Rasa bangga dan syukur jelas terpancar dalam perjalanan akademik pelakon, Rebecca Nur Al-Islam.
Di sebalik komitmen sebagai anak seni, isteri dan ibu, beliau tetap tidak pernah menoktahkan impiannya. Hasrat yang lama dipendam akhirnya berubah menjadi kenyataan, membuka satu fasa baharu yang penuh makna dalam hidupnya.
Majlis Konvokesyen ke-38 Universiti Utara Malaysia (UUM) semalam menyaksikan langkah penuh yakin Rebecca ketika menerima ijazah yang sekian lama menjadi impiannya. Saat itu bukan sekadar simbol pencapaian akademik, tetapi juga gambaran ketabahan seorang wanita yang memilih untuk terus berjuang di sebalik kesibukan dunia seni dan tanggungjawab keluarga.
Ads
Pengumuman gembira ini turut dikongsikan sendiri oleh beliau melalui entri di Instagram. Dalam muat naik tersebut, Rebecca menzahirkan pesanan ringkas namun sarat makna.
“Believe In Yourself & TRUST in Allah,” tulisnya di ruangan kapsyen.
Ads
Dengan kejayaan ini, Rebecca kini secara rasmi bergelar graduan Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan (Kepujian) UUM.
Pencapaian tersebut sekali gus membuktikan bahawa impian yang tertangguh bukanlah impian yang mustahil dan dengan usaha berterusan, keyakinan diri serta tawakal kepada Tuhan, segala yang diusahakan mampu menjadi realiti.
Tahun 2020 merupakan detik sukar bagi kebanyakan masyarakat dunia kerana situasi ekonomi yang tidak stabil ekoran daripada pandemik COVID-19. Nampaknya, ia berlanjutan sehingga ke hari ini dan masih ramai masyarakat mengeluh kerana ada di antara mereka yang terpaksa diberhentikan kerja.
Walau bagaimanapun, individu yang kehilangan kerja masih lagi berpeluang untuk mencari rezeki melalui pekerjaan-pekerjaan ‘gig’. Mungkin ada diantara kita yang tidak mengerti apa itu gig job ini.
Ekonomi gig adalah satu trend sistem pasaran bebas yang memberi kebebasan kepada organisasi dan pekerja untuk menjalani kontrak kerja suka sama suka tanpa perlu mengajikan pekerja sepenuh masa. Dalam erti kata lain, korang boleh menjadi freelancer yang berkemampuan untuk bekerja secara fleksibel tanpa perlu bekerja secara rutin 9 pagi-5 petang.
Antara perkhidmatan yang cukup popular dalam ekonomi gig ini adalah seperti FoodPanda, Grab Food dan Bungkusit, dimana pekerjaan sebagai rider yang popular dikalangan masyarakat untuk mencari wang tambahan atau pun sebagai kerja sepenuh masa.
Oleh kerana cirinya yang mudah, kerja yang fleksibel berpadanan dengan usaha dan bebas, pekerjaan ini senang untuk dicuba oleh masyarakat.
Apakah jenis-jenis gig jobs yang korang boleh cari? Ikuti perkongsian daripada Akif Jamaludin yang menyenaraikan antara gig jobs untuk korang cari side income atau pekerjaan sewaktu situasi pandemik sekarang.
Ha, masih banyak rupanya peluang untuk kita cari duit tambahan. Bagi mereka yang hilang pekerjaan dan masih belum mendapatkan kerja baru, mungkin cara ini juga dapat membantu korang.
Paling penting, usaha dan tawakal. Selamat mencuba!
Paruppu Vadai merupakan sejenis kudapan ringan yang berasal dari India selatan.
Kuih vadai ini bukan sahaja dinikmati oleh kaum India malah turut popular di kalangan berbilang kaum di Malaysia. Rasa lemak kacang dhal dengan aroma rempah ratus dan daun kari memang mampu membuka selera seisi sesiapa sahaja.
Malah, kudapan sihat namun penuh berkhasiat ini sesuai dinikmati pada bila-bila masa. Sempena cuti umum Deepavali, jom kita try kudapan tradisi masyarakat India ini.
Bahan-Bahan:
4 cawan kacang dhal – rendam semalaman atau minimum 4 jam
4 biji bawang besar – dicincang halus
2 biji cili merah (dicincang halus
2 biji cili hijau – dicincang halus
3 tangkai cili kering – dicincang halus
1 sudu besar jintan manis – ditumbuk kasar
2 tangkai daun sup dan daun bawang – dicincang halus
1 tangkai daun kari – dicincang halus
2 sudu besar tepung gandum
1 biji telur
Sedikit garam
Minyak secukupnya untuk menggoreng
Serbuk perasa’
Cara Membuat:
1. Kisar 3 setengah cawan kacang dhal dengan telur dan 1 senduk kecil air.
2. Kemudian,campurkan baki setengah cawan kacang dhal didalam kacang dhal yang telah dikisar tadi.
3. Setelah itu, masukkan bahan-bahan seperti bawang merah, cili merah,cili hijau,cili kering, daun sup dan daun kari, kacau sebati.
4.Masukkan pula jintan manis, tepung gandum, garam dan serbuk perasa secukupnya.
5. Panaskan kuali dengan api perlahan dan kepal-kepalkan bentuk bulat, masukkan perlahan-lahan dalam minyak dan goreng hingga kekuningan.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tarikh 8 Mac pada setiap tahun memberi makna yang cukup mendalam buat kaum hawa apabila mereka diraikan menerusi sambutan Hari Wanita Sedunia.
Gadis remaja pada hari ini bukan sahaja merupakan seorang anak dan bakal menjadi isteri serta ibu satu hari nanti. Gadis masa kini juga merupakan seorang profesional, pemimpin, pencipta dan boleh memegang apa juga gelaran yang mereka idamkan.
Kecekalan para gadis generasi baharu yang berdiri sama tinggi, duduk sama rendah seiring kaum lelaki kian meluas dalam pelbagai aspek; baik dari sudut pembelajaran, kerjaya, mencipta empayar dan tentunya sebagai individu yang berwibawa dalam menentukan hala tuju kehidupan mereka.
Dalam asyik korang mengejar impian, masih diingatkan juga bahawa kejayaan tidak hadir dengan usaha sendiri. Memetik frasa ‘girls’ girl‘ yang popular digunakan sekarang bagi menggambarkan persahabatan yang dipupuk sesama rakan perempuan, gadis zaman ini diingatkan untuk saling meraikan kejayaan bersama dalam persekitaran yang positif.
Pelakon, model dan pelagak aksi yang semakin meningkat naik, Trisha Ooi baru-baru ini ditemui di acara tahunan UA Stronger TogetHER yang dibawakan oleh pengeluar peralatan dan pakaian sukan dari Amerika Syarikat, Under Armour.
Seiring dengan sambutan Hari Wanita Sedunia, Trisha, 25 berpendapat bahawa wanita di Malaysia boleh mengangkat (uplift) dan menyokong satu sama lain dengan memupuk rasa komuniti serta berpasukan yang kuat.
Pelakon, Trisha Ooi.
“Bagi saya, penting bagi kaum wanita untuk tidak melihat antara satu sama lain sebagai pesaing. Kita sepatutnya mewujudkan persekitaran di mana pencapaian diraikan secara bersama-sama.
“Berkongsi kejayaan, tidak kira sebesar atau sekecil mana, dapat memupuk sikap positif dan memberi motivasi kepada orang lain untuk terus berusaha mencapai kejayaan.
“Contohnya seperti moto Under Armour ‘Protect This House’ hari ini yang menekankan kepada kepentingan komuniti. Ia memberi motivasi dan sokongan (buat diri sendiri). Bersama-sama, kita boleh menjadi lebih kuat!” sahut Trisha yang menyarungkan persalinan lengkap Under Armour Meridian.
Trisha atau nama sebenarnya, Reyshqa Aqiera Mohd Nasron Ooi turut menyeru agar wanita di Malaysia termasuklah dirinya sendiri agar saling memupuk antara satu sama lain agar semua orang menyedari potensi yang ada pada diri masing-masing.
Korang mungkin tidak menyedari betapa kuatnya impak ‘words of affirmation’ atau kata-kata semangat daripada orang di sekeliling dalam memberikan kita perspektif minda yang lebih positif. But it definitely is powerful.
“Dengan memupuk keyakinan diri antara satu sama lain, kita boleh mengatasi keraguan diri (self-doubt). Komuniti gadis di Malaysia akan memperoleh manfaat apabila mereka saling menggalakkan gadis lain untuk mengambil risiko, mencuba perkara baru dan mempercayai kebolehan diri. Sama ada melalui kecergasan, pembelajaran atau kesihatan emosi, kita boleh saling memberi inspirasi untuk menjadi versi diri kita yang lebih baik.
“(Sebagai contoh), wanita dalam industri saya pada hari ini bukan lagi sekadar bergelar pelakon. Kami adalah potret yang dapat menunjukkan bagaimana wanita pada masa kini dapat membentuk kerjaya kami, memperjuangkan hak kami dan memberi pengaruh kepada wanita-wanita lain yang menonton kisah karakter lakonan kami,” katanya.
Bagi yang tidak tahu, Trisha Ooi bukan sahaja merupakan pelakon berkaliber yang pernah diangkat sebagai penerima trofi Pelakon Wanita Harapan Festival Filem Malaysia (FFM) 33 pada Disember tahun lalu.
Malah, Trisha juga sebenarnya sudah lama berkecimpung dalam bidang seni mempertahankan diri (martial arts) dan sering melakukan lagak aksi sendiri sekiranya watak lakonan yang diberikan oleh pengarah menuntut aksi sedemikian.
“Rutin kecergasan saya perlu bersifat dinamik, menyeluruh dan disesuaikan untuk memenuhi tuntutan fizikal dan mental pekerjaan saya. Disebabkan itu, saya merasakan Under Armour Meridian benar-benar menyokong gaya hidup aktif saya sebagai pelakon dan martial artist.
“Fabriknya lembut dan boleh memberi keselesaan semasa latihan yang panjang atau semasa saya mempunyai penggambaran di set (yang memakan masa yang panjang). Saya juga merasakan Under Armour Meridian menyediakan fleksibiliti yang saya perlukan untuk berada pada tahap maksimum sepanjang hari,” katanya.
Beralih kepada cara mengekalkan kecergasan staminanya pula, Trisha menggunakan peralatan Under Armour Training terbaru dan membahagikan rutin kepada tiga peringkat.
Pertama, Trisha memulakan dengan pemanasan badan secukupnya selama 10 ke 15 minit.
Kemudian, Trisha meneruskan dengan beberapa latihan tinju selama tiga pusingan, setiap satu selama dua minit. Latihan ini membantu Trisha mengekalkan stamina dan kekuatan sambil memberikan full body workout buatnya.
Akhir sekali, Trisha akan menamatkan rutin dengan latihan ‘Mind-Body Connection’ yang melatih fokus dan pernafasan. Bagi Trisha, ketajaman mental sama pentingnya dengan kekuatan fizikal.
So girls, jangan lupa untuk meluangkan beberapa minit untuk memberi tumpuan kepada kesedaran diri (mindfulness) dan latihan pernafasan, okay!
Selamat Hari Wanita Sedunia kepada korang semua.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!