realme Malaysia antara salah satu jenama yang semakin berkembang kerana harga produk yang mereka tawarkan juga adalah mampu milik sesuai dimiliki oleh setiap lapisan masyarakat.
Terbaru, realme melancarkan realme Buds Air serta telefon pintar realme 5i. realme Buds Air merupakan produk IoT pertama jenama tersebut.
Apa yang menarik perhatian Remaja adalah realme Buds Air yang dijual dengan harga serendah RM299.
Bagi peminat muzik, sudah pasti korang ingin mendengar muzik tanpa batas dan memudahkan untuk diakses. Produk yang menjadi tumpuan ini menawarkan pengalaman audio tanpa wayar, sekali gus memberikan kebebasan mendengar muzik dimana sahaja.
Ciri audionya ditambah baik dengan custom R1 chip dan Bluetooth 5.0 yang membolehkan sambungan segera dan stabil antara realme Buds Air dan telefon pintar. Bukan itu saja, penggunaan realme Buds Air juga memberi prestasi bateri yang lebih baik dan akses kawalan pintar (smart assistant) yang menyenangkan.
Ads
Dengan transisi dwi-masa sebenar, realme Buds Air dioptimumkan dengan Mod Permainan yang memastikan pergerakan sempurna antara visual dan bunyi, iaitu kelewatan bunyi mod biasa adalah 243.8ms, manakala bagi mod permainan adalah 119.3ms. Ini adalah satu berita baik buat peminat mobile gaming tegar.
Selain itu juga, produk ini dilengkapi dengan dua mikrofon berteknologi Environment Noise Cancellation yang mana kalau korang membuat panggilan, suara korang tetap akan jelas walaupun dalam suasana yang bising.
Ads
Manakala, bagi pengecasan penuh melalui kabel type-C, realme Buds Air boleh digunakan untuk tempoh sehingga 17 jam.
Produk ini turut menyokong operasi sentuhan pintar dan menyediakan kawalan pintar untuk menjawab atau menamatkan panggilan, menukar muzik, melancarkan pembantu suara serta keluar masuk mod prestasi dengan sentuhan.
Ads
Teknologi melalui Google Assistant ini membolehkan korang menikmati gaya hidup pintar baharu tanpa mengeluarkan telefon, boleh mengawal playback muzik, panggilan, pelarasan volume dan perkhidmatan maklumat seperti cuaca.
Ha, banyak kan spesifikasi menarik yang ada pada realme Buds Air ni? Dengan hanya berharga RM299, korang boleh menikmati muzik di mana-mana sahaja.
Dan… Lebih best lagi bila korang membeli di Shoppee pada 21 Januari 2020 bermula jam 12AM, korang akan mendapat harga istimewa iaitu RM199 untuk satu hari saja.
Pergh, memang berbaloi la beb!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Earbuds true wireless kini menjadi pilihan kebanyakan daripada kita kerana ia memberi kemudahan mendengar tanpa batas, kerana tidak perlu berselirat dengan kabel wayar yang menyesakkan. Hiks!
Jika dahulu, penggunaan earbuds ini hanya untuk golongan tertentu sahaja disebabkan harganya yang agak mahal. Namun kini, ia sudah boleh dimiliki oleh semua lapisan masyarakat kerana terdapat earbuds yang ditawarkan dengan harga mampu milik.
Zaman sekarang semuanya mudah di hujung jari, jadi korang boleh membeli earbuds ini secara dalam talian dengan harga berbaloi.
Berikut kami kongsikan antara earbuds wireless yang boleh didapati bawah harga RM100 dengan kualiti terbaik.
Bluetooth: V5.0
Sambungan: USB Type-C
Wireless Charging: Tiada
Charging box: 1500mAh
Play-Time: 150 Jam
Macam mana, berbaloi-baloi kan? Untuk pengetahun korang, earbuds ini ditawarkan dengan pelbagai variasi warna okay. So, buatlah pilihan dengan bijak. Hiks!
Rasanya baru saja Apple melancarkan koleksi terbaru smartphone mereka, iPhone XS dan iPhone XR September lalu. Kini, khabar angin mengatakan bahawa iPhone 11 bakal dilancarkan pada tahun hadapan.
Menurut Forbes, salah satu ciri terbaik yang akan diperkenalkan adalah penggunaan kamera 3D yang dikatakan mampu menangkap gambar pada jarak yang jauh dan mendapat kerjasama bersama jenama terkenal, Sony.
iPhone 11 ini dijangka keluar pada penghujung September 2019 dan agak-agak berapa pula harganya ya? Hiks!
Apa yang lebih menarik perhatian kami, respon dari netizen terhadap khabar angin ini boleh buat korang tergelak bila baca komen mereka.
Walau bagaimanapun, ada juga yang mengatakan bahawa ia adalah satu pembaziran.
Apa-apa pun, semuanya terpulang kepada pilihan dan kemampuan masing-masing. Jika korang memang mampu untuk membeli iPhone 11 nanti, alhamdulillah dah rezeki kan?
Jika tidak, ukurlah baju di badan sendiri.
Tapi ada lebih kurang beberapa bulan sebulan smartphone ini dilancarkan. Mungkin korang masih sempat kumpul duit kan?
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Password atau kata laluan merupakan benda yang biasa dalam kehidupan seharian masa kini. Tapi jangan pandang remeh tentang perkara ini!
Sudah digunakan sejak dahulu, pakar-pakar teknologi sering mengingatkan pengguna dalam talian agar tidak menggunakan data peribadi sebagai kata laluan kerana ianya mudah ditembus oleh pihak tak bertanggungjawab.
Jika tahun lalu, SplashData satu badan yang menerajui aplikasi keselamatan dan perkhidmatan lebih dari 10 tahun memberitahu kata laluan yang sering digunakan adalah ‘123456’, bagaimana pula dengan tahun ini?
Lihat senarai top 10 kata laluan terburuk yang digunakan rakyat dunia:
Jadi, bagaimana untuk mengetahui kata laluan anda selamat ataupun tidak?
How Secure Your Password? merupakan satu perkhidmatan yang dapat menguji kata laluan anda dengan memaparkan kekuatan kata laluan anda dengan memaparkan berapa lama sesebuah komputer mengambil masa untuk ‘meneka’ kata laluan anda.
Kata laluan yang saya gunakan mengambil tempoh selama 552 quadrilion tahun untuk komputer memecah masuk. Perlu dingatkan angka ini bukanlah angka yang tepat. Ianya hanya pengiraan anggaran semata-mata dengan formula tertentu untuk tujuan pendidikan.
So pilih nak nombor yang mudah diingati, atau pertaruhkan data korang untuk ‘santapan’ hackers?