larian Terbaik Untuk 2023? – REMAJA
Malangnya, peraduan itu telahpun berakhir pada 21 Januari lalu. Namun, REMAJA pasti David Beckham akan membuat kemunculan ringkas di lokasi awam di dalam bangunan The Exchange TRX itu sendiri. Jadi bersiap-sedia menantikan tanggal 1 Februari ini, okay!

ARTIKEL BERKAITAN: Jenama Carhartt Ada Gerabak MRT Sendiri, Semakin ‘Mendunia’ Di KL! – REMAJA
BACA LAGI: 24 Tahun Berkahwin, David Beckham Bongkar Rahsia Kacak Guna Produk Isteri – REMAJA
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Ini Makanan Yang Boleh & Tidak Boleh Korang Ambil Bagi Elak Gastrik Waktu Puasa

Individu yang menghidap penyakit gastrik antara yang terkesan di bulan puasa ini kerana dengan menahan lapar, mereka mungkin terkena serangan gastrik.
Gastrik antara masalah sangat lazim dan secara umumnya ia boleh dibahagikan kepada 2 jenis iaitu gastritis (keradangan lapisan mukosa yang melapik dinding perut) dan ulser perut atau peptik pada lapisan sel yang lebih dalam (lebih teruk berbanding gastritis).
Biasanya apabila ada individu berkata mereka ada masalah gastrik, ia merujuk kepada keadaan pertama, iaitu gastritis. Jika ada yang mengadu sakit perut ketika lapar, ia menandakan asid hidroklorik terlalu banyak dalam perut.

Namun, jangan jadikan alasan untuk tidak berpuasa disebabkan gastrik kerana ada cara yang korang boleh lakukan untuk mengelakkan serangan ketika berpuasa.
Menurut Public Health Malaysia, dalam Islam memang Rasulullah SAW sudah mengajar cara untuk mengelakkannya dan Sains telah membuktikan beberapa teknik ini boleh membantu korang menghadapi gastrik sewaktu Ramadan.
Berikut antara tip yang boleh diikuti:
• Jangan terlebih makan ketika berbuka
• Jangan makan 3-4 jam sebelum tidur. Kurangkan moreh
• Jangan terus tidur selepas bersahur
• Lewatkan sahur, segerakan berbuka
• Minum air putih, air buah yang kurang berasid antara berbuka dan sahur
• Minum susu satu gelas sewaktu sahur
• Buang tabiat merokok
• Makan sedikit + kurma waktu berbuka
Elak makan makanan berikut:
• Berminyak: Gorengan
• Berasid: Limau dan lain-lain
• Makanan terlalu pedas
• Makan proses/tin
• Tinggi gula
• Kafein – kopi/teh

Makan makanan berikut:
• Kurma
• Kacang badam
• Pisang
• Makanan yang dipanggang

Ingat tu, jangan jadikan gastrik sebagai alasan tak mahu puasa tau. Hiks! Apa yang penting, korang cuba amalkan tip yang dikongsikan ini dan jaga pemakanan sewaktu berpuasa okay?
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Putera Sulung Aidid Marcello & Norzie Pak Wan Chek Kini Bergelar Hafiz Al-Quran -“Hebat Hasil Didikan Seorang Ayah & Ibu..”

Putera sulung kepada personaliti televisyen terkenal, Aidid Marcello dan Norzie Pak Wan Chek, Muhammad Iman Aidid Marcello kini bergelar hafiz al-Quran apabila berjaya menghafaz 30 juzuk al-Quran.
Menerusi sebuah hantaran video di platform TikTok Akademi Al-Quran AKMAL, Iman bersama ibu dan bapanya hadir bagi majlis penyampaian sijil yang diadakan pusat pengajian tersebut.
ARTIKEL BERKAITAN: Putera Sulung Aidid Marcello Berjaya Hafaz 30 Juzuk Al-Quran Dalam Tempoh 11 Bulan!

Difahamkan, Iman berjaya menghafaz kesemua juzuk di dalam al-Quran dalam masa 11 bulan 20 hari.
Dalam hantaran sama, Aidid menitipkan rasa syukur atas kejayaan anak lelakinga itu selain berpesan kepada Iman untuk sentiasa menjadikan al-Quran sebagai panduan hidup.
“Wahai anakandaku, Alhamdulillah. Anakanda telah menunaikan amanah bonda dan ayahanda untuk menyempurnakan 30 juzuk al-Quran. Ia juga adalah amanah dan tanggungjawab termulia yang anakanda akan pikul sehingga ke akhir hayat.

“Maka, pada hari ini bonda dan ayahanda memberi amanah kepada anakanda menjaga, mengulang, mengingati serta memperjuangkan al-Quran sepanjang hidup anakanda,” katanya.
Pemerhatian Remaja mendapati, rata-rata warganet mengucapkan tahniah buat Iman atas kejayaannya bergelar hafiz al-Quran.
“Tahniah adik-adik yang berjaya hafal al-Quran… moga sentiasa menjadi pedoman hidup… seronok tengok anak-anak muda bersemangat dalam mengejar akhirat,” tulis seorang pengguna.

“Hebat didikan seorang ayah… Aidil Marcel dan seorag ibu, Norzie Pak Wan Cik,” komen seorang lagi pengguna.
” Alhamdulillah.. Syukur… hebat Aidid Marcello dan Norzie..maka lahirlah pejuang Al-Quran,” komen pengguna lain.
Hasil perkongsian hidup bersama, mereka dikurniakan empat orang anak iaitu Alyea Nai Lina, Muhammad Iman, Muhammad Yusuf dan Muhammad Ibrahim.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: TikTok Akademi Akmal
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

