Pertemuan di antara Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Ismail Sabri dengan media sewaktu sesi penerangan berhubung Bantuan Bencana Banjir pada Mesyuarat Khas Parlimen di Dewan Rakyat, hari ini telah mencetuskan banyak tanda tanya dan rasa berang dalam kalangan masyarakat.
Ini berikutan beberapa kenyataan yang dikeluarkan beliau sewaktu isu mengenai bencana banjir yang melanda negara baru-baru ini diperkatakan.
Antara poin yang disebut adalah mengenai sikap tidak mengendahkan amaran cuaca oleh sesetengah pihak yang terbabit secara langsung dalam pengurusan banjir biarpun Jabatan Metereologi Malaysia (MetMalaysia) katanya telah mengeluarkan amaran cuaca signifikan yang mengakibatkan hujan lebat berterusan sebanuyak enam kali.
“Persediaan bagi menghadapi musim tengkujuh lebih banyak tertumpu kepada di Pantai Timur. Perlu saya tekankan di sini bahawa banjir di Selangor merupakan satu kejadian di luar jangkaan dan berikutan kelemahan yang telah dikenal pasti di peringkat negeri dan daerah, menyebabkan saya terpaksa campur tangan.
“Umum mengetahui pada tempoh yang sama, terdapat beberapa negeri lain yang turut dilanda banjir. Malah ada yang pada skala yang lebih buruk seperti negeri Pahang.
“Namun disebabkan jentera pengurusan bencara di peringkat negeri dan daerah (di Pahang) adalah teratur dan bersedia, bencana ini dapat dikendalikan dengan baik walaun terdapat beberapa cabaran,” ulasnya.
Ads
*
Tambah Ahli Parlimen Bera itu lagi, kejadian air pasang di Selangor telah menyebabkan banjir bertambah buruk.
“Situasi kelam kabut yang brlaku pada hari pertama pengurusan banjir di Selangor mengakibatkan pasukan penyelamat menghadapi kesukaran untuk menjalankan operasi kerana berlakunya complexity banjir bandar.
“Pengurusan banjir di Selangor masih tidak menunjukkan perubahan yang ketara pada hari kedua dan ketiga hingga menyebabkan ketidakpuasan hati mangsa berikutan kelewatan operasi menyelamat dan penghantaran bantuan,” kata Perdana Menteri yang memaklumkan dia segera menyuruh agar talian hotline bagi memudahkan aduan dan pertanyaan berkaitan banjir melalui Pusat Kawalan Bencana Banjir (NDCC) diaktifkan sebaik saja menyedari situasi banjir kritikal di Selangor pada hari kejadian.
Ads
Di atas kertas, beberapa kenyataan yang keluar dari mulut Perdana Menteri pada hari ini seakan meletakkan kesalahan serta tanggungjawab kesilapan ke atas pihak Jawatankuasa Pengurusan Banjir di peringkat negeri dan daerah yang dilihat ‘lewat mengendalikan operasi menyelamat’ dan ‘lewat menghantar bantuan’ terutama di negeri berkepadatan tinggi seperti Selangor.
Rata-rata warganet di media sosial berang apabila hasil daripada mesyuarat tergempar itu hanyalah untuk menunding jari kepada pihak lain dan kerajaan persekutuan tidak memaklumkan secara lanjut bagaimana proses menyiap siagakan rakyat sebelum berdepan bencana tahunan seperti banjir sedang dirancang oleh mereka.
Sedikit mengecewakan rakyat apabila di akhir ucapan Perdana Menteri itu, beliau dilihat seakan menyarahkan mangsa-mangsa banjir yang katanya memperlahakan usaha menyelamat setelah ada mangsa enggan berpindah ke pusat pemindahan sementara ketika pihak PDRM, JBPM, ATM dan APM sedang menggerakkan pasukan masing-masing pada hari pertama kejadian.
“Rata-rata mangsa memberikan alasan hendak menyelamatkan harta benda, jarak pusat pemindahan sementara agak jauh dari rumah, bimbang rumah dimasuki pencuri serta bimbang risiko jangkitan COVID-19 di pusat pemindahan sementara.
“Berikutan itu apabila paras air naik secara mendadak, ramai penduduk terperangkap,” katanya.
Ads
Tinjuan REMAJA di bahagian komen Twitter mendapati ramai tampil kecewa dan berang.
REMAJA percaya, cuma satu saja harapan rakyat kini iaitu untuk melihat cara pengendalian bencana tahunan seperti banjir ini lebih sistematik, berkesan dan tidak memudaratkan rakyat.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kebanjiran kepelbagaian menu di media sosial membuatkan sesetengah dari kita amat teruja mencuba resipi baru. Dengan ‘persembahan’ nampak menarik selain rasanya sedap banyak resipi-resipi dikongsikan. Bahkan, menu masakan berasaskan keju juga sering menjadi pilihan kerana rasanya yang amat sedap.
Namun di sebalik keterujaan kita membuat resipi menggunakan keju, ada satu pesanan dari chef terkenal, Chef Norzailina Nordin yang memaklumkan ada sebahagian keju diperbuat dari usus binatang yang tidak boleh umat islam sentuh iaitu khinzir.
Baca perkongsiannya, semoga kita lebih berhati-hati dalam memilih keju untuk masakan kerana yang halal itu amat dituntut kita mencarinya.
Saya bimbang bila tengok orang Islam beli keju tanpa membaca bahan-bahan yang terkandung di dalamnya atau sekiranya ada logo Halal negara pengeluar keju itu. Terdapat pelbagai jenis keju dijual di pasaraya. Jadi, bagaimana memilih yang HALAL?
* Pastikan ada logo Halal dari pengeluar di negara berkenaan. Contohnya, keju dari Australia mesti ada logo Australian Halal Board. Begitu juga keju dari France, New Zealand dan lain-lain.
* Rennet – bahan yang digunakan bagi menukar susu kepada pepejal keju. Biasanya ia diperbuat daripada bahagian dalaman perut binatang seperti lembu dan sebagainya. Jikalau lembu tidak disembelih mengikut Islam, bermakna ia tidak Halal dimakan. Kebanyakan keju dari Eropah menggunakan rennet daripada binatang. Bovine Rennet adalah rennet dari perut lembu. Porcine dari khinzir (pig/swine).
Hanya pilih rennet:
– microbial rennet (diperbuat daripada microbes, termasuk fungsi dan bakteria TETAPI ada juga yang dibiak daripada sumber binatang, sila tengok tanda Halal)
– non-animal rennet (diperbuat daripada bahan kimia lain atau sumber bukan binatang)
– vegetable rennet (diproses daripada sumber tumbuh-tumbuhan)
Selain rennet, keju juga diperbuat dengan:
– proses pemerapan (fermentation)
– menggunakan cuka dan jus lemon (asid) terutama untuk pembuatan keju vegan
Fakta Penting:
1. Keju lembut (soft cheeses) seperti krim keju tidak menggunakan rennet dalam pembuatannya.
Baca setiap paket keju yang dibeli kerana ia mungkin Halal dalam bentuk sebuku (block) tetapi tidak Halal dalam paket yang sudah diparut (ready grated).
Keju dalam bentuk serbuk (kering) seperti Parmesan juga mungkin tidak Halal, jadi, berhati-hatilah selalu. Parmesan sering dihidangkan di restoran bersama Caesar Salad atau Spaghetti Bolognese.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Harap jangan keluar malam selagi dua banduan ini tidak ditangkap kembali. Bukan apa bimbang jika terserempak dengan keduanya.
Untuk makluman, dua pesakit mental yang mempunyai rekod jenayah hilang dipercayai melarikan diri dari Hospital Mesra Bukit Padang, Jumaat lalu.
Suspek lelaki dikenali sebagai Nurfazzrynn Fazir, 26, yang mempunyai rekod kesalahan di bawah Seksyen 14(A) Akta Seksual Kanak-Kanak 2017 dan Zulhijam Ali, 30, juga mempunyai rekod dibawah kesalahan Seksyen 302 Kanun Keseksaan dikesan hilang pada pukul 3.45 petang hari yang sama.
Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada pukul 5.10 petang selepas kehilangan dua pesakit itu.
Katanya, pengadu yang juga petugas hospital itu dimaklumkan oleh kakitangan wad bahawa dua pesakit lelaki yang telah diperintahkan oleh mahkamah seperti yang diperuntukkan di bawah Seksyen 348 Kanun Prosedur Jenayah (KPJ) iaitu penjagaan selamat orang yang dibebaskan telah melarikan diri dari Wad 7 (Forensik).
“Perkara ini disedari oleh salah seorang kakitangan ketika membuat pemeriksaan rutin di wad. Usaha untuk mengesan dan mencari kedua-dua pesakit di sekitar kawasan hospital dilakukan namun gagal menemui mereka.
“Siasatan lanjut mendapati, pada pukul 3.00 petang, kedua-dua suspek ini dikeluarkan dari domitri masing-masing untuk minum petang dan kira-kira 15 minit kemudian, kedua suspek didapati tidak berada di meja minum mereka,” katanya, hari ini.
Habibi berkata, kedua suspek dipercayai meloloskan diri melalui pintu jeriji besi di sebelah tempat makan lalu memanjat pagar dan melarikan diri menghala Jalan Bantayan.
“Suspek pertama adalah pesalah dari Penjara Kota Kinabalu dan telah dimasukan ke Wad Forensik pada 10 Mei tahun lalu untuk rawatan ‘Mild Intellectual Disability’ atas perintah Mahkamah Kota Kinabalu.
“Manakala suspek kedua pula adalah pesalah dari Tawau dan telah dirujuk ke Hospital Bukit Padang pada 14 Januari tahun lalu kerana masalah mental iaitu Skizofrenia,” katanya.
Sehubungan itu, Habibi meminta kerjasama daripada orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung dua suspek terbabit untuk diambil tindakan segera.
“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung dua suspek ini diminta menyalurkan terus kepada Pegawai Penyiasat, Inspektor Palani P Nathan di talian 016-412 2835 atau ke Hotline Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu di talian 088-529220 atau menerusi akaun Facebook IPD Kota Kinabalu,” katanya Sumber : #inforoadblock
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Hacker atau penggodam ni merupakan seseorang yang mempunyai skill dan ilmu berkenaan perisian komputer.
Semalam, Dewi Remaja 2009/2010, usahawan berjaya dan pengacara, Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa binti Mohd Noor menyuarakan kekesalannya apabila ada pihak tidak bertanggungjawab yang menggunakan nama dan profile picture miliknya mengeluarkan kenyataan kurang sesuai di laman Twitter.
Tindakan individu menggunakan “nama” dan “profile picture” yang serupa dan dalam masa yang sama, mengeluarkan “tweets” yang kurang bersesuaian adalah satu tindakan yang tidak wajar dan tidak beretika. Semoga kita semua sentiasa menjadi pengguna social media yang bijak.
Neelofa memuat naik satu ciapan di laman Twitter, “Tindakan individu menggunakan nama dan profile picture yang serupa serta mengeluarkan ciapan kurang sesuai pada masa yang sama adalah satu tindakan tidak wajar dan tidak beretika. Semoga kita semua sentiasa menjadi pengguna media sosial yang bijak.”
Hal ini menyebabkan ramai keliru dan kenyataan yang dikeluarkan oleh akaun tersebut telah menimbulkan salah faham dan kekeliruan warganet sehingga ada yang menganggap ciapan tersebut merupakan pendapat Neelofa sendiri.
Haha tak nak lah sampai ke tahap itu. Just berharap semua orang lebih bertanggungjawab dalam keghairahan “bermedia sosial” https://t.co/JvhiJvEaHX
Tidak berhenti dengan menggunakan kata-kata kasar, pemilik akaun palsu itu turut memetik nama-nama individu lain yang boleh menimbulkan rasa kurang senang segelintir pihak.
Rata-rata netizen geram dengan apa yang dilakukan hackers ni dan meminta Neelofa mengambil tindakan undang-undang terhadap individu tidak bertanggungjawab tersebut.
Walau bagaimanapun, Neelofa berkata dia belum terfikir untuk melakukan perkara tersebut. “Saya tidak mahulah perkara ini sampai ke tahap itu. Saya cuma berharap semua orang lebih bertanggungjawab dalam keghairahan mereka menggunakan media sosial,” jelasnya.
Untuk pengetahuan korang, hacker ni mampu untuk mencuri data dan maklumat peribadi korang termasuk kata laluan online banking, dan juga menghilangkan data-data penting pihak berkepentingan seperti kerajaan atau syarikat-syarikat besar. Bahaya weh!
Pada pendapat korang, perlu tak Neelofa ambil tindakan undang-undang terhadap individu-individu yangtidak bertanggungjawab ni, ha baru pada muka!
Sumber : Twitter Neelofa
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!