
Jika korang merupakan peminat patung mainan Barbie, inilah masanya untuk menikmati pengalaman bercuti di kamar hotel yang menawarkan hiasan dalaman bertemakan Barbie PERTAMA di Malaysia.
Bertempat di hotel Grand Hyatt Kuala Lumpur, mereka kini menawarkan 14 unit bilik hotel yang menghadap pemandangan pencakar langit Kuala Lumpur. Setiap satu daripadanya dihiasi dengan tema berbeza seperti Barbie You Can Be Anything, Barbie Fantasy dan Barbie EXTRA.

Bukan hanya ruang bilik yang dihiasi tema warna merah jambu dengan pelbagai aksesori bertemakan Barbie, pengalaman staycation di sini juga tambah menarik apabila korang berpeluang untuk menjamu selera di Barbie Café.

Lihat sahajalah foto-foto yang REMAJA kongsikan ini. Pasti ramai peminat Barbie khususnya gadis remaja yang meminati warna merah jambu akan menyimpan rasa ingin bermalam di sini sekurang-kurangnya untuk tempoh semalam.




Fuh, agak-agak berapa harganya untuk semalam ya? Ada yang berminat ke?
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Sumber: (1)
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
‘Healing’ Di Terengganu Sambil Cari Bintang Dapur Di JALEN Star Chef Musim Baharu!

Bayangkan hamparan pasir putih bagaikan selembut tepung, air laut sejernih kristal dan bunyi ombak yang menenangkan, itulah pesona Terengganu yang sering kali terlepas pandang.
Terletak di pantai timur Malaysia, negeri ini menyimpan deretan pantai dan pulau cantik yang bukan sahaja memukau mata, malah menawarkan suasana tenang jauh dari kesibukan kota. Malah, keindahannya sering disamakan dengan destinasi popular dunia, tetapi masih kekal sebagai ‘hidden gem’ yang belum diterokai sepenuhnya.
Kalau anda jenis suka ‘healing’, pencinta laut, atau sekadar mahu lari sekejap dari rutin harian, Terengganu memang destinasi yang tepat. Dari pantai santai hingga pulau tropika yang memukau, setiap lokasi ada vibe tersendiri yang buatkan percutian jadi lebih bermakna.

Pantai Batu Buruk
Antara pantai popular di Kuala Terengganu, Pantai Batu Buruk menawarkan pemandangan laut yang indah dengan pasir putih yang lembut. Di sini, pelbagai aktiviti boleh dilakukan seperti bermain layang-layang, bersiar-siar di tepi pantai, menunggang kuda atau ATV, serta menikmati suasana matahari terbit yang cukup memukau.
Tidak cukup dengan itu, kawasan ini juga terkenal dengan deretan gerai dan restoran yang menyajikan makanan tempatan seperti ikan celup tepung, keropok lekor dan sate ikan. Lebih meriah, setiap hari Jumaat, pengunjung boleh menikmati suasana pasar malam yang berlangsung dari jam 3 petang hingga 7 malam.

Pulau Kapas
Selain Pulau Perhentian dan Pulau Redang, Pulau Kapas juga merupakan destinasi kegemaran pelancong tempatan dan antarabangsa. Pulau kecil ini terkenal dengan air laut yang jernih serta suasana tenang yang sesuai untuk ‘escape’ dari kesibukan.
Aktiviti utama di sini sudah tentu snorkeling dan menyelam skuba untuk melihat terumbu karang serta hidupan laut yang berwarna-warni. Selain itu, anda juga boleh mencuba berkayak dan menaiki bot pisang. Bagi yang lebih suka bersantai, cukup sekadar berbaring di pantai sambil menikmati angin laut yang menyegarkan.
Kalau merancang untuk bermalam, pastikan anda membuat tempahan awal kerana penginapan di sini sering penuh terutama pada musim cuti.

Pulau Redang
Pulau Redang sememangnya antara pulau paling terkenal di Malaysia dengan keindahan lautnya yang luar biasa. Di sini, aktiviti snorkeling dan menyelam menjadi tarikan utama, membolehkan pengunjung melihat sendiri keindahan terumbu karang serta pelbagai spesies hidupan marin yang masih terpelihara di Taman Marin.
Selain aktiviti air, Pulau Redang juga menawarkan pengalaman jungle trekking untuk meneroka flora dan fauna di sekitar pulau. Untuk pengalaman yang lebih lengkap, bermalam di pulau ini adalah pilihan terbaik dengan pelbagai resort tersedia mengikut bajet dan keselesaan masing-masing.

Pulau Perhentian
Pulau Perhentian merupakan antara destinasi paling ikonik di Terengganu dan sering menjadi pilihan pelancong dari dalam dan luar negara. Pulau ini terbahagi kepada dua iaitu Pulau Perhentian Besar dan Pulau Perhentian Kecil, masing-masing dengan tarikan tersendiri sehingga pernah disenaraikan antara pulau tercantik di dunia oleh CNN.
Pulau Perhentian Besar lebih sesuai untuk mereka yang mencari ketenangan dan privasi, manakala Pulau Perhentian Kecil pula lebih meriah terutama di kawasan Pantai Panjang. Antara aktiviti popular di sini termasuk snorkeling, diving dan berkayak yang pastinya memberikan pengalaman percutian yang sukar dilupakan.

Pantai Penarik
Terselindung di sepanjang pesisir pantai Terengganu, Pantai Penarik adalah antara lokasi yang masih belum terlalu diterokai. Ia merupakan ‘permata tersembunyi’ yang menawarkan ketenangan, keindahan alam semula jadi serta suasana kampung yang autentik.
Dengan pasir putih yang lembut dan air laut biru jernih, Pantai Penarik menjadi lokasi ideal untuk mereka yang mencari ketenangan atau ingin ‘healing’ jauh dari kesibukan kota. Suasananya yang damai menjadikannya destinasi sempurna untuk menikmati keindahan alam tanpa gangguan.

Jalen Star Chef Kembali Lagi!
Dalam perkembangan lain, pertandingan JALEN Star Chef kembali untuk musim kedua tahun ini!
Remaja bersama kerjasama produk Jalen kini sedang mencari lebih ramai bakat baharu dalam dunia kulinari dalam kalangan pelajar universiti. Saringan akan diadakan di tiga lokasi iaitu UiTM Dungun (Terengganu), UiTM Permatang Pauh (Pulau Pinang) dan UiTM Puncak Alam (Selangor).
Persoalannya, adakah anda bintang yang dicari? Nantikan JALEN Star Chef musim kedua yang bakal berlangsung Mei ini!

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Rakyat Berpeluang Hadiri Lambaian Kasih Buat Agong & Permaisuri Agong Esok

Orang ramai berpeluang menyaksikan acara ‘state drive’ atau lambaian kasih Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Raja dan Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, pada esok hari.
Acara kemuncak tersebut akan bermula jam 10 pagi dari Dataran Parlimen ke Bulatan Dato’ Onn sebelum Seri Paduka Baginda berdua berlepas ke Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid berkata, susulan itu, sepanjang Jalan Parlimen sehingga ke arah Bulatan Dato’ Onn akan ditutup sepenuhnya seawal jam 6 pagi.
ARTIKEL BERKAITAN: Autentik Cara Nurel Baharin, Dewi Remaja 2023 [Isu Digital Februari 2024]

Ia bagi pergerakan masuk pasukan pelambai seramai 3,650 yang terdiri daripada kakitangan kerajaan pelbagai kementerian.
“Bas-bas yang membawa pasukan tersebut akan menurunkan pasukan pelambai di sepanjang Jalan Parlimen sehingga, ke arah Bulatan Dato Onn dan diparkirkan di sekitar Padang Merbok.

“Kenderaan persendirian dan orang awam yang ingin bersama-sama ke acara tersebut boleh meletakkan kenderaan di sekitar Taman Botani, parkir bertingkat di Bukif Aman dan parkir di bawah Dataran Merdeka,” katanya kepada pemberita.
Sebelum acara tersebut, Seri Paduka Baginda berdua dijangka menghadiri Istiadat Keberangkatan Balik yang bermula dari Istana Negara dan kemudiannya di Dataran Parlimen sebagai simbolik tamat tempoh pemerintahan Yang di-Pertuan Agong ke-16.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
KREDIT FOTO: Google
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bernadette Belle, Miss Universe Singapura 2020. Bakal Mewakili Negara Kecil Itu Ke Pentas Antarabangsa.

Pandemik Covid-19 nyata tidak merencatkan perjalanan pertandingan Miss Universe di setiap negara yang terlibat. Sebagai contoh Malaysia mengadakan pertandingan secara tertutup dan menyiarkannya secara virtual, terbaru negara jiran kita, Singapura telah melakukan pengumuman siapakah wakil mereka menerusi aplikasi Zoom.
Tidak melakukan pertandingan seperti tahun sebelumnya, Organisasi Miss Universe Singapura menerusi Pengarah Kebangsaannya, Valerie Lim, telah memilih Bernadette Belle Ong, 26, sebagai wakil negara tersebut. Bernadette yang merupakan seorang model pelakon dan juga pengacara merupakan finalis Miss Universe Singapura 2019 dan berada dalam kelompok 10 terbaik.

Awalnya dia dipilih untuk mewakili Singapura dalam pertandingan Miss Charm International, namun disebabkan pandemik dan pertandingan tersebut ditunda, organisasi mengambil keputusan untuk menghantarnya ke pertandingan Miss Universe yang lebih berprestij.
Dengan ketinggian 170cm, Bernadette merupakan gadis berketurunan cina yang berasal dari Filipina sebelum berpindah ke Singapura bersama keluarganya pada tahun 2004. Untuk mempersiapkan diri agar lebih kompetitif fan bersedia, dia akan dihantar ke Filipina untuk dilatih oleh Jonas Gaffud yang merupakan Pengarah Kreatif bagi organnisasi Miss Universe Filipina.
Dalam sejarah Miss Universe, Singapura pernah dua kali menjadi finalis separuh akhir iaitu pada tahun 1983 dan 1987.
Sumber & Gambar Utama: Miss Universe Singapore Organization
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

