Ramai yang memandang sinis bila individu bertubuh besar menyatakan hasrat ingin menurunkan berat badan. Bagi mereka, individu ini hanya hangat-hangat tahi ayam sebab dah sebati dengan ‘makanan’, mana mungkin mampu tahan nafsu makan.
Oleh itu, seorang pengguna Facebook iaitu saudara Mohd Noor Saari Putranor baru-baru ini telah berkongsi tip diet yang dia praktikkan sehingga mencapai berat yang diingini.
Bagi Mohd Noor Bin Saari atau lebih dikenali dengan nama panggilan Noah , dia memilih untuk melakukan diet secara sihat dan bukannya mengambil jalan mudah dengan menggunakan ubat-ubatan untuk kurus. Lelaki ini pernah mencecah berat sehingga 98 kg pada Ramadan tahun lepas dan sememangnya setiap kali menjelang bulan puasa dia akan cuak umpama kucing mendengar guruh kerana dia tahu beratnya akan naik kaw-kaw.
Sekarang, berat Noah sudah pun 76kg, ternyata dengan usaha yang dilakukan tanpa mengira penat dan erti putus ada dia kini memakai baju saiz M. Walapun sibuk di pejabat dengan tugasnya sebagai Pembantu Juruukur Bahan Kanan di Perbadanan Putrajaya dan menjadi suami serta ayah kepada 7 orang cahaya mata.
Ads
Lihat saja progress yang ditunjukkan daripada gambar before dan after, memang boleh jadi inspirasi buat korang yang nak menurunkan berat badan juga.
Diet Tak Ambil Gula
“Diet yang saya amalkan adalah potong terus pengambilan gula iaitu tidak mengambil langsung gula…. tak kira apa jenis gula sekalipun.. samada gula putih..merah..melaka dan lain2..”,ujar lelaki ini.
Menu Yang Diamalkan
Ads
Sarapan Pagi : telur ayam kampung 2 biji dan kurma 2 biji boleh tahan sehingga tengah hari
Tengah hari : ikan dan sayuran
Malam: oat dan buah buahan
Saya tidak mengambil nasi dah hampir 3 bulan lebih.. kini berat turun hampir 20kg
Senaman Jangan Dilupa
“Pada mulanya saya berlari dalam jarak 3km. Kemudian tambah jarak sedikit demi sedikit. Kini saya sudah boleh lari sehingga 10km. Tapi setiap hari saya akan buat sit up dan push up. Sekurang-kurangnya 30 kali waktu pagi, tengahari dan malam sehingga cukup 100kali”.
Kini Noah gembira bukan hanya kerana dirinya semakin kelihatan muda remaja. Namun keluarganya juga kini peka terhadap kesihatan tubuh badan. Dia juga berterima kasih pada keluarga kerana sentiasa memberinya sokongan untuk menurunkan berat badan dan amalkan gaya hidup yang sihat.
“Saya selalu ingatkan diri sendiri bahawa saya ada anak-anak yang ramai dan wajib kekal sihat supaya dapat menjaga mereka dengan baik. Bagaimana hidup dalam keluarga besar.
Mungkin jika arwah mak masih hidup, dia pasti akan senyum dan bangga melihat perubahan saya sekarang. Sebab dulu dia selalu perli, risau dan ingatkan saya yang perut sudah semakin galak membesar. Takut sangat katanya. Isteri yang tercinta juga sangat sporting dan banyak memberikan sokongan serta inspirasi. Dialah wanita yang melahirkan anak-anak saya yang seramai 7 orang itu. Bila sudah turun berat badan, anak-anak juga semakin peka dengan kesihatan dan sudah tak berani nak minta makan fast food sebab mereka tahu abahnya dah tak makan”.
Nasihatnya kepada individu yang bertubuh besar, kita boleh turunkan berat badan sedikit demi sedikit kalau kita betul-betul nak. Jadi, jangan putus asa dan jangan berhenti. Moga perkongsian Noah dan boleh dijadikan inspirasi buat korang yang dalam perancangan untuk kurangkan berat badan tu.
Namun, semua orang mempunyai fikiran bahawa jika ingin memiliki wajah cantik dan licin, kita perlu berbelanja sakan untuk membeli 1001 satu jenis produk kecantikan.
Sebenarnya, tindakan tersebut boleh membawa lebih mudarat kepada wajah berjerawat kerana korang mencampur adukkan pelbagai jenis bahan kimia yang ada di dalam produk. Besar kemungkinan, ada di antara bahan kandungan itu tak bersesuaian dengan masalah yang korang hadapi.
So, apa kata korang hentikan masalah jerawat dan kesan jerawat pada wajah dengan menukar cara pemakanan dulu. Cuba ambil 4 jenis makanan penghapus jerawat ini dan tengok kesannya!
* * * * *
01
Bayam
Sayur bayam mengandungi vitamin A dan vitamin C yang mempunyai aktioksidan untuk mencegah bakteria. Ini kerana bakterialah punca utama kepada masalah jerawat.
* * * * *
02
Lobak
Khasiat lobak lebih kurang sama dengan bayam. Ia turut mengandungi vitamin A yang bagus untuk mengatasi masalah kulit, termasuklah jerawat.
* * * * *
03
Ikan Salmon
Mahal sedikit tapi berbaloi! Salmon bukan saja baik untuk kesihatan badan korang tetapi juga baik untuk kulit. Kandungan lemak Omega 3 di dalam Salmon dapat mengatasi masalah jerawat di samping meningkatkan kolagen.
* * * * *
04
Kunyit
Kunyit bukan sebarang kunyit tau! Ramai yang tidak tahu, kunyit yang biasa menjadi bahan masakan kita mempunyai kandungan anti inflamasi (keradangan dan kemerahan) bagi mencegah jerawat daripada menimbul, berketul dan mendatangkan luka serta kesan pada wajah.
* * * * *
Bolehlah korang cuba amalkan 4 jenis makanan ini. Dah cantik nanti, jangan lupa tag REMAJA dekat foto selfie korang okay!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Parut merupakan satu kesan yang berlaku pada bahagian tubuh seperti badan, kaki, tangan dan wajah. Seseorang yang memiliki parut lebih terdorong untuk berasa tidak yakin kerana menganggap ia adalah satu ‘kecacatan’ pada tubuh badan.
Menurut MyHealth, parut adalah hasil dari penyembuhan kulit dan tisu yang semulajadi selepas kecederaan. Ini disebabkan oleh trauma, jangkitan atau pembedahan dan tisu yang normal akan digantikan dengan tisu fibrosis. Parut boleh terbentuk sama ada pada tisu dalaman dan juga pada permukaan kulit.
Parut keloid antara yang paling tidak disukai kerana boleh meninggalkan kesan hodoh pada tubuh badan. Parut ini terhasil akibat pembentukan tisu fibrosis yang berlebihan dan melibatkan kulit sekeliling yang normal. Ia bukan sahaja tampak hodoh, malah boleh menyebabkan komplikasi lain seperti sakit, gatal dan mengganggu pergerakan tubuh.
Namun begitu, untuk pengetahuan korang sebenarnya kesan parut ini boleh dikurangkan dengan memilih produk yang bersesuaian. Terdapat beberapa produk untuk menghilangkan kesan parut keloid yang ada di pasaran.
Berikut kami kongsikan antara produk-produk yang korang boleh cuba.
Guna dua ke tiga kali seminggu. Ia mengambil masa lebih kurang satu ke dua bulan untuk keloid pudar/hilang. Boleh juga digunakan untuk menghilangkan parut jerawat.
Boleh sapu di parut keloid atau parut luka, sapu dan biarkan selama 12 ke 22 jam sehingga parut pudar atau hilang.
Jika korang mempunyai masalah parut keloid ini boleh cuba dapatkan produk-produk seperti yang telah dinyatakan diatas. Semoga membantu!
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia tiada siapa yang tahu. Sekali kalah dalam sesuatu perjuangan tidak bererti tewas selama-lamanya. Ungkapan ini sesuai digambarkan dengan situasi yang dilalui gadis cantik Bernama Maxine Formosa ini.
Dia yang berusia 21 tahun merupakan seorang pembantu undang-undang di sebuah firma guaman merupakan pemenang tempat ketiga dalam pertandingan Miss Universe Malta 2021.
Nasibnya berubah apabila dia telah dilantik oleh organisasi Miss Universe Malta untuk menyandang gelaran Miss Universe Malta 2022 sekaligus mendapat hak untuk mewakili negaranya di pentas antarabangsa.
Dalam majlis yang diadakan penuh eksklusif itu, Maxine telah dimahkotakan oleh Jade Cini yang merupakan Miss Universe Malta 2021. Dia menerima mahkota rona biru yang direka penuh ekstravaganza dan juga selempang untuk digayakan sepanjang dia memegang gelaran untuk menjalankan tugas.
Menurut satu hantaran di laman Instagram peribadinya, gadis yang berasal dari daerah St Julian’s ini berkata, “Saya sangat bersyukur kerana organisasi Miss Universe Malta memberi peluang berharga ini untuk mewakili negara di pentas Miss Universe. Saya berjanji akan membuat Malta bangga nanti.”
Sebagai persiapan untuk mewakili negara, Maxine akan dihantar ke Texas, Amerika Syarikat untuk menjalani latihan di Miss Academy. Akademi tersebut merupakan milik Crystal Stewart yang merupakan Miss USA 2008 dan juga top 10 di Miss Universe 2008.
Di sana dia akan diajar dari segala segi tentang seorang ratu cantik. Bermula dengan gaya pemakaian, pembawakan diri, cara bertutur, solekan dan dandanan sehinggalah cara untuk berjalan di atas pentas.
Setakat ini Malta belum pernah berjaya melangkah ke peringkat separuh akhir dalam pertandingan Miss Universe. Namun perkara ini bukanlah menjadi penghalang untuk wakilan negara itu membawa tinggi nama negara.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.