Pada bulan Mac lalu, wanita jelita berdarah kacukan Cina-India, Jasebel Robert pernah mencipta magis di pentas Miss Grand International 2020 setelah wakil Malaysia itu berjaya menembusi senarai 10 peserta terbaik.
Jasebel, 25 terpilih menyertai senarai Top 10 apabila mengenepikan populariti 63 peserta lain untuk dinobatkan sebagai pemenang kategori Miss Popular Vote. Sekaligus, Jasebel menjadi wakil Malaysia pertama di pertandingan Miss Grand International yang berada di kedudukan Top 10.
Untuk edisi Miss Grand International 2021 yang kini sedang berlangsung di Bangkok Thailand pula, wakil Malaysia ke pertandingan tersebut pun tidak kurang hebatnya. Malaysia diwakili oleh Lishalliny Kanaran dan dia sedang berdepan saingan daripada 60 peserta lain dari seluruh dunia untuk cuba melakukan yang terbaik bagi menyamai prestasi Jesebel pada edisi lepas mahupun memperbaiki kedudukan Malaysia ke senarai 5 terbaik. Siapa tahu, rezeki dan tuah berpihak kepada negara pada tahun ini?
Menghampiri acara finale pada 4 Disember ini, Miss Grand International 2021 pada malam ini telah melangsungkan segmen kostum nasional terbaik yang disiarkan secara langsung di saluran YouTube Grand TV.
Lishalliny tampil bersedia apabila dia memperkenalkan keunikan kostum dan kisah di sebalik persembahan Ulek Mayang yang berasal dari negeri Terengganu.
Ads
Bukan mudah ya untuk Lishalliny mempersembahkannya dek saiz kostum rekaan khas pereka Sarawak, Aldrin Artistry itu yang dianggarkan seberat 50 kilogram!
Ihsan Foto : Miss Grand Malaysia
Sedikit info mengenai budaya Ulek Mayang; ia merupakan sejenis tarian penyembahan yang asalnya adalah upacara rawatan tradisional seorang bomoh ke atas nelayan yang tidak sedarkan diri dan telah dipukau oleh seorang puteri laut yang jatuh cinta terhadapnya.
Demi membawa pulang roh nelayan berkenaan, puteri laut telah menyeru lima lagi saudaranya untuk melawan si bomoh hinggalah tercetusnya pertarungan di antara bomoh dan keenam-enam puteri.
Ihsan Foto : Miss Grand Malaysia
Akhirnya, puteri sulung yang juga merupakan puteri ketujuh meleraikan pertarungan dan memerintahkan agar kelompok yang berasal dari darat untuk pulang ke darat sementara puteri-puteri laut untuk pulang semula ke dunia mereka.
Sebagai ucapan terima kasih di atas bantuan puteri ketujuh, nelayan tersebut dan rakan-rakan menyembahnya dengan nasi berwarna hinggalah kehadiran agama Islam di bumi Terengganu.
Ads
*
Berbalik kepada wakil Malaysia ke pertandingan Miss Grand International 2021, rekaan kostum Ulek Mayang ini diakui ramai sebagai salah satu kostum nasional terbaik yang pernah dihantarkan oleh Malaysia ke pentas pertandingan ratu cantik.
Bukan saja kostum serba biru-hitam keemasan ini menarik untuk ditatap, malah persembahan Lishalliny yang membawa bersama ‘tujuh orang puteri laut’ dengannya selama kira-kira 42 saat pada malam ini tampak cukup menyakinkan.
Lihat sajalah klip persembahannya di bawah :
Ads
Jika korang masih ingat pada Miss Grand International 2020, Malaysia juga pernah memukau penonton menerusi kostum yang diinspirasikan daripada budaya Mak Yong; sehinggakan ia tercalon dalam senarai 10 kostum terbaik oleh pihak juri.
Miss Grand International 2021 mula dilangsungkan pada 17 November lalu di kepulauan Phuket untuk mempromosikan sektor pelancongan Thailand. Ia bersempena pembukaan semula sempadan negara itu kepada pelancong asing menerusi program sandbox yang diperkenalkan oleh pihak kerajaannya.
Selain itu, penganjuran Miss Grand International 2021 juga dilihat sebagai strategi Thailand untuk kembali merancakkan sektor pelancongan yang merupakan salah satu sektor paling menguntungkan negara Gajah Putih itu.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Inai, henna ataupun dalam perkataan Arab, Hina yang bermaksud Ubat bukanlah sejenis tumbuhan yang janggal dalam kalangan masyarakat di Malaysia. Selain dijadikan sebagai perhiasan diri terutamanya untuk kaum perempuan di jari, telapak tangan dan rambut, sejarah penggunaan pokok inai masih menjadi perdebatan sama ada ia berasal dari India atau bumi Arab terutamanya Mesir.
Apa juga jawapan buat persoalan tersebut, penggunaan inai di jari kita tidak lagi tertakluk buat si pengantin sahaja. Ramai yang mula menggantikan penggunaan pengilat kuku atau pewarna kuku dengan inai dengan lambakan produk baharu berasaskan bahan organik yang boleh dibawa sembahyang.
Baru-baru ini, tular video membabitkan pasangan suami isteri popular, Haris Ismail dan Neelofa yang menunjukkan betapa mesranya mereka sewaktu Haris menolong mewarnakan kuku isterinya menggunakan inai.
Haa, selain mampu menerbitkan rasa mesra dan ‘sweet’ sebegitu antara pasangan, inai juga mempunyai beberapa kelebihan lain yang terarah kepada bidang perubatan; bukannya kecantikan semata-mata.
1) Daun inai mengandungi asid henotanik yang bergabung dengan kolagen pada sel kulit dan keratin pada kuku dan rambut. Asid henotanik inilah yang menyebabkan warna merah timbul secara semulajadi apabila kulit disapu inai.
2) Daun inai merupakan agen penyejuk jika disapukan pada kulit. Sebagai contoh, pada bahagian kaki.
3) Daunnya yang masih segar juga boleh direbus dan airnya itu boleh diminum bagi menyembuhkan sakit perut.
4) Sekiranya korang mengalami luka seperti bisul, gatal-gatal, penyakit kulit, melepuh atau sengal-sengal tulang, ia boleh digunakan untuk melegakan luka dengan pantas.
5) Bukan hanya daun inai saja yang mempunyai kelebihan tetapi juga kulit pokok inai itu sendiri. Ia dikatakan mampu merawat penyakit hati seperti jaundis dan hati yang membengkak serta penyakit cirit-birit.
Terus terasa nak tanam pokok inai di rumah kita kan!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Selalunya, masalah yang dihadapi oleh kebanyakan pemakai bersaiz sedikit gempal atau comel ini adalah berkenaan potongan pakaian yang kurang menarik untuk saiz badan mereka.
Malah, golongan ini sering kali rasa kurang yakin dengan penampilan diri mereka. Siapa kata wanita yang memiliki tubuh gempal tidak boleh bergaya?
Jangan bimbang. Terdapat cara yang mudah untuk anda bertubuh gempal kelihatan langsing. Berikut dikongsikan tip memilih pakaian yang sesuai untuk korang, yang berbadan gempal check it out okay!
PAKAIAN DENGAN MOTIF KECIL Untuk kelihatan langsing, pilihlah pakaian dengan motif yang lebih kecil. Motif kecil pada pakaian dapat mempengaruhi mata sekali gus mencipta siluet tubuh yang lebih kecil. Pakaian dengan motif besar membuatkan anda tubuh kelihatan lebih lebar. Anda juga boleh memilih pakaian bermotif dengan rona yang lebih gelap.
TONJOLKAN BAHAGIAN PINGGANG Anda digalakkan untuk memilih pakaian yang menonjolkan bentuk pinggang seperti pakaian ala 50-an yang agak ketat di bahagian pinggang dan dada. Selain itu, elakkan daripada memakai skirt yang melebihi paras lutut agar kaki anda kelihatan lebih jinjang dan panjang.
PILIH PAKAIAN DENGAN SATU WARNA Penggunaan pakaian dengan satu warna dapat membuatkan tubuh kelihatan lebih panjang dan langsing. Ia membuatkan pandangan tidak fokus pada salah satu bahagian tubuh. Anda dinasihatkan untuk memilih pakaian berona biru nila, hitam, ungu gelap dan merah gelap. Elakkan daripada memakai pakaian yang berkilat.
SARUNG PAKAIAN BERCORAK VERTIKAL Pakaian yang mempunyai corak dengan garis vertikal memberikan ilusi tubuh yang lebih panjang dan langsing. Garis vertikal yang tipis merupakan pilihan yang baik untuk mendapatkan ilusi langsing. Elakkan daripada memakai pakaian dengan motif horizontal kerana ia akan memberi kesan lebar pada tubuh anda.
PENGGUNAAN TALI PINGGANG Gunakan tali pinggang yang kecil dan agak tebal untuk anda tampak langsing. Pemilihan rona pada tali pinggang juga amat penting kerana ia mampu mempengaruhi biasan pada bentuk tubuh. Anda boleh memilih tali pinggang dengan rona pastel dan senada dengan pakaian yang telah anda pilih.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tahun Baru pada kali ini mungkin tidak semeriah tahun-tahun lalu disebabkan oleh kekangan pandemik dan juga musim banjir yang melanda negara kita. Bagaimanapun, ia tidak seharusnya melemahkan semangat kita sebagai rakyat Malaysia untuk memulakan tahun 2022 dengan semangat dan azam yang baru.
Well well, jenama barangan kemas yang popular di Malaysia baru saja mengeluarkan koleksi baharu yang dilihat bersesuaian bagi menyambut tahun baru ini.
Jom lihat sama ada ia berbaloi untuk dimiliki ataupun tidak.
Koleksi terbaru Pandora, iaitu Pandora Moments kali ini tidak kurang hebatnya dengan menampilkan ‘Simbol dan Warna’ dengan simbolik untuk mencipta momen yang tidak dapat dilupakan.
Malah, korang mampu tonjolkan karektor diri, tak mustahil korang akan tertarik untuk menukar aksesori yang baru kan?
“Simbol sangat relevan dari segi budaya, hari ini dan sepanjang sejarah. Kami telah mencipta alam semesta simbolisme, menjadikan Pandora destinasi untuk barang kemas yang menjadi azimat yang kita bawa sebagai nasib, perlindungan atau hubungan dengan harapan dan keinginan,” kata Filippo Ficarelli dan Francesco Terzo, Pengarah Kreatif Pandora.
Jadi, kamu yang macam mana orangnya? Rambang mata bukan?
Untuk info koleksi terbaru ini dilancarkan pada hari ini iaitu 6 Januari 2022, jadi apa tunggu lagi. Boleh lawati www.pandora.net atau ke butik-butik Pandora yang berdekatan.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kisah inspirasi Putri, anak angkat Steven Sim, menunjukkan semangat juang luar biasa walau diuji dengan cabaran hidup dan kesihatan. Ketahui bagaimana beliau terus cemerlang di akademik dengan sokongan Steven Sim.