Jenama telefon bimbit kesayangan ramai suatu ketika dahulu, Nokia kini masih giat melancarkan beberapa model terbaru termasuklah smartphone berasaskan Android, iaitu Nokia 6.2 dan juga Nokia 7.2.
Kedua-dua model telefon bimbit ini dijana oleh Android One yang disertakan tri-kamera belakang, selain dilengkapi dengan sokongan paparan Pure Display.
Jom kita lihat spesifikasi bagi model terbaru daripada Nokia ini.
Nokia 6.2
Disertakan dengan skrin 6.3-inci FHD+, dijana cip Snapdragon 636, memori 4GB RAM dan storan 128GB, serta dilengkapi juga dengan bateri 3500mAh.
Untuk rakaman gambar, ia menggunakan tri-kamera belakang gabungan 16MP + 5MP (depth>) + 8MP (sudut lebar), selain kamera swafoto 8-megapixel.
Nokia 7.2
Ads
Menggunakan skrin 6.3-inci FHD+, dijana cip Snapdragon 660, memori 6GB RAM dan storan 128GB yang turut dilengkapi dengan bateri 3500mAh.
Untuk rakaman gambar, Nokia 7.2 dilengkapi tri-kamera 48MP Zeiss + 5MP depth + 8MP (sudut lebar), selain kamera swafoto 20-megapixel.
Selain daripada model-model ini, Nokia juga turut melancarkan satu lagi telefon bimbit terbaru, iaitu Nokia 2720. Hadir dengan rekaan boleh lipat dan disertakan dengan papan kekunci fizikal, ia dijana dengan sistem operasi KaiOS, sekaligus menawarkan sokongan untuk Facebook dan juga WhatsApp.
Harganya memang mampu milik, hanya RM359.
Ads
Kalau korang nak dapatkan smartphone Nokia 6.2 pula, ia pula ditawarkan padaharga RM899 bermula Oktober nanti dan Nokia 7.2 pada harga RM1299.
Bagi yang nak menggamit memori zaman muda-muda dulu, bolehlah korang dapatkan kembali telefon bimbit jenama Nokia ini.
Kalau korang merupakan pengguna telefon pintar jenama Samsung, pastinya korang teringin sangat untuk memiliki model telefon baru mereka, Samsung Galaxy Fold.
Dianggap sebagai one of its kind, pengalaman menggunakan Galaxy Fold ini memang dinanti-nantikan sejak klip teaser-nya muncul pada awal tahun ini.
Ia mempunyai ciri-ciri teknologi sofistikated yang masih belum pernah dikeluarkan oleh mana-mana jenama lain.
Bukan hanya fungsinya yang diperkatakan oleh pembelinya, malah mereka juga teruja dengan layanan yang diberikan di stor Samsung bagi ketika mendapatkan Galaxy Fold.
Semasa membeli, pelanggan akan berpeluang untuk mendapatkan sesi consultation bersama pakar dari Samsung yang akan menerangkan keseluruhan fungsi serta aksesori yang diberi.
Korang juga akan diajar mengenai fungsi Smart Switch agar pengalihan nombor telefon, foto, apps dan sebagainya dari telefon lama ke Galaxy Fold mudah dilakukan.
Paling menarik bagi penulis adalah apabila korang ditunjukkan cara bagaimana untuk betul-betul menjaga telefon pintar baru ini agar ia tahan lama. Ini kerana kita selalu mengadu setelah beberapa bulan mendapatkan telefon baru. Sebenarnya kita yang tak tahu menjaganya dengan betul. Hiks!
Sekiranya korang masih mempunyai pertanyaan, Samsung juga menyediakan talian Premium Careline di nombor 1800 88 7799 pada bila-bila masa pada setiap hari.
Akhir sekali, servis premium kepada pembeli Galaxy Fold juga termasuk perkhidmatan penghantaran mengikut kesenangan korang. Malah, korang juga akan diberikan servis penukaran skrin dalam (sekali – dalam tempoh sebulan pembelian) setelah mendaftarkan diri sebagai ahli Samsung.
Untungkan?! Ni yang buatkan penulis nak usha Galaxy Fold ni..
Sebut saja Facebook, tak kira peringkat umur daripada kanak-kanak sampailah warga emas pun dah pandai menggunakan media sosial ni untuk berinteraksi bersama kawan-kawan.
Laman sosial ini bukan saja digunakan sebagai medium komunikasi bersama teman rapat, namun ia juga dapat menghubungkan pelbagai perkara berkaitan dunia hari ini.
Secara tidak langsung ini akan membuatkan akaun Facebook mempunyai pelbagai info peribadi yang mungkin ingin diuruskan dengan lebih efektif, terutamanya apabila anda sudah meninggal dunia.
Pernah tak terfikir apa akan jadi pada akaun Facebook apabila korang sudah meninggal dunia nanti? Korang sebenarnya boleh mewasiatkan akaun tersebut kepada ahli keluarga terdekat mahu pun teman-teman rapat.
Facebook menamakan sokongan untuk mewasiatkan akaun ini sebagai Legacy Contact, di mana penama yang korang namakan ini boleh pin kan sesuatu perkongsian pada susur masa profil korang, kemas kini gambar profil dan berinteraksi dengan friend request yang baru.
Walau bagaimanapun, mereka tidak boleh membuat sebarang posting update atau membaca mesej korang.
Untuk mewasiatkan kepada orang lain, caranya anda hanya perlu membuka aplikasi mudah alih, pergi ke halaman settings dan kemudian, pilih Security > Legacy Contact.
Seterusnya, mulakan proses memilih penama wasiat dan menjadikan mereka sebagai waris untuk menguruskan akaun korang setelah meninggal dunia.
Selain itu, pihak Facebook juga memberikan pilihan buat korang untuk memadamkan akaun tersebut setelah sudah tiada. Pewaris perlu memberitahu pihak Facebook berkenaan dengan kematian korang, dan Facebook akan membuang profil korang daripada laman sosial tersebut.
Selain daripada menggunakan handphone, ia juga boleh mengakses page Legacy Contact pada desktop.
Nah, apa tunggu lagi. Cepat-cepat cari pewaris untuk memadamkan profil Facebook kalau korang sudah tiada nanti ya. Bukan apa, tidak mahu dikenang-kenang orang yang dah tak ada, so baik kita padam saja profil tu kan?
Tak semua orang fasih berbahasa Inggeris. Tapi, jangan pula malu untuk belajar kalau tak tahu.
Sekarang ni dah ada banyak aplikasi yang boleh korang download untuk belajar bahasa Inggeris. Tak perlukan wang dan lebih menjimatkan masa, semuanya hanya di hujung jari.
Berikut Remaja senaraikan beberapa aplikasi yang boleh korang rujuk.
1. Hello English
Aplikasi ini mempunyai pelbagai feature dengan cara interaktif yang kreatif, merangkumi daripada segi pembelajaran grammar, vocabulary dan conversation.
Kalau bosan nak belajar dengan cara straight foward, aplikasi ini juga menyediakan feature games yang mudah untuk difahami.
Selain itu, korang juga boleh berbincang bersama-sama dengan pengguna Hello English yang lain untuk mengasah lagi kemahiran berbahasa Inggeris yang sudah dipelajari.
2. Duolingo
Yang paling best untuk aplikasi ini adalah bukan hanya bahasa Inggeris yang korang boleh belajar, tetapi ada juga beberapa bahasa asing seperti Mandarin, Jepun, Rusia dan banyak lagi.
Dengan aplikasi ini, korang boleh belajar dengan lebih mudah dan ia juga turut menyediakan penilaian terhadap pelajaran yang diberikan melalui aplikasi ini. Hebat kan?
3. Lingbe Practice Language Live
Jika korang dah banyak berlatih berbahasa Inggeris, aplikasi ini pula digunakan untuk mendapatkan partner supaya korang boleh lebih kerap practice sesama sendiri. Korang juga akan mendapatkan feedback dari segi pronunciation, grammar hingga pada tahap kelancaran berkomunikasi.
4. Busuu
Merupakan salah satu Editor’s Choice di Google Play, aplikasi ini memberikan sijil digital atas kerjasama dengan McGraw-Hill Education. Korang akan diberikan test untuk ditempatkan pada level kemampuan berbahasa Inggeris masing-masing.
Ada lebih 150 pola latihan yang boleh digunakan dalam aplikasi ini untuk melancarkan lagi bahasa Inggeris korang.
5. Learn English Quickly
Aplikasi ini mengutamakan tentang pembelajaran bahasa Inggeris dengan cepat dan mudah. Ini adalah antara aplikasi lain yang korang boleh download.
6. Mango Languages
Aplikasi ini lebih menitikberatkan tentang latihan berkomunikasi. Selain belajar grammar dan pronunciation, Mango Languages juga memberi ruang untuk korang berlatih setiap hari dengan pengguna apps yang lain. Korang boleh memilih untuk menapis rakan apps mengikut kategori usia, jantina dan negara supaya memudahkan cara berkomunikasi nanti.
7. FluentU
Aplikasi ini mempunyai video daripada kehidupan sebenar seperti trailer filem, video muzik, ucapan yang memberikan inspirasi dan banyak lagi. Ia diolah supaya dapat memberikan pengalaman pembelajaran bahasa yang terbaik untuk pengguna.
FluentU juga mempunyai mod pembelajaran yang menyediakan kad imbasan dan latihan daripada video yang ditonton. Dengan car aitu, pengguna tidak akan melupakan perkataan baru selepas habis menonton.
8. HelloTalk
Aplikasi ini membantu pengguna dengan berpandukan situasi biasa yang kita lalui, contohnya seperti bagaimana memulakan perbualan, situasi dalam mesyuarat dan banyak lagi. Setiap topik mempunyai kuiz, latihan dan juga praktis bagi membantu kemahiran berbahasa Inggeris.
9. Memrise
Mendapat pengiktirafan Google pada tahu 2017, aplikasi ini dilihat sangat menarik kerana mempunyai video dan permainan berasaskan bahasa Inggeris, di mana cara ini dapat membantu penggunanya menguasai bahasa tersebut dengan pantas.
10. Awabe
Terdapat lebih 400 ayat yang disediakan untuk membantu pengguna menguasai bahasa Inggeris. Seperti aplikasi-aplikasi lain, ia juga mempunyai permainan, video dan kamus yang sangat menarik serta mesra pengguna.
Lepas ni tak ada lagi alasan nak malu-malu kalau tak pandai speaking English. Belajar je sendiri dekat rumah dengan menggunakan aplikasi berikut.
Belajar diam-diam, nanti kalau dah pandai terus je cakap ‘omputeh’ dengan kawan-kawan yang lain. Confirm dorang terkejut. Hiks!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Dato' Sri Siti Nurhaliza menerima Ijazah Sarjana Kehormat daripada Sunway University sebagai penghargaan terhadap sumbangan besar beliau dalam bidang seni kreatif dan muzik.