Rumah. Lokasi yang membuatkan semua orang dilanda perasaan nostalgia. Memori zaman kanak-kanak tentunya masih masih jelas pada ingatan apabila kita kembali ke kawasan kejiranan di mana kita dibesarkan, lalu membibitkn rasa rindu untuk kembali semula ke masa lampau.
Itulah yang cuba untu dilakukan oleh jenama All-American, Coach baru-baru ini menerusi pertunjukan fesyen musim luruh 2022.
Jaket shearlings tidak pernah lari daripada identiti Coach. Kali ini, saiz memainkan peranan penting bagi menjadikannya lebih menarik dan segar.
Pengarah kreatifnya, Stuart Vevers kembali mengingatkan semula peminat jenama tersebut akan kawasan kejiranan di New York, Amerika Syarikat menerusi elemen-elemen persalinan yang familiar kepada semua.
Sedikit percikan idea pemakaian yang mudah dicop sebagai ‘American’ kembali diolah bersama penggunaan material yang pelbagai yang menjadi ciri-ciri persalinan kebiasaan masyarakat di negara Uncle Sam itu.
Pada mana-mana koleksi fesyen lain, gabungan material seperti lace, crochet, kulit dan warna neon dan corak grafiti mungkin tidak masuk akal. Tetapi di pentas Coach Fall 2022 ini, segalanya begitu cantik diadun dan langsung tidak terasa janggal untuk dipertontonkan bersama.
Ads
Jom lihat di antara elemen menarik yang akan menjadi trend tidak lama lagi pada tahun ini sempena musim luruh kelak.
Tonton koleksi penuh Coach Fall 2022 pada pautan video di bawah:
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
20 tahun telah berlalu sejak warga New York City dikejutkan dengan kejadian traumatik 11 September. Namun igauan yang masih berbekas pada kota metropolitan yang tidak pernah tidur itu tetap dalam ingatan masyarakat di sana. Ia tidak pernah lenyap daripada diri mereka dan mungkin sekali tidak akan untuk seumur hidup mereka.
Kebetulan pula, acara pertunjukan jenama Amerika Syarikat, Coach sempena musim bunga 2022 dilangsungkan pada hujung minggu yang memperingati 11 September.
Sekilas pandang, kedua-dua acara itu mungkin tidak berkait rapat antara satu sama lain. Namun apabila REMAJA amati semula secara dekat, have of them have everything to do the beloved New York City.
Sempana kembalinya pertunjukan fesyen Coach ke New York pada kali ini, rasa cinta Pengarah Kreatifnya, Stuart Vevers terhadap kota tersebut begitu jelas kelihatan dalam koleksi kali ini.
Stuart yang berasal dari United Kingdom telah memilih New York sebagai lokasi untuk berkelana sebaik saja dia menamatkan pengajian di fakulti rekaan fesyen di U.K pada penghujung era-90-an.
Dari situ, belia memperolehi peluang bekerja bersama Calvin Klein dan beberapa lagi jenama besar lain seperti Bottega Veneta, Givency, Louis Vuitton dan Mulberry; sehinggalah beliau dilantik oleh Coach untuk memimpin rekaan jenama tersebut secara kreatif.
Rasa cinta terhadap New York itulah yang menginspirasikan beliau untuk koleksi musim bunga 2022 ini.
Corak houndstooth, corak plaid, potongan bahagian top serba boxy, fabrik boxer short pada bahagian atas seluar, skirt mini, poncho dan denim vest adalah sebahagian daripada ilham yang disertakan Stuart pada kali ini.
Semua kelihatan cukup wearable apabila Stuart memilih konsep sportswear bagi koleksi kali ini.
Tidak cukup dengan itu, beliau turut memetik beberapa elemen ikonik New York seperti Brooklyn Bridge, Subway dan Pearl Paint selain beberapa lagi ilham dari Central Park, The Eagle dan Zabar’s yang dapat dilihat pada baju T dan beg.
REMAJA turut tertarik dengan aksesori eye-catching Coach kali ini seperti anting-anting hotdog dan rantai beaded. Dan tentunya, kami masih obses dengan baseball cap dengan corak monogram yang dikekalkan Coach sejak musim lalu.
Selain itu, siapa dapat melupakan momen penutup pertunjukan Coach musim bunga 2022 ini apabila kira-kira 12 orang peluncur (skateboarders) muncul bersama pemain drum. Sambil itu, para model berjalan dari pelbagai arah lalu mengingatkan penontonnya akan situasi rush hour yang selalu berlaku di jalan raya New York.
*
Bercakap mengenai penonton, kelibat selebriti Indonesia jelita ini telah menjadi topik perbualan warganet Nusantara dek kerana kehadirannya bagi pertunjukan Spring 2022 buat jenama Coach.
Wanita yang kini semakin aktif dalam dunia perniagaan fesyen ini bukan saja diberi kesempatan untuk menyaksikan koleksi tersebut secara langsung. Malah, dia juga telah berlaga bahu dengan beberapa selebriti terkenal lain di sana.
Antara foto yang sempat diabadikan Luna termasuklah bersama-sama pelakon dan penyanyi, Thomas Doherty dan pelakon filem Percy Jackson, Alexandra Daddario. Selain Luna, bintang lain yang turut dijemput ke New York City ialah Eric Nam, Charli XCX, Camila Morrone, Maddie Ziegler, Stella Maxwell dan Karrueche Tran.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bintang sensasi, Ariana Grande telah mengumumkan yang dia sudahpun berkahwin dengan pilihan hati, Dalton Gomez pertengahan Mei lalu. Majlis yang dilangsungkan secara tertutup itu hanya dihadiri 20 orang rakan dan keluarga terdekat sahaja.
Bila sudah berkahwin pasti ada busana perkahwinan, betul tak? Akhirnya hari ini, penyanyi popular ini telah memuatnaik gambar hari perkahwinannya dalam balutan busana pekahwinan.
Direka oleh pereka fesyen terkenal Vera Wang, busana gaun perkahwinan tanpa lengan potongan empire itu cukup ringkas tanpa perincian manik atau labuci. Namun rekaan yang moden dengan bukaan dan belahan tinggi di bahagian belakang menjadikan ia sempurna buat selebriti berusia 27 tahun itu.
Gaya busana ini dilengkapkan dengan pemilihan layah ber’volume’ potongan pendek paras bahu dan diserikan dengan tampilan riben keras. No crown, no tiara, just a bow.
Dalam satu hantaran di Instagram, Vera Wang berkata, “Untuk muse yang cukup menakjubkan, betapa hebatnya perjalanan ini bagi kami semua di Vera Wang. Ia merupakan satu kegembiraan dan penghormatan! Semoga anda dan Dalton berbahagia sepanjang hayat.”
Ramai berusaha diet dan berjaya melakukannya kerana kesungguhan ketika diet. Namun timbul persoalan, seberapa cepat berat badan kembali naik selepas sukses diet?
Bagi korang yang berjaya mencapai tahap berat badan, tentu ramai tertanya-tanya mengenai hal inikan. Sudahlah menurunkan berat badan itu susah tapi sebenarnya lagi susah untuk maintainkannya.
Menurut pakar kesihatan dari University Of Florida, Kathryn Ross berat badan yang sudah turun sebenarnya boleh naik dengan begitu cepat disebabkan oleh beberapa faktor.
Ini kerana katanya, diet bukan hanya memerlukan kita belajar untuk menurunkan berat badan tetapi juga harus tahu bagaimana untuk mendapatkan tubuh yang maintain dan ideal.
Jika sebelumnya orang yang diet, di fikirannya sentiasa berfikir bagaimana untuk menguruskan badannya tetapi selepas berjaya menguruskan badan, dia juga harus berfikir bagaimana untuk mempertahankan berat badan ideal.
Selebriti dari Indonesia ini antara yang berjaya menguruskan badan hasil diet yang ketat.
Dalam kajian terhadap 70 orang dewasa yang alami masalah kegemukan di mana mereka berjaya dalam program diet selama 12 minggu rata-ratanya berjaya menurunkan berat badan sebanyak 0.5kg seminggu. Namun selepas program berakhir, berat badan mereka naik 0.6 kg seminggu.
Persoalannya, seberapa cepat sebenarnya berat badan naik kembali selepas kita berjaya mendapatkan bentuk badan ideal?
Untuk korang-korang yang nak maintain berat ideal, ini fakta kena tahu.
Seberapa cepat berat badan kembali naik selepas diet tergantung kepada perubahan pola makan dan kebiasaan masing-masing. Proses metabalisme dalam tubuh juga turut mempengaruhi kenaikan berat badan selepas diet.
Ketika korang mengurangkan jumlah makanan ketika diet, tubuh cenderung mendorong kita untuk makan lebih banyak nanti. Oleh kerana itu, menurut Samantha Heller, seorang ahli pemakanan dari NYU Langione Health di New York berpendapat, bahawa sebaiknya seorang yang mahu kurus menjalani dietnya secara lebih perlahan.
Ini bagi membantunya dalam penyesuaian metabolisme dalam tubuh dengan keperluan kalori yang diperlukan.
“Yang perlu diingatkan adalah mempertahankan pola hidup sihat agar badan tidak lagi kembali gemuk. Namun begitu ia bukan mudah. Bila mendengar pujian dari orang sekeliling mengenai kejayaan diet kita di mana ramai memuji-muji kita berjaya melakukannya secara tidak langsung membuatkan kita terpana dan berasa bangga.
“Sedikit demi sedikit otak kita akan mula “terlupa” dan kita mula meninggalkan diet dan kembali ke tabiat lama. Ya kesalahan-kesalahan kecil inilah yang akan membuat badan kita naik sekalipun berjaya diet sebelum ini.
Bila dah kurus sebenarnya bukan mudah untuk mengekalkannya. Ia perlukan keazaman yang kuat agar tubuh badan maintain
Tapi sebelum korang terus tersenyum dengan pujian, empat hal ini perlu dihindari segera.
Kurang aktif @ bergerak – Memiliki berat badan ideal bukan bererti kita tidak perlu lakukan aksi fizikal. Bila tujuan dah tercapai, kita fikir tak perlu buat semua itu lagi tapi semakin malas kita berolahraga, bererti berat badan kita akan mudah naik.
Tidak sarapan – Selepas bangun tidur, tubuh memerlukan air dan makanan untuk menstabilkan metabolisme dan menjaga keseimbangan gula dalam darah. Kalau kita melewatkan sarapan, rasa lapar akan menjadi dua kali ganda dan seterusnya kita makan dua kali ganda juga. Kalau setiap hari dilakukan, tentu pola makan akan kucar kacir sehingga berat badan kembali bertambah.
Tidak memantau kebiasaan yang merosakkkan diet – Tidak fokus saat makan boleh membuatkan kita makan dalam kuantiti yang banyak. Misalnya sambil makan tengok tv atau bermain game sehingga kita mengabaikan signal perut sedangkan ia sudah mencukupi saat itu.
Pola makan berubah – Menjalani diet memboleh buat kita mengelak makanan tidak sihat. Namun selepas mendapat berat badan yang diinginkan, kita mungkin kembali pada pola makanan yang lama. Misalnya makan bukan masanya, terlalu banyak pengambilan kalori dan pelbagai fakta lain. Akibatnya berat badan naik tanpa sedar dan diet jadi rosak.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Penyanyi yang juga juara Big Stage 2023, Nadeera Zaini, meluahkan rasa syukur apabila penampilannya sering menerima pujian daripada peminat yang menyifatkan dirinya kini kelihatan...