Seorang penyanyi rap China baru-baru ini mencetuskan kontroversi hangat apabila melancarkan lagu diss berjudul ‘Song to Punish Brother Z.Tao’ pada awal Julai lalu dan menjadikan Huang Zitao atau lebih dikenali sebagai Tao, bekas anggota kumpulan K-Pop EXO sebagai sasaran utama.

Menerusi sebuah video yang dimuat naik di Youtube, lagu tersebut secara terang-terangan menyebut bahawa Tao sebagai ahli EXO yang paling lemah berbanding tiga orang anggota asal China iaitu  Lu Han, Zhang Yixing (Lay), dan Kris Wu.

Selain itu, penyanyi rap turut memperlekeh kerjaya muzik, lakonan serta tindakan Tao yang kini menjadi usahawan produk wanita di platform penstriman siaran langsung.

Rapper China Dikritik Selepas Label Bekas Ahli EXO Huang Zitao ‘Tak Berguna’
Tao sebelum ini merupakan anggota kumpulan sensasi EXO.
Rapper China Dikritik Selepas Label Bekas Ahli EXO Huang Zitao ‘Tak Berguna’
Penyanyi rap China yang menjadikan Tao sebagai sasaran utama dalam sebuah diss track.

Dalam pada itu, melihat pelantun lagu ‘The Road’ itu diperlakukan sebegitu rupa, orang ramai mula memberikan pelbagai reaksi di media sosial dan tampil mempertahankan Tao dengan memberikan sokongan padu.

Ads

Pada masa yang sama, ada segelintir pihak memuji sikap Tao yang lebih santai, jujur dan tidak pernah terbabit dengan kontroversi besar sepanjang tampil menjadi anak seni. Malah, ada juga yang kagum terhadap beliau kerana lebih fokus mengembangkan perniagaan sehingga meraih keuntungan besar disaat ada anggota EXO jatuh merudum sehingga terlibat dengan kes mahkamah seperti Kris Wu kini sedang menjalani hukuman penjara.

“Zitao ada segalanya, duit, kebebasan, syarikat sendiri yang kukuh dan isteri lawa. Apa lagi yang awak nak?” kata seorang peminat.

Ads
Rapper China Dikritik Selepas Label Bekas Ahli EXO Huang Zitao ‘Tak Berguna’
Tao dan Xu Yiyang yang berkahwin pada tahun 2024.
Rapper China Dikritik Selepas Label Bekas Ahli EXO Huang Zitao ‘Tak Berguna’
Tao yang kini menjual tuala wanita.

Sekadar info, sejak debut bersama EXO, Tao difahamkan sudah menubuhkan syarikat L.TAO Entertainment dan melancarkan girl group TEM5, serta membuat pelaburan dalam pelbagai industri dan mewarisi kekayaan besar daripada arwah bapanya. Selain itu, beliau juga dilaporkan mempunyai jet peribadi, rumah mewah dan status yang kukuh dalam industri C-Pop.

Ads

Sementara itu, aksi beliau yang tular baru-baru ini dalam mempromosikan tuala wanita juga sama sekali tidak memberi kesan terhadap reputasinya. Sebaliknya, ramai yang memuji keberanian dan keterbukaannya dalam menitikberatkan isu kesihatan wanita. 

Intihanya, lagu diss hip hop yang sepatutnya boleh menjatuhkan Tao bertukar menjadi lebih positif dan membuatkan lebih ramai peminat yang kagum dengan pencapaian beliau serta menyifatkan bahawa dirinya layak digelar sebagai salah seorang figura yang tidak boleh digugat dalam dunia hiburan di China.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di
Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads