Heboh selepas suspek yang membakar pusat tahfiz baru-baru ni terbongkar dan rata-rata di kalangan mereka adalah masih dibawah umur.
Ramai yang menghentam sekumpulan remaja tersebut dengan pelbagai tohmahan dan penduduk diperkampungan tersebut juga berkata mereka tidak sedar dengan masalah budak-budak nakal dan salah laki remaja di kawasan itu.
Gambar hiasan
Segelintir masyarakat menyalahkan anak-anak muda itu, tetapi tidak bagi wanita yang bertugas di Jabatan Kecemasan Hospital Seberang Jaya ini.
Ads
Melihatkan kisah remaja ini, Nadiah Yusof telah berkongsi pengalamannya tentang situasi yang lebih kurang sama dialaminya suatu masa dahulu.
Nyata, dia tidak mudah untuk menunding jari menyalahkan golongan muda tersebut. Jom kita baca perkongsian dan pendapat jujur daripada wanita ini.
Ads
Gambar hiasan
Kes remaja yang membakar tahfiz mengingatkan saya kejadian 8 tahun lepas ketika saya masih seorang pelatih. Saya terima seorang pesakit awal 20-an yang ditetak dengan parang di kedua2 belah tangannya.
Kira-kira tak lebih dari 10 deep laceration wound di sana. Dia datang bersama-sama sepasukan anggota polis dalam keadaan separuh sedar.
Ini kali pertama saya lihat luka seperti itu. Pucat muka dan berdebar jantung saya. Hasil maklumat dari pihak polis, dia ditangkap setelah merompak dan membunuh tiga orang penghuni rumah (isteri, anak berusia tiga tahun dan orang gaji).
Tak bernasib baik, belum sempat dia melarikan diri, sang suami pulang ke rumah dan menangkapnya. Akibat amarah, si suami menetak dan orang kampung mencurah cuka pada lukanya. Padanlah separuh masak isinya.
Gambar hiasan
Ads
Saya lihat betul-betul wajahnya. Sampai sekarang saya masih boleh ingat wajahnya. Orangnya masih muda, wajah putih bersih tak nampak seakan penjenayah. Janggut sejemput seperti seorang ustaz layaknya. Benarlah kata orang, jangan menilai orang dari rupa/luarannya.
Pesakit ini rupa-rupanya penagih dadah. Malah, Sebelum pecah masuk dia sempat mengambil 16 biji pil ekstasi. Dalam keadaan tidak sedar, dia membunuh semua yang berada di rumah. Malah anak kecil berusia 3 tahun itu ditemui di dalam bilik air dalam keadaan perut terburai.
Bila masuk ke ward, social history lbh terperinci di dapati. Kisah hidup anak muda ini tragis. Dia adalah pelajar cemerlang (10A) di dalam SPM. Malah ditawarkan jurusan perubatan.
Tetapi dia terkesan dengan perceraian kedua ibu bapanya. Dia tidak dipedulikan, maka dia menentukan hidupnya sendiri. Dia berhenti belajar dan terlibat dengan najis dadah.
Ketika dia dimasukkan ke hospital tak ada seorang pun ahli keluarganya kelihatan. Malah pihak hospital mengalami masalah mendapatkan maklumat dari ahli keluarganya. Ada nombor telefon yang diberikan tetapi tidak mengaku mempunyai pertalian denngannya. Malah tiada siapa yang melawatnya di hospital.
Kisah anak muda ini selalu saya ceritakan untuk mengingatkan betapa durjana najis dadah. Begitulah dadah memusnahkan segalanya. Walaupun pesakit ini bekerja, tetapi ianya tak mampu menanggung desakan ketagihan dadah. Dalam dua hari habis duit gaji sebulan untuk membeli dadah. Habis duit gaji, terpaksa mencuri. Natijahnya terpalit pada insan tak berdosa.
Sepanjang bertugas di Jabatan Kecemasan dan mengendalikan kes OSCC, 90%(anggaran kasar dan personel) daripada kes rogol, sumbang mahram,sodomy malah dadah terhasil dari broken family. Ketika ini lihat dimana anak-anak kita. Dengan siapa mereka berkawan.
Jika selama ini kita tak pernah peduli, mulakanlah sekarang. Periksa diri kita sebagai ibu bapa. Kita adalah acuan mereka. Jika hasil tidak molek, acuannya yang tak kena. Berhentilah menyalahkan orang lain sebaliknya berlapang dada memperbaiki diri kita.
Sikap kita juga mesti diperbaiki. Hentikan sikap menghukum. Sejahat manapun seorang manusia, Allah membuka ruang untuk hambanya bertaubat..siapalah kita untuk menentukan syurga neraka seorang manusia. Boleh jadi mereka yang kita cerca lebih mulia dari kita jika mereka bertaubat nasuha.
Pesakit saya itu, tiada siapa berani mendekatinya mungkin kerana perbuatannya dan mungkin kerana terlalu ramai anggota polis menggerumuninya. Saya masih igt soalan yang ditanya ketika dia sudah sedar dari ‘high’, baru sedar dia membunuh tiga nyawa.
“Kenapa awak suap makanan pada saya? Saya pembunuh.”
“Sebab kamu manusia.. manusia buat silap.kalau kamu bertaubat boleh jadi kamu lebih mulia dari saya.”
Ketika itu saya sebak. Mengenangkan dia seorang yang hampir punya masa depan gemilang bakal berakhir di tali gantung kerana dadah dan masalah keluarga.
Kesimpulannya, sebagai masyarakat kita jangan cepat menghukum kerana sesungguhnya kita tidak tahu apa yang dilakukan oleh mereka mungkin saja dek kerana pengalaman dan kisah hidup yang lepas membuatkan mereka bertindak sedemikian.
Jadi, biarkan pihak berkuasa yang menjalankan tugas mereka.
Disebalik personaliti luarannya yang ceria lagi mesra di khalayak ramai, ada juga ketegasan dalam diri Ketua Eksekutif Tesla Inc, Elon Musk.
Lapor Reuters, beliau telah mengeluarkan arahan agar semua pekerja syarikatnya itu kembali bekerja sepenuh masa di pejabat ataupun bersedia untuk meletakkan jawatan sekiranya degil.
E-mel yang dilayangkan kepada kakitangannya itu berbunyi, “Semua orang di Tesla dikehendaki berada di pejabat minimum 40 jam seminggu. Jika anda tidak hadir, kami menganggap anda sudah meletak jawatan.
“Lebih lama anda bekerja di sini, lebih kerap kehadiran anda diperlukan,” catatnya.
Elon turut berkongsi sebab utama dia menetap di kawasan kilang Tesla adalah agar mereka yang datang bekerja dapat melihatnya sama-sama berada di situ. Jika beliau tidak melakukannya yang sedemikian yakni memantau pekerja dari jarak dekat, beliau berpendapat sudah lama Tesla bangkrap.
Ibu pejabat Tesla yang baru dipindahkan ke Austin, Texas.Elon Musk khabarnya menetap di sekitar kawasan kilang Tesla untuk memantau produktiviti pekerjanya.
Untuk pengetahuan korang, firma teknologi utama di Silicon Valley seperti Tesla di sana asalnya tidak mewajibkan pekerja untuk kembali ke pejabat sepenuh masa demi mengurangkan risiko kebangkitan kes COVID-19 di California.
Biarpun Tesla telah memindahkan ibu pejabatnya ke Austin Texas, pangkalan kejuruteraan Tesla dan salah satu kilangnya masih beroperasi di kawasan teluk San Francisco,
Hmm, korang setuju dengan tindakan berbaur paksaan oleh Elon Musk ini demi meningkatkan produktiviti kerja di Tesla ataupun ia dianggap sebagai resepi merebaknya wabak COVID-19 di sana?
Beberapa hari setelah arahan untuk kembali ke tempat kerja ini, laporan terbaru Reuters memberitahu bahawa satu lagi e-mel telah dilayangkan kepada kakitangan pada Jumaat lalu di mana Tesla difahamkan akan mengurangkan 10 peratus jumlah kakitangannya. Tempoh waktu bekerja pula akan ditingkatkan sementara pengambilan baharu di seluruh dunia akn dihentikan buat sementara waktu.
Ini berikutan amaran bakal berlaku risiko kemelesatan ekonomi di Amerika Syarikat dan di peringkat global. Inflasi di Amerika sahaja sudah mencecah paras tertingginya dalam tempoh 40 tahun.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Beberapa bulan lepas, perkhidmatan tambah nilai kad Touch n Go telah pun dihentikan pada lorong keluar tol milik PLUS. Ramai yang mengeluh kerana akan menyusahkan mereka sekiranya kad tidak cukup baki.
Selain menggunakan kad Touch n Go, korang juga boleh menggunakan MyKad untuk laluan bayaran di plaza tol. Namun, masih ramai yang mungkin tak tahu untuk menyemak baki kredit kerana MyKad tidak mempunyai nombor siri.
Apa yang korang kena buat adalah, pertamanya korang perlu menambah nilai ke dalam MyKad minumum RM10. Nombor siri MyKad hanya boleh dilihat pada resit pembayaran. Cari Mfg No yang mempunyai 10 angka pada resit tersebut. Nombor siri kad korang akan diperlukan untuk langkah seterusnya.
Baki semasa akan dipaparkan dalam resit tapi sudah tentu korang takkan ingat sepanjang masa jumlah akhir baki kad tersebut kan?
Jadi, untuk memudahkan proses melihat baki, muat turun aplikasi Touch n Go eWallet dalam smartphone korang yang boleh dimuat turun pada peranti Android dan juga iOS.
Apabila aplikasi dibuka, pergi ke pilihan TNG Card, korang akan diberikan 3 slot untuk kad di dalam aplikasi ini, tekan butang Add A New Card. Kemudian, masukkan Mfg No tadi ke dalam kotak input yang dipaparkan pada skrin.
Selepas itu, berikan nama kepada MyKad korang. Tekan butang Submit dan kemudian korang perlu memasukkan kod pengesahan 6 angka yang dihantar menggunakan SMS.
Apabila kesemua proses ini selesai, baki kredit dalam MyKad dapat dilihat terus dari dalam aplikasi Touch n Go. Korang kena ingat, seperti kad fizikal Touch n Go, MyKad juga mempunyai tarikh luput, jadi gunakanlah kad sebelum tarikh tersebut.
Diharap perkongsian ini dapat memberikan sedikit kemudahan untuk korang sekiranya sering terlupa baki kad ketika berada di jalan raya.
Lebih baik lagi, sekiranya memulakan perjalanan, semak baki kad terlebih dahulu agar tidak berlaku sebarang kesulitan kepada korang dan pengguna jalan raya yang lain.
Tular di media sosial tentang berita perkhidmatan feri di Pulau Pinang bakal dihentikan bermula tahun hadapan. Khabarnya, bulan ini merupakan bulan terakhir feri tersebut beroperasi dan bakal digantikan dengan feri laju seperti yang terdapat di Pulau Langkawi.
Menurut Berita Harian, Kerajaan Persekutuan diminta untuk mempertimbangkan semula cadangan kerana perkhidmatan pengangkutan awam laut itu perlu ditingkatkan kualiti serta perkhidmatan dan bukannya ditamatkan begitu sahaja.
Sehingga kini, cadangan menggunakan bot katamaran tidak jelas diperincikan kepada orang awam termasuk jenis bot yang akan digunakan. Walaupun terdapat bot katamaran besar yang mempunyai ruang kepada kenderaan, namun harganya begitu mahal dan mengikut perkiraan daripada Kerajaan Persekutuan, bot itu dicadangkan hanya boleh memuatkan penumpang pejalan kaki.
Ekoran daripada berita ini juga, ramai masyarakat meluahkan rasa sedih dan berkongsi memori mereka sepanjang menggunakan perkhidmatan feri di Pulau Pinang ini.
Bagi sesiapa yang pernah ke Pulau Pinang rasanya tidak sah sekiranya mereka tidak merasai pengalaman menaiki feri untuk menyeberangi pulau tersebut. Kami juga beberapa kali berpeluang menggunakan perkhidmatan feri tersebut dan setiap kali menaiki feri itu pastinya rasa penuh teruja.
Apa-apa pun ramai yang mengharapkan agar Kerajaan Persekutuan mempertimbangkan semula cadangan untuk menutup operasi feri dan ditukarkan kepada bot laju. Bila ke Pulau Pinang, penggunaan perkhidmatan feri dah jadi seperti satu simbolik bagi negeri tersebut.