Meskipun hari istimewa itu sudah berlalu, anda masih berkesempatan untuk menghadiahkan sesuatu buat bonda tercinta. Maklumlah, setiap hari adalah hari untuk menghargai pengorbanan mereka dalam membesarkan kita. Acehh…….
Buat anda yang sedang memikirkan apakah hadiah yang sesuai untuk dihadiahkan kepada para ibu, ayuh kami kongsikan senarai cadangan hadiah buat ibu tersayang berdasarkan hobi dan minat mereka:
Untuk ‘Mommy’ Yang Gemar Wangian Menusuk Kalbu
Bagi golongan ibu yang sukakan wangian dalam kehidupan harian mereka, boleh dapatkan minyak wangi eksklusif dari jenama dipercayai, Arombay.
AromBay merupakan jenama tempatan terkenal dihasilkan oleh pengilang berdaftar, dan mempunyai pengalaman dalam industri kosmetik selama lebih 15 tahun.
Anda juga usah khawatir kerana produk mereka telah disahkan oleh Agensi Pengawalseliaan Farmaseutikal Kebangsaan (NPRA), mesra wudhu, dan dalam proses mendapatkan sijil Halal.
Sama ada anda sedang mencari wangian harian untuk wanita tersayang atau wangian yang membuatkan ibu tercinta rasa yakin dengan dirinya, jenama ini sedia membantu untuk menyerlahkan hari anda dengan bauan buah-buahan dan bunga flora.
Pasti orang tersayang yang menerimanya akan rasa dihargai dan bahagia!
Ads
Untuk ‘Mommy’ Yang Gemar Dengan Motif Bunga Atau Berkebun
“Semuanya Bermula dengan Ibu…”–
Itulah yang disebutkan oleh jenama terkenal, Kate Spade sempena kempen meraikan ibu baru-baru ini. Tampil dengan koleksi beg tangan dan perhiasan yang bermotifkan cetakan bunga, serangga dan flora fauna ternyata sesuai bagi para ibu di luar sana yang gemarkan motif bunga dan semulajadi.
Kempen Hari Ibu ini juga merupakan lanjutan daripada kempen Musim Bunga 2023 jenama yang dilancarkan baru-baru ini di mana Kate Spade New York melancarkan koleksi imej dan video yang menggalakkan pengguna untuk melihat kehidupan sebagai satu pengembaraan.
Haaaa… cantik sungguh koleksi terbaru Kate Spade ini! Sangat ‘feminine’ dan sesuai bagi para ibu yang berjiwa lembut dan sukakan alam semulajadi serta motif bunga.
Untuk ‘Mommy’ Yang Aktif & Amalkan Gaya Hidup Sihat
Bagi mereka yang mempunyai permaisuri hati yang kerap menghabiskan masanya dengan membuat aktiviti lasak atau ‘outdoor’, boleh dapatkan koleksi jam tangan pintar dari jenama terkenal, Garmin.
Ads
Jam tangan pintar siri Forerunner 265 sangat sesuai untuk para ibu yang suka bersiar-siar dan ‘jogging’ kerana ianya bukan mempunyai saiz yang sesuai dengan pergelangan tangan wanita, malah membolehkan para ibu yang aktif untuk mengoptimumkan setiap larian dengan fungsi rekod data kesihatan yang tepat.
Manakala bagi para ibu yang sibuk bekerja dan menguruskan keluarganya pada masa yang sama boleh dapatkan jam tangan Garmin, Venu Sq 2 yang direka dengan reka bentuk yang anggun untuk dibawa ke pelbagai majlis.
Untuk ‘Mommy’ Yang Menjaga Kulit
Sama seperti kasih sayang lembut seorang ibu, Paula’s Choice mahu anda dan semua ibu mencapai kulit yang lembut dan terjaga. Haaaaa… jadi usah risau lagi, beli sahaja produk penjagaan kulit dari Paula’s Choice. Pasti ibu anda akan tersenyum lebar memikirkan masa depan kulit mukanya yang akan makin lembut dan bersinar.
Hadiahkan ibu anda pada Hari Ibu ini dengan Paula’s Choice Ultra Smooth Glow Duo yang terdiri daripada skrub muka lembut Paula’s Choice dan produk pengelupasan ikonik, untuk mencapai kulit yang licin.
Tocco Toscano, jenama beg tangan utama, melancarkan koleksi baharu mereka yang cantik untuk meraikan Hari Ibu tahun ini.
Diinspirasikan oleh landskap yang indah dan warisan seni unik Tuscany, Itali, reka bentuk beg yang unik dan elegan jenama ini adalah bukti kekuatan peribadi, keanggunan dan keunikan wanita, terutamanya para ibu.
Siri Bella Lusso
Siri Mezzaluna Chic
Siri Dolce Vita
Haaa……lawa kan koleksi beg dari Tocco Toscano kali ini? Pasti ibu anda akan gembira sekiranya mendapat hadiah berupa beg cantik sebegini.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Bakat bermain bola sepak David Beckham nampaknya diturunkan kepada anak sulungnya, Romeo Beckham yang kini sedang berjinak-jinak dalam dunia sukan bola sepak.
Baru-baru ini, remaja berusia 19 tahun ini telah muncul dalam aksi sulung secara professional di perlawanan bola sepak Amerika Syarikat.
Romeo menandatangani kontrak dengan pasukan simpanan Inter Miami, Fort Lauderdale dengan menyarung jersi bernombor 11.
Sebelum ini, Romeo dikenali sebagai seorang model fesyen, namun kini dia nampaknya sudah bergiat aktif dalam bidang bola sepak kerana dia sering memuat naik foto di atas padang bola.
Pelakon, Ben Amir baru-baru ini tampil menjelaskan mengenai gambarnya memegang anjing hingga menimbulkan perbalahan dalam kalangan peminat yang menegurnya bahawa haram bersentuhan dengan haiwan berkenaan.
Menerusi perkongsian di Instagram Story miliknya, Ben berkata, anjing itu adalah haiwan yang menjaga perjalanannya sejak hari pertama sepanjang misi pendakian ke Everest Base Camp.
“Anjing ini ikut jaga kami. Pastikan laluan selamat untuk kami” – Ben Amir
“Di sini ada ‘snow leopard’ tahu tak? Aku sayang sebab dia jaga kami. Kau sibuk nak haramkan macam tiada otak. Kepada yang tidak tahu apa itu ‘snow leopard’ kalau dia baham kau selamat jalanlah ke alam lain”
Menurutnya lagi, anjing itu juga melindungi dan akan memastikan laluan pendaki selamat daripada haiwan pemangsa.
“Kalau anda tak suka anjing, kita tidak boleh berkawan,” tambahnya lagi.
Dalam pada itu, perkongsian Ben mengenai pendakiannya itu mendapat sokongan ramai peminat yang tidak sabar menantikan pelakon itu untuk sampai ke puncak gunung.
Sekadar info, beberapa hari lalu Ben memuat naik gambar dirinya tiba di Lapangan Terbang Lukla, Nepal dan kini dia dalam perjalanan mendaki ke Everest Base Camp.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Insan yang tidak asing lagi dikalangan kita semua sejak penglibatannya dalam sukan badminton negara, pelbagai kejuaraan diraih hingga memegang gelaran pemain badminton nombor 1 dunia. Bukan calang-calang usaha, penat jerih yang dilalui hingga capai tahap sedemikian.
Apa yang pasti hingga kini setiap kejayaan yang diperolehi oleh Dato’ Lee Chong Wei membuatkan kita rakyat Malaysia turut sama rasa berbangga.
Berjaya Kumpul Aset
Pun begitu, cuba kita lihat dari sisi kejayaan lain yang dicipta olehnya selain badminton, siapa sangka rupanya beliau mempunyai aset kekayaan yang luar biasa. Bukan sahaja memiliki syarikat pemaju perumahan Chong Wei Binajaya, malah beliau turut mempunyai sebuah kompleks sukan yang diberi nama Sports Arena Sentosa yang terletak di Taman Seri Sentosa, Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur. Sehingga kini asetnya mencecah RM300 juta.
Ini sebagaimana apa yang pernah dikongsikan oleh portal, thecelebritiesnetworth.com, kekayaan Chong Wei telah mencecah AS$75 juta (RM300 juta) hasil daripada hadiah kemenangan, sektor perniagaan, duta kepada puluhan produk di peringkat antarabangsa dan tempatan, hartanah dan koleksi kereta mewah yang dimilikinya. Aset pada tahun 2011, RM1.7 juta meningkat kepada RM237 juta.
Manakala menurut portal Sport Rich List (senarai kekayaan atlet dunia), aset Chong Weipada 2011 ialah sebanyak AS$267,300 (RM1.7 juta) dan meningkat kepada AS$59 juta (RM237 juta) pada 2013.
Miliki Pelbagai Kereta Mewah
Chong Wei sangat sukakan kereta mewah dan beliau miliki 6 kereta mewah. Antara kerata mewah yang beliau miliki adalah Skyline R35 GTR, BMW X6 Coupe, Ferrari F430, Lamborghini Aviator, Audi R8 dan Bentley Continental GT1.
Selain itu, Chong Wei sukakan jam tangan. Difahamkan, terdapat pelbagai jenama jam tangan yang dibelinya dan disimpan dalam tiga kotak besar.
Akhbar Dongguan Shibao dari China juga pernah melaporkan, jenis kediaman yang diduduki oleh Chong Wei tidak jauh bezanya dengan kebanyakan orang, namun pasti ramai yang akan terkejut melihat koleksi kereta yang disimpannya.
Selain pemain badminton, menjadi duta produk adalah sumber pendapatan utama Chong Wei. Bagi setiap produk, bayaran yang diterima dipercayai mencecah sehingga jutaan ringgit.
Antara syarikat-syarikat yang melantik Chong Wei sebagai dutanya ialah Yonex, Samsung, KDU Educations Group, XOX, syarikat pengeluar kopi, kerusi urut, resort dan banyak lagi.
Bahkan tidak dalam mengumpul aset semata-mata malah dalam bidang pendidikan juga tidak kurang hebat pencapaian yang diterima olehnya apabila dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Sains Sukan daripada Universiti Sains Malaysia (USM). Anugerah tersebut diperoleh dalam satu Majlis Upacara Konvokesyen ke-58 universiti itu di Balai Menghadap Hijau Istana Arau tahun lalu.
Ingat, usia muda ini sangat berharga, dan apa yang kita usahakan ketika muda akan memepengaruhi keadaan kita di masa akan datang.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!