Antara rahsia-rahsia kecantikan mereka ini, tidak pernah difikir dan dibuat oleh orang kerana ada yang tidak tahu kewujudannya atau berbahaya untuk dilakukan tanpa pengawasan pakar.
1. January Jones: Mandi Bir
January Jones: Mandi Bir
Untuk menghidrasi badan, January Jones telah menggunakan bir dalam mandianya sebagai rahsia terbesarnya.
Mandian bir ini memberikan badan dos Vitamin B yang tinggi dan enzim yang aktif bagi mendapatkan kulit yang diingini. Dalam pada masa yang sama, ia meredakan ketegangan otot, meningkatkan peredaran darah dan detoksifikasi badan.
2. Eva Mendes: Mono Threading
Dilakukan oleh Eva Mendes, mono threading ini adalah threads yang mengaktifkan sintesis kolagen dalam menghasilkan penebalan kulit secara beransur, penegangan dan kesan keremajaan, berbeza dengan akupuntur.
Eva melakukan mono threading di bahagian leher kerana ia merangsang pengeluaran kolagen dan mengelakkan daripada lehernya menjadi kendur.
Ads
3. Shailene Woodley: Makan Tanah Liat
Bagi membersihkan diri daripada bahan-bahan yang tidak baik dan memberikan manfaat kepada badan, aktres Shailene Woodley akan memakan satu sudu teh tanah liat dalam rutin hariannya.
Menurut Paul Mackey, pemilik Natures Cleasing Clay mengatakan tanah liat hidup boleh dimakan kerana ia mempunyai faedah detoksifikasi untuk seluruh badan. Ia juga membina sistem imun seseorang, menyeimbangkan tahap pH dan membolehkan tubuh seseorang melawan penyakit secara semula jadi.
4. Stella Maxwell: Urutan Ular
Model Victoria Secret, Stella Maxwell telah menghadiri sesi peribadi dengan ular di Serpentessa iaitu satu-satunya spa yang menawarkan urutan ular. Menurutnya, sesi ular yang tidak berbisa itu penting untuk mereka yang merasakan diri mereka tidak tenang dan serabut dengan kerja atau kehidupan.
Ads
Pelanggan yang menghadiri urutan tersebut akan melepaskan hormon endorfin dan oxytocin iaitu untuk menghilangkan tekanan, mewujudkan keseronokan dan meningkatkan daya tahan emosi dan fizikal dalam kehidupan seharian.
5.Victoria Beckham: Najis Burung
Tidak pernah terfikir najis burung boleh membuatkan wajah seseorang kelihatan cantik dan bersinar. Tetapi menurut Victoria Beckham, najis burung dapat menjadi penyelesaian kepada masalah penuaan.
Najis burung yang dikatakan tinggi urea, ia berfungsi mengunci kelembapan dan guanine iaitu memberikan kesan kulit yang cerah.
Menggunakan facial lotion yang dicipta oleh Dr. Barbara Strum, iaitu doktor dalam molecular cosmetics, Hailey Baldwin telah mengekstrak darahnya untuk menghasilkan pelembap.
Darah yang diambil akan dimasukkan dalam centrifuge untuk mengasingkan plasma dan sel darah putih yang kemudiannya ditambah ke krim yang dipanggil MC1 Blood Moisturizer.
Menurut Dr. Sturm, platelet darah kita dapat melawan tanda penuaan dengan memprogramkan semula kulit kita. Jadi pelembap yang dihasilkan menggunakan darah ini dapat membantu kulit sentiasa kelihatan muda.
Wanita anggun berusia 26 tahun ini merupakan seorang veteran dalam pertandingan ratu cantik di Thailand. Memiliki nama penuh Veena Praveenar Singh, dia merupakan rakyat Thailand yang berdarah India yang mana dia dilahirkan dan dibesarkan di negara gajah putih itu.
Dengan ketinggian 178cm dan berwajah fotogenik, dia sentiasa menjadi perhatian tatkala menyertai pertandingan ratu cantik. Pada tahun 2018 dia menyertai Miss Universe Thailand dan berjaya berada di kedudukan lima terbaik, dua tahun kemudian pada 2020 dia sekali lagi mencuba nasib dan terpaksa akur berada di kedudukan naib juara.
Ramai yang menyarankannya agar menyertai sekali lagi supaya berjaya mewakili negara. Namun nampaknya hasrat itu terpaksa dilupakan kerana Veena sudah memilih untuk menamatkan zaman bujang bersama lelaki pilihannya awal bulan ini.
Memilih tarikh 02.02.2022, dia yang berasal dari bandar Chiangmai ini telah mengikat tali pernikahan bersama jejaka pilihan hati, Charoen Singh. Charoen merupakan seorang usahawan dan memiliki sebuah agensi pemasaran digital.
Sudah jadi adat dalam satu-satu perkahwinan, busana yang digayakan pasti menjadi perhatian. Pasangan sama cantik dan sama padan ini berkahwin dalam persalinan yang cukup menawan. Veena tampil cantik dalam persalinan tradisi dan juga moden manakala Charoen pula tampak segak di samping isteri tercinta.
Sebagai peserta ratu cantik, semestinya Veena tidak kalah dalam bergaya. Dua busana moden yang digayakannya mencetuskan nuansa stail yang mewah dan bersahaja. Kedua-dua busana rekaan Venus Couture benar-benar menyerlahkan auranya sebagai ratu sehari.
Busana pertama iaitu gaun kembang dengan olahan leher tinggi dengan bahu gelembung berlengan panjang penuh renda memercik nilai kemewahan yang agung. Gaya ini disudahi dengan layah panjang meleret memberikan elemen dramatik nan elegan.
Untuk busana moden yang kedua dia memilih menggayakan gaun kemban potongan duyung dan disertakan bersama layah pendek. Gaya ini mencetuskan rasa yang lebih relaks dan juga harmoni. Sebagai individu yang berdarah India, semestinya busana tradisi turun-temurun tidak dilupakan. Veena dilihat anggun menggayakan lehenga berona merah penuh perincian lengkap aksesori sarat dan selendang bersulam benang emas.
Selamat pengantin baru editorial Remaja ucapkan kepada pasangan sama cantik dan sama padan bagai pinang dibelah dua ini.
+++ Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Masalah utama golongan perempuan bila lepas raya adalah tentang kenaikan berat badan. Ramai yang mula stres bila berat naik mendadak.
Cara paling popular yang orang zaman sekarang buat untuk turunkan berat badan adalah dengan air minuman detoks.
Seperti apa yang dikongsi oleh Nurul Arija ini, air rebusan yang diamalkannya ini sangat baik untuk mencairkan lemak tepu dan membersihkan dalaman tubuh badan.Rasanya sedap, tak pahit dan ada rasa-rasa masam sikit.
Selain tu, air rebusan ini juga dikatakan baik untuk awet muda. Tak caya? Cubalah sendiri okay. Nak buat pun senang je uolls.
Bahan-bahan:
– Lemon
– Kulit kayu manis Ceylon (Kalau tak ada, tak perlu letak pun tak apa)
– Bunga cengkih
– Halia
– Serai
Cara membuat:
1. Masukkan serai, halia, tujuh biji bunga cengkih dan kulit kayu manis
2. Rebus sehingga 20 minit
3. Kemudian, perahkan lemon ke dalam air rebusan tadi
4. Masukkan juga sedikit madu
5. Minum air rebusan ketika suam
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tidak salah lagi, instafamous adalah di antara punca utama mengapa dunia kecantikkan semakin menggemari produk Wardah.
Merekalah yang memulakan trend ini sehinggakan ramai yang tertanya-tanya rahsia di sebalik kulit wajah mereka yang clear, sihat dan lembap.’
Wardah, satu label kosmetik dan penjagaan kulit halal telah melancarkan rangkaian produk barunya Wardah Hydra Rose di Malaysia untuk menangani masalah kecantikan utama wanita – penghidratan.
Malah instafamous persis wajah Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Mira Filzah iaitu Qasrina Karim ini turut dijadikan wajah Wardah Hydra Rose. Memang sesuai dengan perwatakan manis dan gaya santai gadis ini.
Beliau akan menjadi personaliti pilihan platform media sosial Wardah serta akan membuat penampilan-penampilan awam bagi pihak jenama ini.
Untuk pengetahuan semua, Wardah Hydra Rose ini mampu melembapkan sehingga 72 jam, dengan kandungan minyak dan air yang seimbang menjadikan kulit :
Malah dua bahan yang terkandung dalam produk ini tingkatkan kelembapan. 72 Hours Hydrating Active mengandungi komposisi yang serupa dengan Natural Moisturising Factor (NMF) yang dihasilkan oleh kulit dan berfungsi meningkatkan kadar air pada lapisan luar kulit. Hydrating Active turut meningkatkan kadar NMF di dalam kulit.
5 Rutin Penjagaan Kulit Dengan Wardah Hydra Rose
Wardah Hydra Rose Gel-to-Foam Cleanser yang merupakan pencuci muka yang lembut dan ringan untuk memastikan kulit tidak hilang kelembapannya semasa pencucian.
Wardah Hydra Rose Petal Infused Toner mengimbangi pH dan kelembapan kulit.
Wardah Hydra Rose Micro Gel Serum mengandungi bijian kecil hidrasi berwarna merah jambu untuk meningkatkan dan mengekalkan kelembapan kulit.
Wardah Hydra Rose Dewy Aqua Day Gel yang diperkayakan dengan asid bio-hyaluronic melapisi permukaan kulit dan memberikan kelembapan kulit sepanjang hari.
Wardah Hydra Rose Moisture Rich Night Gel melegakan dan menyuburkan kulit pada waktu malam, dan menyediakannya untuk hari berikutnya.
Dah jadi satu kewajipan bagi seorang perempuan untuk menggunakan moisturizer bagi memastikan kulit wajah tidak kering dan tampil segar sepanjang hari. So apa kata korang try produk ini, yang penting jenama Wardah ini halal. So tak ragu-ragu lah kita nak lakukan ibadah dibulan puasa.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!