Tentu kita pernah membaca cerita lif terhempas. Kejadian begini banyak berlaku di projek perumahan rakyat kos rendah yang mana lifnya tidak diselenggara dengan sempurna berbanding perumahan kondo mewah. Malah ada cerita yang memfilemkan detik-detik cemas dilalui oleh individu di dalamnya saat lif terhempas.

Kita yang tidak melalui pengalaman itu pun dapat merasai kengerian tersebut. Bagaimana agaknya mereka yang berada di dalam lif tersebut?

Baru ini, penduduk  Projek Perumahan  Rakyat (PPR) Kerinci Blok C, Pantai Dalam digemparkan dengan kejadian lif terhempas dari tingkat 5 melibatkan 8 mangsa dan kebanyakan dari mereka merupakan warga emas, oku, wanita termasuk seorang kanak-kanak lelaki yang ingin ke sekolah agama ketika kejadian berlaku pada 2 Ogos 2019 sekitar jam dua ke atas.

Rasai Pengalaman 2 Kali Lif Terhempas, Lelaki Kongsi Detik Ngeri Terhentak Ke Bawah Kurang Dari 10 Saat
Situasi cemas ini berlaku pada hari Jumaat 2 hb Ogos kira-kira jam 2.30 petang
Rasai Pengalaman 2 Kali Lif Terhempas, Lelaki Kongsi Detik Ngeri Terhentak Ke Bawah Kurang Dari 10 Saat
Pakcik Mansor (baju merah hati) antara mangsa yang berada di dalam lif namun dirinya tidak alami kecederaan serius

Empat dari mangsa termasuk seorang darinya OKU patah kaki, patah peha dan lain-lain kecederaan dan sebahagian lagi tidak mengalami apa-apa luka, hanya lebam-lebam di bahagian kaki.

REMAJA berkesempatan menemuramah pakcik Mansor Husin berusia 64 tahun, antara mangsa yang berada di dalam lif ketika kejadian ngeri itu berlaku. Lebih menakutkan, sepanjang lebih 10 tahun dia menetap di perumahan PPR ini, sudah dua kali lif di Blok C terhempas. Lebih menakutkan dalam dua kali lif terhempas (satu Jumaat lalu dan satu lagi berlaku dua tahun lalu), dua kali jugalah Pakcik Mansor berada di dalamnya. Alhamdulilllah dia tidak alami apa-apa kecederaan kecuali lebam pada kaki.

Rasai Pengalaman 2 Kali Lif Terhempas, Lelaki Kongsi Detik Ngeri Terhentak Ke Bawah Kurang Dari 10 Saat
Di sebalik kejadian lif terhempas itu, pakcik Mansor pernah lalui lif terhempas dari tingkat 3 dua tahun lalu. Malah katanya di Blok C ini sudah dua kali lif putus dan dua kali juga dirinya berada di dalam lif

Dalam kejadian terbaru di mana lif terhempas dari ketinggian tingkat lima, jelas pakcik Mansor dia menuju ke rumahnya di tingkat lapan selepas menunaikan solat Jumaat di masjid berdekatan.

IKLAN

“Ketika itu ada lapan orang di dalamnya sebelum seorang pemuda masuk. Jadi ada sembilan orang pada awalnya. Budak itu turun di tingkat lima manakala sebahagian dari kami di tingkat lebih atas lagi. Ketika lif berhenti  di tingkat lima, kira-kira dua saat budak itu melangkah keluar, saya yang duduk di bucu lif nampak lif mula menurun dengan laju.

“Tak ramai orang perasaan hal itu. Tapi saya sempat berfikir, lif ni sepatutnya naik atas. Bukan ke bawah. Lampu di dalamnya terus terpadam selain butang-butang lif semuanya tiada lampu. Saya pula terus bongkokkan kaki seketika dan kurang 10 saat, lif itu terus terhempas di lantai dengan satu dentuman bunyi yang sangat kuat.Saya tak duduk kerana takut pinggang patah ketika terhempas sebaliknya saya hanya bengkokkan lutut sahaja.

Rasai Pengalaman 2 Kali Lif Terhempas, Lelaki Kongsi Detik Ngeri Terhentak Ke Bawah Kurang Dari 10 Saat
Jelas Pakcik Mansor sebaik dia menyedari lif meluncur laju turun ke bawah, dia terus membengkokkan kakinya dengan teknik begini bagi mengelak kecederaan lebih parah terjadi

“Perasaan ketika itu tak tahu nak cakap bagaimana. Rasa mati hidup semula. Semasa lif menjunam laju sebelum terhempas, semua orang senyap. Tak terkata apa. Nak mengucap pun tak sempat. Ikutkan lif akan terhenti dari satu tingkat ke tingkat lain tapi nie terus menjunam ke bawah. Sebaik lif terhempas, saya terus terperesok ke dinding belakang dan tertindih satu sama lain. Ikutkan kejadian yang berlaku terlalu pantas, tak sempat nak mengucap apa pun. Dengar bunyi orang mengerang, menangis dan sebagainya. Rasa tubuh sakit kerana terhentak kuat. Saya terus gerakkan tangan dan kaki. Dapat rasa gerakannya dan ketika itu saya tahu tiada apa yang patah.

Sambung pesara ini lagi,selepas lif terhempas, ada cubaan untuk menguak pintu lif namun tidak berjaya. Sehinggalah pasukan bomba datang dan membantu kami.

IKLAN

“Lebih kurang 30 minit jugalah kami terperangkap di dalamnya sebelum bantuan tiba. Saya orang pertama yang ditarik keluar. Ikutkan lepas kejadian saya mahu balik rumah terus tapi kaki terasa sakit bila naik tangga. Akhirnya satu persatu kami dibawa keluar sebelum dibawa menaiki ambulan ke hospital berdekatan.

Rasai Pengalaman 2 Kali Lif Terhempas, Lelaki Kongsi Detik Ngeri Terhentak Ke Bawah Kurang Dari 10 Saat
Biar sudah beberapa hari kejadian, lif ini masih belum dibaiki dan papan tanda amaran sudah diletakkkan

Bagi yang tahu betapa tingginya tingkat lima, tentu dapat membayangkan bagaimana rasa sakit ketika terhempas di lantai.

Jelas pakcik Mansor, ikutkan pengalaman dua kali merasai lifa terhempas, pengalaman kali ni lebih ngeri dan lebih sakit.

IKLAN

“Kali pertama dulu dari ketinggian tingkat 3. Kali ini tingkat 5. Saya pula nampak bagaimana lif terhempas di mana ramai yang tidak perasan kejadian itu. Rasa kalau boleh janganlah saya lalui pengalaman sebegini lagi, traumanya masih ada,”katanya menambah dek kerana trauma dan rasa takut itu, dia sengaja menunggu orang ramai menaiki lif dan barulah dia mempunyai keberanian untuk naik sama.

“Macam pagi tadi, rumah saya di tingkat 8. Masa dalam lif itu hanya tinggal saya berdua dengan seorang remaja.  Bila dia turun tingkat 6, saya turun saya. Tak sanggup dan rasa takut kalau dudu sorang-sorang,”katanya yang mengharapkan kejadian lif terhempas ini dipandang dan diberi perhatian serius oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur mengenai tahap keselamatan lif-lif di bawah selenggeraan DBKL.

“Walau pun kita tahu nyawa di tangan Allah taala tapi soal keselamatan bukan isu mainan. Saya beritahu Menteri Wilayah dan Datuk Bandar yang datang melawat kami, apa yang dah lepas bukan boleh dipusing balik. Saya redha dengan kejadian itu tapi di masa akan datang, adakah akan berulang lagi kejadian begini kalau tidak diberi perhatian serius oleh pihak berwajib,”katanya ketika ditemui di rumahnya.

Pakcik Mansor berkongsi pengalamannya saat lif terhempas ke bawah. Tonton video di bawah.

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI