Harap jangan keluar malam selagi dua banduan ini tidak ditangkap kembali. Bukan apa bimbang jika terserempak dengan keduanya.
Untuk makluman, dua pesakit mental yang mempunyai rekod jenayah hilang dipercayai melarikan diri dari Hospital Mesra Bukit Padang, Jumaat lalu.
Suspek lelaki dikenali sebagai Nurfazzrynn Fazir, 26, yang mempunyai rekod kesalahan di bawah Seksyen 14(A) Akta Seksual Kanak-Kanak 2017 dan Zulhijam Ali, 30, juga mempunyai rekod dibawah kesalahan Seksyen 302 Kanun Keseksaan dikesan hilang pada pukul 3.45 petang hari yang sama.
Ads
Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada pukul 5.10 petang selepas kehilangan dua pesakit itu.
Katanya, pengadu yang juga petugas hospital itu dimaklumkan oleh kakitangan wad bahawa dua pesakit lelaki yang telah diperintahkan oleh mahkamah seperti yang diperuntukkan di bawah Seksyen 348 Kanun Prosedur Jenayah (KPJ) iaitu penjagaan selamat orang yang dibebaskan telah melarikan diri dari Wad 7 (Forensik).
“Perkara ini disedari oleh salah seorang kakitangan ketika membuat pemeriksaan rutin di wad. Usaha untuk mengesan dan mencari kedua-dua pesakit di sekitar kawasan hospital dilakukan namun gagal menemui mereka.
Ads
“Siasatan lanjut mendapati, pada pukul 3.00 petang, kedua-dua suspek ini dikeluarkan dari domitri masing-masing untuk minum petang dan kira-kira 15 minit kemudian, kedua suspek didapati tidak berada di meja minum mereka,” katanya, hari ini.
Habibi berkata, kedua suspek dipercayai meloloskan diri melalui pintu jeriji besi di sebelah tempat makan lalu memanjat pagar dan melarikan diri menghala Jalan Bantayan.
Ads
“Suspek pertama adalah pesalah dari Penjara Kota Kinabalu dan telah dimasukan ke Wad Forensik pada 10 Mei tahun lalu untuk rawatan ‘Mild Intellectual Disability’ atas perintah Mahkamah Kota Kinabalu.
“Manakala suspek kedua pula adalah pesalah dari Tawau dan telah dirujuk ke Hospital Bukit Padang pada 14 Januari tahun lalu kerana masalah mental iaitu Skizofrenia,” katanya.
Sehubungan itu, Habibi meminta kerjasama daripada orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung dua suspek terbabit untuk diambil tindakan segera.
“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung dua suspek ini diminta menyalurkan terus kepada Pegawai Penyiasat, Inspektor Palani P Nathan di talian 016-412 2835 atau ke Hotline Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu di talian 088-529220 atau menerusi akaun Facebook IPD Kota Kinabalu,” katanya Sumber : #inforoadblock
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Setiap kali Vivy Yusof mengeluarkan produk terbaru, pastinya mendapat perhatian daripada masyarakat kita. Siapa yang tidak kenal dengan jenama tudung premium tempatan popular, dUCk Scarves?
Terbaru, dUCk Scarves mengeluarkan edisi The Luxe Chiffon Lace pada harga RM2,500, namun koleksi itu tetap laris di pasaran.
Hijab yang hadir dalam 4 pilihan warna itu khabarna telah habis dijual seawall jam 7.30 pagi pada hari yang sama ia dilancarkan.
Mungkin ada yang tertanya-tanya dah kenapa harga tudung boleh boleh cecah sampai beribu? Nah, kalau korang nak tahu, koleksi The Luxe Chiffon Lace ini adalah taburan lebih daripada 1300 butir kristal Swarovski yang dibuat di Austria, serta gabungan fabrik renda halus dan sifon.
Berita baik buat pengguna jalan raya yang mempunyai saman tertunggak, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah bersetuju memberikan tawaran pengurangan pembayaran saman sehingga 70 peratus kepada semua saman JPJ yang boleh dikompaun bermula hari ini hingga 16 September depan.
Menurut JPJ, saman yang tidak boleh dikompaun adalah kes yang masih dalam sebutan pihak mahkamah termasuk yang berstatus waran tangkap atau perbicaraan.
Tawaran pengurangan pembayaran saman ini dilaksanakan bersempena dengan sambutan Hari Kemerdekaan ke-64 tahun ini.
Pengurangan kompaun itu akan diberikan kepada semua notis saman yang telah dikeluarkan bagi kesalahan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333), Akta Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (Akta 334), serta Kaedah-Kaedah dan Perintah-Perintah di bawahnya termasuklah kes yang masih dalam tindakan senarai hitam.
Tawaran ini turut diberikan kepada semua saman yang masih aktif dan tempoh kompaunnya masih berkuatkuasa dengan syarat pembayaran dilakukan dalam tempoh yang dinyatakan.
So guys, bagi korang yang masih mempunyai saman tertunggak, bolehlah ambil peluang ini untuk melunaskan pembayaran dengan kadar yang lebih rendah.
Satu perkongsian daripada seorang jurugambar bebas, Siva Kumar jelas membuktikan wanita adalah makhluk berani. Mana tidaknya, buka calang-calang orang mampu melakukan tugas mencabar ini.
Wanita Malaysia takluki bangunan pencakar langit
Menerusi video dimuat naik Siva di laman Instagram miliknya, dilihat beberapa wanita Malaysia memberanikan diri menyahut cabaran bertugas sebagai juruteknik akses tali.
Ternyata ia merupakan satu pekerjaan yang memerlukan mereka untuk sentiasa bergayut antara puncak dan sisi bangunan pencakar langit dengan landskap pandangan Kuala Lumpur.
Difahamkan, dalam video berkenaan wanita tersebut sedang bertugas menukar lampu spotlight klasik kepada sistem LED.
“They replace Classic spotlights to smart led system, currently they use colour plastic wrap to change the colour of klcc, in 3weeks time all will controlled by system, it’s latest Rgb led technology,” menurut Siva ketika disoal oleh salah seorang pengikutnya.
Rata-rata warganet meluahkan keterujaan dan rasa kagum melihat keberanian yang ditunjukkan oleh wanita tersebut kerana sanggup mempertaruhkan nyawanya.
Respect betul dengan wanita ini, kalau penulis dah ketar lutut…
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!