Sedangkan pemandu yang memiliki kenderaan berharga puluhan ribu Ringgit pun akan menyayangi kenderaan mereka bagaikan menjaga anak sendiri, inikan pula jika seseorang itu memiliki kenderaan berharga ratusan ribu Ringgit.
Begitulah perumpamaan yang sesuai dengan situasi yang berlaku kepada penyanyi, Haqiem Rusli dan isterinya, Wan Anis Sofea.
Menerusi hantaran lewat malam di Instagram, Haqiem meluahkan rasa kecewanya terhadap sebuah stesen minyak yang terletak di Terengganu setelah pihak mereka enggan bertanggungjawab di atas kecuaian yang berlaku
Dedah Haqiem, keretanya daripada jenis Mercedes telah mengalami kerosakan selepas mengisi minyak yang didakwa telah bercampur air di stesen itu.
“Saya dan isteri menegaskan bahawa pihak stesen minyak tidak memberi kerjasama untuk membayar kos membaik pulis kereta saya yang rosak akibat dibekalkan minyak yang bercampur air ketika mengisi minyak di stesen minyak di Bukit Besi, Terengganu.”
“Untuk makluman pada 17 Mac 2023, saya telah mengisi minyak petrol di stesen minyak. Kemudian, saya meneruskan perjalanan keluar dari stesen minyak tersebut tetapi lebih kurang 100 meter, kereta saya menunjukkan tanda amaran dan menyebabkan enjin kereta mati dan tidak dapat dihidupkan semula.
Ads
“Kemudia kereta saya terpaksa ditunda ke bengkel autorized Mercedes Benz paling berdekatan yang beralamat di Kuala Terengganu. Pada 19 Mac 2023, Pihak Asbenz Stern Sdn Bdn selaku authorized Mercedes Benz dealer telah memaklumkan kepada saya bahawa kerosakan yang berlaku ke atas kereta saya disebabkan oleh kerana dalam tangki minyak kereta terdapat air yang berlebihan daripada minyak. Pihak Asbenz memberitahu kos untuk membaik pulih kereta saya ini dianggarkan hampir RM50 ribu,” catat Haqiem.
Tambah Haqiem lagi, setakat hari ini sudah hampir sebuulan lebih pihak stesen minyak menunjukkan sikap tidak bertanggungjawab dengan berdiam diri dan gagal memberikan maklu balas biarpun sebelum ini, pihak stesen minyak pernah menghubungi Haqiem untuk meminta kebenaran memindah kereta Mercedes Benz milikny untuk dibaiki di bengkel yang dicadangkan oleh stesen minyak.
Namun kerana kenderaannya masih berada dalam tempoh waranti Mercedes Benz, maka Haqiem dan isteri menolak pelawaan untuk menunda keretanya untuk dipindahkan ke bengkel berlainan.
Ada Netizen Yang Musykil, Peminat Pertahankan
Tinjauan REMAJA di ruang komen mendapati ada segelintir netizen yang sedikit musykil dengan situasi yang dihadapi oleh Haqiem dan isterinya, Anis memandangkan tidak banyak kes sebegini pernah diadukan oleh pelanggan stesen minyak berkenaan sehingga tular.
“Kenapa sebiji kereta saja yang kena… kereta lain yang isi di stesen minyak yang sama ada berlaku tak?”
Ads
“Cam pelik lak kereta dia je yang kena. Rasanya mesti ramai yang complain kan kalau isi minyak dari tempat yang sama.”
“Yang pelik tu, awat tak ada orang lain senasib Haqiem ni? Ke ada?”
“Dah dah la kau banyak duit baiki kereta mahal kan, pergi je lah towing bawa dekat bengkel yang under waranti Mercedes. Tak payahlah kecoh-kecoh macam ni adeh. Bincang elok-elok, tak payahlah viral sana viral sini. Tak penat ke ayo..”
Begitupun, majoriti peminat Haqiem tampil mempertahankan keputusannya untuk melakukan pendedahan ini secara terbuka dengan menamakan stesen minyak berkenaan dalam kenyataan medianya.
“Banyak je yang kena. Cumanya kes mereka diwar-warkan sebab mereka kan artis.”
Ads
“Kenapa ramai sangat yang toxic eh dekat comment ni? Dah kereta dia mestilah dia nak minta ganti rugi.”
“Macam kereta ayah saya jadi kerosakan sama macam Haqiem ni. Kereta jadi semput. Bila dibawa ke bengkel, pomen tu kata minyak bercampur dengan air.”
Sabarlah ya Haqiem dan Anis, harapnya semua urusan membaiki kereta premium ini dipermudahkan.
FOTO: Instagram @haqiemrusli98_
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Salah seorang daripadanya ialah pelajar post-graduate dari Nigeria bernama Divine Ametefe.
Beliau baru saja menamatkan pengajian dari Fakulti Kejuruteraan Elektrikal dan Telekomunikasi di Universiti Teknologi MARA (UiTM) dengan catatan CGPA sempurna 4.0!
Lantas, beliau layak memperolehi Anugerah Sarjana Cemerlang.
.
.
Dalam pada ramai netizen yang memuji kejayaan yang diperolehi oleh Divine itu, ada juga segelintir yang musykil bagaimana pelajar yang berasal dari luar negara boleh melanjutkan pengajian di UiTM?
.
.
.
.
Now now, kita tidak boleh 100 peratus salahkan netizen apabila bertanyakan soalan ini.
Selama ini, persepsi umum terhadap universiti tersebut adalah ia hanya dibuka kepada warga Bumiputera saja. Itu persepsi umum dan tidak mewakili pendapat penulis atau REMAJA.
Namun, pada tinjauan REMAJA di laman media sosial, sebahagian pelajar UiTM kembali memberikan penjelasan kepada mereka yang menyuarakan rasa bingung terhadap kemasukan pelajar luar negara di UiTM.
Menurut @ErsyadJailani, “Yang tak boleh tu undergraduate study. Postgraduate study, mana-mana universiti mereka boleh sertai.”
.
.
.
.
Malah, pada awal tahun ini Pro Canselor UiTM iaitu Tan Sri Dr Arshad Ayub telahpun menjelaskan situasi ini.
“Kemasukan ke UiTM boleh dibuka kepada bukan Bumiputera, namun hanya untuk kursus pengajian pascasiswazah. Ini agar graduan daripada pelbagai kaum boleh bersaing secara saksama,” kata beliau kepada Berita Harian.
Jadi semua dah clear kan?
Cuma, mungkin pihak dari UiTM sendiri ingin menjelaskan perkara ini dengan lebih terperinci melalui media sosial mereka agar tiada siapa yang salah faham.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tahniah Remaja ucapkan kepada Dr. Soo Wincci kerana telah mendapat pengiktirafan daripada Malaysia Book of Records kerana dilantik sebagai Profesor Madya dalam bidang muzik dan menjadi Miss World pertama yang menerima pengiktirafan itu.
Menurut perkongsiannya di laman instagram, beberapa tahun ini kita semua betul-betul diuji bak kata pepatah ‘apa yang tidak dapat musnahkan kita, ia akan menjadikan kita lebih kuat’. Wincci memaklumkan bahawa hari ini secara rasminya dia telah dilantik sebagai Profesor Madya. Bermula daripada seorang ratu cantik, kini bergelar seorang profesor.
Akan berkhidmat sebagai pensyarah di Fakulti Muzik UiTM Shah Alam, rata-rata warganet mengucapkan tahniah dan berbangga dengan pencapaian yang telah dikecapi oleh Dr. Soo Winci.
Sekali lagi kami ucapkan tahniah kepada Dr. Soo Wincci. Semoga kejayaan beliau dapat memberi inspirasi kepada seluruh masyarakat.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pasukan Debat Bahasa Inggeris Universiti Teknologi MARA (UiTM) membuktikan bahawa mereka merupakan pasukan yang berdaya saing dengan daya intelek tinggi apabila menjuarai pertandingan The Australasian Intervarsity Debating Championships (Australs) 2023.
Diadakan pada 2 sehingga 9 Julai 2023 bertempat di Krabi, Thailand. Pasukan debat Bahasa Inggeris UiTM Diwakili oleh Wan Amirul Syakir bin Wan Ahmad Rafidi, Sarah Yasmin Aston binti Sofian dan Haikal Daniel bin Mohamad Hasli yang merupakan pelajar Fakulti Undang-Undang UiTM Shah Alam.
Dalam pertandingan tersebut, mereka telah berjaya mengalahkan pasukan dari Indira Gandhi National Open University dalam kategori Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua (ESL). Terdahulu, pada peringkat separuh akhir, pasukan Debat Bahasa Inggeris UiTM telah berjaya menewaskan pasukan debat senegara dari Universiti Malaya.
Membuatkan kemenangan mereka lebih manis, pendebat dari UiTM, Haikel Daniel turut diiktiraf sebagai pendebat terbaik pada pusingan akhir. Tajuk yang diperdebatkan pada pusingan akhir berbunyi, That we prefer religious teachings that emphasise the belief that human beings are born good instead of born evil.
Bertemu Naib Canselor UiTM sebaik pulang ke Malaysia.
Pertandingan ini disertai oleh 46 buah universiti luar negara termasuk Australia, New Zealand, Singapore, Indonesia, Thailand, Japan, Korea Selatan, Bangladesh, India, Pakistan, Hong kong dan China.
Antara universiti yang mengambil bahagian termasuklah Universiti Sydney Australia, Universiti Beihang China, Universiti Otago New Zealand, Universiti Kebangsaan Seoul Korea Selatan, Universiti Kebangsaan Singapura dan Universiti Melbourne Australia.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!